Tuesday, September 27, 2011

Biar Aku Dibenci

Assalamualaikum,
_______________________________________________________________________________
Entry aku sejak akhir-2 ney agak bermain dengan perasaan. Jadi kepada readers yang baca entry ney, maaf kerana hanya itu yang mampu aku tulis untuk sementara ini. Bermain dengan perasaan, ya membawa kalian bermain dengan perasaan aku sekali. Merasakan bagaimana aku bermain dengan perasaan aku. Aku tau pasti ada yang sudah naik menyampah bila dibincang soal cinta. Aku juga. Namun, kali ini aku benar-2 harus meluahkannya.

         Bukan aku menyakiti dan menzalimi diri sendiri. Jauh sekali berniat seperti itu. Tidak pernah terlintas. Mungkin akan ada yang mengatakan aku bodoh, kerana telah mengambil langkah yang sangat bodoh ini.

         Aku, membiarkan hatinya disakiti. Aku menyakiti hatinya yang teerlalu luhur. Ya, aku menyakitinya. Namun hanya Allah tahu hatiku sakit saat menyakitinya. Terlalu sakit. Kenapa begini? Kerana aku tidak mahu dia terus menyayangi aku yang tiada rasa pasti. Tiada memahami apa itu cinta. Biar dia sakit kerana disakiti aku terang-2an kerana itu boleh diubati, daripada dia disakiti akibat rasa tidak pasti aku ini.

         Aku tidak mahu dia berharap kepada aku yang seolah-2 tiada harapan untuk memahami cinta (kata-2 yg cukup buat aku rasa keberatan). Bukan aku tak cuba. Mungkin aku sudah penat. Aku mahu berehat buat seketika. Sudah lah. Cukup cerita cinta itu.

         Aku tidak mahu membenci. Tapi aku lebih rela dibenci. Ya. Aku lebih rela dibenci kau. Menjauhkan hati kau dari hati aku. Kerana aku mahu kau tidak terlaalu berharap kepada aku. Aku bukan gadis yang mampu bersama kau seumur hidup. Kerana apa? kerana aku tahu. Aku tahu aku tidak mampu. Bukan aku mengalah sebelum berjuang, tetapi memang itu yang aku tahu. Tidak perlu ku ucapkan apakah ia.

         Namun, aku sentiasa akan berdoa untuk kau. Aku sentiasa. Aku sudah berjanji untuk menjadi angel kau. Sentiasa bersama kau walaupun kau tak nampak aku dan aku tidak hadir dalam pandangan mata kau. Itu tetap akan aku kotakan. Meskipun sakit dibenci oleh orang yang aku tidak mampu untuk membenci, aku sanggup agar kau mampu melangkah ke hadapan mencari yang benar-2 mencintaimu. Bukan si gadis yang tidak pasti dan penuh kekeliruan seperti aku.

p/s : entry akhir tentang cinta (perkataan paling berat bagi aku) series! =)

       

Sunday, September 25, 2011

Perlu Atau Tidak, Kau Yang Tentukan

Assalamualaikum,
______________________________________________________________________________
Kenapa tajuk entry macam nak marah?
Kenapa? Kenapa? Wah saje nak dramatik macam dalam cerekarama. Tipikal cerita Melayu zaman sekarang. Hurmm.. Bukan nak gebang pasal cerita melayu. Sebab aku pown tengok jugak. So, lekk luuu!

         Rata-2 homo sapiens sekarang memang suka mencari macam-2 medium untuk express-kan diri sendiri. Bukan bas ekspres ke ape.. Tapi menonjolkan diri, tak kisah la dorang tonjolkan ape. Bakat ke, make up dorang ke, style shawls ke, body ke whatever la...menonjolkan perasaan pown di ambil kira jugak.

         Sekarang lagila dengan Facebook-nya (fb upgrade lgi template buat aku rase bengang je..), Blog-nye, Twitter-nya.. Haaihh~ bukan aku tak menyokong sosial networking yang mcm ney. Bagus what.... Aku pown ada. Tetapi. Ada juga yang hampir menyalah gunakannya. Hampir? kenapa tak terus menyalah gunakan? haha.
Entah. Guna perkataan hampir tu macam menunjukkan takdela banyak sgt.. entahlah. aku bukan terer pown BM. Jujur.

