Wednesday, November 30, 2011

Dunia Yang Tiada Sense Of Belonging

Assalamualaikum


Kini aku sudah terbelenggu dengan dunia itu.
Dunia yang mampu membunuh aku.
Dunia yang benar-2 membunuh aku.

Maaf, dunia itu sudah terlalu membelenggu.
Aku tak mampu bernafas.
Aku terasa terlalu kerdil.
Adakah aku akan menutup mata dengan perasaan itu?
Adakah aku masih mampu bertahan?



Melihat mood ayat aku, memang aku tenga down gila..
Perasaan tiada sense of belonging, benar-2 boleh membunuh aku.
Membunuh life aku sebagai pelajar universti yang sudah tentu jauh daripada family.
Aku tak tau kenapa. Walau sebesar mana usaha aku untuk melahirkan perasaan itu, aku tetap akan rasa begitu malah semakin dalam.

Perasaan itu muncul bila aku melihat suasana sekeliling seoalah terlalu hebat. Ya, dunia ini terlalu hebat sehingga aku pernah berfikir yang I don't belong to this world.
See, betapa teruknya aku fikir sampai menyimpang jauh macam tu.
Hari ney aku cuma mampu beerdiam diri. Cuba berfikir kembali, kenapa dengan aku.
Walauapapun cara orang menyambut aku disini dengan harapan dapat buat aku selesa, percayalah rasa sense of belonging tu masih tak hadir.

Aku tau aku tak boleh mengalah dengan keadaan aku yang serabut macam ney. Aku mesti tetap terus berusaha dan mungkin berubah. Ya, mengubah cara aku berfikir yang sudah terlalu jauh menyimpang. Aku terlalu memikirkan apa yang orang akan fikir tentang aku.

Aku tau, selagi aku terlalu berfikir tentang apa yang orang fikir pasal aku, sampai bila aku tak boleh bergerak ke depan. Susah jadi aku yang terlalu memikikan tentang orang lain. Perasaan itu hadir terutama bila aku bersama dengan kumpulan nasyid aku.

Yes, CG grup yang paling aku syg selepas praktikum Hayat 32. Tapi., kenapa grup yang aku syg ney la yang aku rasa takde sense of belonging? Mungkin mereka terlalu hebat. Mungkin aku ney betul2 tak layak. Lihat, betapa banyak persoalan yang aku sendiri timbulkan hingga aku sendiri jadi rimas. Atau adakah layanan yang aku terima? Entah. Setahu aku mereka memang baik. Kalau aku nak ckp, ramai yang aku syg dlm grup tu. Tapi serius, aku sangat sayang Kak Kat. Kenapa?

Mungkin aku terlalu mendambakan kasih seorang kakak. Ya, dia orang yang mampu buat aku mengalirkan air mata disebabkan kasih syg dia yang ikhlas. Tapi mungkin ini hanya perasaan aku. Kerana layanan kakak. Bila aku ingat layanan dia, buat aku berfikir sejenak, aku sebagai kakak jarang layan adik-2 aku seikhlas dia. Dan akhirnya buat aku rasa yang I don't belong to my family either.

Mungkin sesiapa yang membaca entry ini, akan mengucap panjang. Kerana aku seolah tidak bersyukur. Tidak. Bukan itu maksud aku. Aku cuma meluahkan kekusutan yang aku hadapi sepanjang aku hidup.
Perasaan tidak layak itu sudah membunuhku sedikit demi sedikit, dan aku mengambil itu sebagai cabaran aku dalam hidup ney. Apakah aku mampu keluar dari belenggu dunia itu? Tiada siapa tahu.

Andai hidupku cuma beberapa jam lagi, aku teringin merasakan sense of belonging walaupun hanya sekejap. Kerana aku sudah terlalu penat berusaha untuk mendapatkannya.

Allah itu Maha Adil.. aku yakin aku mendapatkannya satu hari nanti meskipun ketika di saat terakhirku.

Sabar itu ada ganjarannya yang penuh nikmat. Aku yakin itu



p/s : masih berharap dan berusaha. Maaf jika kalian terasa. Kalian tidak bermasalah, masalahnya adalah aku. Dan aku tidak prnah terfikir kalian adalah penyebabnya.

