Monday, December 31, 2012

Quarantine

Bismillah
Assalamualaikum

Well.... Final exam is just around the corner! So....... tak payah nak so sgt. Jom tidur. Sesapa yang stay up to, good job teruskan usaha anda.

Bagi makhluk malas tahap shrek ney mmg malas itu adalah salah satu ciri-2 aku. Tapi bila dah sampai hujung tanduk mulalah gelabah tahap babun. Bila dah menggelabah mulalah stress tahap kucing berak sembelit. Muka time tu tak payah cakapla. Komfem mcm cicak berak kapur. Ya maaf atas penggunaan haiwan yang terlalu banyak dalam entry kali ini.

Baiklah, purpose entry aku kali ini ialah untuk merasmikan hari kuaratin yang akan berlangsung dari hari ini hinggalah ke habis paper nanti. Hari kuarantin ini dipelopori oleh Mr. Mocha dan telah dipersetujui oleh Miss. Latte. Ya, identiti mereka haruslah dirahsiakan kerana bimbang mereka akan dikejar oleh peminat-2. Ya, mereka memang suka buat benda pelik-2. Tak faham gaya pemikiran dan corak permainan mereka? Wait and see. Lepas ney komfem akan lebih banyak enrty pasal mereka.

oh ya. memandangkan final pun hujung tanduk jugak. So adalah baik jika kalian melaksanakan hari kuarantin juga. Kenapa? Saje buat seksa diri sendiri. Ehhhh..! Bukan... matlamatnya ialah untuk memberi peluang kepada masing-2 untuk study SAMPAI LEBAM. Kau mampu? eh haruslah berani mencabar diri sendir ye dakk??

Study la sangat. Tengok-2 terbongkang jugak kat atas katil kan?

Takpe-2.. we never know our potential until we are tested.
Amboyh kemain ayat. Tah betul ke tak.
Maaf kepada semua grammar Nazi yang dok check grammar aku. Korang memang akan mengalami rencatan otak bila baca ayat BI aku.

 Biar aku jelaskan langkah-2 hari kuarantin ini.
1. Jangan contact your bf.
2. Jangan contact your gf
3. Jangan contact your scandal.
4. Jangan contact your madu.
5. Jangan contact your anak ikan.
6. Jangan contact your sugar daddy.
7. Jangan contact your kekasih
8. Jangan contact your bakal suami/isteri.
9. Jangan contact sesapa yang sewaktu dan sejenis dengan mereka yang disebut di atas.

EPIK kan?
*muntah*

Ingin menguji tahap kesabaran dan kekuatan nafsu anda?
Ujilah sekarang! =D


Memandangkan aku baru balik dari JOHOR rumah manis rumah. Oh aku sangat bersemangat nak menempuh peperangan dalam dewan peperiksaan. Waaah macam tu..Semangat je. Tapi heh. Tengoklah esok adakah aku mampu mengadap lecture note aku dengan begitu tekun dan tabah serta tawaduk.


Kita doalah sesama ye? HEHEHEHE

Baiklah sekian sahaja entry mengarut aku di pagi-2 buta begini. 
Semoga berjaya kepada mereka yang menempuh Final EXAM. Smeoga anda berjaya dengan cemerlang. 
Dengan doa, biarlah sampai ke dean list. Amin...

Untuk aku yang macam malap-2 je harapan. Aku masih berharap dan berdoa semoga aku lebih dikuatkan semangat untuk study dan buat yang terbaik.


Usaha itu harus lebih memandangkan saya tidak berapa genius macam kalian semua. =D



Annyeong!


p/s : semoga kamu tenang di sana, Cewahhh..

Sunday, December 23, 2012

Rezeki mungkin dibahagian lain..

Bismillah
Assalamualaikum

Orang selalu pandang pointer.
Orang selalu pandang markah.
Orang selalu pandang apa yang menarik perhatian mereka.
Tak kira lah apa pun.
Sifat, sikap, pemikiran, pembawakan (baca: attitude). Banyak.

Kadang-2 hidup ini jadi hilang arah bila semua benda harus menepati pandangan orang.
Tapi. Ada baiknya juga, sekurang-2-nya kita lebih berusaha, cuma yang membezakannya NIAT.

Hidup di alam yang menghampiri kedewasaan..hampir sahaja membuatkan sifat asal tidak mudah mengalah, ceria gembira, seronok dalam apa yang dilakukan semakin lama semakin terhakis atau terkikis.
Itu aku tidak tahu, sama ada berlaku pada diri aku sahaja atau kebanyakannya mengalami situasi itu.

Jujur, itu yang berlaku dalam hidup aku yang baru hendak bermula.
Tak tahulah mana salahnya.
Saya yang salah bawa diri, atau saya salah percaturan, atau salah sya meletakkan tanggapan yang terlalu tinggi pada diri sendiri.
Mungkin semua itu betul.
Atau sebenarnya ada sesuatu yang saya tidak sedar.
Mungkin NIAT?
Mungkin hati?
Mungkin isu IKHLAS?

Walaupun beberapa kali pun saya tanya pada diri sendiri, akhirnya nanti saya akan tersesat dalam persoalan sendiri. Lagilah memeningkan kepala, lebih-2 lagi bila nak final exam lagi 2 minggu. Memang tak mampu nak kupas-2 semula apa yang terleka apa yang terlupa apa yang tersilap langkahnya. Boleh dikatakan menghampiri infiniti kalau nak jawab persoalan yang bersifat hanya Allah yang tahu.

Jadi apa yang boleh dilakukan.
UBAH NIAT
USAHA UNTUK IKHLAS
dan harus diingat sangatlah susah untuk menjaga hati. Ye. Mungkin ada yang tak setuju. Kata, sebenarnya hati ini senang je nak jaga kalau ikut semua suruhan Allah. Yes.
Tapi berapa ramai boleh mengelak daripada perasaan cemburu dengan kesenangan orang lain?
Berapa ramai boleh menolak nafsu nak meniru?
Berapa ramai yang boleh redha se-redhanya kalau tak dapat apa yang dihajatkan sangat?
Berapa ramai yang sanggup berlaku jujur pada diri sendiri especially dalam test yang masyaAllah susah yang amat?
Berapa ramai yang masih ada pemikiran yang belajar itu adalah kerana Allah, tak kirelah berapa nilai gred yang diberi, yang penting nilai ilmu di hati?

Sungguh saya yakin ramai yang akan kata kita manusia mestilah akan melakukan kesalahan yang banyak, walaupun sebesar zarah kesalahan itu, kalau dikumpul boleh jadi sebesar dunia.
(Susah... susah kalau tak buat semua tu. Itu namanya survival. *senyum*)

Jadi betullah yang nak jaga hati dari melakukan semua kesalahan itu susah.

Satu yang saya teringat setelah saya terleka lama.

Pesanan ibu waktu saya sekolah dulu...

Takpe kalau akak tak dpt banyak A. Yang penting akak tahu apa yang akak belajar, and akak belajar kerana akak nak belajar dan belajar kerana Allah. Kalau belajar kerana Allah, in shaa Allah ilmu yang dipelajari bukan setakat untuk dicurahkan dalam dewan peperiksaan tapi akan diingati dan diamal dalam hidup.

Sungguh nak menangis saya teringat kata-2 itu. Ya baru sahaja teringat. BARU SAHAJA TERINGAT.

Dah jumpa satu kesalahan saya.

NIAT

Mungkin dek tekanan melihat kejayaan kawan-2 seperjuangan buat saya rasa sangat terdesak untuk mendapatkan pointer atau gred yang bagus setanding dengan tanggapan orang pada saya.

Kepada kawan-2...
Kalau dulu saya orang yang pandai di sekolah,
kalau dulu saya orang yang hebat dalam menyelesaikan soalan,
kalau dulu saya sering dipuji kerana kononnya pandai,
kalau dulu segala anugerah dapat dirangkul...
Lupakanlah itu semua, kerana saya sedang berada di bahagian bawah roda.
Dan saya sedang mengatasinya dengan seluruh daya dan tenaga saya.
Kalau dulu saya boleh menelaah dalam waktu yang singkat,
kini saya mengambil masa yang sangat lama untuk menghadam pelajaran yang dipelajari.
Kalau dulu saya boleh belajar dengan tenang dan tenteram,
kini saya harus belajar lebih keras daripada orang lain.

Kita sedang melalui kitaran hidup yang akan berulang dan berulang.
Atas. Bawah. Atas. Bawah kembali.

