Sunday, October 16, 2011

Enam Jahanam ? Ouh Bukan, Enam Idaman

Assalamualaikum.
Selamat sejahtera.
Hai readers.
______________________________________________________________________________

Pagi-2 buta ney (takde la buta sangat- da pkol 7lbey dah ney) aku tetiba teringin nak bagitau ciri blog yang paling aku suka.

Yang Pertama
Aku paling suka pergi blog yang ada entry kelakar. Kalau serius tapi ditulis dalam cara yang boleh buat orang rasa kelakar pown bole.. Kalau aku release tension malam-2 buta aku bukak blog diorang, aku rasa senang hati. Diulang SENANG HATI. Hilang segala tension sebab dapat gelak berdekah-2 depan lappy sorang-2.

Yang Kedua.
Banyak tips, yang aku suka. Ceyh, blog aku mmg xde tips-2 sebab aku ney moderate. Aku takde la banyak sangat pengalaman, dan aku juga bukanlah orang yang pandai nak bagi-2 tips bagai. Aku ney memang seorang yang kaku, tak tahu nak nak bagi tips atau ajar apa-2.

Yang Ketiga.
Blog yang ada tutorial best. Contohnya tutorial nak edit blog la. Aku ney memang langsung tak boleh and tak reti nak bagi tutorial pown sebab aku memang zero (0) pasal coding. Tapi aku minat. But! minat doesn't mean aku tau semua. Sebab walaupun aku try nak belajar daripada orang, aku still tak mampu nak edit blog sendiri tanpa melihat tutorial orang lain.

Yang Keempat.
Tajuk entry dia macam menarik-2 aku untuk baca. Haha. Memang yang ney tidak dinafikan. Bila aku tengok ada tajuk entry yang best-2 mungkin kelakar, memang aku terus klik untuk baca. Yeah. Aku akan baca satu-persatu ayat yang ditulis. Tapi kalau tak sabar sgt nak tau ending dia, aku baca aje tros ke perenggan yang hampir last. Hehehe

Yang Kelima.
Biasanya aku lebih suka baca blog lelaki. Sebab diorang banyak idea and sometimes telus. And + KELAKAR walaupun mungkin dorang kata dorang tak kelakar. Yeah! Aku rasa most of the time aku blogwalking, aku lebih banyak singgah blog lelaki berbanding (diulang BERBANDING so, doesn't mean aku tak pergi langsung) blog perempuan yang terlampau kawaii and kekadang terlalu banyaak laa pulak tips-2 untuk perempuan. Contoh tips shawl la, make up la. Tapi kalau hygiene yes I will drop by. Maaf saya perempuan yang kaku dan tidak girlish. Maybe.

Yang Keenam..
Wah kau dah mengada-2 nak letak sampai enam. Cis! bajet kau terer sangat la bab-2 blog ney. Lempang laju-2 kang. Ala, enam je kowt aku ingat nak letak seploh!
Oke sambung. Aku ney setia. Jadi aku akan cuba membaca setiap blog yang aku dah follow. And especially yang dah msuk dalam bloglist aku. Aku tetap akan baca walaupun entry dia sekadar nak naikkan traffic je. Waaahhh~ kau da kuajaq jemah... heheheh.

Ada lagi sebenarnya. Tapi terasa macam mantol sangat la plak nak letak banyak-2. hahaha.
Nak lebih kejam? Nanti aku akan buat entry pasal ciri-2 blog yang aku bukak terus klik hujung atas kanan dengan selambanya. OKe?





Sekian.
Terima kasih.
Salam.

p/s : aku ney silent reader kebanyakan blog. Once aku da suka baca blog tu, aku akan tetap baca walaupun aku jadi silent reader je. "Maaf ye awak. Bukan saya tak hargai blog awak tapi, biarlah saya terus menjadi si pembaca yang pendiam." Aku ney tak berapa heran sangat dengan traffic. Sebab aku berblog dengan niat yang ikhlas. Kalau ada yang nak baca, "terima kasih ye awak, blog saya ney picisan je tapi awak tetap singgah."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...