Nota ♥ : Maaf wahai Aimi, aku sudah mengalirkan air mata lagi.
Tak mengapa, menangis bukanlah sesuatu yang membuatkan kau lemah. Malah menjadi pendorong untuk kau lebih kuat.

Saturday, November 26, 2011

Tahun Baru : awal Muharram. Is there any mean for you?

Assalamualaikum

Well, selamat menyanbut tahun baru. Yeah. Bila sebut pasal tahun baru, semua dalam fikiran mesti fikir pasal bunga api yang syok habes. Pasangan kekasih seronok bercintan cintun masa malam countdown tu.
And those konsert yg bagi aku memekakkan telinga.

well, we as Muslim we have our own year. So do others. Yeah.. and thats when we celebrate Awal Muharram.
Oke enough speaking English Cik Aimi.
Sebenarnya aku nak post entry ney dari semalam tapi disebabkan aku tersangat la tension dan bosan sebaik sahaja menghadap lappy. Setiap kali aku nak log in google account, aku batalkan sahaja niat suci murni aku tu.

Maklumlah assignment video aku masih tak siap lagi. oke la cukup2 lah intro yang pajang tu.

Sekarang ney dah masuk tahun baru Hijrah. Korang semua tahu kan kita dah dalam tahun 1433H.
*semua orang buat entry pasal Hijrah. Aku tak peduli.

Hijrah maksudnya berpindah. Jadi dalam konteks yang aku nak cakap ney ialah berpindah/berubah dari sesuatu perkara kepada sesuatu perkara.
Perkara apa?

Itu yang aku nak tanya. Apa azam korang tahun ney,apa yang korang nak untuk berubah? Berubah kepada apa? Maklumlah kita ney manusia yang tak lari daripada kesalahan. jadi apa yang kita perlu buat ialah berubah. Atau lebih afdalnya bertaubat.

Azam aku senang je, nak berubah menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya. Aku kalau boleh taknak terlalu spesifik, sebab kalau memang sudah ditakdirkan azam itu aku tak dapat capai lagi, takde la aku kecewa. Mungkin ada yang kata aku ney pesimis atau pasif. Tapi bagi aku itu azam yang paling besar dalam setiap perjalanan hidup aku.

Korang mesti pernah dengar, "SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA HARI SEMALAM"
ya. Jadi itulah konsep azam aku. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Aku taknak minta lebih-2. Cukuplah sekadar aku berharap agar aku menjadi hamba Allah yang bertakwa dan bersyukur atas segala nikmatNya dan dipermudahkan segalanya.

Apa pula azam korang? takkan takda.. Amboiii mentang-2 tahun baru hijrah je, korang tak ambik kisah pulakk.. Kalau pasal awal tahun masihi, berjela-2 kau tulis dalam wishlist kau.. Ber-pages kau senaraikan azam kau. Jangan la macam tu. Ye.

Okelah. aku dah ngntuk gila sebab terlampau tension yang amat. So aku chow dulu. Aku sanggup menggagahkan mata aku yang hanya 0.01mm je nak tutop ney demi mengisi ruangan entry aku yang dah lama aku tinggalkan. Hampir bersawang. Tragis. isk isk isk.

Tak payah nak nangis sangat la kannn... oke la
calo bete!

sekian.


p/s : entry kali ney aku memang nak buat ringkas sbb dah tak larat nak tulis. Nice.

Thursday, November 17, 2011

Inilah Padahnya Kalau...

Assalamualaikum.

Pernah terasa menyesal lepas buat sesuatu?

Komfem mesti kau pernah kan?

Beberapa hari yang lalu...
Ini lah padahnya kalau mengganggu disaat aku tidak mahu diganggu dan sudah berulang kali aku beritahu.
Kau masih mengganggu disaat aku betul-2 perlu bersendiri atas sebab-2 tertentu. Itupun aku dah terangkan pada kau.
Aku tegur kau dengan kasar. Mungkin bagi kau aku sangat kasar time tu.
Dan kini kau tak timbul-2 sampai sekarang.

Inilah padahnya kalau terlalu berkasar. Hingga akhirnya mungkin aku akan betul-2 berpisah dan hilang dia meskipun sebagai kawan. Maaf bukan aku berniat nak kasar. Cuma aku sudah tidak tahan dengan perangai keanak-anakkan kau yang tak faham-2.