Bukan nak sedapkan hati sendiri.
tapi sebenarnya nak membetulkan semula kehidupan yang seolah entah mana hala tuju.
Serius.
Kalau orang tanya apa tujuan hidup.
Boleh dikatakan, saya tidak mampu menjawab dengan penuh yakin seperti waktu persekolahan. Kini persoalan dipenuhi dengan bunyi kicauan burung atau bunyi riang-2, atau lebih tragis bunyi angin bertiup.

Sudah.

Kini bukan masa untuk bangga menoleh kejayaan di belakang.
Sekarang masa untuk mencantas duri dan semak samun di hadapan jalan, supaya in shaa Allah satu hari nanti saya akan berada di atas roda bersama keberkatan Allah.

Saya sedang diuji Allah. Semoga ujian ini akan saya lulus dengan cemerlang.
Anda bagaimana? sudah bersedia dengan ujianNya?

Tepuk dada tanya hati tanya iman tanya jiwa.

Saya mungkin tidak secemerlang kamu di dewan peperiksaan.
tapi saya cuma mampu buat yang terbaik dan berusaha sedaya yang boleh,
kalau ada rezeki adalah. Kalau tiada, semoga tidak ada yang memandang saya sebagai orang yang kurang bijaksana, kerana kebijaksanaan itu diukur bukan setakat pada markah dan gred.
Saya harap tiada yang menganggap saya cuma membuang masa di sini.
Tidak. Saya ke sini (UM) telah direlakan hati untuk belajar. In shaa Allah.

Sekian.






p/s : kenapa entry sepanjang ini boleh disiapkan dalam beberapa minit sedangkan discussion report mengambil masa hampir berhari-2?

Tuesday, December 4, 2012

Less than 24 hours

Bismillah..
Assalamualaikum.

I have less than 24 hours.
And please allow me to deviate my mind from FNK2012 just for 3 hours from 2-5pm.
Please, let me be focus to the fullest during class.
Please allow me to sit alone on my chair without any words coming out from me.
Only listening.
Allow me to be silent, so that I can hear clearly the whisper from my God to make me calm.
Let me cherish myself with serenity and pray.
Let me cure my hurts and stress with Astaghfirullah.
And let me celebrate my success with Alhamdulillah.
A silent Alhamdulillah and Astaghfirullah that only Allah can hear it.
And I'm sure He can help me.
Very much sure.

If these done..I promise to fully concentrate on FNK. Put aside all the negative mind,and leave it while I'm depart. And hoping that it'll be buried forever. So that the next time, I can fully focus on my final exam.


Focus on one thing at a time.

.........


p/s : trying harder to control my emotion.






Sunday, December 2, 2012

Lagi 72 jam berangkat

Bismillah
Assalamualaikum

Tatkala menaip entry ney, percayalah jantung aku berdegup kencang. Tangan mulai mengeluarkan peluh dingin yang cukup buat perut aku kecut.

Menaip jam 8:35 AM
Entry ini akan aku publish tepat jam 9:00 AM
jadi cukuplah 72 jam, dari jam 9 ney hingga ke jam 9 AM pada 5hb nanti.

Maka.. ingin aku mohon doa dari kawan-2 supaya Allah permudahkan segala urusan aku dan kawan-2 seperjuanganku di Sabah nanti. Niat ke sana bukan untuk bersuka ria melancong atau memancing.
Tidak. Tidak. Tidak.
Ke sana dengan satu tekad untuk membuat yang terbaik dalam pertandingan nasyid peringkat kebangsaan.
Serta berdakwah atas lagu. Mohon juga doanya, supaya kami tidak lari dari niat sebenar.
Doa supaya hati kami masih di jalan Allah, tidak terpesong sama sekali malah doakan supaya kami tahu tujuan asal.

Pertandingan nasyid peringkat kebangsaan pernah menjadi impian aku waktu sekolah.
Tapi dek kerana kurang bernasib baik atau mungkin kurang berbakat. Maka terkuburlah impian, hinggalah ke hari ini. Di mana impian yang terkubur bangkit dari kuburnya. *hyperbola*

Untuk Husna tersayang (nama group aku) :

Semoga kita tetap tabah dan sabar dalam menghadapi kesukaran dan semoga semangat baru segera muncul supaya dengan semangat itu, kita dapat ubati sakit yang mendatang tak kiralah secara dalaman atau fizikal. Semangat, ceria dan ikhlas itu kadangkala boleh menjadi ubat yang sangat mujarab.

Sila jaga kesihatan.
Gembira dan ceria selalu tanpa melupakan Dia, in shaa Allah dapat mengubati kita. Oh ya, jangan mengeluh ye kawan-2. Kalau kita sakit ke apa ke.. janganlah selalu berkata, "aduh aku ney asyik sakit je.." "aduh..sakit aku tak baik-2 pun.."
Jangan. Jangan. Jangan.
adalah lebih baik kita berdoa dan memohon Allah permudahkan urusan kita.


Cewah. Bukan nak kata aku dah bagus. Tapi untuk peringatan diri aku jugak.
Selalu positif! Bak kata semua orang atau semua pakar motivasi.




SEMOGA BERJAYA DALAM MENYAMPAIKAN KISAH UMMUL MUKMININ DENGAN PENUH PERASAAN.

dan terus IKHLAS.







Sekian..




p/s : bagi je apa yang ada dalam hati.. =D

Friday, November 23, 2012

Comel sungguh kawan aku

Bismillah
Assalamualaikum.


Bangun je pagi. Tengok skrin telefon bimbit untuk tengok jam berapa. Tiba-2 terpapar, "1 new message"

Bukak.

Oh dari cik Ayu.Mira

Baca ayat pertama.. berkerut-2 dahi.
Teruskan lagi membaca.. tersedak terus.

Mesej yang mengandungi...pesanan dan cadangan.

After dgree you kena nikah cepat-2, nanti ade org jaga you.. amin!
Kesian you, sakit je...ibu jauh, at least husband ada di sisi..

Aishamira.. ape kau ney.. =.="

Bayangkan aku baca mesej ney dalam keadaan mamai dan masih mengantuk serta separuh sedar.

Bila baca lagi sekali dalam keadaan yang sepenuhnya sedar.
Sumpah lawak.
bagus-2. Baca mesej kau pagi-2 terus ceria aku..kelaka la kau.. comel pun ade gak.
Thanks sebab risau pasal aku..

Aku oke.. In shaa Allah... =D
sayang kau..



p/s : kadang-2 ayat nak menggembirakan hati lebih sedap didengar. At least boleh buat kita lupa yang kita sedang bersedih





Saturday, November 17, 2012

Gerak gempur hari kedua.

Bismillah
Assalamualaikum.

Semua entry gerak gempur adalah untuk hari semalam-nya. Kenapa?
Kerana latihan aku habis jam 12 lebih. Maka aku tak sempat a.k.a malas nak update terus.
Takde idea menulis waktu itu.

Hasil gerak gempur.

Semalam, Jumaat : 16 November 2012

Pagi hingga jam 2.30 petang

Perah otak untuk gaya.
Yes. perah sampai dah tak boleh nak perah.
Formation.
Gerak tangan.
Gerak badan.
Semua kami perah.

Polish. Takdela polish sangat sebab ade je yang tak ingat. Harharhar.
Walaupun takde latih vokal sangat tapi, rupanya memerah otak dah cukup buat aku dan yang lain sangat exhausted. Tak tau kenapa. Serius. Ini bukan cerita tipu. Oleh kerana Fareha takde pagi tu, maka harus polish sendiri punye then baru ajar dia. Kerja keras berlipat ganda harus dimulakan dengan diri sendiri.

Malam

Aku tak puas hati.
Aku langsung tak perform betul-2.
Aku langsung tak bley nak fokus.
Kenapa?
Sebab tiba-2 pulak hidung aku buat masalah.
Tiba-2 pulak lendir-2 dalam salur pernafasan (ehh yeke) ney mula bertindak. =.="
Redha jela.. Maaf Abg Andy. Semalam sangat teruk.
Walaupun Abg Andy tak cakap, tapi aihhh aku dah rase pun. Dan itu sangat men-down kan aku.
Tapi takpe...hari ini masih ada. Bersedia dengan ubat. InsyaAllah hari ni takde masalah apa-2.

Pesanan Abg Andy :

Sila nyanyi dengan relax. Sebab lagu yang dia buat untuk kami sesuai dengan suara kami. Jadi jangan terlalu tak relax dan push untuk keluarkan suara macam Zinnirah. Bhahahaha. Oke. Yang ini agak kelakar. Eh, ke aku je yang rasa macam tu. Bukan ape, tibe-2 terasa macam betul. Suara mereka sangat matang wooo! Suara kami? hahahah tak tau. Terletak pada telinga org yang mendengarnya. Kata Abg Andy, kitorang kena nyanyi lagu ney sweet-2 je. =D

Tapi haruslah dinamik kan. Jangan nak mengadala masuk FNK nyanyi suara macam makcik-2 atau nyanyi macam tengah menyanyi kat karoke jamban. Tolong sikit. Buat malu je.

