Sunday, September 25, 2011

Perlu Atau Tidak, Kau Yang Tentukan

Assalamualaikum,
______________________________________________________________________________
Kenapa tajuk entry macam nak marah?
Kenapa? Kenapa? Wah saje nak dramatik macam dalam cerekarama. Tipikal cerita Melayu zaman sekarang. Hurmm.. Bukan nak gebang pasal cerita melayu. Sebab aku pown tengok jugak. So, lekk luuu!

         Rata-2 homo sapiens sekarang memang suka mencari macam-2 medium untuk express-kan diri sendiri. Bukan bas ekspres ke ape.. Tapi menonjolkan diri, tak kisah la dorang tonjolkan ape. Bakat ke, make up dorang ke, style shawls ke, body ke whatever la...menonjolkan perasaan pown di ambil kira jugak.

         Sekarang lagila dengan Facebook-nya (fb upgrade lgi template buat aku rase bengang je..), Blog-nye, Twitter-nya.. Haaihh~ bukan aku tak menyokong sosial networking yang mcm ney. Bagus what.... Aku pown ada. Tetapi. Ada juga yang hampir menyalah gunakannya. Hampir? kenapa tak terus menyalah gunakan? haha.
Entah. Guna perkataan hampir tu macam menunjukkan takdela banyak sgt.. entahlah. aku bukan terer pown BM. Jujur.

         Aku rasa semakin lari tajuk. Oke, begini la senang cerita kasi direct aje yew! Sepanjang aku berkecimpung dalam blog dan social networking (FB) aku dapat lihat ramailah homo sapiens yang menggunakan medium ini termasuk aku. Memang menakjubkan bila fikir dengan medium macam ney. kita boleh buat tamadun atau satukan tamadun. Tamadun apa anak-2? Tamdun manusia yee..

         Ha, semua orang boleh luahkan apa sahaja untuk menonjolkan diri. Tak kisah la nak advertise kedai kau ke, company kau ke, nak bgtau perasaan kau ke takde sape nak halang and marah sebab..Once kau da taip cantik-2 tekan aje button post/publish. Dah. Siap. Susah sangat ke sampai nak kena wat proposal dulu semua tu? Tak kan?

         Tapi yang menjadi persoalan hingga menyebabkan aku tulis entry yang agak panjang macam ney, ialah bila aku lihat ada yang meluahkan perasaan marah sampai tahap nak maki-2 di dalam laman sosial macam ney. Apa kes? Pehliss! be profesional. Oke fine aku tau ada setengah orang merasakan hanya di laman sosial lah dia boleh jadi diri sendiri. -What? ada ke?-  tapi agak-2 la kannn..

         Ney, yang aku tengok golongan profesional beb! boleh kutuk-2 maki-2 guna bahasa kasar, yela takkan guna bahasa lembut. orang kalau dah marah takde nye nak taip ayt jiwa romantika. Tapi pliss.. walaupun kita ada tamadun sendiri dalam sosial networking ney, takkan kita lupa kowt nilai yang sepatutnya diterap and dijaga tak kira la di mana pown kau tercampak. Kan?

         Ini tak, kekadang aku nak gelak baca,
Si A marah sebab si B perangai cam taik (maaf bahasa kasar) hipokrit terbesar kat KL.*Si A adalah kenalan si B dan mereka tidak bertegang urat* Jadi si A pown menulis tentang si B dengan bahasa kasar dan mengutuk-2 si B tanpa menulis nama si B dengan mengatakan si B hipokrit lah itulah, macam syaitan lah.
Persoalan aku yang korang boleh kategorikan mengikut suka hati korang nak kata apa.

haaa ney kan lebih baik
Siapa yang hipokrit sekarang? Si A? Si B? Atau kedua-2 nya? Dan siapa yang lebih teruk?

Haa,, jawab sendiri.
         Bagi aku, si A pown sama hipokrit malah lebih teruk dari si B. Ya, mungkin si B hipokrit, tapi hanya berdepan dengan si A dan si A yang merasakannya. Tapi sekarang kita lihat si A tak puas hati sampai nak mengutuk-2 si B tanpa si B tahu. Mungkin dia tahu, sebab siapa makan cili terasa pedasnya bila baca apa yang ditulis. Tetapi, apa pendapat korang bila si A berdepan dengan si B kelak selepas menulis seperti itu?
Mesti bermanis muka kan? Ouh! what a nice person!

         Jika mereka berkawan, kenapa si A tak bagitahu je dekat si B. Hentam je depan-2. Betul, itu akan merosakkan silaturrahim. Abis daripada makan daging saudara sendiri? Sanggupkah? Lebih baik diam sahaja tak perlu nak maki-2 belakang. Bagi aku kitakan ada akal. Kenapa mesti guna kaedah hentam belakang sedangkan kita boleh nasihat atau guna cara yang lebih berdiplomatik? Kan?

Ikut kata Nabil; Lu Pikirlah Sendiri.

Perlukah kita menggunakan bahasa yang hanya Allah sahaja tahu betapa kasarnya ia terhadap homo sapiens yang lain?
Perlukah kita meluahkannya di medium social networking untuk meluahkan rasa marah sampai satu dunia boleh tau?
Perlukah kita letak semua tu?
Ha.. Itu anda fikir sendiri.
Kalau anda -ceyh cam formal plak- rasa ia perlu untuk memuaskan hati anda, fikir pula bahasa yng digunakan adakah ia sesuai atau terlalu kasar.

Sekian.

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh aku je.
Si gadis prihatin. =P weekkkk!
(jgn nak muntah sangatlaaa kann)

p/s : kau fikir kau bagus sangat? Kesian kat kau kan perangai cam taik buat susah orang lain. << yg ney terlalu kurenggg ajo.
       ouh, bagusnya sikap. Terharu aku..plisss jgn buat lagi, aku rasa nak menangis sbb terlalu tersentuh. <<yg ney terlalu sentap
       
Alhamdulillah.. ini dugaan untuk aku juga dugaan untuk kau supaya kau tahu fikir macam mana nak jadi   orang yang bertolak ansur.. <<yg ney aku tak tau kategori ape. mungkin terbaik??

3 comments:

ROJAK said...

selalu dengar ustaz ustazah kat tv kata hendaklah kita memaafkan orang kerana bla bla bla...ok memang bagus tapi sebaik2nya orang yang bersalah tu jangan segan dan malu untuk minta maaf..jangan ingat semua orang tu bole main maafkan macam tu je.

Dunia Cik Maia said...

@ROJAK
betul. betul. betul. kita selalu dengar pasal memaafkan.. tapi jarang dengar pasal minta maaf lah. thanks info tu.. bagus-2 =)
daripada nak hentam tak tentu pasal.. diamkan aje dan maafkan. pejamkan mata je.. boleh?
and yang dah tau buat salah tu jgn pulak pejamkan mata buat tak fahm.. kan?

Ninie said...

Doodle is ready! hehehe....jgn marah kalo x comel ek!

http://thebeautyofsplendid.blogspot.com/2011/09/5-girls-in-cardigans.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...