Saturday, December 10, 2011

Satu Persatu Kelopak Itu Jatuh

Assalamualaikum.

Sering kali entry aku tajuk macam apa. Bosan.

" Kalau satu hari nanti kita bersama seperti yang telah ditetapkan.
Aku berjanji takkan membiarkan hati keliru lagi "

Satu : jiwa aku sudah lama keliru. Apa itu cinta, juga apa itu rindu?

Dua : Senyuman aku ukir untuk melihat orang juga tersenyum. Bukan untuk melihat pandangan aneh dari mata si penerima senyuman.

Tiga : Tangisan aku, disembunyi sebaik mungkin. Agar tiada yang melihat aku seakan wanita lemah nalurinya.

Empat : Tatkala aku bersendiri, apa yang aku fikir ialah. ''Kenapa?''  itu dan ini. Jawapan. Tiada lagi setakat ini.

Lima : Cuba meluahkan, namun masih terhalang dengan akal logik yang masih bertakhta. Ternyata, nafsu aku masih boleeh dikawal.

Enam : Amarah menggunung bila apa yang aku janjikan tak dapat aku tunaikan. Mungkin kerana terlalu leka dengan berjanji.

Tujuh : Kecewa dengan diri yang mudah terjerumus. Mudah tepegun. Mudah terjatuh. Dan mudah terbuai dengan kesementaraan.

Lapan : Hati aku gelap barangkali. Masih tertanya bagaimana untuk menyucikannya. Bila sudah cuba membersih hati. Terasa seakan tidak cukup. Ah! Masih tak bersih. Bagaimana ini?

Sembilan : Fenomena tidak kusangka. Aku sudah mempermainkan perasaan orang lain, yang sesungguhnya tidak pernah menjadi niat asal ku.

Sepuluh : Kelopak terakhir yang aku harap takkan gugur lagi. Tapi cuma tinggal satu takkan mampu buat ia tegar sendiri. Kelopak itu adalah, harapan bertemu MR. DREAM yang telah beberapa kali menjenguk mimpiku. Siapa dia aku tak pernah tahu.
Ini yang aku katakan,,
aku menyayangimu walaupun aku tidak pernah bertemu denganmu.

Kolot.
Percaya pada mimpi yang mungkin strategi syaitan untuk buat aku gagal.
Entah. Aku msih keliru.

Berdoa sahaja.
Itu yang termampu.

Kepada bakal suami yang entah siapa,

Kau mungkin bukan yang pertama, tapi aku harap kau yang terakhir dan akan selamanya di syurga.

p/s : aku tak layak untuk ke syurga, Terlalu banyak dosa yang ku tanggung tak terkira beratnya.

nota  ♥ : kau bukan yang pertama kerana kau sentiasa ku cari dalam mana-2 identiti yang ku jumpa. Namun, tetap bukan kau yang ku rasa akhirnya. 

nota  ♥  ♥ : Sesungguhnya aku tidak menipu bila aku mengatakan yang aku benar2 merasakan kasih sayangmu walaupun sekadar di dalam mimpi. Aku tunggu kau. Mungkin ini petunjuk Allah untuk aku agar jangan terlalu terdesak mencari. Siapa tahu? Itu rahsia Allah.


Sudahlah. Berjiwang sahaja yang tahu. Pasal study, hurmm ke laut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...