Oke enough pasal update semalam.
Pagi ney jam 9 start bengkel nasyid FNK.
Bangun awal untuk prepare mental aku yang dah destructed sejak semalam.
Tidur malam tadi sangat tak khusyuk.
Aku tak faham kenapa semua benda yang aku nervous harus menjengah masuk dalam mimpi. =.="
Ye serius, aku mimpi pasal bengkel semalam. Aku pasti, malam tadi aku tidur dengan sangat bersepah. Ehem, maksud aku kejap-2 pusing kiri, kejap-2 pusing kanan, kejap-2 terlentang, kejap-2 meniarap, kejap-2 mengiring dengan berturut-2 dengan kelajuan yang laju. oke ney over.
Paling tak boleh blah. Aku mimpi aku nyanyi lagu ape ntah dalam bengkel tu, bila tersedar rupanya aku nyanyi lagu alarm phone aku. Ngeng! Ehh ke aku mimpi bunyi alarm aku? tak kisahla.


Bangun pagi-2 jugak buat aku dapat menikmati proper breakfast dalam bilik.
Selama ni langsung tak berkesempatan.
Semoga hari ini dan esok dipermudahkan.

Sekian.


p/s : tertanya-2 apakah yang sedang dilakukan oleh saudaraku di Palestin pada waktu, jam, detik dan saat ini. T_T




Friday, November 16, 2012

Gerak gempur hari pertama

Bismillah
Assalamualaikum

Hasil gerak gempur hari pertama semalam.

1. Sila mithali.
Ya, aku pun rasa aku takde kelembutan ala mithali macam lagu tu. Aihh susahnye nak jadi lembut dan sopan dan santun dan mithali.. Serius. On the way nak belajaq ney.

2. Sila project suara part "maka..."
Haha, maaf la suara saya walaupun dah project tetap jadi lembek kalau bawak part rendah. Takpe-2 saya cuba lagi dengan lebih semangat dan tawadduk kalau sampai berpeluh-2 pun tak ape. InsyaAllah.

3. Sila kekalkan energy.
Hahah yang ney diakui, mungkin sebab terikut dengan key. Bila part tu rendah maka aku pun directly proportional ter-lembek jugak

4. Sila berkomunikasi.
Ini adalah pengajaran hasil kesalahan kami satu kumpulan. Ya, sepatutnya kami berusaha mendapatkan tempat untuk bengkel dengan lebih keras lagi. Tapi disebabkan ada sedikit salah faham, di mana masing-2 tak tahu siapa yang in-charge atau siapa yang pegi cari atau juga mungkin kerana masih baru serta kesalahan tidak memberitahu coach awal-2 akan masalah yang dihadapi, maka tempat tak dapat dicari. Ya Allah harap-2 hari ney dapat kata putus. Dan aku sebagai org yang terlibat sangat-2 rasa bersalah. T_T Ini serius. Rasa bersalah. Tapi tak boleh nak salahkan diri sangat sebab semua tu dah berlaku. Dan harus diambil pengajaran.

5. Sila bekerjasama.
Ya. Jangan serah pada satu orang untuk buat kerja. Yang lain harus bantu. Ini juga pesanan dan teguran Abg Andy.

6. Ini bukan tempat berlawan.
Diakui kami ada 4 kumpulan dibawah satu kumpulan induk. Walaupun bersaing di pentas, tapi sewaktu latihan, harus bersama. Saling bantu membantu mana yang patut. Kalau ada yang salah sila betulkan. Berlawan hanya di atas pentas. Ini bukan masa untuk tunjukkan siapa yang hebat siapa yang kuat. Yes, Setuju. Tapi belajar untuk jadi hebat macam dorang takpe kan Abg Andy? hehehehe

7. Rapatkan jurang.
Cipta chemistry antara ahli kumpulan. Pesanan ini khas untuk Husna, kumpulan aku. Kenapa? Kerana kami ada ahli baru iaitu Kak Mira dari kolej satu. harus lebih mesra. Walaupun kami memag mesra kat dlm mesej. Bhahaha. Tapi mungkin sebab jarang jumpa, maka agak terkekok sikit disitu. Dari segi komunikasi kami tiada masalah. Ahh tak kire harus cipta bond antara kami. Tak kirela van der Waal forces ke, hydrogen bond ke, covalent bond ke, ionic bond ke, atau apa saja bond. Ia harus DICIPTA.


Sekian. Update gerak gempur hari pertama. (Semalam, Khamis : 15 November 2012)






p/s : bukan senang nak bekerja satu kumpulan kalau ada miss-communication. Oh ye, sila fikirkan gaya yang elegan dan bukan terlalu sekolah. perah otak!


Thursday, November 15, 2012

Gerak gempur bermula

Bismillah
Assalamualaikum

Aku sudah pulang ke UM terchintun. =.="

Ya sudah pulang ke UM, bukan untuk suka-2. Ini serius punya bisnes. FNK, Festival Nasyid Kebangsaan yang bakal diadakan di SABAH, menunggu kehadiran kami ke sana.

Dengan membawa harapan yang tinggi. InsyaAllah. Akan aku dan kawan-2 cuba buat yang terbaik. No No No. Bukannya senang. Susah nak buat yang terbaik ney kalau takde usaha dan gerak gempur yang betul-2 ampuh. Silap-2 sampai di medan terlucut semuanya. Bukan terlucut baju dan sebagainya, tapi terlucut segala semangat dan segala persiapan. Nehi nehi. InsyaAllah takkan berlaku. InsyaAllah.

Sepatutnya aku pulang semalam, tapi atas sebab-2 tertentu yang memang munasabah, maka aku tangguh ke hari ini. Maka malam ini bermulalah gerak gempur yang sememangnya mendebarkan dan menggeramkan aku nanti. Bukan geram apenye.. Aku dengar grup senior sangat hebat dan kuat.

Ahhh! Peduli apa aku dorang hebat. Kalau dorang boleh kenapa aku tak boleh?!
Nampak tak? nampak? betapa aku sangat geram dengan dorang yang hebat tu.
Lepas dah di-brain wash secara halus oleh ibu dan dengan semangat baru. Aku tak pedulilah kalau kalian hebat. Sebab dengan kehebatan kalian buat aku sangat membara nak kalahkan kalian.

No.
Bukan kalahkan. Itu bukan perkataan yang sepatutnya. Perkataan yang sepatutnya, SETARAF atau mungkin LEBIH BAIK SIKIT..

Sekarang ni aku jela yang membara-2. Aku harap sangat ahli kumpulan aku merasakan benda yang sama. Tolonglah jangan lemah bila lihat mereka sangat hebat. Kita harus jadi sama hebat.
Padam. Sila padamkan segala suggestion negatif kepada diri. Sila padam sebelum dia menjadi duri dalam diri. Sila buang dan padam serta delete dan destroy segala kata-2 si penakut yang semakin penakut dalam hati tu.

Kita harus BANGKIT!!!!!

Oke nampaknya aku dah terlalu semangat.
Lebih baik aku simpan dulu untuk malam ney.
Dan aku harap kawan-2 aku tidak spoilkan mood semangat aku.
No. no. Aku dah berazam dan berjanji pada diri untuk tiada sebarang kesalahan major dalam latihan malam ini. Dan tiada sebarang ulangan by part yang boleh menjatuhkan semangat aku yang terlalu banyak kali.
Aku tak kisah pun kalau ulang-2. Tapi kalau dah satu jam lebih ulang tempat yang sama, kau tak rasa macam nak hentak kepala kat dinding ke? Pehhh! aku bukan hentak kepala je, nak korek anak tekak repair-2 sikit pun ade. =.="

Aku dah geram ni.
Setiap kali ulang-2 part dulu mesti aku akan terdengar bisikan dari personaliti dalam minda aku berkata,
"Kenapa kau sengal gila, benda camtu pun salah buat jugak ke Cik Aimi oiii. Dah banyak kali kau ulang ney"

Dan aku sangat tak puas hati bila aku buat salah.



Sekian.



P jerit pada S : Semoga berjaya dan terus bersemangat! Untuk menaikkan lagi semangat, buat update pasal latihan setiap hari. Ambik kau retis sangat!





