Tuesday, November 1, 2011

Jika

Jika keranaku,
kau hilang pertimbangan.
Jika keranaku,
Kau hilang kekuatan
Dan jika keranaku,
Goyahnya imanmu,

Maaf.
Bukan niatku.
Maaf.
Aku tak tahu.

Jika semuanya keranaku,
Buang bayanganku,
Seakan mudah, namun begitu sukar,
itu aku tahu.
Namun jika itu membuatmu jauh dari tuhanmu,
Jauhiku.

Aku bukan penggoda,
Aku bukan siapa-2,
Kau aku cinta,
kerana kau beragama,
Ya, Islam yang sejahtera,

Jangan hilang pertimbangan,
Jangan mudah kau tunduk pada kealpaan,
Buang aku,
Buang bayanganku..
Ini harapanku,
untuk kau pulang kembali ke jalanmu.


p/s : aku bukan seorang yang mengharapkan kau sentiasa membayangiku, dalam khayalan juga mimpi yang tak pasti akan jadi kenyataan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...