Monday, October 31, 2011

Coretan : Jiwa Jalanan Part 1


        Pagi itu, sejuk. Aku berfikir dua tiga kali sama ada mahu bangkit atau rebah sahaja menurut kata hati. Nafsuku memaksa, otakku menghalang. Ah! Benci berperang dengan diri sendiri. Bangun. Menghembus nafas kasar. Sedikit mengeluh. Jiwa putihku berkata jangan mengeluh walau sedikit. Baiklah. Ku turutkan sahaja. Kakiku melangkah ke kamar mandi. Laju. Takut nafsu ku memujuk lagi dan aku kalah. Mandi. Buang segala rasa negatif. Pagi ini pagi untuk mencari rezeki. Biar segala cas positif menghampiriku.

         Solat Subuh harus dikerjakan. Mak aku kata, solat permulaan hari yang sangat baik. Murah rezeki katanya. Harap dapat ku siapkan segala perisai. Semakin banyak cas positif maka semakin banyak jugalah cas negatif yang cuba menghampiri. Kuat atau tidak aku harus menghalangnya. Ya.
Usai solat. Nafas ku hembus lembut. Tenang. Aku senyum, indah pagi ini. Kenapa baru sedar? Aku pun tak tahu.

         Di stesen LRT, aku tunggu. Dan tunggu. Hingga munculnya gerabak itu, kedengaran dari jauh. Aku bersedia. Pagi itu memang tidak ramai, jadi dapatlah aku duduk. Jika tidak, kaki ini akan berjasa lagi berdiri hingga tiba di destinasi yang dinanti. Di saat itu, fikiran aku melayang entah ke mana sahaja yang dia mahu. Perhentian demi perhentian. Hingga aku lupa ke mana aku harus pergi kali ini. Bersama gitar keramat, ku terkulai terduduk terimbas segala kenangan.

“Aku dah kata. Aku tak suka kau jadi ahli muzik. Kenapa kau degil? Kau ingat kau boleh hidup ke dengan melalak ke sana ke mari?!”

“ Ayah, ini minat saya. Ini impian saya. Tolonglah ayah, restui saya.”

“Jangan harap! Tapi kalau kau berkeras. Baik. Kau boleh pergi capai impian kau, tapi jangan mimpi nak jejakkan kaki ke rumah ini lagi!” jerkah ayah.

“Aku nak tengok macam mana hidup kau. Huh! Ahli muzik konon! Tuih!” sambungnya.

         Entah kenapa bayangan itu yang bermain dalam fikiran aku, lantas menjadi sarapan aku pagi itu. Sakit. Tiba-tiba, sebutir mutiara yang sangat jarang terhasil jatuh di jemariku. Aku menangis? Oh. Ya aku menangis rupanya. Lalu diseka air mata itu. Langkah kucepatkan, keluar dari gerabak. Entah aku di mana, aku tak pasti. Yang aku tahu, aku mahu keluar. Menikmati indahnya bumi ini. Walaupun aku tahu, di kota ini penuh dengan asap karbon dioksida sama seperti keegoaan yang menebal. Perikemanusiaan yang hampir hilang sama sahaja dengan lapisan ozon yang semakin menipis. Namun ini masih bumi aku.

         Di jalanan, kulihat kiri dan kanan. Hutan konkrit. Kenderaan yang menyusup laju. Tanpa perasan aku di sini. Ya, aku cuma golongan picisan. Tidak dipandang. Namun golongan seperti akulah yang paling memahami dunia. Paling memahami isi hati orang. Juga amat memahami corak hidup yang kini semakin kusut. Berhenti di satu tempat. Bagus. Cukup terbuka. Ku duduk di tempat yang disediakan. Ku buka zip, ku keluarkan gitar keramatku.

         Sebelum itu, ku pejamkan mata, menghirup udara. Disebalik bau asap yang memenuhi ruang, ku mencari bau rumput yang basah. Ku mencari bayu kabus pagi yang menyapa lembut pipiku. Terasa. Ku buka mata. Hampa kerana ia bukan kenyataan. Hanya gambaran minda yang kuhasilkan. Cukuplah. Ku tenung gitar itu penuh kasih sayang. Pandanganku sayu. Sudah banyak yang aku lalui bersama dia. Terima kasih hanya kau yang setia menemaniku.

         Ku petik satu kod. Kod kedua, ketiga dan seterusnya. Mulanya sebuah langkah. Ya, lagu yang ku cipta spontan bagaikan langkahku. Setiap yang ku mainkan, seolah langkah pertamaku. Bahagia. Ku mula menyanyi mengikut nada yang ku ukir indah. Jemariku laju memetik tali gitar. Luka yang dipendam seakan dibasuh. Lega. Gembira. Senyuman kembali terukir. Lebar.

….sembunyi ku dari mimpi-mimpi,
lari dari rasa hati yang benci,
mencari ketenangan yang hakiki,

tak semua yang berlaku ku mahu,
tak semua yang ku impikan ku tahu,
apa dia yang menanti menunggu,

Aku,
bertanya pada bintang oh, di mana dia si bulan,
cahayanya yang aku nantikan,
bersembunyi disebalik awan.

Siramilah aku dengan cahayamu,
biar aku tahu mana nak dituju,
bawa aku terbang kepadamu,
biar jiwa tenang, hati pun tak ragu.....

         Semakin laju. Lagu dimain penuh ghairah. Hidup terisi lagi. Jiwa tidak menangis kini. Selesai. Aku terdiam melihat wang dicampak kepadaku. Senyum. Namun masih keliru. Adakah mereka fikir aku pengemis? Bukan! Aku cuma menjual bakatku. Aku mengharapkan wang itu tanda menghargai bakatku. Ya. Bukan belas kasihan aku harapkan. Setelah sorakan dan tepukan ku terima. Bersyukur. Mereka masih tahu menilai. Masih wujud manusia berhati baldu.

Bersambung.....

Sunday, October 30, 2011

Pulang Ke Asal?

Sudahlah. Perjalanan kau masih panjang.
Tak perlu berehat lama-2 di perhentian.
Kau harus pulang ke asal.
Tempat kau melengkapi perjalanan kau.
Pulanglah semula.
Impian kau menuggu di hadapan.
Tak perlu kkau terleka dengan keindahan.
Tak perlu kau terlalu puas dengan kesenangan yang sementara ney.
Nanti bila kau penat. Berhentilah di perhentian seterusnya.


Sekian.
Salam.


p/s : UM sedang menunggu aku. Rumah pula sedang menyuruhku pergi. Mungkin. =)

Wednesday, October 26, 2011

Kakiku Kakimu Jua ( idea asal oleh 'ratu sinetron' si Juju)

Assalamualaikum.
Selamat sejahtera.
Hai readers

Melihat tajuk entry...Mungkin ini yang timbul dalam kepala otak masing-2.

Kenapa kaki?
Kenapa dengan kaki aku dan kaki kau?
Idea orang lain, kau dah takde idea ke?
Siapa 'ratu sinetron'?
Dah siapa pulak si Juju ney?

Jawapannya : kau diam meh, sini dengar aku nak cerita.

