Wednesday, August 24, 2011

Kuih Raya Aku : Biskut Almond Dekat Di Hati..

Assalamulaikum...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hai korang semua.. Hari ney aku buat kuih lagi.. Kuih tu is biskut almond. Hahah kau tengok name biskut tu aku baru je dapat ilham nak letak nama tu.. keh3. Biskut Almond Dekat Di Hati. Macam tv 9 la pulak.. Ah tak kisah la..

oke. Sebab aku rajin, so aku nak share resepi yang aku men campak-2 sendiri.. janji sedap.

Bahan-2 :
1 butter
4 cawan tepung gandum
2 atau 3 cawan tepung jagung (ikut suka hati)
2 cawan gula halus
2 biji telur
Essence vanilla
Pewarna merah
Almond kisar
Almond flakes
sebiji telur & pewarna kuning untuk disapu ke atas kuih

Cara-2 :
1. Pukul butter sampai kembang.
2. Masukkan essence vanilla secukup rasa, pewarna merah ikut suka, dua biji telur and gula halus kemudian pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan almond kisar sekali.
4. Lepas beberapa minit, adunkan dan pukul hingga menjadi doh, jangan takut-2 pakai tgn je. *yg penting pastikan tgn anda bersih* Ibu aku ajar, selagi tepung tu tak boleh nak dikepal tambah je tepung lagi. Thats why aku tak letak exact amount tepung yang diperlukan macam dlm buku resepi chef-2 yg power-2 tu. Aku men bantai cmpaak sampai puas hati dengan texture doh tu*ceyh*
Lepas dah puas hati, boleh torak doh tu pkai la rolling pin tu yew.
Then cetak kuih tu. Lepas tu bakar.
Aku bakar selama 20 minit pada suhu 180 'C memang agak lama la. Tu yang ade masa aku nak tulis entry ney. Sambil-2 tggu kuih aku tengah bakar.
Oh ya, untuk hiasan aku letak Almond flakes kat atas and sapu dengan telur yang telah dicampur pewarna kuning..

Oke, nak tau kenapa aku letak nama kuih tu begitu?? sebabnye.. kuih tu berbentuk.... Jeng jeng jeng!

yang ney sebelum di bakar, comel kan?? hahaha



Haaaa, yang ney setelah dibakar.. yummy!! 

gemok kan bila dah siap bakar? Aku sendiri tak tau nape, dari dulu aku buat kuih semua kuih yang aku buat akan bertukar gemok bila dah bakar. Padahal aku takde letak serbuk penaik pown. Murah rezeki lah kowt.. Hahahaha. Sape yang makan kuih ney mkn dua biji je dah boleh kenyang. kah3 memang penipu lah kan.. Tu kedekot namenye.. Thats why aku buat tak banyak. keh3 Alah, kalau habis buat lah lagi ye dak?? Aku memang suka buat kuih raya, lagipun setahun sekali je beb. 

So, selamat menikmati aktiviti membuat kuih raya.. Sesungguhnya memang nikmat. =) 

kalau tengok resepi aku, memang banyak yang ikut suka hati. Yela bagi aku, aku buat ikut gerak hati aku. Dengan penuh kasih sayang. Barulah nikmat bila makan.

Sekian.. Cau! calo bete! W'salam.
love : cik maia

Photo Editing Contest By Eien Razak & Dayah Jelita.

Assalamualaikum kawan-2 semua,,
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wah.. dalam mase beberapa jam je da berapa entry aku.. keh3. Ini semua gara-2 boring terlampau dan kekeringan idea tahap gurun sahara. Jadi untuk mengembalikan mood aku, so aku join la satu contest ney.. Anjuran Cik Eien Razak & Cik Dayah Jelita.. menarik contest ney. Hehehehe. Hadiah dia pown menarik kaww!