Tuesday, November 13, 2012

Happy tak happy

Bismillah
Assalamualaikum

Petang tadi bercerita dan mengadu pada ibu.
Lalu aku mendapat kata-2 ini.
Akak tak happy dalam hidup, and tak happy dengan apa yang akak buat. Sebabtu akak selalu lemah selalu sakit-2. Puncanya, berusaha terlalu kuat untuk senangkan hidup org lain and happykan dorang. Yang paling utama, akak menurut je apa yang disuruh walaupun tahu badan sendiri tak mampu terima lebih daripada yang sepatutnya.
Aku....

Cuma mampu terdiam.

Dalam hati berkata : Ya, memang aku tak happy.

Pesan ibu :
Naik cuti ney, betulkan semula kehidupan dan cara uruskan diri. Cuba jalani/hadapi hidup ney macam masa budak-2 dulu. Happy walaupun banyak dugaannya.
Dan aku akui,
kehidupan aku zaman sekolah lebih bagus dan lebih baik. Tak banyak unsur negatif yang mengganggu.
Selalu positif dan selalu fokus pada goal yang aku nak.


Taknak menyalahkan situasi sekarang. Aku cuma mampu mengubahnya. And terus kuat serta istiqamah dalam perubahan yang bakal diusahakan.




Sekian.



Pesanan P kepada S : Semoga usaha mengembalikan kegembiraan hidup akan berjaya dengan jayanya.. InsyaAllah.
 

Sunday, November 11, 2012

Contest I Choose To Wear Hijab

Bismillah
Assalamualaikum..

Tengah-2 takde idea nak update entry apa dalam blog ney..
Tiba-2 jumpa satu contest. Saja nak try nasib. Dah lama aku tak join contest-2 ney.. Kire sekarang baru terbukak hati nak join. Alah, saje-2 je.. =)
So here we are!




Setelah dibelek-2 blog semua peserta. Amboyh bukan main hebat dan lawa-2 semuanya.
Siapa lah aku pacal yang hina. Cewah!
Oleh kerana aku jenis yang tak berapa suka nak ambik-2 gamba.. *mood ambik gmba dtg kadang-2 je* So, tak banyak gamba aku dalam collection sendiri, banyak gamba org jerrr.. hahaha

Aku pertaruh gambar yang tak seberapa ney.




Neway.. gamba-2 ney diambil on the same day..

Nampak tak betapa poyonya aku letak dua gamba terus.
Sumpah, terasa gedik kejap.


Nak tau lebih lanjut pasal contest ney bolehlah
ke SINI

Hadiah dia menarik.. thats why la I join.. hahah. Oh ye, contest ini untuk gegirls jeee..

Sedikit kata-2 : 

Yes, we may look beautiful wearing Hijab with so many style available out there, but always remember and ask ourselves, why we wear Hijab, adakah untuk orang puji kita cantik? Adakah untuk sekadar cukup syarat? Atau adakah untuk melindungi diri dari aib dan mengelakkan diri dari menjadi fitnah?
Yes, niat itu membezakan semua orang yang berhijab.
Asalkan Allah dan kita tahu tujuan asal kita...
To cover your aurat not to show how beautiful you are with so many hijab style.
Being beautiful...is a bonus! Alhamdulillah.. =)

We want to gain LIKE from Allah,
NOT from Non-Mahram..


Stay cute stay secure.. 

Sekian.


=)

Thursday, November 8, 2012

BANGUN

Bismillah
Assalamualaikum

Bangun dari tidur.
Bangun dari pembaringan
Bangun dari mimpi lena.
Bangun dari alam bawah sedar

Jika tiada lagi kata BANGUN itu.
Apa lagi yang mampu kau lakukan?
Di saat tiada lagi istilah BANGUN,
mengertilah, kau takkan bangun lagi dari tidurmu,
kau tak mungkin bangun lagi dari alam bawah sedarmu.

Waktu itu, doa dari mereka yang kau harapkan.
Amal sepanjang perjalanan hidupmu yang menjadi peneman.
Kalau kau mampu putarkan masa?
Buang saja angan-2 itu.
Kerna kau tak mungkin mampu,
malah takkan pernah mampu.
Masa itu satu-2nya yang telah Allah tetapkan untuk terus berjalan dan tidak menoleh ke belakang.

Masa itu sesungguhnya terlalu suntuk.
Kau takkan tahu bila masanya untuk kau terus tidur panjang.
Selagi kau bernafas, bersyukurlah kerana kau masih mampu bangun pagi,
melihat matahari terbit, dan menghirup udara, juga melihat dunia.

Kau tak mampu untuk membayangkan,
andai suatu hari nanti..
Kau bangun, kau melihat kegelapan,
melihat dirimu di pembaringan.
melihat segala yang pernah kau lakukan,
umpama melihat layar perak di hadapan.

Waktu itu....
Sedarlah,
sebenarnya...kau sudah TIDAK BANGUN lagi dari lenamu.
Kau sudah meninggalkan dunia yang kau agungkan dulu.
Kau sudah melepaskan persinggahan yang kau nikmati dulu.
Sekarang, hadapilah alam kekal itu.
Yang akan kekal selama infiniti masa berlalu.

Sekarang, sementara kau masih bernafas,
bangunlah dari mimpimu.
dan kejarlah amalmu.
kumpullah sebanyak yang kau mahu.
Sebelum kau TAK MAMPU UNTUK BANGUN lagi dari tidurmu.


Sekian.





Tuesday, November 6, 2012

Wanita itu

Bismillah

Assalamualaikum.

“Demi ALLAH, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”

Begitulah gambaran Rasullulah s.a.w terhadap keperibadian Saidatina Khadijah.

Wanita yang cerdas
Ibu rumah tangga yang amanah
Pendidik bagi anak-anaknya 
Pengusaha yang berjaya,
Isteri seorang Nabi dan Rasul 
Pejuang di jalan Allah.

Terlalu banyak peribadi mulianya....hingga tidak tersenarai.

Tersenyum membaca sejarahnya.
Tersimpan dalam hati malah berniat ingin menjadi sepertinya.
Tersenyum andai menjadi nyata.
semoga redha Allah sentiasa bersama.
Semoga hati ini masih beriman kepada-Nya.








P bisik pada S : Dia idola... 



Monday, November 5, 2012

Aku kira awan menangis

Bismillah

Ehsan En Google


Hari ini masih hujan.
Hujan sama seperti semalam punya semalam juga semalamnya.
Hujan kali ini kedengaran pilu.
Kenapa?
Tiada guruh berdentuman, tiada kilat yang sabung menyabung
Terpilu, kerana cuma terdengar titisan-2 air yang laju jatuh ke lantai bumi
Bunyinya bagai lullaby untuk mereka yang kengantukkan.
Bunyinya boleh menjadi apa saja dendangan lagu,
mengikut apa yang difikir pendengar.
Ya, aku, kau atau dia juga mereka.

Aku kirakan, awan menangis.
Aku kirakan, awan mahu suram, mahu berduka.
Aku juga berkira-2 sama ada awan terlalu bersedih,
hingga air matanya tak mahu berhenti beberapa hari ini.
Tapi kenapa?
Kerana warga dunia terlalu leka?
Atau kerana memang sudah ditetapkan bulan ini kau harus menangis lama?

Apa sahaja andaian aku,
tetap tak dapat menandingi kebenarannya.
Bukan aku sengaja menjadi hakim
Aku cuma mahu bermonolog.
Mahu berimaginasi.
Mahu kembali ke alam kanak-2 yang terlalu innocent dalam berfikir.

Kau tak marah kan awan? langit?
Aku harap tidak.
Kerana jika benar, sudah tentu kau akan mengeluarkan bunyi yang sering aku takut itu.
Bunyi dentuman dan hempasan kau..
*senyum*
Aku sayang kau awan juga langit.
Janganlah bersedih lagi.
Aku teringin melihat kau ceria lagi dengan senyuman.
Aku masih teringin melihat kalian berbaik dengan temanmu mentari
supaya dia juga dapat melabuhkan cahayanya yang hangat.
Jangan lah bertelingkah lagi dengan dia ya?

=)





P bisik pada S :  mentari marah..maka terlalu panas teriknya...hingga awan mengalirkan air mata.. langit juga bersedih. KAMU INDAH JIKA BERSAMA.

