Tuesday, September 13, 2011

Sayu

Assalamualaikum,
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita dikurniakan gerak hati
Maka dengan gerak hati itulah kita tahu mana arah kita.
Dan dengan gerak hati yang Allah kurniakan itulah kiita mampu berubah menjadi insan yang lebih baik.
Ini nukilan aku untuk malam ini..

Malam ini terasa kosong,
jiwa tak mampu lagi berbohong,
hati tak mampu lagi bertahan,
segala rasa yang sudah lama tersimpan,

Malam ini, bintang seakan hilang
Bulan tidak lagi terang
kerana malam ini bulan bersendirian
meniti perjalanan

Tuhan, kenapa malam ini sungguh sayu
adakah malam ini malam terakhirku?
hati sebak terlalu pilu
mengenang segala kisah lalu
yang datang menyapa diriku
lalu membuatku terpaku kelu membisu

Bunga yang tadinya kembang mulai melayu
tertunduk akur dengan takdir ditentu
melihat ke jauh mata hatiku
seakan memahami jiwa batinku
Tuhan menemani disampingku
bertemankan cahaya malap di sisiku
aku akur andai ini jalanku

Terlalu berat tak terkata
terlalu sukar untuk bicara
terlalu lemah meniti tangga
jari yang dari tadinya membilang2 namaNya
kini kian perlahan pergerakannya
bibir yang bersemangat memujiNya
kini kian sukar untuk dibuka

Nafas seakan terhenti
masa masih terus berlari
tidak mungkin menanti kerana itu tanggungjawab diberi
Ku hela nafas terasa berat
Ku angkat tangan memohon berkat
air mata ku tahan kini tiada lagi tersekat
esak tangis semakin hebat
jiwa merintih penuh ralat
kerana dosa kutanggung banyak yang amat

bicara maaf andai masih ada waktu
hingga terhenti dan hanya bermain di kalbu
tiada lagi ku mampu
menahan sakit yang membelenggu
sakit dek kerana dosa lamaku
yang sentiasa menghantui hidupku

Sekali lagi maaf andai ini hari terakhirku
Sekali lagi sayang tulus dariku
rasa yang tak mungkin hilang dari hidupmu,
kerana ku ingin bahagia tertulis di hari terakhirku...

Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...