Baiklah tanpa membuang masa.. jeng jeng jeng!! Ups belum lagi. Nak bagitahu gambar ney gambar beramai-2 iaitu gambar kelas HAYAT 32 masa Annual Dinner tok pelajar KMJ..
So, ini lah gambarnye..
Sebelum
<< klik untuk membesar >>

lihat ke bawah....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Selepas
<< klik untuk membesar >>

banyak gambar yang aku dah edit, tapi aku pilih gambar ney sebab...
saje nak imbas kembali kenangan di KMJ dulu..

kepada member blog bertuah anda di tag... =)


So, kepada kengkawan semua, meh la join skali. Boleh menunjukkan keterer' an korang mengedit gamba. Aku pown takde la power sgt pown.. edit ala kanak-2 baru belajar je..

Kalau nak join skali boleh klik pada nama penganjur.. oke?

Sekian cau! Salam.

Kuih Raya Aku : Kuih Tart Gulung

Assalamualaikum..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wahhh raya dah nak dekat kan??
So, byase lah time-2 nak dekat raya ney, orang-2 semua sibuk buat kuih.. Aku pown buat jugak.. Aku tulis entry pagi-2 buta ney pown sebab tga tggu kuih aku siap.. Hurmmmm penat sungguh menunggu yew..

oke.. ney resepi versi aku utnuk satu adunan yew :

Bahan-2 :
Satu buku butter.
4 cawan tepung gandum
Satu biji telur.
Essence Vanilla sekucup rasa.
pewarna kuning *ikut suka nak letak ke tak*
Jem nenas. *sukati korang nak jem ape*
telur dan pewarna kuning *ney untuk sapu kat atas kuih tu*

Cara-2 :
Pukul butter tu sampai dia kembang yew anak-2. Lepas tu masukkan tepung sikit demi sedikit.. *ceyh cm chef plak* then, masukkan telur vanilla and pewarna *ikut suka* Kacau ke pukul ke hingga sebati. Lepastu, jadikanlah doh.
Hahaha kalau ikot cara aku memang brutal habis la an.. pastikan tangan anda bersih lepas tu pe lagi.. Belasah la tepung tu smpai betul-2 sebati. Keh3. Ade yang kata letak garam sket nak kasi rase lemak-2 sket. Tapi aku tak letak. Tak berminat. hehehe

Untuk jem, beli yang dah siap boleh, nak buat sendiri pown bole.. yang buat sendiri tu, aku tak ingat macam mana ibu aku ajar.. keh3 so pakai jela yang dah siap jual tu..nak cepat an. Then, jem tu gentel-2 ikot sukati nak saiz ape.. hahaha
Oke. Lepastu, pakai cetak kuih semprit *aku tak tau eja dia betul ke tak* masukkan tepung. lepastu buat laaa..letak jem, gulung.

Atas kuih tu...kire cam hiasan la.. takde la hias sgt pown. pukul telur dengan pewarna kuning. Ada orang pakai kuning telur je, ade yang pkai dua-2 ada yang pkai putih telur je. Suka hati korang la nak pkai apa. haha tapi aku biasa pakai dua-2 sebab malas nak asingkan. Then sapula kat atas kuih tart tadi.

Tapi yang kali ney, aku modify sket. Aku ney tak suka kuning sgt. well, aku memang cerewet bab mkn. So, aku tak letak pewarna dlm tepung tu. Malah aku tak pkai telur ngan pewarna pown tok sapu kat atas. Aku ganti dengan madu.. Aku memang suka kuih-2 pucat ney.. keh3 sebab dari dulu, aku buat kuih memang rupa pucat je.. hik3 kurang bermekap. tapi habis jugak budak-2 makan jiran-2 puji sedap je.. *tangan didada mata ke atas* hak3 -lempang karang.

Bagi aku asal kurang pada rupa tapi kaw-2! punye rasa. Sebab banyak kat kedai jual yang menarik-2 fancy-2 je tengok kuih tapi rase hempeh. Kalau kena yang sedap tu memang sedap la bagus la Alhamdulillah.. Tak sia-2 beli. Tapi kalau yang kureng tu, sedih je aty lagi-2 yang mmg teringin gila nak mkn kuih tu. Hampa sungguh rasa aty.

ney hasil yang aku buat.. memang tak kuning sebab aku tak suka..

