Tuesday, November 1, 2011

Antara Teguh Dan Rapuh

Assalamualaikum,
Sejak akhir-2 ney mood aku memang nak berpuisi je kann... 
Pening, tapi nak buat macam mana..jari aku hanya mengikut kata minda dan hati yang memandu laju.
Kadang-2 mesti ada yang rasa aku ney membosankan. But how to change?
Ini je cara untuk buat aku rajin update blog...


Malam itu sunyi 
Malam itu sepi,
Bulan tidak menyinari,
Bintang pula tidak menghiasi.
Seditik ku nanti,
Hujan mula membasahi bumi,
seakan menyirami hati,
seakan menyejukkan sesaknya rasa tak pasti.

Sakit.
Pedih.
Masih setia disisi jadi teman dikala sendiri,
Diam bukan maksud aku rela,
Diam tanda aku masih tertanya,
Kuatkah aku?
Mampukah aku?

Dihujani beribu soalan,
Apakah aku mampu menjawab jujur,
atau sekadar bersembunyi?
Bertanyakan pada angin malam,
adakah aku kuat?

Ku dengar jawabnya, ya.
Tapi kenapa aku menangis?
Kerana kau manusia,
perasaan itu normal sahaja,
untuk apa ditanya,
jauh sekali tak tergapai jawapannya.

Elemen hidup,
sukar ditafsir dierti,
Pelita nyawa bukan kita kuasai,
Genggaman tangan tak pasti adakah akan terus menggenggam,
mata yang celik tak tahu bila akan terpejam,
hadapi sahaja walaupun seakan suram,

Langkah permulaan sememangnya sukar,
namun langkah kedua mula tegar,
juga langkah seterusnya terus mekar,
berlari selagi bisa,
berhenti cuma seketika,

Terjatuh bangkit semula,
balut luka biar sahaja,
Biar kuman tidak lagi menjadi punca.

Jika ditanya,
Andai sakit, baiklah jawabnya.
Biar ia jadi doa.
Atau mungkin harapan yang tak leka,
Biar ia jadi penenang,
penguat langkah yang bukan senang.

Mungkin aku bukanlah teguh,
Namun aku takkan rapuh,
Biar tajamnya bilah kaca ku rempuh,
masih tetap aku berdiri antara teguh dan rapuh.
Kerana ini mungkin jalan terbaik harus ditempuh.


p/s : aku tidak baik-2 sahaja.. harap mengerti. Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...