         Aku rasa semakin lari tajuk. Oke, begini la senang cerita kasi direct aje yew! Sepanjang aku berkecimpung dalam blog dan social networking (FB) aku dapat lihat ramailah homo sapiens yang menggunakan medium ini termasuk aku. Memang menakjubkan bila fikir dengan medium macam ney. kita boleh buat tamadun atau satukan tamadun. Tamadun apa anak-2? Tamdun manusia yee..

         Ha, semua orang boleh luahkan apa sahaja untuk menonjolkan diri. Tak kisah la nak advertise kedai kau ke, company kau ke, nak bgtau perasaan kau ke takde sape nak halang and marah sebab..Once kau da taip cantik-2 tekan aje button post/publish. Dah. Siap. Susah sangat ke sampai nak kena wat proposal dulu semua tu? Tak kan?

         Tapi yang menjadi persoalan hingga menyebabkan aku tulis entry yang agak panjang macam ney, ialah bila aku lihat ada yang meluahkan perasaan marah sampai tahap nak maki-2 di dalam laman sosial macam ney. Apa kes? Pehliss! be profesional. Oke fine aku tau ada setengah orang merasakan hanya di laman sosial lah dia boleh jadi diri sendiri. -What? ada ke?-  tapi agak-2 la kannn..

         Ney, yang aku tengok golongan profesional beb! boleh kutuk-2 maki-2 guna bahasa kasar, yela takkan guna bahasa lembut. orang kalau dah marah takde nye nak taip ayt jiwa romantika. Tapi pliss.. walaupun kita ada tamadun sendiri dalam sosial networking ney, takkan kita lupa kowt nilai yang sepatutnya diterap and dijaga tak kira la di mana pown kau tercampak. Kan?

         Ini tak, kekadang aku nak gelak baca,
Si A marah sebab si B perangai cam taik (maaf bahasa kasar) hipokrit terbesar kat KL.*Si A adalah kenalan si B dan mereka tidak bertegang urat* Jadi si A pown menulis tentang si B dengan bahasa kasar dan mengutuk-2 si B tanpa menulis nama si B dengan mengatakan si B hipokrit lah itulah, macam syaitan lah.
Persoalan aku yang korang boleh kategorikan mengikut suka hati korang nak kata apa.

haaa ney kan lebih baik
Siapa yang hipokrit sekarang? Si A? Si B? Atau kedua-2 nya? Dan siapa yang lebih teruk?

Haa,, jawab sendiri.
         Bagi aku, si A pown sama hipokrit malah lebih teruk dari si B. Ya, mungkin si B hipokrit, tapi hanya berdepan dengan si A dan si A yang merasakannya. Tapi sekarang kita lihat si A tak puas hati sampai nak mengutuk-2 si B tanpa si B tahu. Mungkin dia tahu, sebab siapa makan cili terasa pedasnya bila baca apa yang ditulis. Tetapi, apa pendapat korang bila si A berdepan dengan si B kelak selepas menulis seperti itu?
Mesti bermanis muka kan? Ouh! what a nice person!

         Jika mereka berkawan, kenapa si A tak bagitahu je dekat si B. Hentam je depan-2. Betul, itu akan merosakkan silaturrahim. Abis daripada makan daging saudara sendiri? Sanggupkah? Lebih baik diam sahaja tak perlu nak maki-2 belakang. Bagi aku kitakan ada akal. Kenapa mesti guna kaedah hentam belakang sedangkan kita boleh nasihat atau guna cara yang lebih berdiplomatik? Kan?

Ikut kata Nabil; Lu Pikirlah Sendiri.

Perlukah kita menggunakan bahasa yang hanya Allah sahaja tahu betapa kasarnya ia terhadap homo sapiens yang lain?
Perlukah kita meluahkannya di medium social networking untuk meluahkan rasa marah sampai satu dunia boleh tau?
Perlukah kita letak semua tu?
Ha.. Itu anda fikir sendiri.
Kalau anda -ceyh cam formal plak- rasa ia perlu untuk memuaskan hati anda, fikir pula bahasa yng digunakan adakah ia sesuai atau terlalu kasar.

Sekian.

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh aku je.
Si gadis prihatin. =P weekkkk!
(jgn nak muntah sangatlaaa kann)

p/s : kau fikir kau bagus sangat? Kesian kat kau kan perangai cam taik buat susah orang lain. << yg ney terlalu kurenggg ajo.
       ouh, bagusnya sikap. Terharu aku..plisss jgn buat lagi, aku rasa nak menangis sbb terlalu tersentuh. <<yg ney terlalu sentap
       
Alhamdulillah.. ini dugaan untuk aku juga dugaan untuk kau supaya kau tahu fikir macam mana nak jadi   orang yang bertolak ansur.. <<yg ney aku tak tau kategori ape. mungkin terbaik??