Tak kuning sgt an? an? Macam pucat an? Tapi yang mcm ney la yang aku paling suka.
Sekian sahaja. Aku berkongsi cerita kali ney. Nanti nak buat kuih laen aku post entry lagi ye..

p/s : perasan tak cara-2 aku buat tu panjang melebar ayt aku. macam buat karangan. keh3

love : cik maia

My First Giveaway


 Assalamualaikum,,
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Orait. I'm back! Saya sudah kembali berblog. Walaupun masih kekeringan idea untuk entry baru. So, untuk mengelakkan kurap malas nak berblog, so aku joinla satu giveaway ney.. Anjuran cik Zainab..
yeah tu dia.... bannernya..


<< klik untuk join sekaki >>

Sedar tak sedar, da lame hambo tak join giveaway ney. Bukan apa aku ney nak join rasa mcm tak layak la plak.. hahahahah *merendah diri amalan mulia kak..* Lagipun, tak pernah dapat pun.. takpe-2 tak kisah..

Tapi kali ney, aku rasa terpanggil pulak nak join.. Rasa macam ada yang memanggil-2 aku sepoi-2 bahasa tok join ney. And akku memang tersangat nak join.. SEBAB APA?

sebab hadiah giveaway nye.... menarik perhatian aku yang teramat..
Apa yang menarik perhatian aku?
Hadiah-2 tu adalah aksesori and kraf kristal dari SABAH kaww!!!
aku teringin nak gi SABAH SARAWAK. hahaha hajat tak kesampaian, tapi takpe dapat kraf dari SABAH pun dah oke der... kire konon cam ak dah pegi la.. hahaha tapi lau dpt peluang pegi memang aku nak la an..


Top up. Maaf ye tuan giveaway, saya copy gamba ney haaa..

yeah!! tu diaaa aksesori and kraf kristal dari SABAH... cantik beb! *lempang muka* 
So, saya war-2 kan kepada sesiapa yang nak join... meh klik banner kat atas..

And last but not least nak kongsi giveaway ney pada mereka :


yang telah di tag oleh saya...
=)


Sunday, August 21, 2011

#No Title# Tolong letakkan...

Assalamualaikum,
---------------------------------------------------------------------------------------------------
beberapa hari ney ak memang tak terasa malah takde mood nak online...
FB pown mcm tak nak sentuh...*sengaja* sebabnya, masalah kesihatan yang menghalang daripada niat itu diteruskan. Niat apa? niat nak online la.

Oke, saje post entry ney, knon nak tunjuk yang aku masih aktif berblog cuma kekeringan idea tahap nazak. Lagipun saje nak kasi sure yang blog aku takde sarang tikus. *orang selalu guna bersawang*
hahah sudahlaah kau Aimi, sebelum kepala nak meletup lagi disebabkan radiasi lappy ney.. kah3 better kau blah skg.

FYI, aku ada masalah mood swing yang tahap down, bukan yang tahap nak marah-2 tu. Actually aku sendiri tak pasti masalah tu wujud ke tak kat dunia ney. hahaha. tapi kalau dah tiba masalah tu, TV pown aku taknak tengok.
Mungkin disebabkan aku selalu sakit kepala, and kalau boleh aku taknak nampak cahaya yang menyakitkan terus menusuk mata aku. Kecuali waktu malam sebab aku fobia tidur gelap, cuma sejak akhir2 ney ak nak tido pown sakit kepala so, aku beranikan diri untuk tidur bergelap.

sekian aku mengarut. Cau!

p/s : masih bertahan

Thursday, August 18, 2011

Bahana Mengumpat #Khas untuk bakal Mami Jarum

Assalamualaikum,
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Yeah! Aku buat entry lagi! Bunyi mercun meletop berwarna-warni ouh! indahnya.... =.=''' Hahaha. Lek luuu!!! Jangan benci-2 nanti jadi sayang... Okeyhla, semoga Ramadhan kali ney dapatlah tambah + gandakan bekalan akhirat nanti yew sygs!

Cakap pasal amalan masa puasa ney, bukan tido memanjang yew! Macam-2 amalan kite boleh buat, baca Al-Quran ke bersedekah ke buat solat sunat ke, banyak-2kan berzikir ke. Wah! mcm kau buat je Aimi. Hello...At least bila aku ckp macam ney boleh la jugak mengingatkan aku. Kan? Kan? Kan? Nama pown insan (dlm bhse arab) mudah lupa.. Bukan Melayu je mudah lupaa.. Manusia pownn..

