Saturday, December 10, 2011

Tentang Bulan

Assalamualaikum.

Aku menangis kerana bulan.
Mesti semua tahu, Malaysia dapat tengok gerhana bulan lagi (10/12/11).
Sebelum ney aku tak dpt tengok (bulan Jun lalu)

Tapi sekarang aku, masih tak berpeluang nak tengok. Malam ney memang aku bercadang nak menikmati pemandangan gerhana bulan.
Tapi lagi, bulan ditutupi oleh awan tebal yang menghalang aku daripada melihat keajaiban dan kekuasaan
Allah swt.
Sabar. 
Redha.

Walaupun sebenarnya cuma Allah je tahu apa perasaan aku.
Serius hati aku menangis, hanya kerana itu.
*mungkin orang akan kata aku entah apa-2*
tapi ini perasaan aku.
Orang nak menyampah suka hati korang.

Satu lagi perkara yang aku tak faham, kenapa penghuni UM, macam tak kisah and tak heran je dengan gerhana bulan.
Dorang dah hebat sgt ke, mungkin dah selalu tengok kowt.
Aku perhatikan, lepak je dorang siap men futsal tak ingat dunia.
Dok dalam bilik, macam bilik adalah dunia mereka.
Maklumlah, budak pandai kan. Study jela, membazir kowt tengok gerhana bulan ney.
Takpe, mungkin assignment menggunung jadi dimaafkan la.

Tapi bagi aku, kejadian gerhana suatu yang menarik.
Buat aku terasa kerdil dalam dunia ney.
Aku hamba Allah paling hina.
Aku hamba Allah yang selalu leka.
Bila ada gerhana macam ney, aku berpeluang buat solat sunat gerhana yang aku rasa berapa kali je dapat buat.
Bukankah itu menarik?
Cuma kurangnya, aku tak dapat buat secara berjemaah.
Mungkin lebih terasa.

Sudahlah.
Aku sudah menerima kenyataan bahawa aku tidak ditakdirkan untuk melihat gerhana bulan kali ney.
Harap, aku dapat tengok lain kali.
Harap sangat.


p/s : takde siapa nak teman aku tengok. Jadi memang sadis perasaan aku sekarang ney.

nota  ♥ : Takpe, mungkin belum peluang kau Aimi, jadi sabar jela. Berdoala agar dapat tengok lain kali.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...