Saturday, September 24, 2011

Entry Pendek Tak Pendek Dalam Blog Aku

Assalamualaikum,
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jari semakin berat, sama berat dengan perut yang membuncit. Buncit? Perlu ke cerita? Bukan nak tunjuk atau megah yang perut aku buncit.. Cuma nak buat korang jeles dengar kisah membuncitkan perut oleh anak-2 dara floor 6 KK12.
Anak-2 dara yang suka sangat melantak dengan rakus sambil membuat muka penuh kebahagiaan
pakai cermin mata- Yana
tudung merah- fifi
selendang- dell
tudung hitam- huda
baju blue black- rumate aku
mata sepet cm anak cina- aku

ini makanan yang diambil mengikut tugasan masing-2 berdasarkan skill dan kuasa serta kemahiran mencilok barisan (kadang-2 buat bila orang lain tga leka)
Sesungguhnya, manusia atau penghuni KK12 yang lain melihat kami dengan penuh tanda tanya.
Mengapa begitu banyak makanan yang minah ney angkut. Siap ada beg lagi..

Setelah selesai mencilok, mengangkut, menyauk. Maka tibalah saatnya. Eh! belum lagi.. masih ada satu step.. Naik lif. Balik ke tingkat enam terchenta. Beralaskan dua keping tikar. Kami melebarkan sayap menyusun segala makanan. Memandang dengan penuh nafsu yang membuak-2. Lapar.

Oleh sebab malam itu adalah jamuan hari raya bagi Kolej Kediaman Kedua Belas, semangat raya harus ada dalam diri. Maka dengan lajunya lagu raya dimainkan di telefon bimbit. Berbekalkan semangat berhari raya yang sudah hampir melabuhkan tirai. Ya, lagi berapa hari je tinggal. Kami menjamu selera seperti di rumah terbuka di perantauan ini. UM je pown.. bukan rantau mane sangat. 

         Puas, sangat puas. Hingga boleh terdengar perut ney merintih jangan diisi lagi. Namun nafsu seakan wanita mengandung yang mengidam ini teramat-2 ingin menambah lagi. Namun apakan daya itu sahaja yang mampu perut ku tanggung mungkin sudah tidak sanggup menahan lagi. Ah! Sudahlah cerita tentang makanan. Meskipun mata aku dah makin nak tutup rapat dan terasa ingin merebahkan kepala di meja ini tanpa kisah selesa atau tidak. Nafsu makan aku tiba-2 naik bila cakap pasal makanan. Bahaya!

         Sudahlah. Aku sebenarnya nak buat entry pendek. Tapi bila dah menulis, terasa jari ney tak boleh berhenti. Kalau dibiarkan boleh jadi panjang macam majalah reader digest. =.='''
Malas nak tukar tajuk entry sebab kena fikir lagi. Jadi biar sahaja walaupun terasa macam celaka punye title ney. Okeyh. Selamat malam.

Sekian. Kbai.


Wednesday, September 21, 2011

Nak ohsem tak?

Assalamualaikum...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Macam mana nak jadi ohsem? Ha, ikuti langkah-2 seperti berikut :

Aspek penampilan


1. Apply tocang setinggi KLCC
Yang ney aku tak sure, tapi byasenye yang aku tengok orang-2 yang ohsem mmg praktikkan benda alah ney. Mungkin tocang yang tinggi tu akan menyerlahkan mereka sebab tocang yang tinggi itu boleh dilihat sejauh 5meter dari meraka, mungkin? Same jugakk dengan kes zirafah yang berleher panjang tu kan, bila korang tengok dr jauh korang dah tau tu mesti zirafah. -sebab dinosour spesies leher pnjang dah tak wujud- So, mmg fofuler cpat. Maka directly proportional korang akan ohsem. Komfem.

2. Pakai make up tebal kalah patung Barbie
Peh! mesti yang ini tak ramai mampu nak buat, sebab terasa macam berat sgt je muka tu nak tggung segalanya yang ditepek. Ha, tapi kalau sape yang berani tanggung dan mampu buat, dia mmg ohsem. Hahahah. See! I've told you. Jgn lupa maskara tebal-2 so, that mata uollssss nampak besau! Baru kelas kau jahh~  Dari jauh dah boleh nampak muka korang yang kiut sangat tu taw!