Oke, aku mengaku ak memang mudah lupaa. Yela aku kan manusia. Aku rasa macam aku ada buat salah sebelum ney, biasalah perempuan ape lagi mengumpat la kan.. jangan nak cakap korang tak mengumpat la kan. Penipu. Aku bet semua orang dalam dunia ney pernah and selalu gak mengumpat, please jgn nak hipokrit.

Cerita dia begini....
Beberapa hari yang lepas aku dok story-2 pasal hamba Allah ney dgn mak aku, semua aku ungkitkan apa yang dia dah buat kat kitorang dulu sampai sekarang. Byasenye yang buruk-2 la, mmg pown sbb selama aku hidup aku rase hamba Allah tu tak pernah buat apa-2 untuk aku since aku kecik-2. Kadang-2 aku rasa aku ney macam melukut di tepi gantang. *nyanyi sikit* Aku ada ke aku takda ke, takde hal nyelah. Entah-2 rasa sedih pilu pown takde. Ade aku kesah?

Dok story mory.. tetiba aku tanye ibu.

Ibu, kita ney dikira mengumpat ke? Ala lagipun kita cerita just nak ambik pengajaran je, supaya jangan buat terlalu pentingkan diri sendiri dan tak bertanggungjawab. Salah ke kita cakap pasal dia?

Entah, yela kowt mengumpat sebab kita cakap pasal keburukan orang, dari dulu pula tu.

Aku pown cam bingung la jugak, keliru pown ade. Byasela aku kan manusia yang banyak buat dosa, mana la aku tau n ingat salah aku kat mana.

Dipendekkan cerita, keesokannya aku baring kat riba mak aku masa dia tenga mengaji. Rasa tenang je, kalau aku meninggal time tu mcm dramatik la plak uisy! oke aku da lari tajuk mengarut je aku ney. Astaghfirullah....Oke, tetiba aku ternampak satu majalah kegemaran zaman aku kanak-2 iaitu Asuh. Agaknya, memang Allah nak bagi aku petunjuk di bualn Ramadhan yang penuh berkat ney.

Aku pown dengan lajunya mengambil semua majalah Asuh yang ada tu lalu aku baca. Sebuah demi sebuah aku baca, sampai la aku baca sebuah ney, dalam tu....... tajuk pasal Dia Maha Mengadili. First, dalam tu kata, pahala ditukar dengan dosa. Maksudnya, kalau kita menganiayai seseorang, kita akan dapat segala dosa-dosa orang yang dianiayai tu manakala orang yang di aniayai akan mendapat segala pahala kita. Begitulah yang akan berlaku di Padang Mahsyar nanti, walau banyak mana sekali pun bekalan pahala kita, belum tentu akan selamat jika dalam hidup kita, kita berbuat zalim kepada orang lain.

Dan perbuatan zalim itu termasuklah mengumpat, memfitnah, mengejek, mencaci, mendedahkan aib orang dan macam-2 lagi yang membuatkan kita seperti menganiayai orang. Second, dalam tu cerita pasal memakan daging manusia. Suatu kisah yang menceritakan bagaimana kejahatan memusnahkan puasa seseorang. Kisah dia begini...

Ada dua orang perempuan meminta kebenaran Rasulullah untuk berbuka kerana sudah tidak larat berpuasa. Baginda mahu bertemu mereka, lalu memberikan sebuah bekas kepada salah seorang daripada dua orang perempuan itu. Perempuan itu berkata, "untuk apa bekas itu?" lalau baginda menjawab, "Muntahkan apa yang ada di dalam mulut ke dalam bekas itu."

Perempuan itu menurut sahaja. Keluarlah dari mulutnya darah dan nanah yang banyak memenuhi bekas itu. Diberi pula sebuah bekas lagi kepada perempuan yang seterusnya. Dia juga disuruh memuntahkan apa yang ada di dalam mulutnya. maka benda yang sama berlaku juga.

Kata baginda.....