Kenapa aku rasa tajuk pasal kaki tu sesuai? Sebab ke mana dorang pergi aku join jugak. Ke mana? Ke pusat Islam, melihat kakak-2 seniorku bernasyid. Ouh! terasa sangat baik aku ney. Hey! aku baik la. Bukan terasa tapi memang pown. Erk. Geli. Sentap. Loya. Muntah. Tarik nafas. Muntah lagi. Ah sudah! sinetron. (terjangkit 'ratu-2 sinetron CG') =)

Enough! bila nak start?!
Yela sekarang. Diam je.. ney blog aku. =P

Alkisah, di Johor...
Mereka bernasyid kira-2 jam 9 pagi di Pusat Islam untuk saringan. Keputusan diumum pada jam 3 petang. Mendebarkan. Mereka berjaya ke final. Yahooo! Aku berkesempatan mengekori mereka ke Pusat Islam.. harharhar.

Jam 4.30 petang aku berlari comel ke atas. Bersiap. Dah nak pukul 5, alamak!!! tak siap lagi. Nervous. Cuak. Mak aku kata jangan biar orang tunggu kita. So, aku zup zap zup zap! Siap akhirnya. Pukul 4.56 petang aku dah siap! FUH! tiba-2 aku rasa macam super hero. Tunggu. Dan tunggu. Dan tunggu. Aku dah risau. 
Adakah mereka lupa nak angkut aku? huwaaaaa!!!
ouh! tak rupanya. Aku tanya Kak Bib, 'anak dara' sedang bersiap. Takpe, penampilan itu penting, tak kisah la dia lelaki, mungkin BB cream dan sebagainya adalah keperluan. Aku kata pada Kak Bib, takpe...take your time. hehehehehe Dan! 5.30 tercongok depan rumah. Zup! aku masuk dalam kereta.

Pergi ke Cahaya Masai ambik adik Abg Wan. JOm! kite ke Pusat Islam.
Tiba di Pusat Islam. Aku rasa lapar la pulak tiba-2 Aihhhhh~ tak faham.
Ngantuk pulak tu.. Lamaa lagi nak start.. Kalau aku tidur kata aku ney mcam salah majlis plak sebab belum start apa-2 pown aku dah nak tidur. Jadah apa?!

Nasyid bermula. Tiba giliran CG Farhana (makwe Abg Paan?!) perh aku rasa sangat nervous! macam aku yang kat atas pentas tu. Bila dorang start je. Aku rasa.......... PERHKELEPERHKELEPERHHHHH!
dahsyat!!!!! MEMANG BEST~ TERBAIK! (DAH KENAPA AKU CAPS LOCK NEY?)

Okey. Aku terus skip ke keputusan la... sebab aku dah tak sabar nak ke part last. hakhakhakhak.
Diumumkan!!! FARHANA mendapat........ mendapat... mendapat......mendapat.....mendapat....mendapat..
MENDAPAT APA?!!!!!

ala semak betol. MENDAPAT JOHAN! + PERSEMBAHAN TERBAIK (seriously macam Anugerah Juara Lagu)

perh tiba-2 like seriously aku rasa aku macam tak layak masuk grup hebat macam dorang. Dorang selalu SAYA MENANG MOTOR~ aku ney rasa mcm kerdil gila. hahah drama kan aku ney. Tapi memang betul pown. Ney baru tengok kehebatan grup CG. Apatah lagi tengok kehebatan dan kekuasaan Allah, lagi la aku rasa mcam tak layak je hidup kat bumi ney, rasa mcm mengotorkan lagi kowt. Ah melampau sangat sinetron. Tapi memang itu yang aku rasa.

Nak tau hadiah nye ape? (selain motor) kah3
JOHAN : RM 3000 (bukan cash), Trofi (yang sangat ohsem!)

Lepas habis semua penyampaian hadiah pe agy, photo-shoot la bebeh~
snap! snap! snap! Kali ney aku tak tau nape, actually aku rasa sangat malu nak ambik gamba. (rasa mcm semak je) ngahahahahaha. Tu pown mereka yang ajak. Kalau tak, memang aku dok bawah teman adik Abg Wan je. Tengok kegembiraan mereka. Aku pown senyum dengan bahagia.

Lepas tu mereka nak g celebrate. Haaa yang ney la part last yg aku excited nak tulis. Lebih kurang 11.30 mlm gerak. Plan awal ke Singgah Selalu hanya lepak dan minum. Pusing. Pusing. Pusing. Eh! Kenapa tak sampai Singgah Selalunya? Dah berapa kali singgah jalan cari Singgah Selalu. Ouh rupanya, tersalah masuk. So nak u-turn kne jalan jauh. Takpe.

Tiba-2 cadangan menarik lagi ohsem oleh Cik Wani (adk Abg Wan) ke Hutan Bandar makan chicken chop 5 hengget je. BEST! Zup! Zap! Sampai ke destinasi. Orang tengok atas bawah. Bukan tengok aku tapi tengok budak nasyid yang berkostum nasyid. (ohsem keyh baju dorang) Memang penuh gila babas tempat tu. Ditambah kami. Memang meriaah. 

Kat situ, aku mungkin manusia paling diam sekali. Bukan sebab tengah makan. Tapi aku ney observer punye type manusia. Aku suka tengok orang, telatah dorang memang happening. Aku senyum. Dalam hati je. Sejuk mata aku tengok dorang yang rapat mcm family. Aku perhatikan muka sorang-2. Dari Kak Bib, Abg Wan, Abg Andy hingga ke Kak Syida yang dok sebelah aku. 

Hahaha. Mane la tau, itu kali terakhir aku tengok dorang macam tu. Siapa yang tahu kan? Take every moment as a diamond, value it and appreciate it. Wah! Ayat aku buat sendiri tau! Balik. Sampai rumah lebih kurang pukul 2. Seb bek ibu sempoi je. hehehe.

BY THE WAY, SIAPAKAH 'RATU SINETRON'?

yang ini???

yang ini????

  



















hahahahah korang boleh teka. Nampak sangat kowt. I mean kenapa mesti dia sorang? hak3

Lets picture tells how happy they are,,,

















en coach! hahah Abg Andy~

Aku tak kire aku nak jugak letak gambar ney... SUKE~

Seronok kan? untonglaaa dapat ikut. Kalau tak dapat ikot aku nangis hentak-2 kaki.

Sekian.

p/s : Ratu Sinetron dan Juju adalah orang yang sama dear~ comel kan? *tangan didada mata ke atas*

Tuesday, October 25, 2011

Aku Pulang Bersama Mereka.

Assalamualaikum.
Selamat sejahtera.
Hello readers.

Beb!! Aku sudah pulang. Aku sudah pulang! Yahoooo! Aku sudah pulang.
Hahahaha dah kenapa aku ney. Apa yang dah pulang?!
Ya! Aku yang dah pulang! Aku dah pulang ke rumah terindah ku. Tak kisah la tak besar mana, tapi rumahku tetap syurgaku. Syurgaku adalah rumahku. Yeah~

Begitulah betapa seronoknya aku dapat balik rumah hanya Allah sahaja yang tau. Wah dramatik.
Aku turun dari bilik kediaman sementaraku pada pukul 4.00 ptg. Tung tang tunggu encik farhan sulaiman dan encik shazzuwan siap melantak. Saya menuggu dengan penuh diam dan kesetiaan sebab nak tumpang diorang..

Ke mana ek aku dah lupa nak ambik Kak Bib. Yahooo.. mula bergerak.. Di dalam kereta, isu  BALAKONG timbil gara abg shazzuwan menyebutnya dengan qalqalah yang pekat lagi pior...ke Muzium Budaya Negeri Sembilan untuk ambik abg Nizam. Bertukar tempat, abg wan ke belakang di sebelah aku. Erk. Aku tak pernah duduk serapat rapatnya dengan lelaki. Seriously! hahahah Maaf.

