Saturday, September 24, 2011

Entry Pendek Tak Pendek Dalam Blog Aku

Assalamualaikum,
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jari semakin berat, sama berat dengan perut yang membuncit. Buncit? Perlu ke cerita? Bukan nak tunjuk atau megah yang perut aku buncit.. Cuma nak buat korang jeles dengar kisah membuncitkan perut oleh anak-2 dara floor 6 KK12.
Anak-2 dara yang suka sangat melantak dengan rakus sambil membuat muka penuh kebahagiaan
pakai cermin mata- Yana
tudung merah- fifi
selendang- dell
tudung hitam- huda
baju blue black- rumate aku
mata sepet cm anak cina- aku

ini makanan yang diambil mengikut tugasan masing-2 berdasarkan skill dan kuasa serta kemahiran mencilok barisan (kadang-2 buat bila orang lain tga leka)
Sesungguhnya, manusia atau penghuni KK12 yang lain melihat kami dengan penuh tanda tanya.
Mengapa begitu banyak makanan yang minah ney angkut. Siap ada beg lagi..

Setelah selesai mencilok, mengangkut, menyauk. Maka tibalah saatnya. Eh! belum lagi.. masih ada satu step.. Naik lif. Balik ke tingkat enam terchenta. Beralaskan dua keping tikar. Kami melebarkan sayap menyusun segala makanan. Memandang dengan penuh nafsu yang membuak-2. Lapar.

Oleh sebab malam itu adalah jamuan hari raya bagi Kolej Kediaman Kedua Belas, semangat raya harus ada dalam diri. Maka dengan lajunya lagu raya dimainkan di telefon bimbit. Berbekalkan semangat berhari raya yang sudah hampir melabuhkan tirai. Ya, lagi berapa hari je tinggal. Kami menjamu selera seperti di rumah terbuka di perantauan ini. UM je pown.. bukan rantau mane sangat. 

         Puas, sangat puas. Hingga boleh terdengar perut ney merintih jangan diisi lagi. Namun nafsu seakan wanita mengandung yang mengidam ini teramat-2 ingin menambah lagi. Namun apakan daya itu sahaja yang mampu perut ku tanggung mungkin sudah tidak sanggup menahan lagi. Ah! Sudahlah cerita tentang makanan. Meskipun mata aku dah makin nak tutup rapat dan terasa ingin merebahkan kepala di meja ini tanpa kisah selesa atau tidak. Nafsu makan aku tiba-2 naik bila cakap pasal makanan. Bahaya!

         Sudahlah. Aku sebenarnya nak buat entry pendek. Tapi bila dah menulis, terasa jari ney tak boleh berhenti. Kalau dibiarkan boleh jadi panjang macam majalah reader digest. =.='''
Malas nak tukar tajuk entry sebab kena fikir lagi. Jadi biar sahaja walaupun terasa macam celaka punye title ney. Okeyh. Selamat malam.

Sekian. Kbai.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...