Wednesday, December 28, 2011

Ada Yang Lain

Assalamualaikum.
Hey semua. Apa khabar kalian.
Aku dah lama tak berjimba dengan blog kesayangan yang dilupakan sementara gara-2 tiada idea dan mood untuk menulis. Apatah lagi melihat blog yang tak naik-2 followers nya. Hahaha. Sekadar berbasa-basi.

Jadi. Aku sudah ada yang lain. Apa yang lain? Pacar?
Ouh, sudah tentu bukan. Tidak sama sekali. Aku masih single macam yang dirancang. Macam yang dijanjikan pada diri. Biarlah bersendiri.
Aku sudah ada blog kesayangan yang baru. Ia lain. Sudah tentu lain. Malas aku nak describe sebab aku tak rasa ada perbezaannya ketara, maklumlah orang yaang menulis adalah sama. Jadi, mood pasti sama, style pasti sama. jadi tahap kebosanan juga sama barangkali.

Kalau terasa rajin jenguklah sini >> Neon Malam Itu

Sekian. Itu sahaja

p/s : Maaf tiada nota hati.

Thursday, December 15, 2011

Gua Players???

Assalamualaikum

Aryney entry gua berbaur......ntah la gua pown tak tau berbaur ape.
Semalam beriyek entry sedih..aryney men gua-lu plak.. Lu pehal? Gua kena buat entry sedih je ke? mengikut cuaca sekarang yang memang disaster btol.  Memang. Bukan cuaca jee yang gua rasa agak disaster (ney semua gara manusia yang rakus), jiwa gua pown disaster jugak. Kejap sedih, kejap geram, kejap marah, kejap happy gile babun, kejap moody cam meroyan. So, lu nak kate disaster cmne lagi? ney dah disaster la ney.

        Gua layan semua orang baik. Oke. Fullstop. Gua layan lelaki pompuan semua baik-2 sama je bhaii~ Itu satu fakta yang lu semua kena tahu, (semua? bajet cam ramai yang nak tahu pasal gua kann?) Ah. Sudah. Gua akan layan baik je, meskipun orang buat taik dengan gua. Kalau gua buat taik jugak sama macam orang lain, taraf gua sama macam dorang. No bebeh! The Dutchess takley same taraf dengan org bawahan camtu okeyh...

        Tapi satu je gua harap. Gua harap takde sape yang akan anggap gua players disebabkan gua layan semua membe lelaki gua dengan ohsem. Hey, gua baik oke. Innocent je. Oke, sila muntah. Gua tak bangga pown gua ade ramai membe laki. Dherrr~ membe pompuan gua lagi ramai okeyh.. Gua tak gedik-2 pown ngn membe laki gua. Gua takde la nak tangkap lentok ngn dorang. oh pehlisss!

       Kecuali sorang je la gua cam eh tersyok pulak. Tapi mesti dia tak syok ngan gua. Lagipun gua malas gak nak layan syok lame sangat takut merana plak nanti. So, sempoi-2 je dah. Tak pyah nak havoc sangat la ann.. Gua layan ramai membe laki kat FB bukan sebab gua hot setap. Gua tak hot. Tolong, gua bukan setap. Gua paling sentap orang panggil gua cmtu.

       Ape, lu ingat layan lebih dr sorang je, players la? Otak kat lutut jela pk camtu. Gua, kalau untuk orang yang spesel, gua tak layan kat FB. Buat ape nak heboh kat FB kalau kat HP boleh bergayut berejam. Buat apa komen-2 kat FB kalau bley sms berjela. Gua tau, murah. Tak keluar sesen pown. Gua je yang sanggup buang 1 sen nak sms, gua kaya kan? (nyampah, kuarkan kredit pown di kate kaya, lepas ney apa plak?)

       Dah la gua malas lah nak hevohh! pasal gua players. Lu na cakap gua players? cakaplaa.. kalau nak rase tomato lumat masuk dalam lubang hidung dan mulut lu khas dari suapan maut gua.

Ciao. 


"dah kenapa gua nak guna gua-lu ney? Oh ye, entry kali ney takde nota ♥"

Wednesday, December 14, 2011

Biar Aku Terus Menulis Tentang Kawan

Assalamualaikum.

