Sunday, September 11, 2011

Dari Lensa Minda

Assalamualaikum,
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ney, aku berpeluang round KL dengan kazen aku. (no pictures provided). Best walaupun tak seluruh KL aku jejak. Tetapi at least aku keluar ambil angin yang mungkin tak sesegar di kampung. haha.

Dari UM >> Sungai Besi >> Mid Valley >> Sentul (rumah kazen aku)

Itu saje yang sempat aku singgah memandangkan masa begitu pantas berlalu. Tempat terakhir aku kunjung ialah di Sentul rumah kazenku. Aku lepak di situ, tidur hilangkan penat. That was my first time tido siang kat KL ney. Alhamdulillah, nikmat. Selesai solat Asar, aku memandang ke bawah.

Melihat kanak-2 sedang bermain bola sepak.
Apa yang aku lihat itu memang sangat simple dan mudah. Kanak-2 bermain bola sepak.
Namun mindaku ligat berfikir, orang kate one step ahead. Serta merta terpacul soalan, "Apakah yang akan terjadi kepada anak-2 ini?" "Apakah masa depan mereka?"

Serta merta, aku terfikir. Mungkinkah mereka akan menjadi pemimpin kita masa depan? Kalau benar pemimpin seperti apa? Aku mula risau kerana melihat persekitaran anak-2 ini membesar. Golongan remaja sekeliling yang semakin hilang rasa hormat dan tertibnya. Golongan dewasa yang semakin hilang tolak ansurnya. Sikap mementingkan diri juga semakin tebal. Mungkin.

Adakah dengan persekitaran ini anak-2 sedang membesar? Bagaimana itu? Mampukah kita melahirkan generasi baru yang berpotensi menjadi pemimpin yang paling berjaya?

Aku mula terbayang, ada di antara kanak-2 itu menjadi seorang perogol. Perompak. Penipu. Ahli kongsi gelap. Cuma perasaan takut tika itu membelenggu itu. Apa pula akan terjadi kepada anak-2 aku kelak? wah jauh sungguh aku berfikir. haha

Sudah. bukan apa aku cuma bimbang akan msa depan yang belum pasti. Kalau diperhtikan, budak darjah dua dah pandai cakap babi bodoh sial bagai.. aku masa sek rendah tu cukup takut nak sebut benda alah tu, sebab aku diajar, kalau cakap mcmtu Allah akan marah.. So, aku memang takut la. tapi sekrang selalu la jugak terlepas cakap, bukan ape sebab dah sekeliling aku semua dok cakap mencarut bagai. tu yang culture shock tu. ngahahaha suci tak?

Conclusion kat sini, *eyh, asall aleh2 conclusion ney?* orang dewasa wajib sangat tunjukkan contoh yang baik. Tengok la pemimpin kita yang aku boleh katakan agak serabut dan penuh kontroversi. Contoh itukah yang perlu ditunjukkan? memang la orang kata ambil yang jernih buang yang keruh. Tapi mereka yang perlu dididik itu adlh kanak-2, fahamkah mereka pepatah itu? mereka belajar dengan cara meniru. Meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa. Kerana bagi mereka, apa yang orang dewasa lakukan adalah betul dan untuk kebaikan mereka. Ouh, sungguh suci pemikiran mereka.

coraklah menjadi seperti ini
So, memang betullah ibu bapa selaku orang dewasa yang mencorak mereka anak-2 ini..

Coraklah dengan seindahnya.
Agar tiada cela yang mampu menghilangkan serinya.

Coraklah dengan teliti
agar lahirnya insan mulia peribadi

Coraklah kain putih yang berseri
Agar terhasil indah berkualiti
terasa damai di mata hati.

Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...