Berhenti di perhentian untuk solat Asar dan Maghrib. Teruskan perjalanan, aku diam je. Harharharhar malas nak mengeluarkan suara aku yang tak sedap ney, sambil melihat meter kelajuan. hak3. Aku tengok syok je Abg Paan drive kekadang sampai 120-130 km/jam. Hahah lantak hang la. huuuu

Rekod terbaru aku. Aku tak tidur langsung dalam kereta. Mana tak nya. Encik Shazzuwan sangat lahhhhh kecoh. Lagi-2 bertemu rakan seperjuangan Abg Nizam dan Abg Paan. Aihhhh memang takde maknanya la aku nak tidur.

Sampai di johor lebih kurang pkol 10 mlam. Terus ke JB (M suite) nak angkut Abg Andy dan Abd Adib. Juga mengambil kesempatan menjenguk CG Farhana (gembira Abg Paan) harharhar. Stagh jam di situ. destinasi seterusnya ke menghantar aku pulang.

Sangat kelakar. Aku tergelak-2 (dalam hati je) sampai nak pecah perut aku. Sebab melihat telatah mereka yang berhimpit di bahagian belakang. Sardin pown tak sesak macam tu. Ditambah pula dengan kekecohan mereka yang sangat drama dan sinetron tu. OUH! Mereka sangat kelakar. Dan mereka BERGOSIP! hahahaha. Normal laa tu.. Tapi aku belum pernah dengar lelaku-2 bergosip. Jadi semalam dapatlah experience dengar lelaki-2 bergosip. hahahahah. Aku hanya mampu gelak ayu. Erk.

Sampai di rumah. Aku pownnnnnn......





TIDO!


thanks la kat mereka yang tak kisah aku join sekali. Maklumlah mereka senior. Aku sorang je junior first year. I dont really feel the sense of belonging sebab aku masih tak rapat and tak kenal dorang rapat lagi.. Walaupuan mungkin bagi mereka, tak kisah lah! kita kan family CG!

ini dia kak bib
Ini Abg Paan
Ini Abg Adib


(kiri tepi) Abg Wan (kanan tepi) Abg Andy



Okelah.
Sekian
Salam.



p/s : aku sayang diorang. Tak tau kenapa. Harharharhar. Oh ya. Sumber gambar hasil crop gambar yang sedia ada. harharhar.

Sunday, October 23, 2011

Ha! Tengok! Apa Dah jadi?!

Assalamualaikum.
Selamat sejahtera.
Hello readers.

Ha, tengok skg apa dah jadi!
tengok la apa dah jadi.
Apa dah jadi dengan blog aku ney?!

Sudahlaaaa kau tak payah nak dramatik sangat jemah oiii~
Hahaha.
Saje nak bagitau blog aku dah berubah wajah.
Mungkin untuk sampai bila-2. Mungkin? Ermmm aku rasa aku kena ubah perkataan tu.
Kalau mungkin maknanya mungkin akan berubah lagi.
Perh!!! jenuh bley ark mengerjakan benda alah ney. Like sheeetttt~
harharharhar.. Berejam kowt aku ngadap lappy ney sampai nak terkeluar bijik mata aku.

         Bukan nak berlagak ke apa.. Aku tak terer pown bab edit-2 blog ney. Sket-2 je. Yang basic sudaaa... tak payah nak advance sgt la annn... Diulang TAK PAYAH NAK ADVANCE SGT LA AANN...
hahahaha amek aku CAPS LOCK. Aku memang suka wat org hot.

         Hari ney memang sumpah aku takde kerja langsung selain mengadap lappy ney. Memang sekarang aku rasa sangat nak muntah. Muntah pink mungkin. Macam warna gula kapas tu. Warna pastel. Menarik.
And aku mula menconteng kertas membuat ala-2 komik comel yang tak laku kalau dijual.

         Esok mula kelas. Harap aku tak ngantuk macam selalu bila masuk kelas Biostatistic. Sorry aaaa Dr. Chong saya bukan tak suka, tapi saya memang ngnatuk gila.

Sekian.
Salam.

P/S : takyah nak lebih sangat la annn update entr mengarut ney.

Malas Tak Bertempat

Assalamualaikum.
Selamat sejahtera,
hello readers.
____________________________________________________________________________
Hari ney hari terakhir aku melepak di UM. Di ulang, hari terakhir MELEPAK.
Kenapa? Sebab isnin ney dah tak lepak.. Ada kelas lepas tu aku balik rumah, bercuti.
Bercuti pown nak bagitau. So what? Kau nak gaduh dengan aku? Meh la masuk.
Huuuu...

Malas.
Malas.
Malas.

Aku rasa semua makhluk homo sapien kat dunia akan mengalami perasaan dan melakukan perbuatan itu. Tak payah la nak buat muka selamba sambil berkata tidak. Nak kena tempeleng? meh sini hulur muka kat aku. Bukan aku nak complain pasal malas ney. Sebab aku pown pemalas jugak. Mungkin tahap malas aku supernova daripada korang. Tak percaya? You better believe.

Bukan nak cakap besar la, aku tak bangga pown ada malas setahap supernova. Aihhhh... Kenapa aku malas ek? komfem korang tak tau nak jawab apa. Kalau tau memang hebat la. =.='''''

Malas tak bertempat.
Maksudnya?
Malas = berniat untuk tidak mahu melakukan sesuatu dengan sengaja.
Tak = singkatan bagi tidak atau tiada
Bertempat =  sesuatu yang telah ditempatkan atau diletakkan.
Ah! Aku merepek je tu.

sekarang ney aku tengah malas. Malas yang tak bertempat. Buktinya. Entry aku kali ney macam haram.
Ntah apa-2 sebab bila dah part nak klimaks. Aku dah malas nak tulis. So, korang yang baca pown macam nak cakap what the fuuuu kat aku an?

Dah tau dah. Sia-2 je baca entry malas tak bertempat aku ney. Harharharhar.
Korang yang baca pown malas jugak sebab bila dah tau aku punye entry begini, kau baca jugak. Memang korang tengah takde benda nak buat la an? kah3.
Mengarut je aku.

Sekian.
Salam.


p/s : tahap kemalasan aku dah membesar sejak assigment cam chipsmore je. Jap ada jap takde. Aku kena berubah. Kuruskan sket saiz malas tu. Nak study la. =P



Friday, October 21, 2011

Kepulangan Yang Menggerunkan

Assalamualaikum,
Selamat sejahtera.
Hai readers.
__________________________________________________________________________

Perjalanan itu punya banyak cabang,
entah ke kiri atau ke kanan,
hingga terhentilah aku di sebuah persimpangan,
ternyata kalut dalam fikiran,

Aku diam...
Menghela nafas berat...
Jalan yang ku pilih sungguh sarat,
bukan sarat kerana hitam yang pekat,
tetapi dengan duri dan liku yang menanti menjerat.

Berhenti..
Berehat seketika..
berfikir apakah jalan ini jalan yang benar?
Andai tersalah arah,
aku tidak mampu kembali semula,
Kerana telah terlalu jauh jalan ku redah.

Mungkin aku harus membina jalan baru.
Jalan baru?
Apakah ia mungkin?
Ah! tiada apa yang tidak mungkin.

