Tuesday, September 27, 2011

Biar Aku Dibenci

Assalamualaikum,
_______________________________________________________________________________
Entry aku sejak akhir-2 ney agak bermain dengan perasaan. Jadi kepada readers yang baca entry ney, maaf kerana hanya itu yang mampu aku tulis untuk sementara ini. Bermain dengan perasaan, ya membawa kalian bermain dengan perasaan aku sekali. Merasakan bagaimana aku bermain dengan perasaan aku. Aku tau pasti ada yang sudah naik menyampah bila dibincang soal cinta. Aku juga. Namun, kali ini aku benar-2 harus meluahkannya.

         Bukan aku menyakiti dan menzalimi diri sendiri. Jauh sekali berniat seperti itu. Tidak pernah terlintas. Mungkin akan ada yang mengatakan aku bodoh, kerana telah mengambil langkah yang sangat bodoh ini.

         Aku, membiarkan hatinya disakiti. Aku menyakiti hatinya yang teerlalu luhur. Ya, aku menyakitinya. Namun hanya Allah tahu hatiku sakit saat menyakitinya. Terlalu sakit. Kenapa begini? Kerana aku tidak mahu dia terus menyayangi aku yang tiada rasa pasti. Tiada memahami apa itu cinta. Biar dia sakit kerana disakiti aku terang-2an kerana itu boleh diubati, daripada dia disakiti akibat rasa tidak pasti aku ini.

         Aku tidak mahu dia berharap kepada aku yang seolah-2 tiada harapan untuk memahami cinta (kata-2 yg cukup buat aku rasa keberatan). Bukan aku tak cuba. Mungkin aku sudah penat. Aku mahu berehat buat seketika. Sudah lah. Cukup cerita cinta itu.

         Aku tidak mahu membenci. Tapi aku lebih rela dibenci. Ya. Aku lebih rela dibenci kau. Menjauhkan hati kau dari hati aku. Kerana aku mahu kau tidak terlaalu berharap kepada aku. Aku bukan gadis yang mampu bersama kau seumur hidup. Kerana apa? kerana aku tahu. Aku tahu aku tidak mampu. Bukan aku mengalah sebelum berjuang, tetapi memang itu yang aku tahu. Tidak perlu ku ucapkan apakah ia.

         Namun, aku sentiasa akan berdoa untuk kau. Aku sentiasa. Aku sudah berjanji untuk menjadi angel kau. Sentiasa bersama kau walaupun kau tak nampak aku dan aku tidak hadir dalam pandangan mata kau. Itu tetap akan aku kotakan. Meskipun sakit dibenci oleh orang yang aku tidak mampu untuk membenci, aku sanggup agar kau mampu melangkah ke hadapan mencari yang benar-2 mencintaimu. Bukan si gadis yang tidak pasti dan penuh kekeliruan seperti aku.

p/s : entry akhir tentang cinta (perkataan paling berat bagi aku) series! =)

       
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...