Friday, November 2, 2012

Minggu tak larat

Bismillah
Assalamualaikum

Nampaknya aku harus bungkus saje blog aku kalau dah smpai berminggu senyap tak beroperasi.
Maklumlah busy.. =.=" gua benci alasan itu. Tapi memang betul pun.
Ditambah pula alasan tiada idea. Yes, sejak dua tiga menjak ney, aku selalu kekeringan idea. SELALU OKE.
Pernah suatu ketika, aku tengah syok-2 menaip..idea tengah banyak ney. Tiba-2..blank.. kosong je aku tengok kepala otak aku. SHIT! blank dalam tengah menaip tu. Kegilaan apakah itu. Terus mati hangus mood nak update blog.

Sekarang.
Sejujurnya, aku masih tiada idea.

Tapi aku tak kire aku nak menaip jugak dan mem-publish entry baru. At least terasa bernyawa sikit blog aku, walaupun nyawa-2 ikan, still. bernyawa kan?

Dalam masa aku tak update ney, banyak je benda yang berlaku, yang sedih ada yang suka pun ada. Cuma jari aku ney malas gila nak menghentak papan kekunci semata-2 nak story kisah hidup aku yang drama tak habis-2. Sorry la.. maksud drama di sini ialah, drama yang bila korang tengok, 5 minit pertama je korang dah boleh diulit mimpi sambil berdengkur.

Berdengkur lagi?

Simbah air.
Sampai hati uollss..

Ney aku cerita sikit secara ringkas apa yang berlaku sepanjang aku tak menaip entry baru.

1. Aku pergi Pangkor under projek kolej selama 2 hari satu malam.
2. Aku pengsan di Pangkor. (ini serius gila)
3. Aku pengsan lagi untuk hari seterusnya, masa on the way balik. Masih dalam kawasan Lumut kalau tak silap aku. (ini lagi gila tahap apa)
4. Aku dicucuk jarum, dan diberi saline.
5. Sepajang minggu tu aku memang tak larat and tak sihat langsung. Hari penyeksaan kecil.
6. Balik rumah untuk sambut Hari Raya Aidil Adha.
7. Bas pukul 8 suku malam.
8. Dalam bas perut aku gastrik cam nak hape.. terpaksa tahan smpailah tiba di Larkin. Faham tak perasaan teerseksanya?
9. First time dalam hidup aku, pagi raya aku bangun lambat gila. Ney kalau duduk kampung aku rasa dah kena sesah dengan batang penyapu oleh mak mertua mungkin.
10. Pergi pusing-2 Nusajaya tengok pemandangan bangunan baru yang sumpah cantik gila pembinaan dia.
11. Jalan-2 sekitar Johor Bahru, try test jalan baru juge sampai mak ayah aku bergaduh pasal jalan. (serius kelakar)
12. Balik UM dari Larkin jam 12 tghri.
13. Oleh sebab jammed, maka aku smpai jam 7.30malam. Gila penat.
14. Balik je aku cuba untuk menghadap lec note Immunology sbb ada test, tapi tak mampu last-2 aku tidur sebab sakit kepala.
15. Masih dalam mood cuti raya
16. Jawab test dgn confident-nya, tapi komfem salah.
17. Tiba-2 kerja aku menggunung.
18. First time woo buat recording. Hahaha ohseeemmmm~
19. Minggu ney, minggu paling TAK BERMAYA untuk aku. Sebab aku tak tau kenapa badan aku exhausted gila walaupun takdela bnyk sgt kerja aku.
20. Hari ney, sepatutnya aku pergi 11th untuk derma darah, tapi dibatalkan sebab tiba-2 kepala aku pening gila..ye disaat menaip entry ini aku masih belum mandi sbb tak larat nak bergerak ke toilet yang jauh macam kat kutub utara sana.
21. Sekarang dalam mood untuk mengembalikan semangat. HUARGGGGHHH!!




Itulah kisahnya, ia ditulis mengikut kronologi, dari 20hb Oktober hinggalah ke hari ini. Ye aku memang tak spesifik, malas.



Sekian sahaja dengan cerita untuk beberapa minggu yang ditulis dalam satu entry dalam masa yang singkat.
Jimat kan?

Hahaha.


Kbai.



p/s : boleh tak kalau aku nak merangkak ke toilet?


Monday, October 15, 2012

Don' Give Up On Me

Bismillah
Assalamualaikum.

Tengah-2 selongkar YouTube jumpa satu video yg sangat memberi inspirasi dan penuh dengan mesej.

video


Don't Give Up On Me- Lyrics
Written by: Veronica Ballestrini

I've been making a mess of everything in my life
It all made sense in my head, now it just don't seem right
I've been pushing away all the ones that mean the most to me

I thought leaving that town would help me find who I am
But I'm trapped and I'm more lost than I've ever been
Everywhere that I turn, the devil tries to take me down

But I can't stop now, there's only one way out

And this road ain't easy, so don't give up on me
don't give up on me
I fall to pieces, every time I see, you lose faith in me
You're the only reason I ever believed
So don't give up on me

There was a time when I believed I could do anything
Now I'm standing alone second guessing
But that's exactly what the enemy wants me to do
And I keep having this dream that I finally made it there
But it's not what I expected I'm waking up scared
I hear the thunder, but I don't see the light, anymore

But I can't stop now and I won't let you down...

This road ain't easy, so don't give up on me
don't give up on me
I fall to pieces, every time I see, you lose faith in me
You're the only reason I ever believed
So don't give up on me
don't give up on me
don't give up on me

Tonight's the revolution, I found my solutions
Nothings gonna poison my mind
If you stay by my side, I'm gonna be alright
I'm gonna be alright...

but this road ain't easy, so don't give up on me
don't give up on me
I fall to pieces, every time I see, you lose faith in me
You're the only reason I ever believed

And you're the one who always help me to see
So don't give up on me

don't give up on me
Mama don't give up on me
don't give up on me
Mama don't give up on me



Semoga mendapat sedikit kekuatan untuk berubah atau bertahan. =D

Sunday, October 14, 2012

Padam itu Delete

Bismillah
Assalamualaikum

Di saat semua orang membaca balik pesanan-2 ringkas orang yang diingati.
Di saat semua orang menatap gambar-2 lama.
Dan di saat semua orang singgah di laman profile orang yang paling diingati.

Aku.

Ya, untuk makhluk aneh yang kaku macam aku.

Aku padam semua tu.
Aku padam semua pesanan ringkas yang buat aku senyum macam org gila.
Aku tutup dan tanam gambar-2 lama.
Aku takkan bukak atau singgah atau cari barang sedikitpun updatenya.

Bukan tak sayang.
Bukang tak rindu.

Tapi..
untuk makhluk aneh yang kaku macam aku.

Aku paranoid.
Ya. Takut untuk merasa sakitnya.
Takut untuk merasa sesaknya.
Lebih baik aku padam dan matikan sebelum ia makin tebal dan beranak pinak.

Padam

Delete.

Padam semuanya selagi mampu.

tapi tetap aku tak mampu padam apa-2 dari ingatan.
Itu paling aku benci.
Kenapa?

Sebab.
Walaupun aku tak ingat segala situasi atau perkara yang berlaku.
Tapi tubuhku masih mengingati perasaan itu.
Segala sistem badanku masih mengenali perasaan waktu itu.
Hingga aku sendiri tak pasti kenapa di waktu ini..
sebak itu terasa hingga menyakitkan kerongkong.

Dan aku teringin padam semua itu.

Kata orang kalau tiada apa-2 perasaan itu rugi.
Itu bukan manusia.

Bolehkah kalau aku meminta untuk aku tidak ada secebis pun perasaan?


Dan jawapannya tetap sama.

TIDAK.

Jadi padam saja pertanyaan dan harapan tak bertali itu...



PADAM.

DELETE.




Sekian.

Jangan jadi paranoid macam aku.

Friday, October 12, 2012

Iri itu membencikan

Bismillah
Assalamualaikum

Iri.
Panggilan yang jarang digunakan. Bila dia sampai serius menyeksakan.
Iri.
Kalau sampai selalu akan bawak sekali masalah. Heret aku masuk ke kandang pertuduhan atau bilik tak bertingkap yang kebal dan berlatar belakang putih semata.
Iri.
Kalau dia datang, selalu akan berjaya buat aku rasa mahu mengundur diri. Sentiasa berjaya buat aku meng-ekspresi-kan kata-2 kecewa.

Aku benci kau Iri.
Aku benci kau sepenuh hati.
Tapi orang kata kau tu lumrah.
Aku dari dulu sedaya upaya untuk lari dari kau.
Tapi tetap hadir walaupun aku tak panggil dan cuba unutk mindset-kan diri agar kau takkan menjengah.

Iri.
Nama panjangnya cemburu.

Sentap bila ada yang bertanya,

"kau tak cemburu ke??"