Berbekalkan gerak hati,
Kekuatan yang menyelubungi kelemahan yang hakiki,
Senyuman yang sentiasa terukir,
meski pilu dan sakit yang tercangkir.
Aku, mimbina jalan baru..jalan yang mungkin menyenangkan.

Namun, itu tidak juga menyenangkan.
Duri dan liku rupanya menjadi peneman.
Meneman aku di setiap perjalanan.
Memainkan peranan,
tika aku tenggelam menikmati indahnya permandangan.

Aku berhenti lagi.
Tidak mungkin ini jalan yang salah.
Berfikir lagi tanpa lelah.
Duri?
Liku?
Teman?
Oh! Mungkin untuk buat aku sedar.
Tiada perjalanan yang tidak sukar.

Kini baru ku tahu,
Sebelum aku pulang ke asalku,
harus ku belajar tujuanku cuma satu,
Sebelum pulang ke rumahku,
harus ku hadapi duri dan liku.

Kini aku benar hampir ke penghujung jalan.
Benar hampir ke rumah idaman.
Namun apakah cukup semua bekalan?
Apakah cukup segala amalan?
Sungguh ku gerun saat ada yang menjemputku,
menjemputku ke rumahku,
apakah dia membawa ke rumah idaman,
atau rumah kesengsaraan?

Satu perasaan aneh tampil menunjukkan diri,
Terasa kerdil dan keji.
Terasa asing dan sendiri.
Aku tidak layak untuk rumah hakiki.
Rumah syurgawi.
Adakah aku akan masuk ke rumah itu?
atau berdiri diluar terpana dan terpaku?
Hendak ke rumah di hujung itu,
aku tidak mampu.
Malah tidak pernah terfikir olehku.
terlalu gelap untuk ku lalu,
terlalu sengsara penghuni rumah itu.

Aku harus bertindak.
Bertindak melayakkan diri ke rumah idaman.
Bertindak menghidupkan bunga amalan.
Menyiram dengan keikhlasan.
Agar dapat ku jadikan bekalan.


Sekian.

p/s : 100 tahun bersujud kepadaMu pun masih tidak dapat menzahirkan kesyukuranku terhadap kebesaranMu serta kasih sayangMu yang tercurah kepadaku.
Jadikan aku hambaMu yang sentiasa mencintaiMu lebih dari segalanya.


Sunday, October 16, 2011

Enam Jahanam ? Ouh Bukan, Enam Idaman

Assalamualaikum.
Selamat sejahtera.
Hai readers.
______________________________________________________________________________

Pagi-2 buta ney (takde la buta sangat- da pkol 7lbey dah ney) aku tetiba teringin nak bagitau ciri blog yang paling aku suka.

Yang Pertama
Aku paling suka pergi blog yang ada entry kelakar. Kalau serius tapi ditulis dalam cara yang boleh buat orang rasa kelakar pown bole.. Kalau aku release tension malam-2 buta aku bukak blog diorang, aku rasa senang hati. Diulang SENANG HATI. Hilang segala tension sebab dapat gelak berdekah-2 depan lappy sorang-2.

Yang Kedua.
Banyak tips, yang aku suka. Ceyh, blog aku mmg xde tips-2 sebab aku ney moderate. Aku takde la banyak sangat pengalaman, dan aku juga bukanlah orang yang pandai nak bagi-2 tips bagai. Aku ney memang seorang yang kaku, tak tahu nak nak bagi tips atau ajar apa-2.

Yang Ketiga.
Blog yang ada tutorial best. Contohnya tutorial nak edit blog la. Aku ney memang langsung tak boleh and tak reti nak bagi tutorial pown sebab aku memang zero (0) pasal coding. Tapi aku minat. But! minat doesn't mean aku tau semua. Sebab walaupun aku try nak belajar daripada orang, aku still tak mampu nak edit blog sendiri tanpa melihat tutorial orang lain.

Yang Keempat.
Tajuk entry dia macam menarik-2 aku untuk baca. Haha. Memang yang ney tidak dinafikan. Bila aku tengok ada tajuk entry yang best-2 mungkin kelakar, memang aku terus klik untuk baca. Yeah. Aku akan baca satu-persatu ayat yang ditulis. Tapi kalau tak sabar sgt nak tau ending dia, aku baca aje tros ke perenggan yang hampir last. Hehehe

Yang Kelima.
Biasanya aku lebih suka baca blog lelaki. Sebab diorang banyak idea and sometimes telus. And + KELAKAR walaupun mungkin dorang kata dorang tak kelakar. Yeah! Aku rasa most of the time aku blogwalking, aku lebih banyak singgah blog lelaki berbanding (diulang BERBANDING so, doesn't mean aku tak pergi langsung) blog perempuan yang terlampau kawaii and kekadang terlalu banyaak laa pulak tips-2 untuk perempuan. Contoh tips shawl la, make up la. Tapi kalau hygiene yes I will drop by. Maaf saya perempuan yang kaku dan tidak girlish. Maybe.

Yang Keenam..
Wah kau dah mengada-2 nak letak sampai enam. Cis! bajet kau terer sangat la bab-2 blog ney. Lempang laju-2 kang. Ala, enam je kowt aku ingat nak letak seploh!
Oke sambung. Aku ney setia. Jadi aku akan cuba membaca setiap blog yang aku dah follow. And especially yang dah msuk dalam bloglist aku. Aku tetap akan baca walaupun entry dia sekadar nak naikkan traffic je. Waaahhh~ kau da kuajaq jemah... heheheh.

Ada lagi sebenarnya. Tapi terasa macam mantol sangat la plak nak letak banyak-2. hahaha.
Nak lebih kejam? Nanti aku akan buat entry pasal ciri-2 blog yang aku bukak terus klik hujung atas kanan dengan selambanya. OKe?





Sekian.
Terima kasih.
Salam.

p/s : aku ney silent reader kebanyakan blog. Once aku da suka baca blog tu, aku akan tetap baca walaupun aku jadi silent reader je. "Maaf ye awak. Bukan saya tak hargai blog awak tapi, biarlah saya terus menjadi si pembaca yang pendiam." Aku ney tak berapa heran sangat dengan traffic. Sebab aku berblog dengan niat yang ikhlas. Kalau ada yang nak baca, "terima kasih ye awak, blog saya ney picisan je tapi awak tetap singgah."

Friday, October 14, 2011

Membe Gua Pakai Kain Batik

Assalamualaikum.
Selamat sejahtera (hello)
Hai readers.
___________________________________________________________________________
Eik! Asal tetibe aku nak men gua-2 plak?
Hahahaha saje je.. ney tanda mood gua terlampau excited. Excited nak tulis entry smpai 2 entry gua buat dalam masa beberapa jam. Gile!

Bukan nak kata apa.

Gua tengah lepak-2 kat bilik membe gua (langkah-2 untuk mengatasi masalah INI) lepak punye lepak punye lepak. memang hilang sket la ketensionan gua sebab lonely. Diulang LONELY! hahahaha
Lepastu dia boleh bukak gua punye blog, baca gelak-2 padahal tak lawak. Tapi dia kata dia gelak sebab sejak akhir-2 ney gua punye entry asyik cerita pasal ke'LONELY'an gua je. ngahahah asal gua baru perasan aek? Mungkin sebab gua menulis ikut apa rase gua kowt tu yg tak perasan ape yang gua tulis.

Oke skip terus main point.

