Thursday, November 17, 2011

Inilah Padahnya Kalau...

Assalamualaikum.

Pernah terasa menyesal lepas buat sesuatu?

Komfem mesti kau pernah kan?

Beberapa hari yang lalu...
Ini lah padahnya kalau mengganggu disaat aku tidak mahu diganggu dan sudah berulang kali aku beritahu.
Kau masih mengganggu disaat aku betul-2 perlu bersendiri atas sebab-2 tertentu. Itupun aku dah terangkan pada kau.
Aku tegur kau dengan kasar. Mungkin bagi kau aku sangat kasar time tu.
Dan kini kau tak timbul-2 sampai sekarang.

Inilah padahnya kalau terlalu berkasar. Hingga akhirnya mungkin aku akan betul-2 berpisah dan hilang dia meskipun sebagai kawan. Maaf bukan aku berniat nak kasar. Cuma aku sudah tidak tahan dengan perangai keanak-anakkan kau yang tak faham-2.

Inilah padahnya kalau time dia ada, aku rasa nak melontar jamrah je kat dia. Tapi bila dia tak ada, selalu je tengok hp. Mana tau, ada pesanan dari dia. Dan tertanya-2 kenapa dia taknak reply.

Suka hati kau lah. Aku tak nak memaksa. Dan tidak boleh dipaksa.


p/s : ayah aku beriye tak kasi aku bercinta. Kenapa? Aku ney dah 19 nak masuk 20 tahun tau tak, ada jalan sendiri yang harus ditempuh dan dipilih. Ke dia dah ada calon untuk aku?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...