Wednesday, August 24, 2011

Kuih Raya Aku : Biskut Almond Dekat Di Hati..

Assalamulaikum...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hai korang semua.. Hari ney aku buat kuih lagi.. Kuih tu is biskut almond. Hahah kau tengok name biskut tu aku baru je dapat ilham nak letak nama tu.. keh3. Biskut Almond Dekat Di Hati. Macam tv 9 la pulak.. Ah tak kisah la..

oke. Sebab aku rajin, so aku nak share resepi yang aku men campak-2 sendiri.. janji sedap.

Bahan-2 :
1 butter
4 cawan tepung gandum
2 atau 3 cawan tepung jagung (ikut suka hati)
2 cawan gula halus
2 biji telur
Essence vanilla
Pewarna merah
Almond kisar
Almond flakes
sebiji telur & pewarna kuning untuk disapu ke atas kuih

Cara-2 :
1. Pukul butter sampai kembang.
2. Masukkan essence vanilla secukup rasa, pewarna merah ikut suka, dua biji telur and gula halus kemudian pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan almond kisar sekali.
4. Lepas beberapa minit, adunkan dan pukul hingga menjadi doh, jangan takut-2 pakai tgn je. *yg penting pastikan tgn anda bersih* Ibu aku ajar, selagi tepung tu tak boleh nak dikepal tambah je tepung lagi. Thats why aku tak letak exact amount tepung yang diperlukan macam dlm buku resepi chef-2 yg power-2 tu. Aku men bantai cmpaak sampai puas hati dengan texture doh tu*ceyh*
Lepas dah puas hati, boleh torak doh tu pkai la rolling pin tu yew.
Then cetak kuih tu. Lepas tu bakar.
Aku bakar selama 20 minit pada suhu 180 'C memang agak lama la. Tu yang ade masa aku nak tulis entry ney. Sambil-2 tggu kuih aku tengah bakar.
Oh ya, untuk hiasan aku letak Almond flakes kat atas and sapu dengan telur yang telah dicampur pewarna kuning..

Oke, nak tau kenapa aku letak nama kuih tu begitu?? sebabnye.. kuih tu berbentuk.... Jeng jeng jeng!

yang ney sebelum di bakar, comel kan?? hahaha



Haaaa, yang ney setelah dibakar.. yummy!! 

gemok kan bila dah siap bakar? Aku sendiri tak tau nape, dari dulu aku buat kuih semua kuih yang aku buat akan bertukar gemok bila dah bakar. Padahal aku takde letak serbuk penaik pown. Murah rezeki lah kowt.. Hahahaha. Sape yang makan kuih ney mkn dua biji je dah boleh kenyang. kah3 memang penipu lah kan.. Tu kedekot namenye.. Thats why aku buat tak banyak. keh3 Alah, kalau habis buat lah lagi ye dak?? Aku memang suka buat kuih raya, lagipun setahun sekali je beb. 

So, selamat menikmati aktiviti membuat kuih raya.. Sesungguhnya memang nikmat. =) 

kalau tengok resepi aku, memang banyak yang ikut suka hati. Yela bagi aku, aku buat ikut gerak hati aku. Dengan penuh kasih sayang. Barulah nikmat bila makan.

Sekian.. Cau! calo bete! W'salam.
love : cik maia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...