Alkisah membe gua nak pergi ambik air R.O uoollsss paham tak air R.O tu ape? meh nenek bagitau >> Reverse Osmosis water <<< keyh. Bagus jangan lupa sebut tu ikot makhraj huruf sekali. keh3
Dia kata dia takde seluar sebab belum basuh lagi. Jadi dia terpaksa la pakai kain batik dia tu. Dah beberapa kali dia tanya gua, "oke ke tak" dan dah beberapa kali jugak dia kata, "malulah.."

Smpai di bawah dia boleh berlari comel-2 ikot aku takot orang nampak. Malu katenye.
Adeyh. Malu, tapi lalu juge ditengah-2 alam. Takpela Azi.. Ikot mu. hahahah
Gua hanya mampu gelak. Yes. Gua rasa nak gelak terbahak-2 tengok dia pakai kain batik. Ngahaha. Lau dia tau gua buat entry sal dia..mampuih gua..
Gua gelak bukan sebab gua nak ejek dia tapi sebab gua rasa geli hati.
Kenapa gua geli hati? Ntahla siapa yang wat hati aku geli-2 tah.
Apsal lu tnye soklan gitu!? hahaha.
Geli nokkksss!

Okeyhla bebeh. Gua sebenarnye dah malas ney. Gua nak balik bilik. Nak buat kerja gua yang tertangguh akibat boring melampau. Gua buat entry ney pown pakai laptop membe gua yang pakai kain batik tu.
Hahaha baik punye. Cerita pasal membe pakai kain batik through her lappy jugee..
Ini kes makan kawan ke? 
Gua tak pasti.
Oke gua chow!

Sekian.
Gua merepek malam ney.


p/s : sentap dan tersentak dia kata aku slalu cerita sdey.. hahah tak perasan la makcik.
       perasan tak entry aku kali ney alignment kat tengah? kalau perasan lu orang smua memang peka.               
       ngahaha. takde kene mengena.

Like Crazy!

Assalamualaikum,
Selamat sejahtera (hello)
Hai readers.
*nyampah ayat bajet hot*
__________________________________________________________________________
Aku dah lame tak update blog, lame gila like crazy!
Mungkin lepas ney makin lama gila. Tugas sudah mula memenuhi..
Hari-2 aku berhrap hidup aku jadi normal semula. Macam masa di KMJ. Ya kesibukan yang melampau di KMJ adalah suatu yang normal bagi aku. Normal kerana aku masih belajar. Ya aku adalah student.
Jadi bila kurang kerja, lebih banyak FB.. Rutin yang sama setiap kali. Sigh.

         Sudah lebih sebulan aku tinggal di UM. Agak culture shock. Bukan sebab budaya, tapi sebab yang aku kata tadi pasal tak normal. Kerana aku terlalu free! Aku berharap sangat kerja aku banyak. Aku dah penat berdiam diri, kat rumah daku dah habiskan masa 4bulan tanpa risau pasal homework. Jadi bolehla aku skip FB. Kenapa nak skip? Pelik kan? Kau tau dah berapa banyak masa aku dihabiskan di FB? kalau dikira.. mungkin tempoh jam utk sebulan. Aku sampai dah tak tau nak buat apa lagi dengan FB tu. Aku sampai dah nek menyampah tengok wall aku. Henbus nafas kasar.

         Nak berblog. Aihh susahla kalau rutin harian macam org takde life. Tak enjoy kesibukan. Agak lembab la otak aku nak berfikir dan berinovasi. (wahh gila kentang ayat aku). Kau tau betapa risaunya aku bila, semua ynag aku belajar dulu hilang macam tu je dari otak aku. Seriously, aku menangis. Tapi tak siapa tau. Mungkin ada yang kata aku kolot sebab nangis pasal tak ingat nota and formula mase blaja dulu. Ah, tapi itu yang aku rsekan.

         Bila dimuhasabah semula, mungkin dulu aku belajar sebab nak dapat pointer yang bagus. Bukan betul-2 ikhlas belajar untuk menuntut ilmu. Ya, aku acap kali memujuk diri untuk ikhlas. Tapi bila kau lihat ramai pula yang mendapat pointer hebat. Aku jadi lari dari landasan. OUH! AIMI! plizzzz... betulkan niat kamu. Dulu, kau selalu kata kita belajar untuk seumur hidup, bukan untuk periksa semata-2. Tapi sekarang apa jadi?

         Jadi aku kena ambik iktibar, atas peristiwa kelupaan aku ney.. Ya Allah, aku rasa terseksa sangat sebab aku rasa bersalah dengan cikgu-2 yang dah ajar aku dengan bersusah payah dengan harapan aku akan ingat sampai bila-2. Walaupun tak 100% tapi 60-70% itu sudah cukup. Tiba-2 aku terfikir alangkah bagusnya kalau aku berniat nak jadi cikgu dulu. Sebab dengan cara menjadi cikgu la aku dapat simpan semua ilmu yang aku belajar dulu dengan kemas dan rapi dalam memori otak aku.

         Kenapa pulak? Yela,sebab kita mengajar. Sekali kita mengajar, sepuluh kali ilmu kita dapat. Aku rindu. tersangat rindu ilmu yang ku simpan dulu dalam otak yang kini sudah menghilang. Mungkin sebab aku hanya simpan di dalam otak tapi bukan di dalam hati. Aku rindu sangat! Rindu like CRAZY!

Aku sudah bosan dengan hidup tanpa kerja. Bosan like crazy! Ia bukan membuatkan aku semakin tenang dan lepak. malah menambahkan lagi tension bila orang sekeliling aku busy like CRAZY! Tapi tidak aku. Astaghfirullah.. bersyukurlah Aimi.



Sekian.


p/s : kenapa aku lupa segala tentang MATH yang paling aku minat dari segalanya dulu?! Astaghfirullah. Mesti aku ad buat salah ney. Bermuhasabah diri.

Tuesday, October 11, 2011

Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Lets join us!

First Time Hantar Assignment Online.

Assalamualaikum,
Selamat sejahtera,
Hai readers.
____________________________________________________________________________
(Sila baca tajuk entry kuat-2)
Wahhh first time ye. Dahsyat..
Aku memang suka canggih-2 mcm ney. Bagus betul. Barula terasa up to date, kelas kau jah~
Jarang dibuat orang anta assignment secara online. Takde la jarang, aku rasa zaman sekarang ney, ak bet semua akan buat benda yang sama. Kan? Kan?
Pengalaman pertama hantar assignment secara online memang menyentapkan aku.
Kenapa?

Dengar aku nak cerita.
Kerja ney aku start dah lame. Tapi disebabkan faktor aku tak faham langsung apa yang ditulisnye dalam buku tu, maka aku mengambil masa yang sangat lama untuk menghabiskannya.. Malah sudah berulang kali dibaca. Masih begitu. Mungkin aku tak baca doa. Mungkin aku banyak buat salah. Yela, banyak dosa ilmu susah nak lekat. Adeyh.. Tapi takpe, sekurang-2nya aku dapat buat slide yang aku faham isi dalam buku tu.

         Tibalah hari dateline (malam), aku baca semula sebab tak puas hati kenapa aku tak faham tapi ntah macam mana aku boleh faham sekejap je. *blink!* Allah nak bagi kan, siapa tahu. So dengan lajunya idea datang maka dengan laju jugaklah aku cuba siapkan. Oke. Setel. Nak combinekan dengan slide membe. Masukkan thumbdrive pada lappy dia. Klik. Klik. Klik

        Demmmm! File corrupted. Tak boleh baca. Aku cam...haaaa????!!! What?! corrupted?! Macam mana ney!!!! Oke. Takpe aku masih boleh buat muka ayu+cool habes. Eject. Bukak kat lappy aku. Betulkan mana-2 yang patut. Eject. Masuk balik dalam lappy dia.

