Monday, November 14, 2011

Entry Sakit Jiwa Merana

Assalamualaikum.
Entry ini kisah semalam. Faham.
Nak cerita apa lagi kalau bukan semalam. Aku rasa aku pernah bagitau sebelum ney.

Malas nak intro panjang. Just nak cakap semalam aku balik UM dalam keadaan yang tension gile.
Faham-2 la budak kecik macam aku ney. Mesti akan ada yang cakap; tak baik tension-2 nak balik tempat menuntu ilmu. Common, orang mmg suka cari kelemahan and kesalahan orang lain. (oke saje nak komen pasal orang sekarang)

First, location : Stesen Bas Kompleks Pasir Gudang. Time : 4.00 pm
Tension yang pertama : syahdu gile tengok muka ibu masa dia hantar aku kat stesen bas. Dia hantar pkol 3.30ptg sanggup tunggu aku sampai bas gerak. Muka cam nak nangis tapi yang ditahan. Mungkin sebab dia tengok muka aku pown macam tu jugak kot. Sepanjang aku duduk dalam bas tunggu sambil tunggu dia bergerak, aku tengok je muka ibu siyes tension gile sbb rasa nak nangis yang amat. That's why aku duduk dlm bas je. Tapi last-2 aku turun jugak melepas rindu yang terakhir kali.

Tension yang kedua : Bas Transnasional Skyview tempt duduk dia buat kepala aku sakit gila. Sampai turun ke bahu sakitnya. Akhirnya sakit seluruh badan. Memang tension la kalau aku nak tahan 5jam dengan kesakitan yang ditahan macam nak tahan kentut.

Second, location : Hentian Sri Bemban
Tension yang ketiga : Ini tension tahap perkembangan (kalau ikut dalam komsas). Bas berhenti. Matikan enjin. Aku terpinga-2 sebab tak pernah-2 benti kat perhentian mati enjin. Pemandu bas dah siap calling-2. Mampos! Bas rosak. Muka aku memang nak marah tak boleh tapi muka macam ayam sembelit kepenatan. Dengan mata yang dibuat-2 kuyu. Itu tandanya tension yang amat.

Tension yang keempat : Tunggu bas dari Kluang selama satu jam. Ditambah pula hujan tiba-2. Aku terus sakit kepala. Mak aihhh! sebelum ney aku oke je kena hujan lek je, takde sakit-2 tapi sejak akhir2 ney kalah plak. Masuk balik dalam bas, nasib baik ada air-con. Tapi yang tension kepala ditambah sakit sebab seat dia. Perh. Tahan.

Tension kelima : Dah dapat bas. Pemandu dia gila havoc kalau bercakap, macam nak gaduh. Kuat gila suara. Aku yang nak tidur ney terkujat-2 setiap kali dengar dia bersuara. Hurmmm....

Tension yang keenam : Ini tension tahap klimaks. Ikot lebuhraya Lekas (Lebuhraya Kajang-Seremban) tak ikot Plus. Memang la tak jam. Tapi! Jauh! faham tak Jauh! Plak tu sebelum nak masuk lebuhraya tu belambak la plak traffic lightnye. Gila LAMBAT! Aku nak naik LRT tapi lambaat la plak. Gile ape nak nek sorang. Kalau aku lelaki takpe la. Ini perempuan yang lemah taukkk... Lepas tu dia berhenti kat hentian apa tah. Dia sorang je kot nak g toilet. Lepas tu lambat. Boleh plak dia borak-2 nagn pakcik kat depan tu sambil bagi ceramah kat kitorang. Beb, aku nak balik cepat. jam dah pkul 10 lbey. Yang kau nak ceramah lagi tu kenapa. Bukan la ceramah kau tu aku tak suka dengar. Nak bagi ceramah pown gerak la bas.

Location : Terminal Bersepadu Selatan. Time : 11.00 pm
Tension ke tujuh : Ini tension peleraian. Sampai dah. Aku dah fikir ney macam mana nak balik. Berkerut-2 aku fiikir plan. Macam-2 plan ada. Plan A, B, C & D (tak pyh nak lebih la sampai Z) Last-2 plan tumpang kazen aku la yang terbaik. Nasib baik kebetulan dia sunggah sungai besi rumah sedare aku then nak hantar tunang dia kat Bangsar.

Lepastu. Dah tak tension sebab sampai je bilik aku solat terus tidur dengan nyenyak tanpa mimpi. Tapi susah jugak nak tidur pada mulanya. Sebab........


KAU GILE?! BERADA DALAM BAS SELAMA 7 JAM MEMANG MASA TIDUR YANG CUKUP UNTUK KANAK-2 KAU FAHAM TAK?! SEMALAM AKU LEBIH TIDUR KAU TAU?! BENCI!!! PENAT GILE!! TAU TAK AKU TERSEKSA DAN DISEKSA OLEH FENOMENA INI YANG MENYEBABKAN LEBIH TIDUR. GRRRRRRR


Sekian.

3 comments:

mei merah said...

lebih tido pun nk heboh. wek!

daffi said...

haha sedih giler citer ni..laa bas rosak kat kg. bemban ke ?biase mmg kalau bas berenti die mati enjin kn..hehe sbb 2 la sy x suke blk :D

Dunia Cik Maia said...

@daffi mane ade. bas kalau nak berehat kan tak matikan enjin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...