Tuesday, October 25, 2011

Aku Pulang Bersama Mereka.

Assalamualaikum.
Selamat sejahtera.
Hello readers.

Beb!! Aku sudah pulang. Aku sudah pulang! Yahoooo! Aku sudah pulang.
Hahahaha dah kenapa aku ney. Apa yang dah pulang?!
Ya! Aku yang dah pulang! Aku dah pulang ke rumah terindah ku. Tak kisah la tak besar mana, tapi rumahku tetap syurgaku. Syurgaku adalah rumahku. Yeah~

Begitulah betapa seronoknya aku dapat balik rumah hanya Allah sahaja yang tau. Wah dramatik.
Aku turun dari bilik kediaman sementaraku pada pukul 4.00 ptg. Tung tang tunggu encik farhan sulaiman dan encik shazzuwan siap melantak. Saya menuggu dengan penuh diam dan kesetiaan sebab nak tumpang diorang..

Ke mana ek aku dah lupa nak ambik Kak Bib. Yahooo.. mula bergerak.. Di dalam kereta, isu  BALAKONG timbil gara abg shazzuwan menyebutnya dengan qalqalah yang pekat lagi pior...ke Muzium Budaya Negeri Sembilan untuk ambik abg Nizam. Bertukar tempat, abg wan ke belakang di sebelah aku. Erk. Aku tak pernah duduk serapat rapatnya dengan lelaki. Seriously! hahahah Maaf.

Berhenti di perhentian untuk solat Asar dan Maghrib. Teruskan perjalanan, aku diam je. Harharharhar malas nak mengeluarkan suara aku yang tak sedap ney, sambil melihat meter kelajuan. hak3. Aku tengok syok je Abg Paan drive kekadang sampai 120-130 km/jam. Hahah lantak hang la. huuuu

Rekod terbaru aku. Aku tak tidur langsung dalam kereta. Mana tak nya. Encik Shazzuwan sangat lahhhhh kecoh. Lagi-2 bertemu rakan seperjuangan Abg Nizam dan Abg Paan. Aihhhh memang takde maknanya la aku nak tidur.

Sampai di johor lebih kurang pkol 10 mlam. Terus ke JB (M suite) nak angkut Abg Andy dan Abd Adib. Juga mengambil kesempatan menjenguk CG Farhana (gembira Abg Paan) harharhar. Stagh jam di situ. destinasi seterusnya ke menghantar aku pulang.

Sangat kelakar. Aku tergelak-2 (dalam hati je) sampai nak pecah perut aku. Sebab melihat telatah mereka yang berhimpit di bahagian belakang. Sardin pown tak sesak macam tu. Ditambah pula dengan kekecohan mereka yang sangat drama dan sinetron tu. OUH! Mereka sangat kelakar. Dan mereka BERGOSIP! hahahaha. Normal laa tu.. Tapi aku belum pernah dengar lelaku-2 bergosip. Jadi semalam dapatlah experience dengar lelaki-2 bergosip. hahahahah. Aku hanya mampu gelak ayu. Erk.

Sampai di rumah. Aku pownnnnnn......





TIDO!


thanks la kat mereka yang tak kisah aku join sekali. Maklumlah mereka senior. Aku sorang je junior first year. I dont really feel the sense of belonging sebab aku masih tak rapat and tak kenal dorang rapat lagi.. Walaupuan mungkin bagi mereka, tak kisah lah! kita kan family CG!

ini dia kak bib
Ini Abg Paan
Ini Abg Adib


(kiri tepi) Abg Wan (kanan tepi) Abg Andy



Okelah.
Sekian
Salam.



p/s : aku sayang diorang. Tak tau kenapa. Harharharhar. Oh ya. Sumber gambar hasil crop gambar yang sedia ada. harharhar.

3 comments:

NadellaZahare said...

hehehehengsem abg paan awok. ehem ehem. haha

Anonymous said...

aaaaa, aku dah jd abdul adib pulak...hahah

Dunia Cik Maia said...

@Anonymous abdul???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...