=.=''''' File corrupted. Oke masa ney aku rasa nak marah. Nak hempas apa-2 saje barang yang ada. Kenapa time ney kau nak corrupted file oiiii~ mase dah nak time ney. Nak kne anta sebelum 12.00 AM. Kau buat hal pulak lagi bape minit nak time's up. Tiba-2 mentol dalam otak aku ney menyala. Eject. Copy gamba-2 yang aku dah buat di luar folder satu persatu. Eject. Masuk balik dalam lappy member. Yang corrupted aku delete. Buat slide baru. Copy paste ape yang aku dah buat tadi. Check balik mana yang patut.

Akhirnya....
BERJAYA!!!!!
NO MORE CORRUPTED FILE.

Tapi. Tapi. Tapi......
=.='''
Jam menunjukkan, 12.25 AM
form untuk upload file dah takde..
T_T menangis ke'tension'an. Adeyh... Dugaan betul.
Kepala dah sakit. Aku terus tidur.
Ingat nak hantar by hand. Tapi tak sabar. Sebab masa lambat sangat, kelas start pkol 11 pagi jap g. 
So, aku pown email jela kat tutor aku. Tak tau la dia dah terima belum. Nasib la.

Pengajaran : Jangan buat lambat-2. Buat awal-2. Faham ke tak faham kau buat aje slide tu. Nanti boleh baca semula untuk fahamkan bila da setel slide. (tapi kalau tak faham pown macam mane aku nak buat sllide mengong)
Mentol kat otak tu kasi menyala awal-2. Takdelah buat kerja berkali-2.

p/s : kenapa kau baru terfikir nak maen copy paste file disaat akhir yang genting itu? Takpe lepas neey aku akan buat and submit beberapa hari sebelum dateline. Amek kau semangat!



Sekian.
Wassalam..
Thanks for reading. 


Sunday, October 9, 2011

Hari Paling Dahsyat Untuk Aku

Assalamualaikum,
______________________________________________________________________________
Apa saja lah Aimi ney. Dahsyatla itula inilah.
Aihhh =.='''

Ternyata hidup tanpa melakukan apa-2 adalah sngat menyedihkan dan menyakitkan.
Ye. Menyakitkan kerana harus mengerahkan otak berfikit apa yang sepatutnya aku lakukan untuk mengisi masa lapang aku. Jawapan yang keluar adalah tindak balas mengantuk atas soalan aku. Maknanya, aku tidur la. Bosan dengan tidur sampai aku rse mcm dah taknak tidur untuk beberapa hari.

Idea bernas? tak tau.
Aku penat melepak dalam bilik. Nak keluar jalan KL sumpah elak aku sesat je. Lagipun bahaya untuk anak dara cam aku berjalan pusing KL sorang-2 tanpa hala tujuan.. Lagi-2 baru first time kat sini. Ha kan. So, korang mesti cakap "dah tu ajak la membe sengal!"
Wey~ aku belum habis cakap lagi. Macam mana aku nak ajak kalau dah semua membe rapat aku balik kampung. Tinggal aku kat sini sorang. Sedih!

Thats why aku cakap, takde buat apa-2 lepas tu sorang-2 memang menyedihkan serta menyakitkan. DAh la esok ada fogging pagi-2 buta pkol 7.30 pagi bilik ke bilik. Apa jadah fogging dalam bilik. Tak pernah aku tau selama aku hidup. Neyla baru first time. Elak aku tak bangun je esok pagi. Kang dengan aku aku di fogging nye. =.=''' (terasa sentap habis) serius leceh. Kalau dlm rumah tu kire cam logik la jugak. Tak kisah la. Sebab boleh setel balik, mop yang minyak-2 tu. Bau pown takde la menusuk sgt sebaab ruang besar. Ney dalam bilik. nak wat cmne? simbah je air. Tak pown basuh pakai sabun basuh baju? Lepas tu katil tu pe cerita? dah la kita tidur atas katil tu lepak-2 kat situ. Bau sembur nyamuk. Ape kes?!

Bukan aku nak merungut lebih-2 tapi memaang aku rse macam entahla. AH! Biarlah dorang buat kerja. malas aku nak sampuk-2 aku ney sape je. Tak layak kowt bersuara. Diam je. Sigh. Sepatutnya entry malam ney paling pendek. Tapi kenapa jadi panjang jugak? Ahh! Benci. Tak boleh dikawal jari ney nak menaip menulis. Tak boleh dikawal jugakk minda yang berfikir apa yang patut aku tulis. Okela. Mungkin sampai sini je.

Sekian.
Wassalam....




Saturday, October 8, 2011

Contest Nice Blog @ My Diary

Assalamualaikum,
_____________________________________________________________________________
Sudah lama aku senyap dalam contest.
Jadi nak cuba nasib untuk kali ini.
Contest by Miss Zyla


meh arr korang join skali...

p/s : hadiah mengikut tuan tanah adalah rahsia.

Friday, October 7, 2011

Ini Entry penuh Jiwa. Yeke?

Assalamualaikum,
_____________________________________________________________________________
Tak faham.. aku taknak...
Apa yang aku tak faham?
Apa yang aku taknak?
Aihh.. =.='''

Aku serius, tak faham bila mula cakap pasal perasaan.
And aku serius dah taknak,, diulang DAH TAKNAK terjatuh dalam hati sesiapa.
Its hurt but also its wonderful. Yeah, most of the time is wonderful. How wonderful is it?
I dont even know how to explain it..
Nice.!

Saya akan tunggu sampai awak bagi hati yang pernah awak bagi dulu semula.. Saya akan tunggu.
Ouh no! Maaf saya ambil balik hati saya. Bukan sebab saya berpaling tadah. Tak tadah apa-2 jadi nak paling apanya. Bukan juga sebab saya membenci. Ouh! Saya tiada perasaan benci pada orang. Percayalah, kerana setiap kali cuba membenci saya akan mudah igt pada dia. Jadi saya biarkan saja.

Let me get this straight, aku memang pernah sayang. Ya, aku sebut PERNAH, tapi tidak bermakna sudah tidak sayang lagi sekarang. Mungkin aku taknak mengaku. Mungkin juga aku tak benarkan perasaan itu mengambil alih. Mungkin jgakk aku ney dah mati rasa. Dan yang paling mungkin aku ego. Atau yang paling dahysat lagi kejam, mungkin kau takde dalam aty. Ah! peduli semua tu. sebab aku memang seriously like crazy tak tau. Aku memang takkan lepaskan kau. Sebab itu aku lebih suka kita jadi kawan. sebab aku dapat ikat kau smpai bila-2.

