Sunday, January 29, 2012

Solehahkah aku?

Bismillah..

Aku masih terdampar sepi.
Aku masih mendongak langit.
Mencari jawapan pasti.

Aku masih mencari.
Apa dia solehah yang dicintai.
Apa dia solehah yang menbentuk diri.
Aku diam.
Aku pejam.
Aku selam.
Selam sedalamnya ke dalam hati yang masih muram.

Muram kerana aku masih belum menikmati.
Apa itu solehah yang dicari.
Masih belum mendekati solehah yang sejati.
Bagaimana?
Bagaiman harus aku menghayati
jika aku sendiri tak pasti.
Solehahkah diri ini?
Mampukah hati ini?

Mendengar kisah terdahulu.
Buat aku terharu.
Adakah lagi perempuan sebegitu?
Di akhir zaman yang penuh liku.

Bagaimana harus mengajar apa itu solehah
jika aku masih cepat melatah.
Bagaimana harus aku mendalami
jika masih ragu bersisa di hati.

Wahai hati.
Tenanglah kau disisi.
Terus menuju jalan yang dicari.
moga penantian dan persoalan bakal dihabisi.
dengan hati yang kembali suci.
seakan sucinya bayi..

_Amilia_Ami_
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...