Saturday, March 31, 2012

Susah

Bismillah..
Assalamualaikum.

Esok nak balik, sepatutnya hati bergumbira.
Memang sedang bergumbira.
Tapi juga serabut bila terfikir tentang yang satu ini.
Tahu tak betapa susahnya rasa tu.
Bilamana kau sudah berjaya mengembalikan perasaan kau pada pH neutral.
Tidak membenci dan tidak terlalu menyayangi.
Yeah~ Itu satu pencapaian yang seharusnya mendapat pujian.
Tapi... Ya ada tapinya.
Tak sangka rupanya rasa itu bermain sorok-2 dengan aku.
Bilamana kejauhan itu bertumbuh macam kulat.
Aku dijangkiti infection rindu.
Aku benci rasa itu.
Aku benci kerana aku jadi resah.
Menunggu setiap saat dia hadir.
Walau hanya dalam mimpi, aku tau ia takkan jadi kenyataan.
Di-refresh kembali, buat aku terfikir.
Kalaulah aku tiada perasaan itu.
Bila direfresh sekali lagi.
Entah kenapa dan macam mana perasaan itu bercambah.

Dan kini, hampir setiap kali aku terlelap,
pasti ada dia di dalamnya.
Membuat aku terjaga, kerana tertanya kenapa.
Hampir setiap detik aku sebut nama dia.
sedar mahupun tidak.
Hampir setiap masa aku ingat dia.
Dan serius, aku rimas.
Beriye bayangan dia ada setiap masa dalam minda aku.
sedangkan dia, pasti tidak.
Jadi aku tepis-2 segala awan-2 yang membawa bayangannya di atas kepalaku.
Susah. Susah sangat semua benda ni.
Dan, memang susah bila harus berdepan dengan diri sendiri.
Yang terang-2 mahu berperang sesama sendiri.



p/s : panjang betul karangan aku kali ney. Ingat nak buat pendek, last2 berjela jugak. Susah betul. Sudah-2 la cakap susah. Nanti susah betul jadinya..

p/p/s : jangan lupa EARTH HOUR. TUTUP LAMPU OKEYH! SEKEJAP JE... TAK SUSAH KAN?

Tuesday, March 27, 2012

Panggilan

Bismillah
Assalamualaikum.

Di malam hari, di mana aku hampir rebah di atas katil, sambil menghadap dekstop dan menggerakkan jari menaip sesuatu di atas papan kekunci. Laju. Laju, dan semakin laju aksara bergerak. Ini bermakna, semakin lancar idea dicurahkan. Satu persatu tanpa lengah. Tanpa teragak-2.

Sebelum aku ke alam bawah sedarku, aku mengimbas kembali apa yang berlaku pada hari ini. Pagi-2 lagi aku tersentak dan terjaga jam 4.30 pagi. Sering begitu, tapi masih belum sedar akan kebaikan menunaikan solat sunat tahajjud jika. Dikejutkan lagi pada jam 5.30pg. Sejak akhir-2 ini aku sering terjaga tersentak di waktu sepertiga malam dan hampir subuh.

Tetapi entah kenapa tubuh ini terlalu berat untuk kugerakkan. Terlalu berat hingga akhirnya, dalam posisi duduk terjelepok lah aku tidur di atas katil. Dan terkejut lagi jam 6.15 pg. Entah apa yang aku fikir smpai aku tak sedar waktu itu sudah pun subuh. Jadi dengan longlainya aku kembali merebah kepala ke bantal. 6.30pg, mata terbuka kuyu, namun tertutup kembali. 6.45pg aku tersentak kuat yang amat, sangat terkejut dan terus berlari mengambil wudhuk.

Ya Allah... sudah lambat. ku terus solat walaupun dalam keadaan badanku yang amat berat dan penat itu. Entah bila aku tertidur lagi. Jam 11pg, kelas Biologi Sel bermula. Untung dalam kelas aku tidak mengantuk, oh mungkin sedikit, tetapi oleh kerana lecturer pandai dalm tackle students, maka aku tak jadi mengantuk.