Perasaan sendiri selalu jadi teman aku.
Ya. Bagi yang mengenali aku begitu sukar untuk percaya yang aku sendiri.
Cemburu dengan orang yang ada teman sejati dari dulu sampai sekarang, masih tetap orang yang sama.

Aku.
Sering bertukar, yang lama sudah hilang entah ke mana.
Yang baru pasti di sisi selalu, tapi mereka juga punye teman sejati mereka.
Dan pasti akan menjadi yang lama suatu har nanti, dan juga akan hilang entah ke mana.

Mungkinkah aku yang salah?
Ya, mungkin.
Mungkinkah aku yang ego?
Ya. mungkin.

Maaf kawan.
Bukan untuk menyalahkan, tapi benar aku cuma sekadar menumpang kasih semua orang.
Aku benar-2 bagai melukut di tepi gantang.

Kau tahu kan maksudnya?
Aku ada atau tiada, tidak memberi apa-2 kesan pada kau.
Kalau ada, adalah. seronoklah.
Kalau tiada, tak mengapa.

Bila difikir bagus juga jadi orang yang bagai melukut ney.
Tak perlu risau akan adanya orang yang mengalir air mata di saat kepergian.
Pasti kehidupan akan diteruskan seperti biasa.

Ya, manusia akan melaluinya.
Cuma mungkin aku, tidak selalu diingati.
Tak mengapa. Ingatan dan kenangan tentang aku, tidak perlu disimpan.
Cukuplah sekadar doa untukku dipanjatkan.
Itu pown kalau aku masih ada dalam doa kau.

Tiada apa-2 harapan.
Cuma mengharap golongan ini akan terus mengingati aku.
Agar dapat mendoakan aku.
1. Ahli keluarga ku.
2. Orang yang mencintaiku kerana Allah.
3. Mungkin anak-2 aku.
4. Atau juga cucu-2 aku.

Mereka jiwa aku. Cukup ada mereka. Aku kuat menghadapi segalanya.

Maaf kawan, bukan aku tidak mencintai kau.
Cuma, cinta itu tak selalu hadir antara kita.
Kerana aku cuma menumpang sahaja.
Menikmati indahnya dunia ini dengan persahabatan.
Ya. Aku mengakui. Dunia tanpa kawan sangat sunyi.

Tidak mengapa jika aku sekadar teman dikala susah mu.
Aku juga pernah menyusahkan kau dengan segala sikap keanak-2kan aku.
Tak mengapa kau hilang aku.
Kau masih boleh teruskan hidup.
Aku bukan siapa-2.

Tak mengapa aku lari dari pandangan mata mu.
Kau takkan mencari sekalipun.
Tak mengapa aku jauh tak tergapai.
Kau takkan menggapai sedikitpun.

Maaf. Aku tidak menyalahkanmu.
Bukan maksud aku buat kau berkecil hati.
Kerana kau seolah tidak dianggap.
Aku cuma telah sedar diri.
Cukup buat aku bangun dari mimpi indah.

Aku sayang kau.
Aku teramat sayang kau kawan.


p/s : sedih. Masalah kawan lebih berat dari masalah kekasih bergaduh.


"Entah siapa sebenarnya kawan yang betul-2 ada dengan aku.
Aku masih keliru. Terima kasih la pada sesiapa yang selalu dengan aku sekarang.
Kalian sudah masuk dalam list orang yang dicintai selalu."

Kekasih Yang Tak Dianggap

         Hujan turun lagi hari ini. Aku memerhati dengan mata yang sayu. Bukan mengeluh kerana hujan, tetapi aku mengeluh kerana kenapa cuaca hari itu seakan melankolik untuk hati aku. Tunduk. Hanya itu yang aku mampu. Air mata tak mahu keluar. Terasa pedih hati ini menahan segalanya. Segala kudrat, ku gunakan untuk muhasabah diri, memikirkan kembali kisah silam aku. Bukan untuk menambah garam ke atas luka yang sudah tersedia ada.

         Apa salah aku sehingga segala watak masa silam aku seakan hilang dari hidup aku, sedangkan ia selalu segar dalam ingatan dan hati aku. Watak itu hilang dari pandangan mata, bahkan dari dunia realiti. Aku yang lari atau mereka yang menghindar? Mungkin aku ego. Atau mungkin masing-2 berpendapat yang sama? Atau mungkin masa menjadi kekangan segalanya. Aku masih ingat kasih sayang kita melebihi kasih sayang pasangan kekasih. Ya itu sungguh manis dan sebenarnya TERMANIS.

