Friday, October 21, 2011

Kepulangan Yang Menggerunkan

Assalamualaikum,
Selamat sejahtera.
Hai readers.
__________________________________________________________________________

Perjalanan itu punya banyak cabang,
entah ke kiri atau ke kanan,
hingga terhentilah aku di sebuah persimpangan,
ternyata kalut dalam fikiran,

Aku diam...
Menghela nafas berat...
Jalan yang ku pilih sungguh sarat,
bukan sarat kerana hitam yang pekat,
tetapi dengan duri dan liku yang menanti menjerat.

Berhenti..
Berehat seketika..
berfikir apakah jalan ini jalan yang benar?
Andai tersalah arah,
aku tidak mampu kembali semula,
Kerana telah terlalu jauh jalan ku redah.

Mungkin aku harus membina jalan baru.
Jalan baru?
Apakah ia mungkin?
Ah! tiada apa yang tidak mungkin.

Berbekalkan gerak hati,
Kekuatan yang menyelubungi kelemahan yang hakiki,
Senyuman yang sentiasa terukir,
meski pilu dan sakit yang tercangkir.
Aku, mimbina jalan baru..jalan yang mungkin menyenangkan.

Namun, itu tidak juga menyenangkan.
Duri dan liku rupanya menjadi peneman.
Meneman aku di setiap perjalanan.
Memainkan peranan,
tika aku tenggelam menikmati indahnya permandangan.

Aku berhenti lagi.
Tidak mungkin ini jalan yang salah.
Berfikir lagi tanpa lelah.
Duri?
Liku?
Teman?
Oh! Mungkin untuk buat aku sedar.
Tiada perjalanan yang tidak sukar.

Kini baru ku tahu,
Sebelum aku pulang ke asalku,
harus ku belajar tujuanku cuma satu,
Sebelum pulang ke rumahku,
harus ku hadapi duri dan liku.

Kini aku benar hampir ke penghujung jalan.
Benar hampir ke rumah idaman.
Namun apakah cukup semua bekalan?
Apakah cukup segala amalan?
Sungguh ku gerun saat ada yang menjemputku,
menjemputku ke rumahku,
apakah dia membawa ke rumah idaman,
atau rumah kesengsaraan?

Satu perasaan aneh tampil menunjukkan diri,
Terasa kerdil dan keji.
Terasa asing dan sendiri.
Aku tidak layak untuk rumah hakiki.
Rumah syurgawi.
Adakah aku akan masuk ke rumah itu?
atau berdiri diluar terpana dan terpaku?
Hendak ke rumah di hujung itu,
aku tidak mampu.
Malah tidak pernah terfikir olehku.
terlalu gelap untuk ku lalu,
terlalu sengsara penghuni rumah itu.

Aku harus bertindak.
Bertindak melayakkan diri ke rumah idaman.
Bertindak menghidupkan bunga amalan.
Menyiram dengan keikhlasan.
Agar dapat ku jadikan bekalan.


Sekian.

p/s : 100 tahun bersujud kepadaMu pun masih tidak dapat menzahirkan kesyukuranku terhadap kebesaranMu serta kasih sayangMu yang tercurah kepadaku.
Jadikan aku hambaMu yang sentiasa mencintaiMu lebih dari segalanya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...