Sentap sampai aku terpaksa menelan keras air liur sebelum menjawab persoalan.

Jawapan :

"Kalau aku cemburu pun aku boleh buat apa??"

Senyap.


Ya. Aku benci perasaan iri atau cemburu.
Sebab aku memang takkan dapat buat apa-2 kalau rasa itu datang.
Apa yang aku buat ialah, DIAM.

Nak sedapkan hati..
Aku kata pada diri sendiri.
Kalau aku buat orang itu cemburu, so takdelah aku lebih-2 cemburu nanti.
Solution paling bodoh.



Solution alih pandang yang memang bodoh.



Sekian.




p/s  : gua sebenarnya cool orangnya. =D








Wednesday, October 10, 2012

Perihal naik pelamin =_='''

Bismillah
Assalamualaikum

Sila jangan bercakap soal kahwin atau cinta dengan aku.

*Ini amaran : jika dilanggar akan digilis dengan lori balak milik aku dalam mimpi*

       Lately, aku dikejutkan dengan berita perkahwinan kawan kepada kawan aku. Cerita pasal kahwin. Ura-2 pasal kahwin. Tak kurang juga ucapan "tahniah akan menjadi bakal pengantin" dari makhluk yang saje nak buat darah aku naik. Haha.

       Bukan tu je, aku dibahan dengan segala pujian dan kata-2 semangat yang memang memberansangkan kalau ianya kenyataan. Dan sekarang, di newsfeed laman FB pula berlambak org post soal cinta lepas nikah, perjalanan perkahwinan remaja.

Dan seperti biasa reaksi aku ialah >>  =_='''

Oh myy,
aku fobia gila dah ney.
Serius rasa nak lari masuk gua kelam mencari barang secebis ketenangan.

Aku peduli apa org nak kata aku manusia paling aneh lagi pelik sebab fobia cakap atau dengar pasal kahwin. 
Yes, mula-2 sibuk cerita cam ekasited je. Tapi bila dah abundance cerita begini, aku jadi macam ney >> =_='''

Dan sekarang mesti kau orang semua perasan aku bercakap soal kahwin. Bezanya, aku hurai tentang ketidak-rela-an aku untuk mendengar, mengetahui, atau menyibukkan diri dengan urusan kahwin.  Percayalah aku meremang bila taip entry ini, terutama bila nak mengeja perkataan K tu.




Sekian.






p/s : rasa nak kahwin sila diam-2. bila dah kahwin baru cerita. =_=''' hevoh!

Tuesday, October 9, 2012

Mocha vs Latte

KAWAN ATAU LAWAN?

Masih belum diketahui lagi apa akibatnya.
Masih belum diketahui lagi apa isinya.
Dua-2 segar dan menghangatkan.
Dua-2 lain sekali rasanya.
Yang satu lebih kepada rasa kokonya.
Yang satu lagi masih rasa kopinya.

Dua-2 aku teguk.
Tapi satu sahaja yang mampu buat aku teguk berkali-2.
Latte.
Umpama nama wanita Perancis yang anggun dan elegan.
Si Latte mampu buat aku berhabis duit deminya.
Oh itu terlalu hyperbola.
Ia mampu membuat aku terhidu aromanya walaupun dengan hanya membayangnya.
Wanginya boleh buat aku pejam mata selama mungkin untuk menikmati aroma.
Manis pahitnya buat aku sekali lagi pejam mata menikmati rasanya.
Sudah telan, tersenyum pula dengan ikhlas tak dipaksa.
Ya dia Latte.

Mocha.
Lembut.
Manis.
Wangi.
Tapi, rasa kokonya buat aku hampir tak tertelan isinya.
Bukan kerana tidak sedap.
Mungkin kerana tekak ini tidak mampu menerima apa sahaja kombinasi aneh seperti kombinasi warna biru dan nasi dalam nasi kerabu.
Atau mungkin sahaja aku makhluk yang membosankan. Plain semata. Tiada kombinasi.
Tiada warna warni.

Tapi kerana plain itu lebih mudah.
Lebih senang untuk membuat alasan. Kalau tak suka, senang saja kata tidak.
Jika terlalu banyak kombinasi, harus pula membentangkan alasan kenapa tidak.
Satu hal nak menjawab part mana yang buat hilangnya rasa suka.
"Saya suka yang ini tapi sebab ada yang ini saya jadi tak suka"
Bukankah makin panjang ceritanya?

Latte tetap jadi pilihan.
Latte tetap jadi igauan.

Tapi.




Mocha.








Ada satu hal tentang Mocha yang masih menjadi tanda tanya.
Perihal Mocha, adakah ruang dlm hati untuk Mocha? 
tetap jadi tanda tanya.



Latte masih tetap menjadi teman.



Tapi




Ada satu hal tentang Mocha yang masih sering disebut namanya.....






Sekian.


Sunday, October 7, 2012

Gembiralah bagi yang benar-2 beriman

Bismillah
Assalamualaikum

Gerun bila membaca artikel ini.. dan terbit rasa takut kerana masih kurang amal dan iman.


Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut orang2 yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal - kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.


Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal - kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanan nya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki Muhammad yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah s.w.t.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya.
Semoga kami berada di kalangan mereka yang berjaya dunia dan akhirat. Amin...

sumber : irwanirah

Wallahu'alam.. 



p/s : sedang mencari inspirasi untuk tema lagu baru.. setelah digoogle maka terjumpa artikel ini. Menarik.




Saturday, October 6, 2012

Barulah terasa

Bismillah
Assalamualaikum..

Aku rasa dah lambat gila nak wish Selamat Menghadapi Sem Baru. Nampak tak betapa busy-nya aku sampai tak sempat nak wish. Dah nak pertengahan semester dah ney oii. So sila sedar anda semakin menghampiri final yang kejam lagi kuku besi tu. Maka, janganlah dibuat dekk je dan janganlah terus berada dalam comfort zone untuk lepak-ing semata.

Semakin lama semakin terasa cepat masa berlalu. Yela. Aku rasa mcm baru minggu lepas hari pendaftaran. Oke ney over. Sangat. Aku rasa mcm baru minggu lepas relax-2 study dgn lecturer. Refresh memori. Peh peh! Bila tengok tarikh. Aku mula start gelabah. Ye aku memang suka gelabah sesorang.

Semester baru ney serius mencabar dan ohsem (part Hari Jumaat takde kelas je). Mencabar sebab selalu ada short test or quiz yang mengejut. Mencabar sebab dapat soalan tutorial yang mmg super hard. Tapi bila dah buat dapat jawab, bangga gila rasanya. Alah. Selak aje buku Principle Of Genetics.

Memetik kata-2 Dr Zul, lecturer Molecular Genetics aku. Katanya...

You'll never know if the teachers lie to you and pretend to know everything unless you read and be prepared before classes. I don't mind if any of you argue with me for some facts. It shows that you are reading and you are thinking.
Nampak?

Nampak?

baru sekarang aku rasa SEDIA AWAL tu penting gila vavas. Dulu time sekolah, sedia awal jugak tapi takde la sampai terfikir yang cikgu boleh pretend like they know everything and making mistake seterusnya menyebabkan kita dapat fakta yang salah. Dulu niat nak kerek je dengan kengkawan kan? kan? konon kau tau semua. Ehhh! tak tak. aku tak.. Haruslah berbudi sedikit bila menuduh ye.

Dan.. Bila lecturer aku semua nak buat quiz mengejut. Mase tu baru aku sedar, we have to read before classes and read as much as I can untuk tambah pengetahuan aku untuk kos aku. And kekadang not all questions are from the topic we learn yesterday tapi topic that we will learn the next day. Tambah lagi another way to sedia awal. Genius betul lecturer aku.

Bila dipush to read gila-2 macam ney. Baru lah aku sedar sekali lagi yang ehh aku dah berada di alam universiti. Memang takde maknanya la nak lepak-2 tadah menganga je apa yang lecturer bagi. Haruslah usaha mencari sendiri. Mencabar jugak ye kos yang takde studio takde projek mcm budak alam bina and budak-2 kos lain. At least dorang nampak kerja apa yang dorang kena buat. Aku ney.. duduk melangok goyang kaki. Ingat takde kerja, rupanya banyak lagi benda yang aku boleh buat. For example : READING

Things you don't see are more challenging. *tibe2*

Oh oh.. memandangkan sekarang musim orang dok konvokesyen. Hari-2 nampak mereka yang berjubah sedang bergembira, ber-photo shoot, dan berhappy dengan hadiah masing-2. Aku sedikit jeles di situ. Nak jugak! Dan percayalah, setiap kali nampak komfem aku dah terbayang ambil scroll, pakai jubah, pakai topi ijazah sambil pegang bunga and segala hadiah yang aku dapat. Peh peh!