Inilah padahnya kalau time dia ada, aku rasa nak melontar jamrah je kat dia. Tapi bila dia tak ada, selalu je tengok hp. Mana tau, ada pesanan dari dia. Dan tertanya-2 kenapa dia taknak reply.

Suka hati kau lah. Aku tak nak memaksa. Dan tidak boleh dipaksa.


p/s : ayah aku beriye tak kasi aku bercinta. Kenapa? Aku ney dah 19 nak masuk 20 tahun tau tak, ada jalan sendiri yang harus ditempuh dan dipilih. Ke dia dah ada calon untuk aku?

Wednesday, November 16, 2011

Harga Nyawa



Mungkin nyawa seakan tidak berharga saat ini.
Menempah maut seolah tiada yang perlu ditakuti.
Membuat onar seakan nyawa itu selamanya disisi.

Mungkin perlu dibunuh sahaja,
mereka yang tidak kenal erti nyawa.
Namun siapa aku untuk merampas nyawa.
Aku bukan tuhan, malah aku tidak berkuasa

Keliru.
Kenapa begitu mudah nyawa dipertaruh.
Sengaja meletak diri di tepi tebing batu.
Hendak jatuh, jatuhlah.
Kalau tidak, untunglah.

Kau bodoh?
Kau dungu?
Atau kau bebal?
Cukup murah nyawa kau nilai.
Cukup murah hingga kau boleh buang jika kau mahu.
Atau disimpan sahaja namun tak dijaga.

Darah kau sendiri kau sanggup lemparkan.
Dibiar ia di jalanan.
Kerana bagi kau nyawa itu murahan.
Apalah sangat untuk dipertaruhkan.
Kau memang sialan.
Harus diberi pengajaran.
Hey antara kau dan aku masih ada perhitungan.
Mungkin di sini tak mampu ku lakukan.
Di sana kehadiran kau aku nantikan.
Menuntut segala jawapan.

Sekian.

p/s : mungkinkah ini luahan bayi-2 yang dibuang??? Tak siapa tahu. Andaikan sahaja. Kau tak takutkah? Ini scary movie. Mungkin.

Monday, November 14, 2011

Tiada Wang Yang Terbang

Assalamualaikum.
Hai korang.
Dahsyat tak hari ney sampai dua kali entry aku. Mengarut sangat. Drama~ (kate abg shazzuwan)

Malam ney, duit tak dihulur ke tangan rakus peniaga.
Tak juga digulung kecil-2 dan disimpan dibawah katil..
Duit tu masih tetap di dalam rumahnya.
Ya. Home sweet home kata duit itu.

Aku yang sesungguhnya lapar gila.
Harus menelan makanan yang ada dalam bilik ney.
Yang terutama tentulah MEGGI.
Ya. Meggi yang entah kali ke berapa aku makan selama aku hidup kat dunia fana ney.
Disebabkan sudah terlalu biasa.
Jadi sebiji-2 aku telan hampir tidak dikunyah meggi tu.
Betul. seketul-2 masuk melalui oesophagus aku dan terus ke perut.
Perh. entah apa jadi najis aku esoknye. Aku pown tak tau.
Mungkin perut dan small intestine aku pown tak dapat nak hadam meggi tu.
Dah bosan mungkin.
Asyik nampak makhluk same je yang mendatang.

Oke la. Meggi dah habis. Nesvita juga begitu. Biology Of Organism sudah memanggil dari tadi. Buat telinga aku sakit. Tension sebab malam ney aku blurr sangat.
Hasilnya, entry inilah. Untuk mengisi masa, dan memberi peluang pada minda aku yang dari tadi dok membebel tak habis-2 kalah mak aku. Sekarang, masa kau dah habis.

Sekian.

Entry Sakit Jiwa Merana

Assalamualaikum.
Entry ini kisah semalam. Faham.
Nak cerita apa lagi kalau bukan semalam. Aku rasa aku pernah bagitau sebelum ney.

