Wednesday, November 16, 2011

Harga Nyawa



Mungkin nyawa seakan tidak berharga saat ini.
Menempah maut seolah tiada yang perlu ditakuti.
Membuat onar seakan nyawa itu selamanya disisi.

Mungkin perlu dibunuh sahaja,
mereka yang tidak kenal erti nyawa.
Namun siapa aku untuk merampas nyawa.
Aku bukan tuhan, malah aku tidak berkuasa

Keliru.
Kenapa begitu mudah nyawa dipertaruh.
Sengaja meletak diri di tepi tebing batu.
Hendak jatuh, jatuhlah.
Kalau tidak, untunglah.

Kau bodoh?
Kau dungu?
Atau kau bebal?
Cukup murah nyawa kau nilai.
Cukup murah hingga kau boleh buang jika kau mahu.
Atau disimpan sahaja namun tak dijaga.

Darah kau sendiri kau sanggup lemparkan.
Dibiar ia di jalanan.
Kerana bagi kau nyawa itu murahan.
Apalah sangat untuk dipertaruhkan.
Kau memang sialan.
Harus diberi pengajaran.
Hey antara kau dan aku masih ada perhitungan.
Mungkin di sini tak mampu ku lakukan.
Di sana kehadiran kau aku nantikan.
Menuntut segala jawapan.

Sekian.

p/s : mungkinkah ini luahan bayi-2 yang dibuang??? Tak siapa tahu. Andaikan sahaja. Kau tak takutkah? Ini scary movie. Mungkin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...