Ehh tibe-2 aku nampak ada En. Mocha ambik gambar dengan aku, satu family depan DTC!
*geleng-2 kepala*

Dan mase tu jugak mood aku nak study membuak-2 nak achieve matlamat. Tapi.... ada tapi jugak.. aku terstuck dekat twitter. Naharrom punye twitter. Naharrom betul segala social network. hahahah. Boleh? Okeyh-2 fokus. Lepas je aku update entry ney. InsyaAllah aku pegi tidur kejap. Lepastu study. Oke? Korang saksi ae.

Kalau korang nampak aku dekat Twitter atau FB sila maki aku. No Mercy.

Sekarang barulah terasa betapa aku membazirkan masa dengan laptop. Naharrom punye laptop. Pergi meninggallah! ehhh! jangan. nanti aku jugak susah. Maaf ye cik Siti (nama laptop aku), ye aku tau nama tu terlalu klasik lagi tradisional. Maaflah aku memang wanita melayu terakhir. *tddmka*


Dengan bebelan yang panjang ala ucapan perdana menteri (tak panjang mana pun), maka ingin diuar-uarkan bahawa conclusion penulisan hari ini ialah, BARU SEKARANG AKU RASA SUDAH BERADA DI ALAM UNIVERSITI (bukan sekolah lagi).
Nampak tak? betapa lambatnya aku. Betapa slownya perjalanan adaptasi hidup aku.


Terbanglah tabiat lama


Sekian.



p/s : tergelak bila ingat org dok ucap tahniah kat aku sebab status solat istikharah (dah delete pun) aku smlm.


Thursday, October 4, 2012

Ibu berkata

Bismillah
Assalamualaikum

Pesan ibu :

I love the feeling when I hold my mom's hand


1.    Jangan lari fokus dalam hidup.

Kalau sekarang fokus kita ialah belajar, maka fokuskan lebih kepada hal itu. Hal sampingan boleh ambil perhatian tapi tak perlu sampai menggangu fokus utama.

2.    Kalau yakin boleh, maka lebih baik dipercepatkan

Ditanya sama ada aku boleh fokus pada dua benda itu, membina keluarga dan belajar dalam masa yang sama. Kalau yakin, teruskan. Kalau tak. Tangguh hingga betul-2 bersedia. Dan memang sudah diketahui jawapannya ialah tidak. Tiada keyakinan. Tiada persediaan. Atau bahasa tepatnya ialah takut.

3.     Beri masa untuk cari sesuatu dalam hidup

Masih ada yang kurang, dan harus kenali diri atau perbaiki mana yang perlu. Membina masjid bukan sekadar untuk seronok, tapi lebih kepada tanggungjawab. Tak boleh dipandang remeh je. And beri masa pada diri sendiri untuk fikir and rasa, sama ada kita betul-2 nak hidup dengan dia atau tak. Ada perasaan itu atau tak.

4.     Kalau nak, cakap je.

Like seriously? ney ibu aku yang cakap. Kalau nak, cakap je. Tapi jelaskan ke mana fokus kamu. Sampai masa, jalan.

5.    Solat istikharah

Minta petunjuk Allah. Buat banyak-2 kali lagi bagus. Selalu doa lepas solat. Kalau Allah bagi petunjuk yang oke and baik jika diteruskan. Maka, langsunglah. Ibu oke je (yang ney serius takley blah). 


Yang bawah ney aku pulak kata.

Tapi, kalau setakat sebelah pihak je. Tak perlulah kowt. Itu masih dikire belum serius.
Kalau ada jodoh adalah.
Kalau nak fikir takde duit. Memangla beban. Tapi rezeki Allah kat mana-2.


Terima kasih kerana membangkitkan isu ini wahai En.Mocha, kerana dengan berbangkitnya isu ini, ia buat saya fikir lebih dalam ke mana fokus saya. Kerana timbulnya persoalan itu, ia sangat buat saya begitu bersemangat mengejar cita-2 untuk jadi terbaik sebagai persediaan.

Dan kerana isu itu juga, saya sekarang sangat bersungguh-2 untuk mencapai kecemerlangan study and softskill. Malah ia mengingatkan saya akan trademark kelas saya masa sekolah. WITH LOVE WITH PASSION, yang saya applykan dalam pelajaran dulu. Setelah lama dilupakan, sekarang baru saya teringat. Terima kasih.

Ada hikmah semua ini.
Tanda Allah sayang. Alhamdulillah.




nota kaki : ibu macam nak bagi green light. Bila nak hantar rombongan? Tibe2. Takdelah mengarut je tu. hahahahaha. gedik. 




p/s : sekian entry soal masa depan hidup aku. Bosan plak asyik cerita pasal ney je


Wednesday, October 3, 2012

Aku tiada apa-2

Bismillah.
Assalamualaikum

Memang la kita tengok orang dilamar ke berkahwin ke nampak seronok. Nampak awesome. Nampak bahagia. Nampak semualah. Tapi realitinya.. Gerun lagi menggerunkan. Terutama untuk orang macam aku.
Ye. Untuk orang macam aku, serius tak layak untuk dilamar. Mesti semua pelik kenapa aku merendahkan diri aku dengan terlalu rendah macam tu. Siap keluarkan perkataan TAK LAYAK.

Aku tau diri aku.
Aku tau siapa aku.

Kalau nak dibandingkan dengan kawan-2 aku yang dah berumah tangga, aku jauh lebih jahil daripada dorang. Aku langsung takde apa-2 untuk dibanggakan. Result matrik? Result SPM? CGPA UM? Semua tu tak mampu buat aku berbangga untuk menjadi seorang perempuan yang layak dilamar.

Apa lagi? Cantik? Cun? Hot? Sopan? Menarik? Nope. Semua pun tak. Satu pun takde. Terlalu kurang. Dan semua tu masih tak mampu buat aku berbangga untuk menjadi seorang perempuan yang layak dilamar.

Memasak? Jauh sekali. Jauh sejauh pluto ke bumi. Orang sibuk cakap, kalau tak pandai masak jangan sibuk mengada-2 nak kahwin. Yes, dengan statement itu membuatkan aku yakin yang masih belum sampai masanya untuk aku. Dengan statement itu aku pasti hari itu masih terlalu jauh untuk dikejar.

Oh ye,, ilmu agama? MasyaAllah. Jauh sekali. banyak yang masih tak diketahui. Sedikit sangat yang dipelajari. Yang aku tahu, aku cuma pegang pada yang asas. Nak kata solehah. Ya Allah.... terasa kerdil yang amat. Walaupun menjadi idaman and aim dalam hidup tapi terlalu jauh untuk digapai. Sejauh 1 juta tahun cahaya barangkali.

Jangan rushing..
Yes aku taknak rushing.
Yes aku takkan rushing.

Bangunan kalau buat cepat-2 tanpa fikir atau nilai kualiti takkan bertahan lama. Akan roboh. Dan bila roboh akan ada yang terluka, sakit, patah tulang, mati pun ada.
Perumpamaan untuk situasi aku.

Apa yang aku ada ialah...

Perasaan.
Pemikiran rasional.
Doa.

Itu yang buat aku menulis entry ini.
Menyatakan yang aku tiada apa-2 untuk diberikan atau dibanggakan.

Harap faham.
bahawa aku betul-2 tak berani dan tak mampu
Memberi kata putus YA, jauh sekali menyebut TIDAK.

Jujurlah. Dalam hati ney dah menggelegak nak sebut YA (perasaan). Tapi.. rasional membataskan. Akhirnya doa meminta petunjuk sahaja yang mampu aku lakukan.

So. conclusion cerita disini.
tolong cepat-2 sedar dari mimpi indah.
khasnya untuk aku.
Kadang-2 mimpi indah tu cuma dalam kepulan kabus putih atas kepala je.
Tapi realitinya malap. Sipi-2 je boleh nampak.
Faham?
Tak faham takpe.

Sekian.




p/s : Pagi tadi jatuh masa tengah berdiri nak tengok jam and mengesot ke katil. Mom, i need to call you, ada sesuatu harus diberitahu.