Malas nak intro panjang. Just nak cakap semalam aku balik UM dalam keadaan yang tension gile.
Faham-2 la budak kecik macam aku ney. Mesti akan ada yang cakap; tak baik tension-2 nak balik tempat menuntu ilmu. Common, orang mmg suka cari kelemahan and kesalahan orang lain. (oke saje nak komen pasal orang sekarang)

First, location : Stesen Bas Kompleks Pasir Gudang. Time : 4.00 pm
Tension yang pertama : syahdu gile tengok muka ibu masa dia hantar aku kat stesen bas. Dia hantar pkol 3.30ptg sanggup tunggu aku sampai bas gerak. Muka cam nak nangis tapi yang ditahan. Mungkin sebab dia tengok muka aku pown macam tu jugak kot. Sepanjang aku duduk dalam bas tunggu sambil tunggu dia bergerak, aku tengok je muka ibu siyes tension gile sbb rasa nak nangis yang amat. That's why aku duduk dlm bas je. Tapi last-2 aku turun jugak melepas rindu yang terakhir kali.

Tension yang kedua : Bas Transnasional Skyview tempt duduk dia buat kepala aku sakit gila. Sampai turun ke bahu sakitnya. Akhirnya sakit seluruh badan. Memang tension la kalau aku nak tahan 5jam dengan kesakitan yang ditahan macam nak tahan kentut.

Second, location : Hentian Sri Bemban
Tension yang ketiga : Ini tension tahap perkembangan (kalau ikut dalam komsas). Bas berhenti. Matikan enjin. Aku terpinga-2 sebab tak pernah-2 benti kat perhentian mati enjin. Pemandu bas dah siap calling-2. Mampos! Bas rosak. Muka aku memang nak marah tak boleh tapi muka macam ayam sembelit kepenatan. Dengan mata yang dibuat-2 kuyu. Itu tandanya tension yang amat.

Tension yang keempat : Tunggu bas dari Kluang selama satu jam. Ditambah pula hujan tiba-2. Aku terus sakit kepala. Mak aihhh! sebelum ney aku oke je kena hujan lek je, takde sakit-2 tapi sejak akhir2 ney kalah plak. Masuk balik dalam bas, nasib baik ada air-con. Tapi yang tension kepala ditambah sakit sebab seat dia. Perh. Tahan.

Tension kelima : Dah dapat bas. Pemandu dia gila havoc kalau bercakap, macam nak gaduh. Kuat gila suara. Aku yang nak tidur ney terkujat-2 setiap kali dengar dia bersuara. Hurmmm....

Tension yang keenam : Ini tension tahap klimaks. Ikot lebuhraya Lekas (Lebuhraya Kajang-Seremban) tak ikot Plus. Memang la tak jam. Tapi! Jauh! faham tak Jauh! Plak tu sebelum nak masuk lebuhraya tu belambak la plak traffic lightnye. Gila LAMBAT! Aku nak naik LRT tapi lambaat la plak. Gile ape nak nek sorang. Kalau aku lelaki takpe la. Ini perempuan yang lemah taukkk... Lepas tu dia berhenti kat hentian apa tah. Dia sorang je kot nak g toilet. Lepas tu lambat. Boleh plak dia borak-2 nagn pakcik kat depan tu sambil bagi ceramah kat kitorang. Beb, aku nak balik cepat. jam dah pkul 10 lbey. Yang kau nak ceramah lagi tu kenapa. Bukan la ceramah kau tu aku tak suka dengar. Nak bagi ceramah pown gerak la bas.

Location : Terminal Bersepadu Selatan. Time : 11.00 pm
Tension ke tujuh : Ini tension peleraian. Sampai dah. Aku dah fikir ney macam mana nak balik. Berkerut-2 aku fiikir plan. Macam-2 plan ada. Plan A, B, C & D (tak pyh nak lebih la sampai Z) Last-2 plan tumpang kazen aku la yang terbaik. Nasib baik kebetulan dia sunggah sungai besi rumah sedare aku then nak hantar tunang dia kat Bangsar.

Lepastu. Dah tak tension sebab sampai je bilik aku solat terus tidur dengan nyenyak tanpa mimpi. Tapi susah jugak nak tidur pada mulanya. Sebab........


