Wednesday, November 30, 2011

Dunia Yang Tiada Sense Of Belonging

Assalamualaikum


Kini aku sudah terbelenggu dengan dunia itu.
Dunia yang mampu membunuh aku.
Dunia yang benar-2 membunuh aku.

Maaf, dunia itu sudah terlalu membelenggu.
Aku tak mampu bernafas.
Aku terasa terlalu kerdil.
Adakah aku akan menutup mata dengan perasaan itu?
Adakah aku masih mampu bertahan?



Melihat mood ayat aku, memang aku tenga down gila..
Perasaan tiada sense of belonging, benar-2 boleh membunuh aku.
Membunuh life aku sebagai pelajar universti yang sudah tentu jauh daripada family.
Aku tak tau kenapa. Walau sebesar mana usaha aku untuk melahirkan perasaan itu, aku tetap akan rasa begitu malah semakin dalam.

Perasaan itu muncul bila aku melihat suasana sekeliling seoalah terlalu hebat. Ya, dunia ini terlalu hebat sehingga aku pernah berfikir yang I don't belong to this world.
See, betapa teruknya aku fikir sampai menyimpang jauh macam tu.
Hari ney aku cuma mampu beerdiam diri. Cuba berfikir kembali, kenapa dengan aku.
Walauapapun cara orang menyambut aku disini dengan harapan dapat buat aku selesa, percayalah rasa sense of belonging tu masih tak hadir.

Aku tau aku tak boleh mengalah dengan keadaan aku yang serabut macam ney. Aku mesti tetap terus berusaha dan mungkin berubah. Ya, mengubah cara aku berfikir yang sudah terlalu jauh menyimpang. Aku terlalu memikirkan apa yang orang akan fikir tentang aku.

Aku tau, selagi aku terlalu berfikir tentang apa yang orang fikir pasal aku, sampai bila aku tak boleh bergerak ke depan. Susah jadi aku yang terlalu memikikan tentang orang lain. Perasaan itu hadir terutama bila aku bersama dengan kumpulan nasyid aku.

Yes, CG grup yang paling aku syg selepas praktikum Hayat 32. Tapi., kenapa grup yang aku syg ney la yang aku rasa takde sense of belonging? Mungkin mereka terlalu hebat. Mungkin aku ney betul2 tak layak. Lihat, betapa banyak persoalan yang aku sendiri timbulkan hingga aku sendiri jadi rimas. Atau adakah layanan yang aku terima? Entah. Setahu aku mereka memang baik. Kalau aku nak ckp, ramai yang aku syg dlm grup tu. Tapi serius, aku sangat sayang Kak Kat. Kenapa?

Mungkin aku terlalu mendambakan kasih seorang kakak. Ya, dia orang yang mampu buat aku mengalirkan air mata disebabkan kasih syg dia yang ikhlas. Tapi mungkin ini hanya perasaan aku. Kerana layanan kakak. Bila aku ingat layanan dia, buat aku berfikir sejenak, aku sebagai kakak jarang layan adik-2 aku seikhlas dia. Dan akhirnya buat aku rasa yang I don't belong to my family either.

Mungkin sesiapa yang membaca entry ini, akan mengucap panjang. Kerana aku seolah tidak bersyukur. Tidak. Bukan itu maksud aku. Aku cuma meluahkan kekusutan yang aku hadapi sepanjang aku hidup.
Perasaan tidak layak itu sudah membunuhku sedikit demi sedikit, dan aku mengambil itu sebagai cabaran aku dalam hidup ney. Apakah aku mampu keluar dari belenggu dunia itu? Tiada siapa tahu.

Andai hidupku cuma beberapa jam lagi, aku teringin merasakan sense of belonging walaupun hanya sekejap. Kerana aku sudah terlalu penat berusaha untuk mendapatkannya.

Allah itu Maha Adil.. aku yakin aku mendapatkannya satu hari nanti meskipun ketika di saat terakhirku.

Sabar itu ada ganjarannya yang penuh nikmat. Aku yakin itu



p/s : masih berharap dan berusaha. Maaf jika kalian terasa. Kalian tidak bermasalah, masalahnya adalah aku. Dan aku tidak prnah terfikir kalian adalah penyebabnya.

Nota ♥ : Maaf wahai Aimi, aku sudah mengalirkan air mata lagi.
Tak mengapa, menangis bukanlah sesuatu yang membuatkan kau lemah. Malah menjadi pendorong untuk kau lebih kuat.

4 comments:

arif haikal said...

tabah dan kene kuat :)

Dunia Cik Maia said...

@arif haikal teeettt~ orang kuat pemashor baca entry ak.. maluuuu!

si pembawa sinar said...

aimi sayang...malam ni entah macm mana..akak tringin nak baca blog adik...terasa terharu sgt bila adik mghargai akak...akak memang sayang sgt kat aimi...aimi macam adik akak sendiri...aimi,dalam hidup ni kita kena berani menghadapi hidup...allah x pernah. meninggalkan kita..tp kita yang selalu meninggalkan Nya...selalulah mengingati allah dik..akak ada untuk pegang tgn aimi...kongsilah dengan akak...i.allah selagi termampu akak akan tolong aimi...syg,i love u so much...:)

Dunia Cik Maia said...

@si pembawa sinar =) syg kak kat jugak.. terima kasih sebab sudi nak tolong aimi.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...