"Kedua-dua gadis ini berpuasa daripada yang dihalalkan oleh Allah dan berbuka dengan perkara yang diharamkan oleh Allah kepadanya. Salah seorang daripada keduanya duduk bersama yang lain, lalu memakan daging manusia"

Maksudnya, perempuan itu mengumpat seseorang dan rakannya tumpang mendengar.
Membaca artikel itu, buat aku rasa nak menangis melalak. Ya Allah, aku rasa berdosa gila. Aku rasa macam dosa aku tu terlalu berat dan sangat besar. Masa tu, Allah je yang tau betapa aku baring dalam ketakutan yang amat sangat bila baca pasal tu. Kisah perempuan itu seolah-2 mengisahkan tentang aku dan ibu aku. Cuma bezakannya ibu bukanlah gadis. hehe.

Tapi seriously, memang aku rasa berdosa tahap gila punye. Walau apapun alasan kita nak ungkit pasal keburukan orang. Itu masih tetap dikira mengumpat. Dan mengumpat itu adalh sesuatu yang diharamkan oleh Allah. Jika sudah jatuh haram, maka berdosalah kamu..

Malangnya, kita sudah terbiasa seolah-2 mengumpat menjadi satu kewajipan dan adat dalam kehidupan. Percayalah, walau sebaik manapun perempuan itu dia tetap tak mampu menghalang ujian mengumpat yang Allah beri. Cuma yang membezakan banyak kali atau sedikit. Namun, boleh diubah. Ingat wahai kawan-2 ku yang perempuan baik lelaki. Jaga mulut, jaga hati. Maka terjagalah peribadi. Wah ayat aku!
Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah S.W.T berfirman,

"Dan siapa yang anggota-anggotanya (anggota badan) tidak berpuasa daripada perkara-2 yang aku haramkan, maka tidaklah Aku berhajat agar dia meninggalkan makan dan minumnya demi kerana-Ku." 

(Riwayat Abu Nuaim daripada Ibnu Mas'ud r.a)

Dalam hadis yang lain.. Nabi s.a.w memberitahu,

"Ramai daripada mereka yang berpuasa tidak memperoleh apa-2 melainkan lapar, dan ramai yang berdiri malam (dengan beribadah) tidak memperoleh apa-2 melainkan letih berjaga malam."

(Riwayat an-Nasai, Ibnu Majah & al-Hakim daripada Abu Hurairah r.a)

Sekian...
Semoga kita dapat menjada hamba Allah yang bertaqwa dan sentiasa bersyukur. Amin..

love: miss maia

Wednesday, August 17, 2011

Surat Untuk Dia

Assalamualaikum,
Kepada awak yang sentiasa menjadi inspirasi saya.
Saya tahu kita tak mungkin bersama. Saya tahu kita jauh berbeza. Namun, itu tidak menghalang saya untuk sentiasa memahamimu. Untuk pengetahuan awak, saya selalu membayangkan bagaimana rupa awak. Kerana saya seolah melihat awak dari tulisan awak. Jadi saya teringin nak bagi surat pada awak lebih-2 lagi bila awak sedang mengalami satu fasa ujian hidup yang mungkin berat bagi awak. Maaf andai surat ini bakal menjadi pengganggu hidupmu, saya tahu awak dalam dilema dan sengat serabut fikiranmu saat ini kerana peristiwa hitammu itu. Surat ini bakal membuatkanmu bertambah kacau. Walau apapun saya tetap nak tulis surat ini. Tetap nak tulis juga. =)

Awak, saya sudah cukup bahagia mengagumi awak dari jauh. Sudah cukup bahagia mencintai semua coretan hidup dan pendapat awak. Walaupun saya tahu kita terlalu jauh. Tapi, saya tidak mengharapkan apa-apa balasan, kerana yang selalu saya inginkan melihat coretanmu lagi yang mampu mebuat orang ketawa bahagia dan hilang segala tekanan. Bukanlah maksud saya untuk awak menjadi penenang kepada semua orang, tapi bukankan bahagia dapat membahagiakan orang lain yang sedang berduka? Setiap perkara baik pasti akan dibalas baik.

