Tuesday, March 6, 2012

Feel Heart.. Geli-geli.. *pengsan*

Bismillah.
Assalamualaikum. (amaran: sila bersabar)

Acapkali kau kucoretkan di laman ini.
Berkali juga kau ku sebut di ruangan ini.
Entah kenapa, rasa sayang ini buat aku ingin menyebutmu setiap kali.
Rasa tak ingin jauh sering bertandang di hati.
Rasa satu perasaan yang sukar digambar dengan bicara.
Tutur kata yang masih kaku kerana masih menilai rasa.
Rasa yang masih berada di atas garisan halus sehalus rambut.
Cuba ku letakkan di sebelah di kawasan selamat.
Selamat dari ancaman kebencian.
Selamat dari ancaman iri hati yang melukakan.

Mungkin aku terlupa mengucapkan kata indah.
Kata terima kasih belum cukup terluah dari bibir.
Tapi tak pernah ku lupa di dalam hati.
Di sini aku sudah punya along yang diingini.
Aku sudah punya angah yang dicintai.
Aku sudah punya pelengkap bagi kekurangan ini.


Bila aku sedih, disini masih ada yang menemani.
Bila aku gembira, masih ada yang boleh dikongsi kegembiraan ini.
Di sinilah, jiwaku tersemat.
Di sini juga hatiku terpaut.
Dan di sini, kasihku terjalin.

Cinta buatmu Fannan dan Farhana..
Cinta kerana Allah yang mempertemukan kita.
Cinta demiNya.
InsyaAllah mendapat redhaNya.

=D

P/S : cinta itu bermaksud general bukan untuk individu tertentu. Harap jangan ada salah faham. *geli guna perkataan cinta* *pengsan* @_@

2 comments:

Delle. said...

geli jugak ucap cinta senanya. haha !

Amilia_Ami said...

ahahahaha kannn.. geli geli geli

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...