3. Kerongsang besar yang lip-lap dan panjang
Yang ney komfem ohsem macam the datins. Korang kalau pergi tempat high class using this, they will give you special discounts you know. Kalau takde kerongsang macam ney, korang tukar dengan lampu lip-lap yang berkelip-2 yang ramai orang pakai time raya tu pown boleh.. Tapi I tak jamin laa uollss dpt discount yang mcm I mention tadi. hahah sebabnya, itu tidak ohsem kerana anda mungkin disalah anggap sebagai pokok krismas! -tangan di dada mata ke atas-

Attitude (bace etitiut)


1. Sila jadi gila
Sebab kadang-2 orang suka manusia jenis otak gila mereng 45 darjah. -45 darjah je keyh jgn 360. Bahaya- Maksud mak skg ney ialah, jangan terlalu formal smpai orang ingat kau tu orang kenamaan. Pehlis! takde sape yang berani nak dekat and gurau dengan orang seperti itu melain golongan seperti itu juga. Hurmmm tapi bila fikir balik, ala yang layan otak mereng pown orang yang mereng jugak la kann.. ngahahah

2. Jangan nak gebang pasal diri sendiri sangat la
Kenapa? hahah. Aku nak tanya kalau kau ada jumpa someone yang every minute nak cerita pasal dia macam dunia ney revolve around her/him?  Adakah ohsem bagi kau? Oh, sudah tentu tidak. Pastinya kau akan merasa seperti ingin menghentak kepala di mana-2 saja tempat yang tercapai oleh kepalamu. Kan?

3. Kreatif
Ha, ney bukan nak wat kraf tangan ke apa. Tapi kalau korang pandai its a bonus to you utk jadi orang yang ohsem. Mungkin lebih sket sbb ada bonus. Hehe. Kreatif di sini maksud aku, kalau nak borak-2 ke nak wat something ke fikir la dengan kreatif -actually aku dah lost sket kat sini- so that benda yang not interesting bertukar jadi interesting. Contoh? Haa nah mak kasi contoh. Contohnya begini, kalau nak borak tu kau borak benda yang mmg penuh dgn imaginasi. (oke dah mula mengarut)

4. Gelak dan senyum kambing
Orang cakap ape pown kau gelak and senyum je. Orang nak kata kau mulut longkang ke, muka cam jalan raya ke, kau senyum dan gelak je konon macam orang tu tengah buat lawak antarabangsa. So, orang lain yang tengok kau lepak siap boleh gelak bila kena maki akan memandang tinggi dan merasakan kau ohsem dalam paandangan mata dorang. Mereka akan kata, "ouh! ohsemnya dia sangat penyabar." Orang yang memang tak puas hati pula akan mengatakan kau bodoh, tak faham bahasa atau kurang pendengaran. Tapi, ape lagi?! Gelak dan senyum kambingla. Biar orang yang tak puas hati memang aim kau sbb kesabran kau yang tinggi lagi ohsem tu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Oke laah, aku rase setakat ney je yang aku boleh senaraikan. Jika ditanya adakah aku ohsem, aku akan berkataa ouh tidak. Sebab aspek penampilan aku tak se-ohsem macam dalam senarai. wahahahaha. Gila. macam la aku nak buat. Nanti macam tunggul kayu yang dihias. Harharharhar.

Lagipown, ohsem atau tak itu bergantung pada the eyes of the beholder. Wah gituuu ayat nak jaga hati sendiri kan? Cakap lah kau pown nak ohsem jugakkk cik aimi oiii!! Hahah okeyhla sebelum aku rasa nak tambah lagi senarai smpai bengong dan juling mata korang nak baca lebih baik aku stop! nanti tak pasal-2 ada yang nak bagi penampo free kat aku.

Sekian untuk malam ini. Kbai. Thanks sudi baca. Jangan baca je, amalkan sekali. wahahaha. boleh pilih mana yang suka, tak wajib ikot semua. **tertakluk kepada terma dan syarat

p/s : sorry kalau ada yang terasa yew.. tak sengaja la dear~

Monday, September 19, 2011

Dia Istimewa : Hafizzi Aziz

Assalamualaikum..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wah! Siapakah dia yang istimewa tu??

hahahaha dia yang bertuahlah.. Siapa?! bagitau jelaaaa

Dia ney >>>>  


Photobucket

haaa tu diaaaaa.... dah maiii! 

Dia follower yang ke 50 aku...
(eleyh, baru 50 nak kecah)
ehem2, suka hati akulaaaa...
juz nak say thanks la sbb sudi nak follow blog yang tak seberapa ney..
Jalan blog dia, memang terasa kerdil.. wahhh gituu
kenapakah?