KAU GILE?! BERADA DALAM BAS SELAMA 7 JAM MEMANG MASA TIDUR YANG CUKUP UNTUK KANAK-2 KAU FAHAM TAK?! SEMALAM AKU LEBIH TIDUR KAU TAU?! BENCI!!! PENAT GILE!! TAU TAK AKU TERSEKSA DAN DISEKSA OLEH FENOMENA INI YANG MENYEBABKAN LEBIH TIDUR. GRRRRRRR


Sekian.

Monday, November 7, 2011

Tak Siapa Faham. faham?!

Terlalu banyak godaan syaitan.
Cuba meruntuhkan iman aku.
Cuba mengapi-apikan nafsu aku.
Aku tak kuat.
Aku takut aku tidak mampu menahan.
Sudah terlalu banyak aku mengucap.
terlalu basah bibir ini mengucap kata istighfar.
Hingga aku seolah berputus asa.
Namun aku tak boleh menyerah.
Aku terlalu takut akan murkaNya.
Jadi mafkan aku, aku harus melangkah pergi dari kau.
Mungkin ini yang terbaik.
Terbaik untuk kau dan aku.

Mungkinkah Kata Maaf?

Mungkin aku perlu betul-2 kuat.
Mungkin aku perlu betul-2 tegas dengan diri sendiri yang bila-2 masa akan dikuasai nafsu.
Mungkin aku perlu betul-2 yakin dengan Allah.
Aku perlu. Bukan mungkin lagi.

Tapi aku betul-2 tak kuat.
Ya Allah, kau pasti marah akan apa yang aku lakukan semalam.
Ya Allah, bagaimana harus aku menahan segalanya.
Mungkinkah aku harus menjauhkan diri?
Mungkinkah aku harus memencilkan diri menjauhi kelompok manusia?

Tapi sampai bila akan aku belajar?
Aku perlu tegas. Tegas dengan diri sendiri.
tegas untuk bersabar. Menahan amarah.

Maafkan aku, tangan ini keras menghentammu.
kesabaran seakan hilang saat menatapmu.
Jiwa ini membara dengan amarah.
Tangan ini sangat berdosa kepadamu.
menghukummu dengan hukuman yang tidak mampu ditanggung olehmu.
pukulanku terlalu keras untukmu.
Hingga mungkin kau sangat membenciku.

Mungkin kata maaf seakan kata-2 paling lemah dan bodoh.
Tapi hanya itu mampu aku lakukan.

Friday, November 4, 2011

Just Believe me

Assalamualaikum
mood : European

Hey everyone, Im here. (sorry my short story haven't finish yet as I really not in mood to talk about that).

So.
Yesterday. urghh it always about yesterday. Well, what else can we talk about, if not the past..

I wish I would be strong to make my first step,
I wish I could make my life colourful.
I wish I would get everything I wish for..
But it will certainly impossible without you.
You gave me the support to start my first step.
Everything you do, always makes my life colourful.
And because of you I do get what I wish.
Simple.
This time we met each other, laugh and care for each other.
But believe me, one day, I may not be with you 4eva.
But I hope I could.
In your heart always.

_miss A_

Well, those are what I said (which are full of grammatical error) to my lucky friends.
What I'm trying to say is, I thanked them and really appreciate the bond between us. That is how I value our friendship.

Guess what.
Just this simple and non-understandable sentence, it brings a lot of meaning towards them.
Imagine how many responses I get from them.
Some, may understand what I'm really trying to say.
But some have their own point of view.

Some thought that I love them and want to confess. (for the guys)
And they trying to make it sure by asking me directly (so sweet and honest) . What?! =.='''
and I really felt guilty, as I thought I've hurt their heart.

Some thought that I was talking nonsense
because there's a word talk about death.
And they try to make me realize that everything is Allah's will.

Some thought that I still can't cope with the environment in UM.
With seniors in my college, and especially seniors in CG (Cahaya Gemilang)

Some give an advice that I have to be strong to face this world.
And they will always there for me.

This come a conclusion that, not everything we say will bring the same meaning as we wish for, to those who receive it. (you know what I mean right?)

