Wednesday, September 21, 2011

Nak ohsem tak?

Assalamualaikum...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Macam mana nak jadi ohsem? Ha, ikuti langkah-2 seperti berikut :

Aspek penampilan


1. Apply tocang setinggi KLCC
Yang ney aku tak sure, tapi byasenye yang aku tengok orang-2 yang ohsem mmg praktikkan benda alah ney. Mungkin tocang yang tinggi tu akan menyerlahkan mereka sebab tocang yang tinggi itu boleh dilihat sejauh 5meter dari meraka, mungkin? Same jugakk dengan kes zirafah yang berleher panjang tu kan, bila korang tengok dr jauh korang dah tau tu mesti zirafah. -sebab dinosour spesies leher pnjang dah tak wujud- So, mmg fofuler cpat. Maka directly proportional korang akan ohsem. Komfem.

2. Pakai make up tebal kalah patung Barbie
Peh! mesti yang ini tak ramai mampu nak buat, sebab terasa macam berat sgt je muka tu nak tggung segalanya yang ditepek. Ha, tapi kalau sape yang berani tanggung dan mampu buat, dia mmg ohsem. Hahahah. See! I've told you. Jgn lupa maskara tebal-2 so, that mata uollssss nampak besau! Baru kelas kau jahh~  Dari jauh dah boleh nampak muka korang yang kiut sangat tu taw!

3. Kerongsang besar yang lip-lap dan panjang
Yang ney komfem ohsem macam the datins. Korang kalau pergi tempat high class using this, they will give you special discounts you know. Kalau takde kerongsang macam ney, korang tukar dengan lampu lip-lap yang berkelip-2 yang ramai orang pakai time raya tu pown boleh.. Tapi I tak jamin laa uollss dpt discount yang mcm I mention tadi. hahah sebabnya, itu tidak ohsem kerana anda mungkin disalah anggap sebagai pokok krismas! -tangan di dada mata ke atas-

Attitude (bace etitiut)


1. Sila jadi gila
Sebab kadang-2 orang suka manusia jenis otak gila mereng 45 darjah. -45 darjah je keyh jgn 360. Bahaya- Maksud mak skg ney ialah, jangan terlalu formal smpai orang ingat kau tu orang kenamaan. Pehlis! takde sape yang berani nak dekat and gurau dengan orang seperti itu melain golongan seperti itu juga. Hurmmm tapi bila fikir balik, ala yang layan otak mereng pown orang yang mereng jugak la kann.. ngahahah

2. Jangan nak gebang pasal diri sendiri sangat la
Kenapa? hahah. Aku nak tanya kalau kau ada jumpa someone yang every minute nak cerita pasal dia macam dunia ney revolve around her/him?  Adakah ohsem bagi kau? Oh, sudah tentu tidak. Pastinya kau akan merasa seperti ingin menghentak kepala di mana-2 saja tempat yang tercapai oleh kepalamu. Kan?

3. Kreatif
Ha, ney bukan nak wat kraf tangan ke apa. Tapi kalau korang pandai its a bonus to you utk jadi orang yang ohsem. Mungkin lebih sket sbb ada bonus. Hehe. Kreatif di sini maksud aku, kalau nak borak-2 ke nak wat something ke fikir la dengan kreatif -actually aku dah lost sket kat sini- so that benda yang not interesting bertukar jadi interesting. Contoh? Haa nah mak kasi contoh. Contohnya begini, kalau nak borak tu kau borak benda yang mmg penuh dgn imaginasi. (oke dah mula mengarut)

4. Gelak dan senyum kambing
Orang cakap ape pown kau gelak and senyum je. Orang nak kata kau mulut longkang ke, muka cam jalan raya ke, kau senyum dan gelak je konon macam orang tu tengah buat lawak antarabangsa. So, orang lain yang tengok kau lepak siap boleh gelak bila kena maki akan memandang tinggi dan merasakan kau ohsem dalam paandangan mata dorang. Mereka akan kata, "ouh! ohsemnya dia sangat penyabar." Orang yang memang tak puas hati pula akan mengatakan kau bodoh, tak faham bahasa atau kurang pendengaran. Tapi, ape lagi?! Gelak dan senyum kambingla. Biar orang yang tak puas hati memang aim kau sbb kesabran kau yang tinggi lagi ohsem tu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Oke laah, aku rase setakat ney je yang aku boleh senaraikan. Jika ditanya adakah aku ohsem, aku akan berkataa ouh tidak. Sebab aspek penampilan aku tak se-ohsem macam dalam senarai. wahahahaha. Gila. macam la aku nak buat. Nanti macam tunggul kayu yang dihias. Harharharhar.

Lagipown, ohsem atau tak itu bergantung pada the eyes of the beholder. Wah gituuu ayat nak jaga hati sendiri kan? Cakap lah kau pown nak ohsem jugakkk cik aimi oiii!! Hahah okeyhla sebelum aku rasa nak tambah lagi senarai smpai bengong dan juling mata korang nak baca lebih baik aku stop! nanti tak pasal-2 ada yang nak bagi penampo free kat aku.

Sekian untuk malam ini. Kbai. Thanks sudi baca. Jangan baca je, amalkan sekali. wahahaha. boleh pilih mana yang suka, tak wajib ikot semua. **tertakluk kepada terma dan syarat

p/s : sorry kalau ada yang terasa yew.. tak sengaja la dear~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...