Saturday, February 4, 2012

Bila Si Kaki Bangku Cuba Berfutsal.

Bismillah.
Assalamualaikum..

Perasan tak sejak akhir-2 ni aku selalu je update blog. Macam takde kerja lain kan? Bukanlaaa ni semua sebab aku tengah dalam mood yang sangat ohsemm...

Pagi ni, keluarga CG main futsal. Walaupun berbaki cuma beberapa orang tapi aktiviti tetap jalan.
Tersentak jam sudah pukul 7.17 pagi. Segera bangun walaupun malas dan berat. Kaki melangkah laju ke toilet. Usai je, cepat-2 siap. 7.45 jugak aku turun bersama yang lain.

Tunggu punya tunggu ingatkan ramai la lagi, rupenye berapa ketul je. Takpe la. Terus ke court. Warm up sikit. Futsal bermula.....

Grup 1 : aku, k rina, aly, juju, rumi, ryry
Grup 2 : lia, nunu, azi, juma, kmal,

Mula-2 main je grup 2 dah score. Hasil sepakan nunu. Ah masa ni dah tension. Masa berlalu, grup 2 tetap score. Diorang yang kurang satu ahli pun boleh score byk dr kitorang. Itula yang makin tambah stress. Lagi-2 si azi scorer terbaik dorang. Sepak angin memang pro. Tpi tetap score.

Grup 1, nak score pun berpenat lelah. sepak sane sepak sini pass kat sane pass kat sini.. masuk tak jugak. Ney semua gara-2 lia si keeper terhebat. Main sopan gila tapi satu bola pun tak dapat nak masuk.. hebaattt..
Aku ney tak payah nak citer la, ney first time aku men futsal selepas form 3. Like seriously aku kaki bangku time ni. Arh.. segalaanya hancur. Buat malu je main depan laki. Paling aku akan ingat ialah bila aku nak shoot. Sepak dah kencang habis, tapi aku tak faham kenapa Lia masih boleh tahan dengan sopan bola aku tu. Grrrr.. Aku tergamam tengok kehabatan dia.

Tengok gelagat dorang yang main pun tak bape nak hebat memang la kelakar, ditambah pula aku memang yang tak hebat. Jadi entah apa-2 permainan tu. Tapi at least semua happy.

Paling happy mestilah Lia and azi. Hebat kan.. Nunu, juju ngn kmal pun hebat jugaak.
Keeper grup aku hebat jugak sampai spec pun calar..
Paling takley bla bile setiap kali azi dapat bola, rumi mengagah macam tengah main dengan kanak-2. K Rina cuba untuk shoot tapi tersepak angin. Aly yang tiba-2 merampas bola dari aku sedangkan aku satu grup dgn dia. And bila Aly menyepak bola dr luar yang sepatutnya disepak oleh grup lawan, time tu aku dengan yang lain like seriously terpaku tengok dia sepak. Tertanya-2, apekah??

Dan pastinya K Juma yang nampak comel bila kalut dapat bola and cuba gol kan. Best la korang.. Hasilnya Grup 2 menang. Untunglaaa ramai orang hebat. Aku ney tak hebat.. bhhahahaha
Sedih pulak nak tinggalkan korang and kem ney. Masa ney la aku rasa korang TERBAIK.. ini bukan sentapan dan perlian. Ini adalah pujian. Tahniah korang jadi best. And tak sangka la junior bley blend ngan senior sampai macam ni. Seronok!

Aku taknak komen apa-2 pasal konflik ke apa. Aku cuma pandang pada kenangan yang korang dah ukir dalam hidup aku. Aku dah banyak kali cakap kan, yang CG la yang paling aku syg kat UM. Dia buat aku rasa hidup aku memang best. Wah~ melankoliknya.

Bilalaaa nak main futsal lagi macam ney. Mesti best kan? Nanti try la main bola keranjang. Aku nak tengok korang berani ke tak lawan perempuan. Bhahahaha

Sekian,

p/s : mood masih baik. Walaupun terasa sedih nak tinggalkan kem feseni ni.





-Amilia_Ami-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...