Tuesday, October 2, 2012

Tiru

Bismillah
Assalamualaikum

Aku melihat semua orang meniru
khabarnya nak jadi hot macam si fulan itu
Kononnya nak meriah macam si fulan yang sekian pula.
Tolonglah cari diri sendiri.
Kau merasa diri kau terlalu rendah untuk dibanggakan?
Kau rasa dengan meniru mampu buat kau naik sedikit tarafnya?
Tolong faham bahawa ianya tidak.
Tolong masukkan ke dalam benak kau sedalamnya.
Orang melihat siapa kau sebenar.
Bukan mahu melihat siapa kau setelah meniru.
Itu penipu.
Kau bangga kau lebih tinggi tarafnya daripada orang yang kau tiru?
Tak payah. 
Lupakan je.
Jangan lupa kau pernah tiru dia dulu.
Tolong jangan perasan dengan mengatakan kau ialah pioneer.
Sila ambil perhatian di mana harus kau semat dalam jiwa dan akal sihat kau,
bahawa kau, dia dan dia harus buang rasa mahu berada di atas lebih dulu.
Lebih baik kau fikir bagaimana harus ke puncak bersama.
Dan sama-2 menikmati indah dari penglihatan sudut atas.
Kau tak rasa malu dengan diri sendiri?
Mendapat habuan lumayan kerana meniru sebulat sebulat
tanpa ada sekecil zarah pun perubahan
atau penambahan.
Kau sudah pun mengakui kebodohan.
Kau sudah mengakui kesombongan.
Meniru.
Aku peduli apa.
Meniru pendapat atau hasil pendapat.
tapi berbeza pengolahan.
Ia masih meniru.
Dan jika ada pengolahan, maka jenis meniru itu aku tak ambil hati sedikitpun.

Sila faham bilamana kau harus jadi diri sendiri dan bina pendapat sendiri.
Melainkan kau sudah memang dilahirkan dengan kebetulan persamaan dengan si fulan itu.
Itu nama persamaan. Bukan peniruan.




p/s : done done. huh. 




CG-ian will fly away.. ^^v

Bismillah
Assalamualaikum

Maaf sebelum mulakan entry aku nak angin sekejap.

Nampak tak betapa sakainya line tenet kat bilik aku. Entry yg spatutnya aku publish seminggu yang lepas rupanya tak publish pun ada je dok tercongok dalam draft buat penat jari aku click kat publish. Fjklfjklfjkl!!!! Tak syok la cmney.

Oke enough.

Kembali ke topik utama. Maaf mengamuk tiba-2. Tau korang tak suka. Sorry.
Tunduk.

Oke.. berkaitan dengan hutang yang aku dok sibuk cakap kat FB ngn Twitter.
Hutang yang memang berat. Sekarang sudah lunas.

Hutang nya ialah..

FESTIVAL NASYID PERAK. 
lokasi : Mydin Mall (yang sejuk lagi berangin)
Peserta : 8

Berita yang menggembirakan menyambut segala kepayahan.
Berita yang boleh buat aku senyum sepanjang mengingat memori, menyulam segala stress yang mendatang selama latihan.

Memang seronok.
Tapi lebih kepada nervous sebab kami baru lagi.
Tak biasa dengan festival-2 cam gini.
Lagi-2 masa final aku tersalah atau lebih tepat tak mampu buat part aku. Serius rasa nak menangis. Masa tu, aku rasa kalau kami kalah.. it is all my fault!

Kau bayangkan aku boleh off key kat atas pentas mase buat 2nd. Gila tak gila la kan. Nasib baik mic slow and aku jauhkan setelah perasan akan kesalahan tu.
Dan paling memilukan..ialah bila aku tak boleh buat part tinggi. Ini semua gara-2 sakit tekak yang tiba-2 terjah aku on the spot mase nak naik pentas. Memang pentas tu pentas aku la kan sebab siap boleh batuk-2 sikit. Gila.

Aku syak ini semua disebabkan air mineral yang sejuk (sebab takde yang room temp) and condition Mydin yang like seriously buat most of ahli kami rasa nak demam. Mase tu Allah je tahu betapa aku nak menangis dan meraung. tapi aku tahan buat cool macam takde apa-2. Tapi kalau ada yang perasan, lepas perform je aku terus diam tak kata apa-2.

Okeyh, seterusnya disaat pengumuman pemenang. Memandangkan yang sampai ke final cuma 6 buah kumpulan, which are 3 Tradisi, 3 Moden. Maka once diumumkan tempat kedua boleh agak siapa menang. Demi Allah, aku tutup telinga aku sekuatnya. Konon taknak dengar la kan. Tapi dengar jugak. Maklumlah mic MC punyelah kuat. Komfem masuk jugak dalam gegendang telinga aku.

Tempat ketiga diumumkan.

Oh.... Selamat.. Fuh.

Tempat kedua..

Bunyi saspen..
Tutup telinga makin kuat.

Qaseh!

Terjerit sikit sambil menutup kemas mulut dengan erat, lalu air mata mengalir.

HUSNA dapat Johan..
Bukan Johan raja lawak tapi Johan pertandingan yang membawa RM2000 beserta sijil dan piala.
Teruja.

Sangat teruja.

Masa untuk umumkan kategori moden.

Bila UKHUWAH diumumkan sebagai tempat pertama.
Aku terlompat sikit je. Serius makin teruja dan gembira juga tak menyangka.
Mereka bergerak ke arah kami. Aku pusing belakang. Nampak mata En.Nuzul Hepisentiasa merah dan berair. Menangis lettew! terharu dengan kemenangan. Sesi photoshoot macam biasa.
Hevoh keyh.. Dua-2 kami pulun sape tak hevoh lagi seronok kan?

Nikmatilah kegembiraan yang dikongsi bersama.

Oh ya lupa nak bagitau.. KAMI AKAN WAKIL PERAK KE SABAH NANTI!
nampak effort excited aku dengan menggunakan capslock?
InsyaAllah la kalau FNK tu jadi ye.. Tapi jauh dalam hati aku, aku rasa akan jadi.
Kalau tak jadi. Aku menangis hentak kaki.

Sekarang tengah menunggu keputusan AZ and Jauhar. Sama ada mereka berjaya atau tak utk merangkul Johan di Johor hari ney. Kalau berjaya. Moh le kite ber-FAMILY DAY di Sabah nanti! Fly away~


 
Lepas perform. Husna giliran ke-2, Ukhuwah giliran ke-4


Ahli Husna (Tradisi)


Ukhuwah (Moden)


Kami menang!


Alhamdulillah rezeki Allah

Lihatlah muka-2 gembira kami. Lihatlah muka-2 kami yang baru bangkit dari kekalahan lalu.
Terima kasih FESENI 2012.
Menjadikan ini lebih berharga.

Kepada kawan-2 yang tak dapat join. Takpe masih ada masa InsyaAllah.
Jangan jeles sangat. Kita masih boleh ke Sabah bersama kalau kamu mampu.



p/s : bermula minggu penyeksaan edisi kedua yang percayalah bakal lebih mencabar. Maaf andai ada sesuatu yang tak diduga mendatang. =)



Thursday, September 27, 2012

Diam

.................
...............................
............................................
..........................................................
.........................................................................
.
.
.
.
Izinkan aku berdiam diri untuk sekali ini.
.............
......................
.................................
.
.
.
Izinkan aku menarik nafas panjang dan menghembusnya dengan keras
Bukan mengeluh
Cuma ingin selesa.

Izinkan aku terus berdiam diri untuk sekali ini.
*tarik nafas dan hembus*








p/s : bila agaknya minggu hectic ney nak habis. Sabar buat masa ini

Tuesday, September 25, 2012

Seketul daging merah..

Hati..
Kenapa kau sering gusar?
Kenapa kau sering ragu?
Dan kenapa kau selalu merasa tidak selamat?
Biarkan mereka..
Meraka tidak tahu apa isimu.
Mereka bukan faham bait bicaramu.
Kalau sahaja kau berhenti kerana mereka,
Mampu lagi kah kau berdepan dengan sejuta dusta nista yang lain?
Kau bukan objek penyenang hati untuk semua orang.
Perlu lagikah kau cari semua alasan untuk pergi?
Tak perlu pergi.
Tolonglah.
Kau perlu tetap berdiri disitu.
Walaupun darah yang mengalir menjadi kering lalu beku.
Biarpun hilang sejuta isipadu pekat merah itu.
Kau masih ada jasad untuk kau kemudi.
Kau masih ada nafas yang sedang berhembus sepi.
Buang segala paranoia keterlaluan untuk bulan-2 ini..
Buang untuk tahun demi tahun.
Simpan sedikit buat peringatan.
Dan awas, akan tumbesarannya.
Janganlah kau tanya lagi dan lagi,
Soalan sampai bila harus bertahan.
Bukankah sudah berkali juga ku ulang,
Sampai darah merah itu berhenti mengalir dan denyut tidak lagi kedengaran.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...