         Sungguh terasa, apabila aku jauh dari segala update watak-2 dari kisah lalu aku. Sungguh pedih bila aku seakan dijauhi, dihindar. Mungkin kerana sikap aku? Atau aku yang kaku? Kalian sakit, kalian ada masalah..Aku tidak lagi menjadi tempat kalian meluahkan segalanya. Mungkin kalian sudah beranak pinak juga tiada siapa yang dapat beritahu aku.

         Melalui masa-2 kini, takkan dapat membuat aku melupakan masa-2 lalu. Mungkin kalian tidak pernah meluahkan semua kesakitan kalian kini, yang dulunya aku sering menjadi pendengar setia kalian. Tapi, pernahkah kalian tahu, aku tahu semua itu. Dari mana? Ya, dari laman sosial. Terutama facebook yang heboh diperkatakan. Saat rindu. Satu-2 persatu akaun dan profile watak-2 masa lalu ku bongkar, ku selidik, jari ini gagah menekan  'older post' hanya untuk mengetahui bagaimana hidup kalian.

         Melihat kalian bergembira dengan komen-2 bersama watak baru, atau mungkin watak lama yang masih selalu kalian ingati, aku tersenyum sendiri. Bahagia. Alhamdulillah.. Nak mencelah terasa asing. Pelik. Dan tak kena. Pernah sekali, aku membaca post kalian dalam kesusahan. Aku hanya mampu mendoakan dari jauh. Ya. tak pernah sekali kalian terpinggir dari doaku.

         Begitu sakit bila melihat kalian online. Tapi jari ku seakan kaku untuk IM dengan kalian. Sangat KAKU. Teragak-2. Adakah kehadiran ku nanti disenangi. Aku tahu kalian sangat sibuk. Jadi ku lupakan sahaja. Jadi aku hanya mampu menjadi silent reader kepada segala update dan status kalian. Keep silent.

Entry ini jelas untuk kalian. Sahabat-2 dari masa lalu dan tetap ada dalam masa kini dan masa akan datang. Meskipun sekadar dalam hati. Entry ini khas untuk kalian, kerana aku kini benar-2 rindu pada kalian. Teramat rindu.

Akulah kekasih yang tak dianggap.


Ini lagu tentang aku.

p/s : masih merindui dia.. sahabat dari sekolah rendah,

nota : Aku tak pernah salahkan kalian. Serius. Tak pernah. Dan, entry ini bukan untuk menyalahkan kalian. Bukan juga untuk membuat kalian rasa bersalah.

Sunday, December 11, 2011

Hari Bertungkus Lumus di Dalam Bilik.

Assalamualaikum

tajuk macam aku bru lepas renovate bilik je an?
tak pown aku baru je lepas pecahkan dinding nak gabung nagn bilik sebelah.

Kau gila. Aku tak serajin dan semantap itu.

Aku bertungkus lumus mengadap Siti ney (lappy aku punye nama, poyo an?)
Buat apa laa kan sampai mengadap lappy pown bertungkus lumus.

Aihhh.. Aku edit-2 blog yang tak seberapa ney haa..
Yang dulu punye cam serabut je. Aku kalau boleh maken simple maken aku sukaa. Rasa nak buang semua je.
Wahahahah lebih baik aku delete je blog ye dak??

Mengadap punye mengadap, edit punye edit, delete mana yg patut, change mana yang semak. Akhirnya baru sekarang aku siap. Sebab tu berpeluang nak buat entry.

Ternyata, sudah terang lagi bersuluh, coding-2 ney is not my thing bebeh! Mau tak mati aku kalau kena balajar pasal ney. Ney pown satu hari buat bijik mata aku macam nak melompat keluar, otak aku pown rase nak cair, and meleleh keluar dari hidung, mata, dan telinga. Kalau zombie nampak, kecur mereka.

Sudahlah, aku tak sanggup nak menghadap Siti lagi, Siti pown rase macam nak pelangkong je aku (kalau dia bertangan) sebab aku dah mempergunakannya selama berejam-2. Penat weyh.. Jangan sampai meletup sudah si Siti ney.