Awak, meskipun saya tahu peristiwa itu telah membuatkan awak hilang senyuman. Saya harap sangat awak tidak akan hilang senyuman itu selamanya. Kerana andai senyuman itu hilang, maka hilanglah seri dalam coretanmu. Sudah teramat cukup untuk saya melihat awak kembali bahagia. Awak jangan risau ya, saya akan selalu doakan awak mendapat kebahagiaan walaupun saya hanya mampu melihatnya dari jauh. Itu sudah cukup menggembirakan saya.

Kerana tulisan awak, saya mampu ketawa dan menangis juga melepaskan bebanan hati saya yang selama ini sentiasa terpendam. Membaca tulisan awak, bagaikan sebuah terapi untuk saya. Membaca tulisan awak membuatkan perasaan saya hidup. Ya, kerana tulisan awak juga begitu. Tulisan awak mampu mempengaruhi perasaan saya. Jika sedih perasaan awak yang dicoretkan dalam tulisan awak, maka sedihlah perasaan saya, Begitu juga jika awak bahagia.

Awak, saya mohon awak teruskan penulisan awak yang hidup itu. Teruskan mencari kebahagiaan, kerana kebahagiaan hakiki sedang menantimu mendapatkannya. Semoga berjaya dalam hidupmu.

Sekian.. Wassalam....



p/s: teramat jiwang suratku untuk dia penulis blog yang paling aku kagumi.  Ngahahaha. Tapi tulus dari sudut hati meh~ sampai termimpi-2 aku buat surat ney.. =D

SEGMEN : Personaliti Blogger Mengikut Jenis Darah



Assalamualaikum...Bebeh! (saje tambah mood baik)
-----------------------------------------------------------------------------------------
Baiklah anak-2.. Jika melihatkan tajuk entry ku kali ini..Sudah terang lagi bersuluh, aku join satu segmen. Rasenye macam agak lama aku menyepi dari join ape-2. Tapi memang jarang pown, sebab aku jarang gila on-9 and hapdet blog aku, coz ape yg aku buat always is blogwalking. Saje jalan-2 merilekskan *cam dahsyat je eja* otak aku yang selalu gak serabut tak tentu pasal.

yeah! tu dia Cik Dila punye header.. (Tuan segmen)

Okeyhlah, intro aku terlalu panjang. Harharharhar..
Pernah terdengar jenis darah boleh menunjukkan personaliti seseorang malah mempengaruhi diet org tu jugak. Aku tau korang mesti pernah dengar pasal diet mengikut jenis darah. Oke aku taknak cerita apa-2 pasal diet-2 bagai. Hahaha. Sebab ramai org salah anggap pasal diet.

Baiklah, *wahah dah mcm cikgu pulak* mengikut salasilah keluarga aku, ceyh... Ayah aku orang berdarah panas. (ofkos! mamalia annn.. ) haha oke aku mengarut. Bahasa pasar :
AYAH AKU DARAH O, MAK AKU DARAH A, SO AKU????? sila lihat carta dibawah >>>

SERONOK BELAJAR BENDA ALAH NEY..I LOVE! BIOLOGY. HARHARHAR
                                           
Maka dengan ini aku mengisytiharkan bahawa AKU BERDARAH A 
Berikut adalh personaliti mengikut darah... (wah formal gituuu)


Darah A [ Farmers ] >>> yeah tu dia darah aku!!
Mereka berdarah jenis ni memang seorang yang pemalu , 
bertimbang rasa , setia , tak pandai menipu , perahsia , 
sensitip , agak degil dan serius dalam hidup..

Darah B [ Hunters ]
Mereka berdarah jenis B seorang yang periang , mempunyai personaliti
yang tersendiri , pemalas , kurang sabar , tapi sangat passionate
*bersungguh-sungguh bila melakukan sesuatu

Darah AB [ Humanists ]
Mereka pandai menguruskan kewangan , cool and steady,
ceria , bijak mengawal emosi.

Darah O [ Warriors ]
Outgoing , expressive , passionate , ada ciri pemimpin , 
self-confident , sifat cemburu kuat , setia , sabar




Jadi kepada mereka yang ingin join segmen ini.. Bolehlah klik saja di banner tuan tanah di atas yew! 
Meh la join. Bukan je dapat tambah kawan, dapat jugak info best mcm ney.. Kan? Kan? Kan?