Hahaha. And this case also makes me thing that, I am really bad in what we call 'ayat berbunga-2' or 
'ayat sastera gilee'
hey, of course it is. 
That's not really my business.
Plus, It not even my field.
BUT~ *there's a but here
I just love literature soooo damn much! (especially Shakespeare's)

Making those twisted and weird words is my enthusiasm.
Take a note on that honeey~

Well, I'm not saying that their responses is not accepted and it is a mistake. Please don't get me wrong.
I just admire, that humans are really complex and special.

These show that we, humans, do think! And those thought (from them), do gave me a lot of advantages.
Thus, makes me appreciate them EVEN MORE!
My friends are honest. They love me as I love them too.
They do care about me.
And I am lucky to have them all.

So, believe me that you are really not alone.
Believe me that just a few words, it can have so many meaning.
Believe me that not everyone can really understand what you  mean. So, do think before you speak up.
Believe me that some of you may not or misunderstand with what I'm saying in this entry.

Sekian. Thats all from me thank you (like Im giving a speech)


p/s : I believe I can fly. You? in bahasa >> saya percaya saya boleh terbang. Anda bagaimana?

p/s (2) : saya bukan nak bajet terer speaking london plak kat sini. Bukan bermaksud saya menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa picisan.. peace! =)

Thursday, November 3, 2011

Kali Ney, Maaf Aku Memang Nak Merungut

Assalamualaikum.

=.=''''
Reaksi ini timbul kerana mood yang sudah hilang sejak awal pagi. Sentap. Sengal. Semuanya. Membuat pagi yang indah bertukar tak indah. Harap tak membawa sampai ke petang. Harap. Dan harap juga, akan ada perkara yang tak membuat aku, men-double-kn reaksi aku =.=''' menjadi =..=!! dan kesentapan juga kesengalan.

Wehhh. Wehh. Apa yang sentap sangat ney?!

Macam ney ceritanya.

Semalam, berkumandang satu kolej pasal fogging pkol 6.30 pagi berulang kali. Fine, itu aku tak kisah. Arahannya, supaya semua pelajar ambil tindakan esoknya. Dan! untuk menunjukkan kerjasama aku, aku set jam mcm biasa pukul 6 pagi, walhal aku punye kelas start pkol 3.30 ptg. Kalau tak memang 6.30 pg la kan baru aku bangun. So, bangkit dari tidur bergegas ke bilik air ambik wudhuk. Solat. Selesai, jarum jam menunjukkan pukul 6.30pg. Tungu...

Mana? Mana? Mana?!!!!!

Mana fogging kau? Mana? Yang ada cuma announcement yang berulang dekat 10 kali yang sgt annoying! Tahap babun. Kata sebentar lagi fogging akan dijalankan...bla bla bla bla....sila beri kerjasama. Fine. Aku dah bangun awal, aku dah beri krjasama. Mana fogging kau? Bersungguh budak perempuan berlari keluar toilet. Kesian gile mandi dalam keadaan yang tak tenang. Takut terserempak dengan 'org fogging'. Annoucement pown dah seakan berbau ugutan atau ancaman.

Tunggu punye tunggu sampai tertidur. Menjerit dlm hati sbb jiwa tak tenang gara-2 annoucement yang very annoying sbb byk kali, bukan annoying sebab suara dia. Nasib baik suara dia ala-2 DJ. Fine. Sekali lagi announcement (brape byk kali la aku cter psl announcement) suruh keluar bilik bla bla bla fogging akan dijalankan sebentar sahaja lagi. Tengok luar, dah terang. Eh pukul brape ney?

Tengok jam dengan muka penat sebab almost demam.

APA?!!!!!! 7.30 pagi?!!!

hati aku membara tak terkata. Buat aku tergesa-2 time aku tga serabut gara-2 selesema. Hati aku menjerit mcm nak gila, kalau ada microphone yang  bole dga suara hati aku, mau tak pecah gegendang telinga penghuni kolej dengar aku menjerit. Aku penat weyh! kepala aku sakit.
Tolong hormaat sikit kitorang, aku tau la kau org penting. Lebih tua dari kitorang. Jgn la buat sesuka hati. Kalau dah janji pkol 6.30 tu, 6.30 la.. Yang kau drag sampai satu jam kenapa?

Dah tau lambat, sampai-2 nak arah-2, buka bunyi siren yang annoying + +
Ckp la sorry lambat ke, jamm ke..
aku tunggu korang mcm tunggu org tersayang kau tau tak.

