Thursday, August 18, 2011

Bahana Mengumpat #Khas untuk bakal Mami Jarum

Assalamualaikum,
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Yeah! Aku buat entry lagi! Bunyi mercun meletop berwarna-warni ouh! indahnya.... =.=''' Hahaha. Lek luuu!!! Jangan benci-2 nanti jadi sayang... Okeyhla, semoga Ramadhan kali ney dapatlah tambah + gandakan bekalan akhirat nanti yew sygs!

Cakap pasal amalan masa puasa ney, bukan tido memanjang yew! Macam-2 amalan kite boleh buat, baca Al-Quran ke bersedekah ke buat solat sunat ke, banyak-2kan berzikir ke. Wah! mcm kau buat je Aimi. Hello...At least bila aku ckp macam ney boleh la jugak mengingatkan aku. Kan? Kan? Kan? Nama pown insan (dlm bhse arab) mudah lupa.. Bukan Melayu je mudah lupaa.. Manusia pownn..

Oke, aku mengaku ak memang mudah lupaa. Yela aku kan manusia. Aku rasa macam aku ada buat salah sebelum ney, biasalah perempuan ape lagi mengumpat la kan.. jangan nak cakap korang tak mengumpat la kan. Penipu. Aku bet semua orang dalam dunia ney pernah and selalu gak mengumpat, please jgn nak hipokrit.

Cerita dia begini....
Beberapa hari yang lepas aku dok story-2 pasal hamba Allah ney dgn mak aku, semua aku ungkitkan apa yang dia dah buat kat kitorang dulu sampai sekarang. Byasenye yang buruk-2 la, mmg pown sbb selama aku hidup aku rase hamba Allah tu tak pernah buat apa-2 untuk aku since aku kecik-2. Kadang-2 aku rasa aku ney macam melukut di tepi gantang. *nyanyi sikit* Aku ada ke aku takda ke, takde hal nyelah. Entah-2 rasa sedih pilu pown takde. Ade aku kesah?

Dok story mory.. tetiba aku tanye ibu.

Ibu, kita ney dikira mengumpat ke? Ala lagipun kita cerita just nak ambik pengajaran je, supaya jangan buat terlalu pentingkan diri sendiri dan tak bertanggungjawab. Salah ke kita cakap pasal dia?

Entah, yela kowt mengumpat sebab kita cakap pasal keburukan orang, dari dulu pula tu.

Aku pown cam bingung la jugak, keliru pown ade. Byasela aku kan manusia yang banyak buat dosa, mana la aku tau n ingat salah aku kat mana.

Dipendekkan cerita, keesokannya aku baring kat riba mak aku masa dia tenga mengaji. Rasa tenang je, kalau aku meninggal time tu mcm dramatik la plak uisy! oke aku da lari tajuk mengarut je aku ney. Astaghfirullah....Oke, tetiba aku ternampak satu majalah kegemaran zaman aku kanak-2 iaitu Asuh. Agaknya, memang Allah nak bagi aku petunjuk di bualn Ramadhan yang penuh berkat ney.

Aku pown dengan lajunya mengambil semua majalah Asuh yang ada tu lalu aku baca. Sebuah demi sebuah aku baca, sampai la aku baca sebuah ney, dalam tu....... tajuk pasal Dia Maha Mengadili. First, dalam tu kata, pahala ditukar dengan dosa. Maksudnya, kalau kita menganiayai seseorang, kita akan dapat segala dosa-dosa orang yang dianiayai tu manakala orang yang di aniayai akan mendapat segala pahala kita. Begitulah yang akan berlaku di Padang Mahsyar nanti, walau banyak mana sekali pun bekalan pahala kita, belum tentu akan selamat jika dalam hidup kita, kita berbuat zalim kepada orang lain.

Dan perbuatan zalim itu termasuklah mengumpat, memfitnah, mengejek, mencaci, mendedahkan aib orang dan macam-2 lagi yang membuatkan kita seperti menganiayai orang. Second, dalam tu cerita pasal memakan daging manusia. Suatu kisah yang menceritakan bagaimana kejahatan memusnahkan puasa seseorang. Kisah dia begini...

Ada dua orang perempuan meminta kebenaran Rasulullah untuk berbuka kerana sudah tidak larat berpuasa. Baginda mahu bertemu mereka, lalu memberikan sebuah bekas kepada salah seorang daripada dua orang perempuan itu. Perempuan itu berkata, "untuk apa bekas itu?" lalau baginda menjawab, "Muntahkan apa yang ada di dalam mulut ke dalam bekas itu."

Perempuan itu menurut sahaja. Keluarlah dari mulutnya darah dan nanah yang banyak memenuhi bekas itu. Diberi pula sebuah bekas lagi kepada perempuan yang seterusnya. Dia juga disuruh memuntahkan apa yang ada di dalam mulutnya. maka benda yang sama berlaku juga.

Kata baginda.....

"Kedua-dua gadis ini berpuasa daripada yang dihalalkan oleh Allah dan berbuka dengan perkara yang diharamkan oleh Allah kepadanya. Salah seorang daripada keduanya duduk bersama yang lain, lalu memakan daging manusia"

Maksudnya, perempuan itu mengumpat seseorang dan rakannya tumpang mendengar.
Membaca artikel itu, buat aku rasa nak menangis melalak. Ya Allah, aku rasa berdosa gila. Aku rasa macam dosa aku tu terlalu berat dan sangat besar. Masa tu, Allah je yang tau betapa aku baring dalam ketakutan yang amat sangat bila baca pasal tu. Kisah perempuan itu seolah-2 mengisahkan tentang aku dan ibu aku. Cuma bezakannya ibu bukanlah gadis. hehe.

Tapi seriously, memang aku rasa berdosa tahap gila punye. Walau apapun alasan kita nak ungkit pasal keburukan orang. Itu masih tetap dikira mengumpat. Dan mengumpat itu adalh sesuatu yang diharamkan oleh Allah. Jika sudah jatuh haram, maka berdosalah kamu..

Malangnya, kita sudah terbiasa seolah-2 mengumpat menjadi satu kewajipan dan adat dalam kehidupan. Percayalah, walau sebaik manapun perempuan itu dia tetap tak mampu menghalang ujian mengumpat yang Allah beri. Cuma yang membezakan banyak kali atau sedikit. Namun, boleh diubah. Ingat wahai kawan-2 ku yang perempuan baik lelaki. Jaga mulut, jaga hati. Maka terjagalah peribadi. Wah ayat aku!
Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah S.W.T berfirman,

"Dan siapa yang anggota-anggotanya (anggota badan) tidak berpuasa daripada perkara-2 yang aku haramkan, maka tidaklah Aku berhajat agar dia meninggalkan makan dan minumnya demi kerana-Ku." 

(Riwayat Abu Nuaim daripada Ibnu Mas'ud r.a)

Dalam hadis yang lain.. Nabi s.a.w memberitahu,

"Ramai daripada mereka yang berpuasa tidak memperoleh apa-2 melainkan lapar, dan ramai yang berdiri malam (dengan beribadah) tidak memperoleh apa-2 melainkan letih berjaga malam."

(Riwayat an-Nasai, Ibnu Majah & al-Hakim daripada Abu Hurairah r.a)

Sekian...
Semoga kita dapat menjada hamba Allah yang bertaqwa dan sentiasa bersyukur. Amin..

love: miss maia

2 comments:

daffi said...

ish3..ade mengumpat sy x ? :P

Dunia Cik Maia said...

entah... skg ney takde.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...