Tamaknya aku! Ya, aku memang tamakkan kasih sayang. Eh, yeke? Entah. Aku pown tak tau. Sigh. Aku sendiri tak berapa nak jelas dengan diri aku. Ini pula orang kata dia faham tentang aku. No bebeh! You don't

Aku ingat lagi aku pernah cakap.
I love you because of your weakness. Thus, it makes me keen to make you feel better and wash away your thought that you have too much weakness. Therefore, your weakness will be your strength afterwards..
hahaha memang tipula kan aku cakap bahasa Inggeris kat dia. hahah. Tapi ney ayat betul, aku saje translate jadi BI. Baru power. Kononnya. Tapi, seriusly aku tak pandang dah kekurangan kau. Dulu kau merokok pown, aku still oke lagi. Walaupun i really hate smoker.. Tapi dengan berkat and kesungguhan kau, see kau dah tak merokok sampai sekarang. Its almost a year and half. Kau tak bangga ke? Aku serius bangga gila bila aku cerita pasal ney kat kawan-2 aku.

         Kau tau apa yang paling buat aku bangga? It is bila apa yang kau fikir tu tak mungkin, aku berjaya buat kau fikir and lakukan itu menjadi sesuatu yang sangat mungkin. Mungkin sebab itu aku masih mengikat diri aku pada kau. Aku sangat risau bila kau jatuh.

         Aku tak tau kenapa aku tak boleh berhenti bicara pasal kau dalam blog ney. Aku tak tau kenapa. Mungkin sebab kau je yang aku fikir. Kenapa? sebab rasa bersalah aku pada kau yang menggunung macam gunung everest kowt.

Aku tak sangka, and kaulah satu-2nya lelaki yang kata,
Apa yang Aimi buat tu semua betul, kenapa Aimi nak rasa bersalah sangat. Tengok dalam blog and status FB Aimi mcm terseksa sangat. Tak perlu rasa macam tu, sebab betul and bagus apa yang Aimi buat.
Terseksa? yes, i do. Betul? Yeah~ now I do know lepas kau cakap macam tu.
Thanks.

Kau tanya,
Bila lah Aimi nak kasi balik aty Aimi tu ek?
Aku cuma mampu kata,
Maaf. Aku tak tau. Mungkin tak boleh untuk sekarang. Apa kata kite tunggu je apa yang jadi masa depan nanti. Kalau memang itu jodoh kita. Yes, we will be together and I'll give you all my heart. Kalau tak. I'm really sorry.
and, and he say
Terima kasih. Untuk kata-2 itu.
Aku tak tau itu ayat kecewa atau memang ayat sgt-2 menghargai apa yang aku kata. Aku memang dungu bab-2 cmney.

Hahaha. Sudahlah. Enough. What is enough is enough. Pinjam ayat Cikgu Salwa --> tak boleh is tak boleh
tapi aku ubah. =P
Actually aku pown tengah menunggu bila hati aku nak bukak pintu. Aku tak boleh paksa. Sebab ia berlaku spontaneous. So, siapa yang mampu hidupkan hati aku yang dah mati ney. Terima kasih banyak-2.

Aku tak tau siapa. Aku juga tak tahu adakah dia itu adalah kau. Dan aku berharap serta berdoa dia itu adalah yang terakhir. Hati aku bukan mudah untuk diruntuhkan tembok besar cina itu, bak kata kazen aku Mala. Ya, aku ada bina tembok besar cina yang hanya aku mampu meruntuhkan. Tapi kalau kau tak mampu buat aku meruntuhkannya. Lupakan.

Kalau tak pasti lebih baik jangan. Aku taknak. Dan bila difikir aku jadi tak faham. Kenapa nak bercinta kalau tak tau ia akan berakhir bahagia. Kan? Pelik betullah manusia punye perasaan.
Kalau nak bandingkan ngan kucing, hahaha memang tak la kann.. keluarkan aje pheromone, berduyun datang. Aihh.. tapi kami manusia. Tolong sket, tak kelas kau jah~

Dah. Aku merepek.
Sekian.
Wassalam..


Wednesday, October 5, 2011

Detik Ini

Assalamualaikum...
______________________________________________________________________________
Aku menulis entry ini dalam keadaan aku menangis didalam hati.
Menangisi detik yang aku habiskan sepanjang hidup aku.



Detik ini.
Detik bermakna setiap masa,
Sebesar mana maknanya aku yang tentukan,
kenapa?

Detik ini,
aku sesali akan apa yang telah aku lakukan,
Menyesali yang mungkin masih boleh diubah,
Menyesali detik yang telah aku biarkan ia berlalu begitu sahaja,

Ah, tidak elok menyesali,
Ubah.
Gunakan detik itu sebaiknya,
sebelum detik untukku tiba di penghujungnya.

Kenapa detikku dihabiskan begitu sahaja?
Kenapa aku tidak menyedari kesilapanku?
dan kenapa baru sekarang aku menyedarinya?

Detik yang takkan berulang,
sudah berlalu begitu sahaja.
Hilang takkan kembali.

Kini tinggal aku sendiri,
melihat detik itu berlalu pergi...
meninggalkan aku yang mulai menyedari...


Sekian.

Monday, October 3, 2011

Entry Atas Permintaan Dia

Assalamualaikum..
_________________________________________________________________________________
Ce tengok tajuk entry aku cam nak wat entry romantika je an? an? Ngahahah. Disebabkan aku terkenangkan dia maka tercipatala entry ini.. Wahahah ayat..sumpah buat aku nak hantok kepala. Kerana dialah manusia yang asyik mention suruh aku update blog. Dia lah yang dah berapa kali mention, smpai orang lain pown nak join jugakk ayat dia, ~blog kena update~

         Ney yang aku dok gebang beriya pasal dia tu kenapa? Ney, dia tu sapa??? Hahah korang tak yah terlalu tertanya-2 lah kan.. haha. Sudah. Berhenti. Kembali pada modus operandi. <---- apa mksud dia pown aku dah lupa. Sengal.

saje aku nak letak gamba besar.. nak tunjuk muka bahagia
Okeyh! Sebenarnya. Aku nak meng'khabarkan tentang keGEMBIRAan aku..Yang boleh aku katakan paling manis untuk aku dalam first year aku di UM. Wah. Sebut dulu UM tu. Okeyh, macam entry sebelum ney, aku cerita pasal, AKU MASUK NASYID. (haaa amek kau caps lock) Yeah... aku dah kate arytu aku join CAHAYA GEMILANG (CG) HUSNA, so bertandingnya semalam. So, nak tau tak ape cer kitowg?????

         SAYA MENANG MOTOR~ hahahah aku an dah kate kalau menang aku nak cakap macam tu..  (actually bukan cakap tapi taip). Aku tak tau kenapa time aku nak tulis entry ney aku rase cam nak tulis sambil melompat-2 mcm kanak-2 dapat gula-2 kapas. Sebabnya, aku happy la dah menang. Heee~

         Jam 3 naik bas. Disapa dia. "Aimi dah makan belum?" oke. soalan itu aku jawab dengan penuh kejujuran. wekk~ geli ayt. Sampai UPNM tak igt pkul berapa. Dapat bilik. Latih kejap. Turun bawah, pegi kat stage nak wat sound check. Lambat. Dah mula naik bosan sebab terlalu lapar. Lapar yang amat. Sementara tunggu diorang yang menyebabkan masa drag sgt lmbat. Aku dan beberapa yang lain, dok jalan kat gerai usya-2 makanan yang menarik hidung dan perut yang dah terlalu bernafsu. Jumpa. Roti bom, bukan roti nuclear. Pizza. Itu, itu yang aku beli. kenyang tak kenyang sgt la. Janji perut aku diisi.

