Wednesday, December 14, 2011

Biar Aku Terus Menulis Tentang Kawan

Assalamualaikum.

Perasaan sendiri selalu jadi teman aku.
Ya. Bagi yang mengenali aku begitu sukar untuk percaya yang aku sendiri.
Cemburu dengan orang yang ada teman sejati dari dulu sampai sekarang, masih tetap orang yang sama.

Aku.
Sering bertukar, yang lama sudah hilang entah ke mana.
Yang baru pasti di sisi selalu, tapi mereka juga punye teman sejati mereka.
Dan pasti akan menjadi yang lama suatu har nanti, dan juga akan hilang entah ke mana.

Mungkinkah aku yang salah?
Ya, mungkin.
Mungkinkah aku yang ego?
Ya. mungkin.

Maaf kawan.
Bukan untuk menyalahkan, tapi benar aku cuma sekadar menumpang kasih semua orang.
Aku benar-2 bagai melukut di tepi gantang.

Kau tahu kan maksudnya?
Aku ada atau tiada, tidak memberi apa-2 kesan pada kau.
Kalau ada, adalah. seronoklah.
Kalau tiada, tak mengapa.

Bila difikir bagus juga jadi orang yang bagai melukut ney.
Tak perlu risau akan adanya orang yang mengalir air mata di saat kepergian.
Pasti kehidupan akan diteruskan seperti biasa.

Ya, manusia akan melaluinya.
Cuma mungkin aku, tidak selalu diingati.
Tak mengapa. Ingatan dan kenangan tentang aku, tidak perlu disimpan.
Cukuplah sekadar doa untukku dipanjatkan.
Itu pown kalau aku masih ada dalam doa kau.

Tiada apa-2 harapan.
Cuma mengharap golongan ini akan terus mengingati aku.
Agar dapat mendoakan aku.
1. Ahli keluarga ku.
2. Orang yang mencintaiku kerana Allah.
3. Mungkin anak-2 aku.
4. Atau juga cucu-2 aku.

Mereka jiwa aku. Cukup ada mereka. Aku kuat menghadapi segalanya.

Maaf kawan, bukan aku tidak mencintai kau.
Cuma, cinta itu tak selalu hadir antara kita.
Kerana aku cuma menumpang sahaja.
Menikmati indahnya dunia ini dengan persahabatan.
Ya. Aku mengakui. Dunia tanpa kawan sangat sunyi.

Tidak mengapa jika aku sekadar teman dikala susah mu.
Aku juga pernah menyusahkan kau dengan segala sikap keanak-2kan aku.
Tak mengapa kau hilang aku.
Kau masih boleh teruskan hidup.
Aku bukan siapa-2.

Tak mengapa aku lari dari pandangan mata mu.
Kau takkan mencari sekalipun.
Tak mengapa aku jauh tak tergapai.
Kau takkan menggapai sedikitpun.

Maaf. Aku tidak menyalahkanmu.
Bukan maksud aku buat kau berkecil hati.
Kerana kau seolah tidak dianggap.
Aku cuma telah sedar diri.
Cukup buat aku bangun dari mimpi indah.

Aku sayang kau.
Aku teramat sayang kau kawan.


p/s : sedih. Masalah kawan lebih berat dari masalah kekasih bergaduh.


"Entah siapa sebenarnya kawan yang betul-2 ada dengan aku.
Aku masih keliru. Terima kasih la pada sesiapa yang selalu dengan aku sekarang.
Kalian sudah masuk dalam list orang yang dicintai selalu."

4 comments:

NadellaZahare said...

saye minta maaf. kebizian buatkan tinggal awak alone sentiasa ;'(

cik myra said...

aku harap aku masih tergolong dalam list yang kau cintai coz i will always remembered you.

Ramona Alice said...

tp klu i dtg blik u je, u x lyn i. sedih tau..

Dunia Cik Maia said...

@Ramona Alice u dtg time i nga buat something.. sorry.. i didn't mean to.. =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...