Jam 12 tghri, kelas habis. Ku persoalkan, "korang nak mkn kat mana?"
"kat KK la, mane lagi."
Aku membalas, "boringla kat KK, tempat lain boleh tak?"
"mid nak?"
Tanpa banyak ckp, aku terus. Oke.
?? aimi ke ney? tak kisahlah.

Setibanya di MidValley..
terus berpusu menuju ke McD. Order la segala set yang dikehendaki.
Aku : set spicy Chicken Mc Deluxe and Chicken McD spicy ala-carte
Fifi : set Big Mac
Huda : Set spicy Chicken Mc Deluxe.
Banyak kan yang aku makan. Dan berita baiknya aku berjaya habiskan.
So not me.

Berjalan lagi.. keliling Mid yang aku dah naik boring tu. Dari satu kedai ke satu kedai aku dan mereka jelajah. Sekadar cuci mata. Hinggalah tiba di sebuah kedai yang menjual barang aksesori. Tiba-2 aku terpandang key chain hp yang sgt comel and adorable yang amat. Dalam hati aku bergelora nak belikan untuk mereka. Teringin nak menghadiahkan sesuatu sebagai tanda peringatan and persahabatan. Yes, Allah izinkan bila aku dapat tau 3, RM10. Aku pun suruh meraka pilih.

Tekak terasa benda manis. Apa lagi, ke Big Apple la kami. Pilih la segala donut yang diminati. Tekak terasa benda sejuk. tapi apakan daya harus ditahan dulu, nanti nak balik takde duit pulak. Kempunan untuk sementara. Kalau ada rezeki dpt la nanti.

Jam 2.30 ptg, sampai la di UM yang terchinta. Lepak dibilik sekejap. Selepas solat zohor, ke bilik Huda buat report Bio yang actually dah macam kelas sketching and drawing. Tapi nasib baik aku suka melukis. Borak-2 buat kerja. Ngutuk-2. Mengarut-2. Gelak-2. Sambil makan Big Apple yang dibeli.

Petang, macam biasa punya projek. (rahsia, takkan semua nak kena bagitau) aahahaha. Malam. perut ney lapar yang amat. Tapi malas nak turun. Maka,idea yana dan huda untuk memilih meggi menjadi pilihan hati, ditambah pula buah anggur yang aku beli hari sabtu haritu (which-that-aku-lupa-yang-aku-ada-beli nasib baik oke lagi)makan la dengan hepinya. Maklumlah kami makan sambil tengok Lawak Ke Der. memang lawak gila. Galak gila kami gelak. Memang mungkin satu floor boleh dengar. Itu hari pertama setelah entah-bila-last-aku-gelak macam nak gila.

Allah je tahu betapa aku rindu untuk bergelak ketawa. Dan tadi aku ketawa, aku rasa aneh gila sebab aku dah lama sgt tak ketawa yang kuat sepuas hati aku. Aku rasa macam fake, sbb aku tak geli hati pun. Tapi kenapa aku gelak melampau. Aku pun tak tahu. Bila aku balik bilik, rumate aku tanya, "apa yang kau gelak-2 tadi? Dengar, kuat kau tau.." sambil buat muka yang oke-aku-faham yang aku dah menganggu. Maka aku pun tuka topik tanya dia nak ke tak vdeo tu.

Agak terbantut kegembiraan aku. Sebab bila dia dah kata macam tu maknanya aku dikire sudah mengganggu ketenteraman. (aihh, susah nak consider perasaan orang ney) dan aku terfikir sesuatu....

Hari ini, selera aku melampau sangat lebih-2 lagi selepas dah 2 minggu aku takde selera sebelum ney. Hari ni aku hyper sangat boleh nampak and it is obvious especially dlm status FB aku which is clearly not me. Hari ni, aku gelak yang amat kuat dan puas. Macam,,, tak tau la nak ibaratkan dengan apa, sebab ini otomatik.