Okeyhla! Sekian
Calo bete!

Wednesday, August 10, 2011

Teringat Mase Aku First Puasa =)

Assalamualaikum.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ha. Sekarang ney tga bulan puasa kan?? So, rasenye tak terlambat lagi aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua orang Islam. =) mood baik sekarang ney.

Tiba-tiba aku teringat first time aku puasa. Yes, aku puasa masa umur aku 5/6 tahun. Tapi takdelah puasa penuh.. Hehehe. Masa tu kan baru belajar nak puasa. Dulu aku tak tahu kenapa kena puasa. Aku ikot je. Sebab mak aku kate nanti tak dapat duit rayaa. Byasela tu budak-2. Tapi oleh sebab aku kecik and baru belaja, so aku puasa sekrat hari je..p kekadang mak aku extend jugak..yela mase tu aku tak pandai bace jam so boleh la kelentong aku.. =D

Tapi takde maknenye.. Aku ney suke merungut lapar..siap jerit-2 ckp lapar. Tunduk-2 meraung-2 konon cam sakit sangat la perut aku tu.. (tambah je, aku pown tak igt aku buat ke tak). Rase mcm terlalu pnjang pula introduction aku. Nmpak sangat tak kena dengan tajuk entry.. Okelah siapakah Aniq?

Budak lelaki yang konon comel, suka bergaya yang pelik-2 lagi aneh dan suka buat aksi bila diambil gambarnya. Bermulut becok, satu hari suara dia sahaja yang berkumandang tak habes-2 melainkan dia tidur. Itupon kalau dia tak mengigau. Dan dia sgt manja dengan semua especially ibunya.

Curios siapa budak lelaki ini?? Adik ak yang bongsu laaa! Dia, kena marah ke ape wat dek je. Janji dia bahagia. Bulan puasa ney, aku slalu cakap dengan dia, "eeee.. Aniq tak puasa mana boleh buka puasa dengan kitorang..". Kalau aku dulu, agak gerun la jugak sebab waktu buka puasa la boleh makan yang best-2, so lau nak join buka puasa kena puasa. Tapi nampaknya budak zaman sekarang memang tak makan saman. Dia boleh menjawab aku plak.. memang aku selalu 'GRRRRRRR' je ngan dia.

amek kau!
Dia ney ada satu habit, bukan habitlah aku kire cam kelebihan berlakonla. Mase first time dia belaja puasa, korang tau dia punye berlakon perh! mantap. "Ibu!!!Perut Aniq sakit sgt ney.." "Ibu!! Aniq da lapar ney..Lapar sangat!" siap guling-2 pegang-2 perut. Nyampah aku. Hahaha. Bukan ape, teringat zaman aku kecik, sama jugak exactly berlakon cam dia. Ngahahaha. Tapi aku lgi dahsyat kowt, siap buat muke lemah gile mcm mintak penampor.

menganjeng la tu..
 lempang karang
Haha. Bukan tu je, dia ney memang menguji betol. Dia ney slalu mntak buatkan susu, *hello adik ak da xminom susu botol keyh* kalau mak aku taknak buat, dia suruh aku buat. Aku ney pemalas nak layan kerenah mengadanye tu, so aku elak-2 la.. tapi dia paksa, dia kata hausla. Jadahnye. Aku pown dengan grrrrrr nye pegi la buat. Aku siap cakap la, aku buat susu tak sedap. Pastu dia leyh ajar aku plak nak wat susu cmne, lempang kang! Da tau bley buat suruh org plak. Aku pnah skali ugut, "Aniq akak xpandai buat susu la. Akak masukkan je ape-2 ae? Ha, akak masukkan air ludah ney...*smbil pura-2 buat aksinye* eeeee..." pastu dye ley belasah aku.. pastu ugut-2 nak rosakkan laptop. Dasar! Bertuah punye budak!