Sebab, blog aku ney apela sgt.
Blog dia mmg dasat best
byk tutorial.. and dia bole dikatakan mmg dasat buat doddle bagai.. tak kisah la ape nmenye.. ngahaha

Aku ney tak berapa nak pandai review blog..
Cuma aku suruh readers, jenguklah blog dia.. Follow sekali kalau boleh yeww
 APIT

ngahahah series pemalas!

Sorry la Apit, mmg tak reti la nak review..takut tersalah ke, kan susaaa gituu
Kepada Apit :

Maaf, blog saya tak macam blog orang lain yang bagi award bagai..tok follower bertuah dia.
Sebab saya tak tau nak bagi apa. Memang blurr di saat ini.
Mentol kat otak ney tak menyala plak.
Thanks sangat-2 sbb sudi follow blog saya..
=)
Saya dah lama tak online and update blog ney.
So, sorry la berabok sket.. (bukan sket byk!)
hehehehe
oke.. Blog awak smart!

Tuesday, September 13, 2011

Sayu

Assalamualaikum,
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita dikurniakan gerak hati
Maka dengan gerak hati itulah kita tahu mana arah kita.
Dan dengan gerak hati yang Allah kurniakan itulah kiita mampu berubah menjadi insan yang lebih baik.
Ini nukilan aku untuk malam ini..

Malam ini terasa kosong,
jiwa tak mampu lagi berbohong,
hati tak mampu lagi bertahan,
segala rasa yang sudah lama tersimpan,

Malam ini, bintang seakan hilang
Bulan tidak lagi terang
kerana malam ini bulan bersendirian
meniti perjalanan

Tuhan, kenapa malam ini sungguh sayu
adakah malam ini malam terakhirku?
hati sebak terlalu pilu
mengenang segala kisah lalu
yang datang menyapa diriku
lalu membuatku terpaku kelu membisu

Bunga yang tadinya kembang mulai melayu
tertunduk akur dengan takdir ditentu
melihat ke jauh mata hatiku
seakan memahami jiwa batinku
Tuhan menemani disampingku
bertemankan cahaya malap di sisiku
aku akur andai ini jalanku

Terlalu berat tak terkata
terlalu sukar untuk bicara
terlalu lemah meniti tangga
jari yang dari tadinya membilang2 namaNya
kini kian perlahan pergerakannya
bibir yang bersemangat memujiNya
kini kian sukar untuk dibuka

Nafas seakan terhenti
masa masih terus berlari
tidak mungkin menanti kerana itu tanggungjawab diberi
Ku hela nafas terasa berat
Ku angkat tangan memohon berkat
air mata ku tahan kini tiada lagi tersekat
esak tangis semakin hebat
jiwa merintih penuh ralat
kerana dosa kutanggung banyak yang amat

bicara maaf andai masih ada waktu
hingga terhenti dan hanya bermain di kalbu
tiada lagi ku mampu
menahan sakit yang membelenggu
sakit dek kerana dosa lamaku
yang sentiasa menghantui hidupku

Sekali lagi maaf andai ini hari terakhirku
Sekali lagi sayang tulus dariku
rasa yang tak mungkin hilang dari hidupmu,
kerana ku ingin bahagia tertulis di hari terakhirku...

Sekian

Sunday, September 11, 2011

Dari Lensa Minda

Assalamualaikum,
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ney, aku berpeluang round KL dengan kazen aku. (no pictures provided). Best walaupun tak seluruh KL aku jejak. Tetapi at least aku keluar ambil angin yang mungkin tak sesegar di kampung. haha.

Dari UM >> Sungai Besi >> Mid Valley >> Sentul (rumah kazen aku)

Itu saje yang sempat aku singgah memandangkan masa begitu pantas berlalu. Tempat terakhir aku kunjung ialah di Sentul rumah kazenku. Aku lepak di situ, tidur hilangkan penat. That was my first time tido siang kat KL ney. Alhamdulillah, nikmat. Selesai solat Asar, aku memandang ke bawah.

Melihat kanak-2 sedang bermain bola sepak.
Apa yang aku lihat itu memang sangat simple dan mudah. Kanak-2 bermain bola sepak.
Namun mindaku ligat berfikir, orang kate one step ahead. Serta merta terpacul soalan, "Apakah yang akan terjadi kepada anak-2 ini?" "Apakah masa depan mereka?"