Okeyhla bebeh. Aku nak cau.

p/s : kali ney aku malas nak buat nota 

Saturday, December 10, 2011

Tentang Bulan

Assalamualaikum.

Aku menangis kerana bulan.
Mesti semua tahu, Malaysia dapat tengok gerhana bulan lagi (10/12/11).
Sebelum ney aku tak dpt tengok (bulan Jun lalu)

Tapi sekarang aku, masih tak berpeluang nak tengok. Malam ney memang aku bercadang nak menikmati pemandangan gerhana bulan.
Tapi lagi, bulan ditutupi oleh awan tebal yang menghalang aku daripada melihat keajaiban dan kekuasaan
Allah swt.
Sabar. 
Redha.

Walaupun sebenarnya cuma Allah je tahu apa perasaan aku.
Serius hati aku menangis, hanya kerana itu.
*mungkin orang akan kata aku entah apa-2*
tapi ini perasaan aku.
Orang nak menyampah suka hati korang.

Satu lagi perkara yang aku tak faham, kenapa penghuni UM, macam tak kisah and tak heran je dengan gerhana bulan.
Dorang dah hebat sgt ke, mungkin dah selalu tengok kowt.
Aku perhatikan, lepak je dorang siap men futsal tak ingat dunia.
Dok dalam bilik, macam bilik adalah dunia mereka.
Maklumlah, budak pandai kan. Study jela, membazir kowt tengok gerhana bulan ney.
Takpe, mungkin assignment menggunung jadi dimaafkan la.

Tapi bagi aku, kejadian gerhana suatu yang menarik.
Buat aku terasa kerdil dalam dunia ney.
Aku hamba Allah paling hina.
Aku hamba Allah yang selalu leka.
Bila ada gerhana macam ney, aku berpeluang buat solat sunat gerhana yang aku rasa berapa kali je dapat buat.
Bukankah itu menarik?
Cuma kurangnya, aku tak dapat buat secara berjemaah.
Mungkin lebih terasa.

Sudahlah.
Aku sudah menerima kenyataan bahawa aku tidak ditakdirkan untuk melihat gerhana bulan kali ney.
Harap, aku dapat tengok lain kali.
Harap sangat.


p/s : takde siapa nak teman aku tengok. Jadi memang sadis perasaan aku sekarang ney.

nota  ♥ : Takpe, mungkin belum peluang kau Aimi, jadi sabar jela. Berdoala agar dapat tengok lain kali.

Satu Persatu Kelopak Itu Jatuh

Assalamualaikum.

Sering kali entry aku tajuk macam apa. Bosan.

" Kalau satu hari nanti kita bersama seperti yang telah ditetapkan.
Aku berjanji takkan membiarkan hati keliru lagi "

Satu : jiwa aku sudah lama keliru. Apa itu cinta, juga apa itu rindu?

Dua : Senyuman aku ukir untuk melihat orang juga tersenyum. Bukan untuk melihat pandangan aneh dari mata si penerima senyuman.

Tiga : Tangisan aku, disembunyi sebaik mungkin. Agar tiada yang melihat aku seakan wanita lemah nalurinya.

Empat : Tatkala aku bersendiri, apa yang aku fikir ialah. ''Kenapa?''  itu dan ini. Jawapan. Tiada lagi setakat ini.

Lima : Cuba meluahkan, namun masih terhalang dengan akal logik yang masih bertakhta. Ternyata, nafsu aku masih boleeh dikawal.

Enam : Amarah menggunung bila apa yang aku janjikan tak dapat aku tunaikan. Mungkin kerana terlalu leka dengan berjanji.

Tujuh : Kecewa dengan diri yang mudah terjerumus. Mudah tepegun. Mudah terjatuh. Dan mudah terbuai dengan kesementaraan.

Lapan : Hati aku gelap barangkali. Masih tertanya bagaimana untuk menyucikannya. Bila sudah cuba membersih hati. Terasa seakan tidak cukup. Ah! Masih tak bersih. Bagaimana ini?

Sembilan : Fenomena tidak kusangka. Aku sudah mempermainkan perasaan orang lain, yang sesungguhnya tidak pernah menjadi niat asal ku.

Sepuluh : Kelopak terakhir yang aku harap takkan gugur lagi. Tapi cuma tinggal satu takkan mampu buat ia tegar sendiri. Kelopak itu adalah, harapan bertemu MR. DREAM yang telah beberapa kali menjenguk mimpiku. Siapa dia aku tak pernah tahu.
Ini yang aku katakan,,
aku menyayangimu walaupun aku tidak pernah bertemu denganmu.