Hari ini totally out of me yang sebelum ney. Aku terfikir, adakah ini nikmat sementara dari Allah. Aku terus ambil wudhuk, solat Isyak dalam keadaan merasakan diri ini terlalu hina. Waktu itu adalah first time aku rasa takut yang amat andai solat Isyak itu adalah solat terakhir aku. Hanya Allah je yang tahu.

Aku terfikir lagi segala kesalahan aku sepanjang hari. Segala kata-2 aku yang mungkin kasar. Segala tingkah laku yang mungkin menyakitkan hati. Segala niat buruk yang terlintas. Terasa amat berdosa. Segera ku istighfar. Dan dikesempatan ini juga ingin ku mohon maaf atas segala kekhilafan aku pada semua.

Aku terfikir andai semua yang aku lakukan pada hari ini adalah untuk yang terakhir. Ya Allah, aku tak mahu. Beri aku peluang untuk perbaiki apa yang aku tersilap iaitu tidak terus bangun waktu pagi itu. Jika benar semua nikmat ini adalah panggilan untuk aku bersedia, beri aku peluang untuk bersujud padamu pada sepertiga malam. Jika ini adalah panggilan untukku kembali padamu kerana akan ada ujian lebih berat untukku selepas ini, aku memohon agar Kau kuatkan aku.

Disetiap tangisan akan ada kebahagiaannya nanti,
dan disetiap kebahagiaan pasti akan ada air mata yang menanti..

Aku redha..
Aku bersyukur kerana ini tanda Kau mengingatiku dan ingin aku terus mengingatimu..

Sekian.

p/s : Sebelum ku lelapkan mata, ku ucapkan kalimah syahadah, sebagai persediaan andai ini tidurku yang lama hingga dibangkitkan di waktu hari perhitungan..

Wassalam.

Sunday, March 25, 2012

Kisah Dia..

Bismillah.
Assalamualaikum.

Awak tau tak betapa sakitnya saya bila saya nak ucapkan selamat tinggal?
Awak tahu tak betapa sakitnya bila saya harus mengikis rasa ini pada awak?
Awak tahu tak, saya ney hipokrit sangat.
Depan orang saya kata saya benci.
Tapi setiap hari sy mimpi awak.
Awak tahu kenapa sy beriye nak jauhkan perasaan ini supaya tak makin membesar?
sebab saya takut rasa ini cuma sekadar nafsu semata-2.
Awak tahu tak.. Saya berperang dengan perasaan sendiri. Dan ia sangat menyakitkan.
Kalau perasaan sendiri pun saya tak mampu nak jaga, macam mana saya nak jaga perasaan orang.
Susah. Susah sangat bila terpaksa memendam dan membiarkan cuma tuhan sahaja yang tahu.
Saya berusaha dan berusaha.
Mencari pelbagai alasan untuk tidak lagi berperasaan.
Dan awak tahu?
Kini perasaan saya bertukar benci.
Saya berperang lagi.
Berperang kerana kata orang, membenci itu penyakit hati.
Ouh, saya tidak mahu membenci.
Saya tidak mahu hati dikotori oleh kebencian.
Cukuplah sekadar membuang perasaan.
Bukan menyemai kebencian yang merosakkan.
Akhir sekali, awak tahu apa yang saya lakukan?
Saya menjadi orang lain, yang terpaksa berpura-2.
melakonkan watak yang bakal membuat orang lain terasa benci.
melakonkan watak seakan tidak peduli.
melakonkan watak yang tidak mungkin mencuit hati.
Dengan harapan, mendapat respon negatif.
Dan saya pula, punya alasan untuk tidak lagi berperasaan.
atau dengan harapan kita semakin rapat,
hingga rasa itu menjadi terlalu asing untuk saya.

Risau. Risau. Risau. andai rasa ini bercambah lagi, dan akan terus bercambah. Harap tidak.



p/s : dia masih berusaha dan nampak gayanya taktiknya hampir berjaya.


Sekian

Saturday, March 24, 2012

Sahabat Is Just like Voicing

Bismillah..
Assalamualaikum..