Serta merta, aku terfikir. Mungkinkah mereka akan menjadi pemimpin kita masa depan? Kalau benar pemimpin seperti apa? Aku mula risau kerana melihat persekitaran anak-2 ini membesar. Golongan remaja sekeliling yang semakin hilang rasa hormat dan tertibnya. Golongan dewasa yang semakin hilang tolak ansurnya. Sikap mementingkan diri juga semakin tebal. Mungkin.

Adakah dengan persekitaran ini anak-2 sedang membesar? Bagaimana itu? Mampukah kita melahirkan generasi baru yang berpotensi menjadi pemimpin yang paling berjaya?

Aku mula terbayang, ada di antara kanak-2 itu menjadi seorang perogol. Perompak. Penipu. Ahli kongsi gelap. Cuma perasaan takut tika itu membelenggu itu. Apa pula akan terjadi kepada anak-2 aku kelak? wah jauh sungguh aku berfikir. haha

Sudah. bukan apa aku cuma bimbang akan msa depan yang belum pasti. Kalau diperhtikan, budak darjah dua dah pandai cakap babi bodoh sial bagai.. aku masa sek rendah tu cukup takut nak sebut benda alah tu, sebab aku diajar, kalau cakap mcmtu Allah akan marah.. So, aku memang takut la. tapi sekrang selalu la jugak terlepas cakap, bukan ape sebab dah sekeliling aku semua dok cakap mencarut bagai. tu yang culture shock tu. ngahahaha suci tak?

Conclusion kat sini, *eyh, asall aleh2 conclusion ney?* orang dewasa wajib sangat tunjukkan contoh yang baik. Tengok la pemimpin kita yang aku boleh katakan agak serabut dan penuh kontroversi. Contoh itukah yang perlu ditunjukkan? memang la orang kata ambil yang jernih buang yang keruh. Tapi mereka yang perlu dididik itu adlh kanak-2, fahamkah mereka pepatah itu? mereka belajar dengan cara meniru. Meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa. Kerana bagi mereka, apa yang orang dewasa lakukan adalah betul dan untuk kebaikan mereka. Ouh, sungguh suci pemikiran mereka.

coraklah menjadi seperti ini
So, memang betullah ibu bapa selaku orang dewasa yang mencorak mereka anak-2 ini..

Coraklah dengan seindahnya.
Agar tiada cela yang mampu menghilangkan serinya.

Coraklah dengan teliti
agar lahirnya insan mulia peribadi

Coraklah kain putih yang berseri
Agar terhasil indah berkualiti
terasa damai di mata hati.

Sekian.

Bila Aku Mula Jatuh Cinta

Assalamualaikum,
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bila aku mula jatuh cinta
Hati aku mula berkata
Jiwa mula meronta
Rindu makin terseksa

Bila aku jatuh cinta
Tiada kata seindah dia
Tiada jiwa sedamai saat bersamanya
Tiada lagi duka dan hanya bahagia

Bila aku mula sedar
Aku tertanya apakah ini benar?
Aku tertunduk seakan sukar
Akur dengan hati yang sudah berdebar

Bila aku jatuh cinta
Melihat dia bersamanya
Hati merintih duka
Jiwa mula terasa sengsara
Aku cuba sedaya upaya
Terus ku putus untuk melupa

Bila hati mula bergetar
Gelora sekuat tsunami tak lagi mencabar
Dinding seakan bergegar
Tanah seakan terlerai
pokok tiada lagi berakar

Hati sudah bersuara  
Apa yang harus ku kata
Apakah harus ku luah padanya?
Oh, tidak itu hanya akan memakan jiwa
Jiwa yang rapuh tiada kukuhnya
Batin yang bisa runtuh seadanya
Meninggalkan kesan pada dunia
Tangisan yang mampu memecah sunyinya

Kini tidak lagi aku berharap
Tidak lagi ku perap
Hanya sekadar mengusap
Hati yang seakan lenyap
Lenyap di dalam cinta yang penuh perangkap
Ya, jerangkap samar yang mampu membuatku tersentap

Dan hari ini aku jatuh cinta lagi
Perangkap yang sekian kalinya menanti
Itu sudah pasti terjadi
Hingga aku sudah rasmi
Mengisi sekeping hati
Yang akan menjadi tempat ku nanti.........


