Friday, February 24, 2012

Essay Bahasa Inggeris yang Trash~

Bismillah..
Assalamualaikum,

Entry dimulakan dengan karakter berlagak aku. Aku ni tak main la speking English, Bahasa Melayu sudah. Tengoklah entry aku kebanyakkannya berbahasa Melayu tinggi. TDDMKA~ ouh, aku bangga dengan bahasa melayu tinggi aku. hahahaha

Okeh, entry ini bukan nak mengada cerita pasal betapa hebatnya bahasa Melayu aku. Tengok tajuk jela. Essay Bahasa Inggeris kannn..

Awal pagi jam 9 hari ini, kelas Bahasa Inggeris (writing skills) sudah menunggu aku untuk meluahkan segala yang skill menulis yang aku ada. Malangnya, apabila kertas dan pen sudah di tangan, sebarang perbendaharaan kata hilang ghaib macam tu je. Aku bet semua orang pernah mengalaminya.

Tapi kes aku mungkin kes special sikit, hahahaha *nak jugak special, geli I* Hari ini, otak aku bergegar dengan kadar 18 skala Richter apabila lecturer aku mengarahkan kami menulis satu essay ringkas mengandungi 3 perenggan tentang pendapat aku mengenai Satu Malaysia.

Aku rasa macam, hujan lebat berserta ribut taufan dan kilat yang sambar menyambar.. Ouh man, apa aku nak cakap?? Apa aku nak tulis?? Aku memangla suka menulis, tapi secara menaip bukanlah di atas kertas. Mati segala idea aku bila aku terpaksa menulis di atas kertas. Mungkin itu soft skill yang aku kena ubah. Harus.

Tahu apa yang difikirkan, tapi tak tahu nak terjemahkan dalam bentuk tulisan tangan yang pastinya seakan cakar ayam. T_T menangis tak berlagu. Dan satu lagi yang buat aku rasa terkujat bila nak menulis ialah tajuk yang diberi sangat lah mencabar kepala hotak aku nak berfikir. Satu Malaysia???? Apa tu??? Apa sebenarnya Satu Malaysia. Ouh, nampak sangat aku macam masih tertanya-2 dan tak faham.

Ups! Bukan..Bukan.. Bukan aku tak faham dan tak tahu, cuma aku tak tahu nak describe. Soalan apa itu Satu Malaysia sama seperti soalan lecturer Biologi Organisma aku, "What is animal?" Ha, siapa yang baca dan kebetulan bijak pandai, sila jawab soalan itu.

Kami yang di dewan kuliah semua pun keluarla segala teori saintifik yang terlintas konon nak tunjuk betapa saintifiknya kami dan betapa bijaknya kami. Wah! Korang bila ditanya soalan simple yang memang korang dah tau ape bende alah tu sejak azali, tapi tak diberitahu secara ilmiah dan mendalam tentang itu mesti korang terasa macam, "Eh! bodohnya aku tak tau pun."

Hahahaha. Dan berbalik kepada essay BI aku yang umpama trash, menurut hemat aku. Essay itu seperti karangan kanak-2 yang tak pernah belajar macam mana buat essay yang tersusun dan menarik. Essay aku itu, penuh dengan segala kata-2 yang pada hemat aku memangla dahsyat dan hebat, *berlagak lagi* tapi tak organized langsung, macam pakai langsam je nak tulis apa. Cisskek!

Paling tak boleh bla, aku boleh tulis ayat terakhir yang konon-2-nya bahagian penutup seperti ini...

1 Malaysia is something that really makes me think a lot whenever someone asked me about it.

Tak ke naya ayat aku tu. Bhahahah. Kepada adik-2 di luar sana, sila jangan mencontohi ayat trash lagi sentap ini. Jika dicontohi maka berkuranglah markah yang akan diperoleh. Hahahaha

Aku sangat kecewa kerana aku cuma tahu bercakap BI tetapi bila tiba bab menulis essay yang fakta belaka aku memang la fail sejak azali. Kena ubah. Maka, kamus meh berjimba dengan I sygs~

Ouh, pelik dah situasi aku yang seharus pandai menulis berbanding bercakap. mungkin hanya untuk fenomena Bahasa Inggeris. Baiklah aku rasa entry aku dah semakin elaborate ke arah trash juga jadi sebelum semakin trash, aku tutup la entry ini degan tasbih kafarah dan suratul'Asr

hahaha. Sekian

P/S : kena perbaiki penulisan bahasa Inggeris aku. Like seriously! Mungkin kerana sudah lama meninggalkan dunia essay yang fakta belaka. Segala thesis statement, topis sentence dan sequence connector entah ke mana larinya.


1 comment:

Delle. said...

aaaaaaaaaaaaaaaa. sama lah kita :3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...