Friday, October 14, 2011

Like Crazy!

Assalamualaikum,
Selamat sejahtera (hello)
Hai readers.
*nyampah ayat bajet hot*
__________________________________________________________________________
Aku dah lame tak update blog, lame gila like crazy!
Mungkin lepas ney makin lama gila. Tugas sudah mula memenuhi..
Hari-2 aku berhrap hidup aku jadi normal semula. Macam masa di KMJ. Ya kesibukan yang melampau di KMJ adalah suatu yang normal bagi aku. Normal kerana aku masih belajar. Ya aku adalah student.
Jadi bila kurang kerja, lebih banyak FB.. Rutin yang sama setiap kali. Sigh.

         Sudah lebih sebulan aku tinggal di UM. Agak culture shock. Bukan sebab budaya, tapi sebab yang aku kata tadi pasal tak normal. Kerana aku terlalu free! Aku berharap sangat kerja aku banyak. Aku dah penat berdiam diri, kat rumah daku dah habiskan masa 4bulan tanpa risau pasal homework. Jadi bolehla aku skip FB. Kenapa nak skip? Pelik kan? Kau tau dah berapa banyak masa aku dihabiskan di FB? kalau dikira.. mungkin tempoh jam utk sebulan. Aku sampai dah tak tau nak buat apa lagi dengan FB tu. Aku sampai dah nek menyampah tengok wall aku. Henbus nafas kasar.

         Nak berblog. Aihh susahla kalau rutin harian macam org takde life. Tak enjoy kesibukan. Agak lembab la otak aku nak berfikir dan berinovasi. (wahh gila kentang ayat aku). Kau tau betapa risaunya aku bila, semua ynag aku belajar dulu hilang macam tu je dari otak aku. Seriously, aku menangis. Tapi tak siapa tau. Mungkin ada yang kata aku kolot sebab nangis pasal tak ingat nota and formula mase blaja dulu. Ah, tapi itu yang aku rsekan.

         Bila dimuhasabah semula, mungkin dulu aku belajar sebab nak dapat pointer yang bagus. Bukan betul-2 ikhlas belajar untuk menuntut ilmu. Ya, aku acap kali memujuk diri untuk ikhlas. Tapi bila kau lihat ramai pula yang mendapat pointer hebat. Aku jadi lari dari landasan. OUH! AIMI! plizzzz... betulkan niat kamu. Dulu, kau selalu kata kita belajar untuk seumur hidup, bukan untuk periksa semata-2. Tapi sekarang apa jadi?

         Jadi aku kena ambik iktibar, atas peristiwa kelupaan aku ney.. Ya Allah, aku rasa terseksa sangat sebab aku rasa bersalah dengan cikgu-2 yang dah ajar aku dengan bersusah payah dengan harapan aku akan ingat sampai bila-2. Walaupun tak 100% tapi 60-70% itu sudah cukup. Tiba-2 aku terfikir alangkah bagusnya kalau aku berniat nak jadi cikgu dulu. Sebab dengan cara menjadi cikgu la aku dapat simpan semua ilmu yang aku belajar dulu dengan kemas dan rapi dalam memori otak aku.

         Kenapa pulak? Yela,sebab kita mengajar. Sekali kita mengajar, sepuluh kali ilmu kita dapat. Aku rindu. tersangat rindu ilmu yang ku simpan dulu dalam otak yang kini sudah menghilang. Mungkin sebab aku hanya simpan di dalam otak tapi bukan di dalam hati. Aku rindu sangat! Rindu like CRAZY!

Aku sudah bosan dengan hidup tanpa kerja. Bosan like crazy! Ia bukan membuatkan aku semakin tenang dan lepak. malah menambahkan lagi tension bila orang sekeliling aku busy like CRAZY! Tapi tidak aku. Astaghfirullah.. bersyukurlah Aimi.



Sekian.


p/s : kenapa aku lupa segala tentang MATH yang paling aku minat dari segalanya dulu?! Astaghfirullah. Mesti aku ad buat salah ney. Bermuhasabah diri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...