Sekian.
Nukilan malam ini... jam 1.56 am pada 11/9/2011 bersamaan 13 Syawal 1432H

p/s : thanks for read

Minggu Haluan Siswa 2011/2012

Assalamualaikum,
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
orait, hari tu aku ad citeer pasal orientasi sket an...kali ney nak story banyak sket. Tapi nampaknye akan memboringkan sebab tiada gmbar dapat diselitkan.. mengapakah??? ouh, kerana sya tidak sempat untuk men'snap gmbar. bukan itu sahaja malah tak bawa camera skali time orientasi. demm! kalau tak bwk camera bukan je tak sempat, memang taklah! gamba ade ney ppown atas ehsan page MHS

Yeah tu dia.. semangat tak aku? siap like page MHS11/12 pewww.. and hari ney je, aku da add beberapa orang PM kk12.. hahaha memang penuh semangat. Bukan ape beb, kenangan weyh.. nanti dah tua beranak-pinak bole story mory ngan ank cucu cicit aku nt.

sudah Aimi, cukup lah intro kau tu. Okee, begini. Aku cuma nak crita, peengalaman paling best kat MHS11/12 tu ialah team aku dapat johan dlm nasyid antara KK. Best uuuu!!! Hahahaha aku rse sgt teruja akhirnya dpt meenyumbang utk KK aku time orientasi ney.. At least aku dpt kenal ramai orang. ngahaha actually takde la rami pown.. Sbb almost all budak nasyid yg pompuan keyh satu floor ngn aku.. wahahahahaha tak sangke langsung. dr situ kami jadi rapat. Kan best gituu... Oke, peranan dan tugas aku dlm team nasyid itu ialah. MENYANYIKAN LAGU NASYID. maaf atas kekurangan asaman itu.

Aku diberi tugas untuk menyanyi menggunakan suara soprano.. gile tak gile la an.. hahah jenuh aku nak nyanyi. p Alhamdulillah aku dapat buat dgn jayanya.. Solo, ditugaskan kepada Faz, dan Aliff. Kami nyanyi lgu Ummah gemilang. Actually aku lupa tajuk dia.. tapi aku bagi yang lebih kurang jela.. Hahaha ups jgn marah abg paan, kak faz, kak bib, kak syida.. keh3

Bila dah menang tu mestila kena buat peersembahan an? So, kami ditugaskan pula untuk buat persembahan di DTC (Dewan Tunku Canselor) utk majlis penutup.. So, inilah dia..

yeah tu dia Faz dan Aliff

meriahkan baju kami??? pink hijau. menarik utk prsembahan.. =) 

last but not least....
like seriously, tengok muke aku.. Nampak? kau ingat senang nak buat suara soprano????

hahahahahahaha.. 
sudahlah.. Aimi. enough smpai sini jelaa..

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih banyak-2 pada Abg Paan, K.Faz, K.Syida dan K.Bib sebab banyak aja kitorang menyanyi.. Dan sabar dengan ktorang keyh.. thanks a lot.. Kemenangan kitorang adalh hasil usaha kita bersama.. Cewah tacing lak aku an... =) 
Love you all so demm much! muaxxxhh. *ups, utk wanita shaja* =P

Ini je kowt yang aku nak story sbb ini je yang paling menambat hati, dan tersimpan rapi dalam ingatan aku nanti... komfem! yang len tu pown same.. cuma tak sekukuh ini.. wah! jiwang sudaaaa.. okelah sebelum aku jiwang lagi dan membuatkan korang nak muntah. I'd better stop now.

Thanks for those who reading this blog.
Thanks for those who following me.
Thanks for those who support me.
Thanks for those who makes me smile always..


Friday, September 9, 2011

Baru Aku Sedar.. Dan Aku Tersangat Bersyukur

Assalamualaikum.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kadang-2 kita tak sedar yang apa yang kita dapat itu, sebenarnya yang paling bermakna dan paling terbaik untuk kita. Ya, kita memang tak sedar sebab bagi kita, apa yang kita mahukan dan apa yang kita paling harapkan itulah yang paling baik sebab kita sudah mentuhankan kata-2 "I KNOW WHAT IS BEST FOR ME" sehingga kita lupa yang segalanya telah ditentukan oleh Alllah swt.

Mula-2 aku sememangnya berat hati untuk melangkah ke universiti malaya kerana apa? kerana bagi aku, aku seolah tidak layak untuk ke situ. kenapa? entah mungkin aku terlalu memikirkan kekurangan aku. Apa kekurangan tu? Ah, kau fikirlah sendiri.
Okeyh! sambung cerita sebelum aku makin melalut dek kerana lupa apa yang aku nak kongsikan.