       Sahabat, memang tipulah kalau korang semua kata tidak ada sahabat. Sahabat itu indah. Manis. Tapi juga menyakitkan. And disebabkan kesakitan itu, kita lebih matang memilih sahabat. Dan lebih matang dalam menyayangi sahabat.

       Kenapa aku kata sahabat macam voicing..korang tahu kan voicing tu apa? dalam nyanyian ada suara alto, tenor, soprano, bass, 3rd voice, 2nd voice, falsetto and macam-2 la lagi yg ak tak tau. Then, kalau semua suara2 tu dinyanyikan.. apa yang jadi?

HARMONI! SATU!


       And yess.. itu lah point ak sebenarnya. Kalau diperhatikan komfem sahabat-2 kita ada macam-2 perangai. Dengan sorang perangai cam syaitonnn sket, pak pandir, macam ustaz, and macam-2 lagi perangai yg ad. Tapi, once they have some wow factor (bak kate abg amry and abg ed - tp ak rse mcm xd kne mngene je) yang boleh mmbuatkan masing-2 boleh bekerja sama dengan wow! believe me, everything looks perfect.

       Dalam persahabatan, walau macam mana pun perangai aka voice dorang, we can still be one. If the heart is still there. Memang susah nak dapat such harmony yang mmg satu and nice like-crazy-like-seriosly-like-baby.. Tapi bila dah dapat, korang rasa mcm nak menatap dorang setiap masa. Oke itu over. Tapi itu yang berlaku dalam family aku di UM.

       Bukan nak kata apa la. Kalau boleh nak mkn pagi ptg siang malam sesama. Ape kes. Tapi aku rasa kalau hari-2 nak berkepit bersama mcm sekawan ikan mcm tak best, hilang pulak valuable moment yg harus diingat sampai bila-2. Walaupun like-seriously-like-crazy aku selalu sentap dengan dorang. And kekadang aku sampai rasa nak keluar, tapi aku fikir balik.

       Diorang la satu-2-nya family yang aku ada kat sini. And nasyid je something yg buat aku rasa ad life kat UM ney. So, dalam sentap tu, aku masih boleh professional, professional yang bukan tahap hipokrit-nak-mati. Kalau aku tak suka, aku tunjuk kat muka. Orang yang kenal ak tahu bila masa muka yg aku buat tu serius and bila masa memain.

       Nak cerita pasal sahabat memang sampai kiamat tak habis. Betul. Tapi aku respect gila and rasa awesome gila bila aku ada sahabat yang seolah-2 boleh baca fikiran aku. Serius. Best gila bila kitorang je yang tahu apa yang kitorang rasa tanpa perlu tunjuk kat muka. Ahahahaha. tu mmg miracle. Aku rasa dorang mmg soul-mate. Wah! over la pulak.

       Kenapa aku kaitkan sahabat dengan voicing? sebab ini significant dengaan apa yang aku belajar and apply and modify daripada teknik voicing yang aku dapat masa nasyid. Ahahahahaha. See! mendalam tau aku anggap voicing tu. Bukan setakat suara je. Tolong la sedar yang semua yang berlaku ada significant-nya. Allah itu maha mengetahui. And Maha Pemurah. Cuma depends pada orang yang memandang sesuatu benda tu. And how they digest bende alah tu.

       Haaaa... aku rasa essay aku macam dah lari tajuk. And dah tak ikut teknik topic sentence + controlling idea + supporting sentence + conclude sentence.. Harap panjang je macam gempak. Tapi isi 5/20 je. ahahahahaha. Ney kalau kat exam serius boleh psiko orang sebelah dengan belakang. Semua cuak tengok essay panjang macam nak gile.

       Oke la. Conclude sentence aku ialah sahabat itu umpama voicing, maka jika mahukan keharmonian yang satu dan blend jangan pernah lari key. That key is the significant of the heart. Yes. Itu sangat penting. once you realize your key is a little bit off, bawak masuk semula ke landasan yang betul. HEhehehe

Sekian.

Selamat bersahabat.




p/s : sahabat selamanya.

Monday, March 19, 2012

Sentap Itu Sejenis Kuih.

bismillah..
Assalamualaikum..

