Saturday, November 26, 2011

Tahun Baru : awal Muharram. Is there any mean for you?

Assalamualaikum

Well, selamat menyanbut tahun baru. Yeah. Bila sebut pasal tahun baru, semua dalam fikiran mesti fikir pasal bunga api yang syok habes. Pasangan kekasih seronok bercintan cintun masa malam countdown tu.
And those konsert yg bagi aku memekakkan telinga.

well, we as Muslim we have our own year. So do others. Yeah.. and thats when we celebrate Awal Muharram.
Oke enough speaking English Cik Aimi.
Sebenarnya aku nak post entry ney dari semalam tapi disebabkan aku tersangat la tension dan bosan sebaik sahaja menghadap lappy. Setiap kali aku nak log in google account, aku batalkan sahaja niat suci murni aku tu.

Maklumlah assignment video aku masih tak siap lagi. oke la cukup2 lah intro yang pajang tu.

Sekarang ney dah masuk tahun baru Hijrah. Korang semua tahu kan kita dah dalam tahun 1433H.
*semua orang buat entry pasal Hijrah. Aku tak peduli.

Hijrah maksudnya berpindah. Jadi dalam konteks yang aku nak cakap ney ialah berpindah/berubah dari sesuatu perkara kepada sesuatu perkara.
Perkara apa?

Itu yang aku nak tanya. Apa azam korang tahun ney,apa yang korang nak untuk berubah? Berubah kepada apa? Maklumlah kita ney manusia yang tak lari daripada kesalahan. jadi apa yang kita perlu buat ialah berubah. Atau lebih afdalnya bertaubat.

Azam aku senang je, nak berubah menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya. Aku kalau boleh taknak terlalu spesifik, sebab kalau memang sudah ditakdirkan azam itu aku tak dapat capai lagi, takde la aku kecewa. Mungkin ada yang kata aku ney pesimis atau pasif. Tapi bagi aku itu azam yang paling besar dalam setiap perjalanan hidup aku.

Korang mesti pernah dengar, "SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA HARI SEMALAM"
ya. Jadi itulah konsep azam aku. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Aku taknak minta lebih-2. Cukuplah sekadar aku berharap agar aku menjadi hamba Allah yang bertakwa dan bersyukur atas segala nikmatNya dan dipermudahkan segalanya.

Apa pula azam korang? takkan takda.. Amboiii mentang-2 tahun baru hijrah je, korang tak ambik kisah pulakk.. Kalau pasal awal tahun masihi, berjela-2 kau tulis dalam wishlist kau.. Ber-pages kau senaraikan azam kau. Jangan la macam tu. Ye.

Okelah. aku dah ngntuk gila sebab terlampau tension yang amat. So aku chow dulu. Aku sanggup menggagahkan mata aku yang hanya 0.01mm je nak tutop ney demi mengisi ruangan entry aku yang dah lama aku tinggalkan. Hampir bersawang. Tragis. isk isk isk.

Tak payah nak nangis sangat la kannn... oke la
calo bete!

sekian.


p/s : entry kali ney aku memang nak buat ringkas sbb dah tak larat nak tulis. Nice.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...