Setelah aku masuk ke UM barulah aku nampak apa yang Allah dah sediakan untuk aku. =) sukaaa baahagia~
Hahaha sejak aku masuk je, banyak berita gembira yang aku dan kawan-2 kat sini dengar.. Ya, kalau korang tau dan mengambil tahu info mengenai universiti mungkin korang tahu. Baiklah, biar aku story mory yew... UM menduduki tempat ke 167 ranking dunia beb! kau ingt senang? dan diikuti UKM ditempat ke 2++ see?! ngahahaha tetiba timbul rase bangge. Ala, bukan bangge gila smpai nak riak bagai... cuma rasa untungnye aku. Kan? Kan? Kan? Orang mcm aku yang tak bpe nak layak ney dapat masuk UM woy! hahaha

Oke, maknenye UM di ranking first Malaysia!! hahahah seronok dua kali!
Oke, aku nak cerita sket tentang Minggu haluan Siswa kat sini.. Aku KK12, memang best sbb kk terbesar di UM. keh3. bangge lagi sket. dan satu2nya kk yang ada dewan ber aircond. Kembang lagi 10 inci. Dah sudah, nak kembang plak... oke, kat sini memang best part yg paling aku suka mase kitowg buat tagline KK12 and sub a.k.a cheers.. Aku memang tak faham kenapa ada yang tak suka cheers. What the fish?! sempit sungguh otak-2 malah akal-2 mu. Kitorang akan menunjukkan kehebatan depan kolej2 lain.. wah! dan aku pasti KK12 adalh yang paling terbaik dan terganas..

Sub yang kitorang belajar smua best dan menarik serta unik.. cth :
sub wika-2, sub jong-2 inai, sub who say, sub kesentapan pun adoyyai, tepuk semangat banyak lagi lah. aku malas nak taip pangjang kat sini.. maaf! hehehe =)

walaupun penat... tapi berbaloi!
dah lah smpai sini jela aku nak tulis, nanti aku tulis lagi...
at-10-tion entry dia gadis itu part 2 tak dpt nak post skg sebab sedang kekeringan idea. ketandusan kata-2.
And nanti kalau ada masa lebih, aku story lagi pasal MHS UM keyh?
so setakat ney jela. bubye! salam!


love : aimi

Thursday, September 1, 2011

Rayakah?!

Assalamualaikum..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selamat hari raya semua..Maaf lah membiarkan blog ku beranak tikus bagaii... sudah agak terlalu lama aku tidka menulis entry di sini.. Bukan apa, aku ney mood nak raya dah hilang maka mood nak menulis tentang raya juga directly proportional hilang jugekk..

Raya kali ney, memang agak serabut. Bukan aku nak merungut and mengatakan raya langsung tak best. tapi hakikatnya, semangat raya masih ada cuma macam dah malap. wah! dahsyat..  Seperti yang semua sedia tau. aku akan mula melangkah masuk ke alam universiti 4 September 2011 ney. Yew. Oleh kerana kampunga aku di Batu Pahat. So, kami decide utk terus ke KL nanti. Maka oleh itu, ha amek kau. aku terpaksa packing barang nak ke kampung luar biasa daripada korang.

Memang serabut habis bila aku nak fikir barang ape yang kne bawak. Barang ape yang kena lengkap. OMG!!!!! dokumen-2 semua aku dah risau cukup ke tak.. Sampai tertinggal kat umah. Semalam malam aku ngn parents aku balik PG semata nak cari benda alah tu. tgh hari tadi balek BP semula. Memang raya pertama orang sibuk beraya aku sibuk bermain perasaan nak melalak nangis sbb tak lengkap. Semua salahkan aku itu ini la... Memang aku dah salah tapi stop salahkan aku.. Tolong bagi suggestion. itu je yang aku nak sekarang ney. Help me to solve this. Sebab bila aku da serabut, memang aku blurr and buntu malah bingung tak tau nak wat apa Kalau aku tau pown aku takkan tau nak start dari mana.

So, memang raya kali ney takde banyak gambar yang aku ambik. sekadar gambar keluarga. So, aku pown taknak la riak2 tayang muke aku kat blog ney. memang tak la an.. malas aku nak tunjuk. hahahah. Mesti korang boring an baca kisah raya aku. Yela, raya aku tak happening macam raya korang aku tengok banyak blog-2 letak gambar raya dowang yang memang syiokk habes tu.. Isk isk! =( jeles!

ney jela buat tatapan and kenangan aku... raya 2011 ney


Amek kau gambar family besar alam aku letak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...