Wednesday, August 17, 2011

Surat Untuk Dia

Assalamualaikum,
Kepada awak yang sentiasa menjadi inspirasi saya.
Saya tahu kita tak mungkin bersama. Saya tahu kita jauh berbeza. Namun, itu tidak menghalang saya untuk sentiasa memahamimu. Untuk pengetahuan awak, saya selalu membayangkan bagaimana rupa awak. Kerana saya seolah melihat awak dari tulisan awak. Jadi saya teringin nak bagi surat pada awak lebih-2 lagi bila awak sedang mengalami satu fasa ujian hidup yang mungkin berat bagi awak. Maaf andai surat ini bakal menjadi pengganggu hidupmu, saya tahu awak dalam dilema dan sengat serabut fikiranmu saat ini kerana peristiwa hitammu itu. Surat ini bakal membuatkanmu bertambah kacau. Walau apapun saya tetap nak tulis surat ini. Tetap nak tulis juga. =)

Awak, saya sudah cukup bahagia mengagumi awak dari jauh. Sudah cukup bahagia mencintai semua coretan hidup dan pendapat awak. Walaupun saya tahu kita terlalu jauh. Tapi, saya tidak mengharapkan apa-apa balasan, kerana yang selalu saya inginkan melihat coretanmu lagi yang mampu mebuat orang ketawa bahagia dan hilang segala tekanan. Bukanlah maksud saya untuk awak menjadi penenang kepada semua orang, tapi bukankan bahagia dapat membahagiakan orang lain yang sedang berduka? Setiap perkara baik pasti akan dibalas baik.

Awak, meskipun saya tahu peristiwa itu telah membuatkan awak hilang senyuman. Saya harap sangat awak tidak akan hilang senyuman itu selamanya. Kerana andai senyuman itu hilang, maka hilanglah seri dalam coretanmu. Sudah teramat cukup untuk saya melihat awak kembali bahagia. Awak jangan risau ya, saya akan selalu doakan awak mendapat kebahagiaan walaupun saya hanya mampu melihatnya dari jauh. Itu sudah cukup menggembirakan saya.

Kerana tulisan awak, saya mampu ketawa dan menangis juga melepaskan bebanan hati saya yang selama ini sentiasa terpendam. Membaca tulisan awak, bagaikan sebuah terapi untuk saya. Membaca tulisan awak membuatkan perasaan saya hidup. Ya, kerana tulisan awak juga begitu. Tulisan awak mampu mempengaruhi perasaan saya. Jika sedih perasaan awak yang dicoretkan dalam tulisan awak, maka sedihlah perasaan saya, Begitu juga jika awak bahagia.

Awak, saya mohon awak teruskan penulisan awak yang hidup itu. Teruskan mencari kebahagiaan, kerana kebahagiaan hakiki sedang menantimu mendapatkannya. Semoga berjaya dalam hidupmu.

Sekian.. Wassalam....



p/s: teramat jiwang suratku untuk dia penulis blog yang paling aku kagumi.  Ngahahaha. Tapi tulus dari sudut hati meh~ sampai termimpi-2 aku buat surat ney.. =D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...