Kalau takut jamm dah tau kau janji 6.30 geraak la pkol 6.00 ke 5.45 pg ke. Kalau sebenarnya kau mmg dah target nak fogging pkol 7.30 pg tak payah la nak buat gempak dgn cerita gebang ckp nak buat 6.30pg.
Kitorang dah bangon la time tu. Masing-2 ada kelas. Faham?! Kelas paling awal pukul 8 pagi, TAU TAK?!



Sekian.

p/s : maaf, bahasa semakin kasar bila dah sampai paragraph terakhir. Mengikut perasaan, hingga keyboard ney aku taip seakan menghentak sekuat hati. Jangan marah ye sebab aku marah. Lepas ney tepati janji. Allah tak suka org yang tak menepati janji.

Tuesday, November 1, 2011

Antara Teguh Dan Rapuh

Assalamualaikum,
Sejak akhir-2 ney mood aku memang nak berpuisi je kann... 
Pening, tapi nak buat macam mana..jari aku hanya mengikut kata minda dan hati yang memandu laju.
Kadang-2 mesti ada yang rasa aku ney membosankan. But how to change?
Ini je cara untuk buat aku rajin update blog...


Malam itu sunyi 
Malam itu sepi,
Bulan tidak menyinari,
Bintang pula tidak menghiasi.
Seditik ku nanti,
Hujan mula membasahi bumi,
seakan menyirami hati,
seakan menyejukkan sesaknya rasa tak pasti.

Sakit.
Pedih.
Masih setia disisi jadi teman dikala sendiri,
Diam bukan maksud aku rela,
Diam tanda aku masih tertanya,
Kuatkah aku?
Mampukah aku?

Dihujani beribu soalan,
Apakah aku mampu menjawab jujur,
atau sekadar bersembunyi?
Bertanyakan pada angin malam,
adakah aku kuat?

Ku dengar jawabnya, ya.
Tapi kenapa aku menangis?
Kerana kau manusia,
perasaan itu normal sahaja,
untuk apa ditanya,
jauh sekali tak tergapai jawapannya.

Elemen hidup,
sukar ditafsir dierti,
Pelita nyawa bukan kita kuasai,
Genggaman tangan tak pasti adakah akan terus menggenggam,
mata yang celik tak tahu bila akan terpejam,
hadapi sahaja walaupun seakan suram,

Langkah permulaan sememangnya sukar,
namun langkah kedua mula tegar,
juga langkah seterusnya terus mekar,
berlari selagi bisa,
berhenti cuma seketika,

Terjatuh bangkit semula,
balut luka biar sahaja,
Biar kuman tidak lagi menjadi punca.

Jika ditanya,
Andai sakit, baiklah jawabnya.
Biar ia jadi doa.
Atau mungkin harapan yang tak leka,
Biar ia jadi penenang,
penguat langkah yang bukan senang.

Mungkin aku bukanlah teguh,
Namun aku takkan rapuh,
Biar tajamnya bilah kaca ku rempuh,
masih tetap aku berdiri antara teguh dan rapuh.
Kerana ini mungkin jalan terbaik harus ditempuh.


p/s : aku tidak baik-2 sahaja.. harap mengerti. Sekian

Jika

Jika keranaku,
kau hilang pertimbangan.
Jika keranaku,
Kau hilang kekuatan
Dan jika keranaku,
Goyahnya imanmu,

Maaf.
Bukan niatku.
Maaf.
Aku tak tahu.

Jika semuanya keranaku,
Buang bayanganku,
Seakan mudah, namun begitu sukar,
itu aku tahu.
Namun jika itu membuatmu jauh dari tuhanmu,
Jauhiku.

Aku bukan penggoda,
Aku bukan siapa-2,
Kau aku cinta,
kerana kau beragama,
Ya, Islam yang sejahtera,

Jangan hilang pertimbangan,
Jangan mudah kau tunduk pada kealpaan,
Buang aku,
Buang bayanganku..
Ini harapanku,
untuk kau pulang kembali ke jalanmu.


p/s : aku bukan seorang yang mengharapkan kau sentiasa membayangiku, dalam khayalan juga mimpi yang tak pasti akan jadi kenyataan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...