         Tettt! ditanya lagi, "Aimi dah makan?" Oke, dengan bangganya aku tunjuk sampah makanan aku yang boleh dikatakan agak rakus. Dah sound check. Horrible untuk aku. Atau mungkin aku yang horrible. Tak tau. Terus naik bilik yang sebenarnya bilik kuliah. Solat Asar. Lepak. Makanan yang sepatutnya smpai awal baru sampai. Mungkin flight traffic jam. Takpe dimaafkan. hahah. mkn dgn enak. (makan lagi) Solat Maghrib. Siap-2.

         Disaat bersiap aku macam budak kecik yang tak tau apa-2 melopong tengok mereka bersiap. Kenapa aku melopong? sebab aku tengok mereka make-up. Make-up?! Tidak. Aku tak pernah make-up. Yeah. Sukati kau lah nak kata aku apa. Perempuan jadian? mungkin. Iron women? Ouh, mungkin Iron Girl? Ah. pedulikkk semua tu. Thanks KAK SYIDA and KAK BIB tolong. Kalau tak, aku memang wat dekk je kat situ.

         Dah siap. Pe agy turun lah! Takkan dok melangok dlm bilik tu, nak bertanding weyh~ Diva dah ready maaa~ kena trun. orang tak sabar-2 nak tengok. =P Tengok CG Ukhuwah buat persembahan. Perh! MANTOPP~ Abg Nuzul, dengan penuh khusyuk nyanyi. Solo era ini la katekan. Kalau tak menghayati memang nak kena minta penampor dgn judges.

         Memandangkan entry aku kelihatan berjela yang amat. Aku trus skip masa turn kitowg. Abg Adib, tanya "Ha. Dah makan belum?" oke. Jawapannya tetap sudah. Nyanyi lagu nasyid kitorang. Aku tak puas hati dgn suara aku. Aku berdebar-2 seb bek tak menggigil. Bagus. Dah setel aku lega. Walaupun kurang puas aty. Ah takpe. Janji dah buat yg terbaik.

         NAIB JOHAN JATUH KEPADA CAHAYA GEMILANG HUSNA! tergamam. Tak sorak. Diam. Menang? ouh, rezeki sgt-2. JOHAN PULA JATUH KEPADA CAHAYA GEMILANG UKHUWAH. Tak tau plak kenapa aku ley terjerit kat atas pentas. Sengal. Depan orang. Gila betul aku. Ah pedulikkk ah! Dah setel. Ambik gamba. Snap. Snap. Snap. Ala artis. Balik.

         Aku, Yana ngan Abg Ezry bole menikmati saat-2 photo-shoot.. bersama piala. Hahaha salute la Abg Ezry nak layan kepala aku ngan yana. Snap. Snap. Nak balik. Jalan ke bas. Insiden malu happend. Seb bek aku tak nek bas tu. Rupanya bas U len. Bengang. Abg Ezry gelak. Yana pown malu jugakk. Aku tak faham kenapa budak laki tu boleh tanya, "Eh, salah bas ke?" bengong. Cakap je la, terus terang. Boleh tanye aku plak. Aihhh =.=''''

         Dalam bas, smbung lagi ambik gamba. semua dah naik. Ada sapaan, "nanti jangan lupa update blog ae.." muke aku blurr gile.. terfikir apa motif sapaan itu. Rupanya dia baca. Oke fine Dia itulah solo CG UKHUWAH. En Nuzul. harharharharhar.

sesi latihan... mereka bertiga je

mereka solo kami

siyes.. muke aku cam takde mata

kak bib!!! 

DIVA TRIO.. hahahah mesti kak kat marah....sbb bukan dia sorang je diva
Bahagia gila muke mcm dpt anugerah bintang popular


Tu diaaa Abg Ezry.. (abgkah?)

suka bergambar rupanya

gembira beetul mereka.

Gmba aku ngan Abg Ezry aku taknak letak. Gila serabai muka aku.. wahahahaha



Sekian.

p/s : aku tak tau kenapa setiap kali aku buat entry, mesti berjela cam karangan. Grrrr
       mesti takde org baca. hahaha sebab panjang sgt..

Sunday, October 2, 2011

Suara Perut Dan Angin Sudah Ku Kerahkan Keluar

Assalamualaikum,
_______________________________________________________________________________
Orang kate, PRACTICE MAKES PERFECT.
Yes. Betullah tu. Tak boleh nak sangkal. Siapa sangkal. Aku tak tau nak ckp ape. hanya ini ---> =P
Faham? Practice makes perfect wahai si comels dan si hensems..

Semalam, pulon habis latihan nasyid. Kata KAK KAT, kita kena diva tuk dptkan feeling. Yeah! Diva itu semakin lama semakin terpupuk dalam diri. Harap dapat buat gaya dengan jayanya. (ayt takley poyo lagi ke?) Baik. Diam. Dengar cerita.

Nyanyi ney kena tahu suara apa yang kite buat, 3rd voice ke tenor ke, soprano ke.. whatever la.. and master bnda alah tu. Barulah padu! bak kata Abg Andy. Kite nak nasyid ney kena feel.. sbb kite ney nak bercerita bukan sekadar menyanyi je. Haaa tu dia Kak Kat dah story.. Datin uolss!!!


Memangla heaven mase practice. Tapi puas, ney semua gara-2 nak mengeluarkan dan menyerlahkan ke'DIVA'an kita utk nasyid nanti. Yeah! tu diaaaaa KAK KAT's approach. Nice kan? Disebabkan diva tu la kami boleh senyum sambil nyanyi tanpa meleperkan suara. (mreka kata suara kena bulat) kalau tak habes arrr macam makcik-2 bermarhaban. Ups! sorry makcik.. bukan nak ngutuk. Ini khas utk nasyid je. =P


Oke hari ney pertandingan. Hope sangat kitorang dapat buat yang terbaik and dapat keputusan yang teerbaik juga. *SAYA NAK MENANG!! SAYA TAK KIRA!* harharharharhar..
So that, kami yang junior-2 ney bolehla buktikan yang walaupun kami berlatih sekejap je, kami mampu menyanyi. kami boleh menyanyi dengan baik dan jayanya. Wah! (ayt poyo lagi). Hey! kami wakil UM dengan tidak semena-mena okeyh! jadi kami nak sangat buat yang sehabis baik. Bolehla nanti aku cakap, "SAYA MENANG MOTOR~" oke itu tipu. kalau masuk nasyid dpat menang motor, peh!! komfem ramai yang nak jadi penyanyi nasyid lepas ney! Barulah meriahkan jah~


Aku masuk nasyid wakil UM wlaupun aku first year... Kau hade??? 
Gile berlagak... ngahahaha takde maknenye nak berlagak.. Tak mendatangkan apa-2. Saje je.
Aku nak kasi korang hot baca entry aku kali ney. So, korang boleh la kate.. ----> eee.. macam nak mintak penampo je minah ney
harharharharharhar


Okeyhlah beta nak solat. siap-2kan diri. pkol 2 ney nak turun tunggu bas.
UPNM!! tunggu kami gegarkan tempat korang denga suara bulat yang tak leper ney serta gaya mantapp ala nak perang. Nama pown bertanding kan UPNM, semangat kena lebih! yeah~ caiyok!


tetiba semangat terlebih dos. Bahaya.
Ups, pesanan untuk CIK AIMI, sila berjaga-2 jangan terlalu leka dan alpa. Ingat Allah.. Kuatkan diri.
=P


Sekian. saya menulis. Wassalam..... 


p/s: sepatutnya entry ini lebih pendek daripada yang sekarang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...