Kolot.
Percaya pada mimpi yang mungkin strategi syaitan untuk buat aku gagal.
Entah. Aku msih keliru.

Berdoa sahaja.
Itu yang termampu.

Kepada bakal suami yang entah siapa,

Kau mungkin bukan yang pertama, tapi aku harap kau yang terakhir dan akan selamanya di syurga.

p/s : aku tak layak untuk ke syurga, Terlalu banyak dosa yang ku tanggung tak terkira beratnya.

nota  ♥ : kau bukan yang pertama kerana kau sentiasa ku cari dalam mana-2 identiti yang ku jumpa. Namun, tetap bukan kau yang ku rasa akhirnya. 

nota  ♥  ♥ : Sesungguhnya aku tidak menipu bila aku mengatakan yang aku benar2 merasakan kasih sayangmu walaupun sekadar di dalam mimpi. Aku tunggu kau. Mungkin ini petunjuk Allah untuk aku agar jangan terlalu terdesak mencari. Siapa tahu? Itu rahsia Allah.


Sudahlah. Berjiwang sahaja yang tahu. Pasal study, hurmm ke laut.

Thursday, December 8, 2011

Telatah Manusia Jumpa Fahrin di PPUM

Assalamualaikum.

Hey, aku jumpe Fahrin. ala, tak excited pown. Aku lek jela.. Buat muka cool atas wheelchair.
Mereka manusia yang ohsem yang teman aku di ppum, yang menolak wheelchair aku mcam nak drift, sgt lah excited tahap diva. Aku yang dah nak oke, boleh pening + sakit kepala balik. Aihh~

En Rudin : eh, macam kenal la orang belakang tu, yang pakai bau warna hitam tu. Siapa ek?
Fifey : yang mana? yang pakai cermin mata tu ke? entah.

beberap minit selepas tu.. (memang loading gile....)

Dell : Eh, tu bukan Fahrin ke?
En Rudin : oww yang pelakon tu ae, sape name dia?
Fifey : yela, Fahrin Ahmad.

Aku : owww yeke.. Mak dia ke tu? Apsal la ramai budak pompuan pegi kat tmpat dia? Hahaha, mak dia lagi popular dari dia je aku tengok.
Fifey : Entah-2 mak dia dulu pensyarah kat UM kowt, sebab ramai dak UM kenal dia.

En Rudin tu tak habis-2 kate nak bagitau Fahrin yang kitowg nak ambik gamba ngn dia. Ape kes?! Aku tak nak pown.
Keh3. Kelakar betul,
Si Dell bawak aku konon nak jalan-2 padahal nak tengok dak Fahrin tu. Tergedik-2 nak ambik gamba bersama, tapi akhirnya tengok dari jauh je. Kempunan kau.

Aku : agak malu sebab duduk atas wheelchair macam nenek sihir. Dengan shawl yang melilit kepala dan badan. Siyes sebijik macam nenek sihir dalam citer Bawang Putih Bawang Merah.
Sejuk beb, dengan baju aku yang basah dek hujan, busuk macam dah lama terperap dalam bilik tanpa mandi. Aku pown jijik dengan diri sendiri.

Selepas beberapa jam. Balik kolej. Tak ley bla, En Rudin lupa nak ambik kitorang yang tunggu depan pintu kecemasan. Rupanya dia dah sampai depan pintu PJ. Apa kes? hahaha.

Sementara menunggu, Dell boleh bukak table ngan pakcik security. Terbaekk la kau. Pakcik tu pown pandai berdrama and bersinetron ngn kitorang. Abesla, juju takley pegang lagi title tu. keh3.

Sampai sini jela entry aku. Tak larat nak ingat kisah semalam.
Masih keliru macam mana aku boleh collapse and cmne kronologinya. aihh. leceh.

P/S : ambik darah memang tak cool. darah ak pekat and taknak keluar. Maka sakitnya macam nak putus tangan aku, untong dah byase. Jarum tak sebesar jarum untok masuk air and tak sebesar jarum tok derma darah.

nota  ♥ : aku kena kawin ngan budak medic la macam ney. ngahahahaha. Gedik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...