Tau sentap?
pernah sentap?
Aku selalu sentap.
Sentap itu sedap. 
Rasa macam kebab.
Kebab yang nyum nyum, lazat dan sedap.

Orang suke buat aku sentap.
aku pun suka buat orang sentap.
Aku sentap org dgn aksi yg pelik.
supaya org tau aku cuma play-2.

Tapi bila aku sentap.
aku cuma sentap bila org ckp bnde yg mmg sentap.
tau benda yg sentap tu?
bila org cakap pasal keperibadian aku.
nak tegur tak payah nak sentap-2 ngan aku.
cakap direct, aku tahu.
tegur direct aku takkan luku.

Serius.
Sentap itu haven you~
boleh buat maruku..
rasa macam nak cakap I love you.
sambil buat muka ikan puyu..
fuuuuu~



p/s : ini ayat sentap aku.. ahahahahaha sentap kan??

Monday, March 12, 2012

Hakikatnya

Bismillah..
Assalamualaikum.

Kau tahu?
Hakikatnya aku rasa bodoh bila terlalu memerhatikan kau.
Terlalu kelihatan sehingga ada yang menyedarinya.
Kau tahu?
Hakikatnya aku terlalu bodoh melihat kau dengan pandangan kasih sayang.
Kerana pandangan itu amat menyakitkan andai tidak terbalas.
Kau tahu?
Hakikatnya aku rasa bodoh meletakkan kau di dalam hati aku.
Sedangkan aku tahu ia sukar untuk diterima kewarasannya.
Kau tahu?
Hakikatnya aku rasa tersangat bodoh bila aku tak mampu melupakanmu walau sesaat.
Kerana aku terlalu takut jika aku lebih mengingatimu daripada tuhanku.
Kau tahu?
Hakikatnya aku terlalu jatuh cinta pada kau.
Dan aku tak pernah sedar itu, kerana ku fikir ia cuma mainan perasaan.
Kau tahu?
Hakikat ini buat aku rasa sakit dan sangat bodoh. Dan sangat sukar juga sulit. Bila mana aku cuba meniup perasaan itu jauh-jauh agar takkan kembali.


Aku sendiri tidak tahu apa yang harus aku lakukan..


P/S : bukan kisah aku. Pasal org lain, a friend of mine. peace! ^_^V

Tuesday, March 6, 2012

Feel Heart.. Geli-geli.. *pengsan*

Bismillah.
Assalamualaikum. (amaran: sila bersabar)

Acapkali kau kucoretkan di laman ini.
Berkali juga kau ku sebut di ruangan ini.
Entah kenapa, rasa sayang ini buat aku ingin menyebutmu setiap kali.
Rasa tak ingin jauh sering bertandang di hati.
Rasa satu perasaan yang sukar digambar dengan bicara.
Tutur kata yang masih kaku kerana masih menilai rasa.
Rasa yang masih berada di atas garisan halus sehalus rambut.
Cuba ku letakkan di sebelah di kawasan selamat.
Selamat dari ancaman kebencian.
Selamat dari ancaman iri hati yang melukakan.

Mungkin aku terlupa mengucapkan kata indah.
Kata terima kasih belum cukup terluah dari bibir.
Tapi tak pernah ku lupa di dalam hati.
Di sini aku sudah punya along yang diingini.
Aku sudah punya angah yang dicintai.
Aku sudah punya pelengkap bagi kekurangan ini.


Bila aku sedih, disini masih ada yang menemani.
Bila aku gembira, masih ada yang boleh dikongsi kegembiraan ini.
Di sinilah, jiwaku tersemat.
Di sini juga hatiku terpaut.
Dan di sini, kasihku terjalin.

Cinta buatmu Fannan dan Farhana..
Cinta kerana Allah yang mempertemukan kita.
Cinta demiNya.
InsyaAllah mendapat redhaNya.

=D

P/S : cinta itu bermaksud general bukan untuk individu tertentu. Harap jangan ada salah faham. *geli guna perkataan cinta* *pengsan* @_@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...