Pastu kalau aku ejek dia tak puasa, muke bersalahnye tu ade. Tapi kejap je, lepas 2 buat muke selamba mntak terajang depan aku. Dia ney mengada sgt, smpai nak makan pown kena suapkan. Padahal dah 6thn. Gedik! hahahah. Aku sampai dah blurr tak tau nak nganjeng ape lagi ngn dia. Aku ney ley dikire ratu nganjeng la. Tapi siyes aku akan kalah bile ngan adik aku Aniq ney. Sebab muke dia yang konon comel bile wat dek. Dia plak yg nganjeng ak tanpa disedarinya. Grrrrrrr...

Maafla, disebabkan aku byk bersama dengan dua ekor budak kecik kat rumah ney, aku pown perangai lebih kurang sama dengan budak kecik. So kalau ade yang terasa aku annoying sbb mcm budak kecik, sorry la ye. Disebabkan jugak aku kat rumah ney byk mase dgn dowg aku bley berebut makanan/minuman, remote TV n even streamix kat umah ney. Ngahahaha. Aihhhh1 macam-2. Sampai ayah aku marah sebab aku dah besar tapi aku leyh berebut dgn dowg. wahahaha. Kan aku penah ckp, ayh aku yg paling byk bebel pasal aku dr mak aku.. Keh3.

Sekian.. Calo bete!

Friday, August 5, 2011

Ramadhan Terindah

Assalamualaikum,
----------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, 19tahun berlalu dengan sangat cepat. Tak sangka hari ini aku masih mampu menghirup udara segar, masih mampu bersyukur atas nyawa yang dianugerahkan oleh Allah kepadaku. Ya, hari ini bersamaan 5 Ogos 2011 ialah hari lahirku yang ke 19 tahun. Rasanya baru semalam aku menyambut hari lahir yang ke 17. Tanpa disedari aku sudah melepasi sweet 7teen.
       Tiada apa yang paling mmbuatku teramat bersyukur hingga sebak terasa hatiku, ingin menangis kerana aku masih mampu melihat cahaya matahari pada pagi ini. Ya Allah!! Aku masih hidup. Ya Allah, terima kasih Ya Allah. Ya, inilah yang aku rasakan dan inilah jeritan hatiku yang teramat berterima kasih kepadaNya.
       Terima kasih juga buat ibu dan ayah yang masih mengingati tarikh lahirku. Pasti di dalam lubuk hati kalian teramat pilu rasanya kerana anakmu yang pernah kalian gendong suatu masa dulu kini telah hampir dewasa, bakal meninggalkan rumah berjauhan dengan kalian. Aku tahu, kalian pasti merasa seperti baru semalam aku menyambut hari lahir yang pertama. Namun, ibu, ayah itu sudah ditakdirkan. Aku juga tahu kalian pasti mengharap andai aku tetap menjadi anak yang masih kalian gendong disaat aku menangis meminta pelukan kalian. *sesungguhnya aku  menangis membuat entry ini*
       Aku juga tahu bahawa kalian ingin tetap menatap aku sepertimana kalian menatap aku sewaktu aku baru dilahirkan. Sesungguhnya aku masih anakmu yang itu. Terima kasih juga buat kawan-2 yang mengucapkan selamat hari lahir kepadaku. Tahniah kerana masih berada dalam hati aku selama kita berkawan. Terima kasih kerana menyayangi aku, mungkin benar apa kita akan dapat kembali apa yang kita berikan. Aku berikan sejuta kasih sayang kepada kalian, dan sejuta kasih sayang juga yang ku dapat dari kalian.. Alhamdulillah.
       Ya Allah, kau berkatilah hidupku, berikanlah aku nur hidayahmu sebagai hadiah untukku, Kau jadikanlah aku hambamu yang sentiasa bersyukur. Ya Allah yang Maha Melindungi, lindungilah aku dari azab kubur dan azab seksa api neraka. Jadikanlah hari lahirku ini sebagai hari untuk aku memulakan kehidupan yang baru, dengan memperbaiki amalanku. Ya Allah berikanlah aku ketenangan dan kegembiraan di dunia dan akhirat. Amin.
      Namun, aku tidak harus terlalu gembira dengan hari ini, bersederhanalah. Kerana aku tidak tahu andai hari ini bakal menjadi hari lahirku yang terakhir. Ya, aku tidak tahu semua itu. Kerana itu dalah rahsia Allah. Jika itu menjadi kenyataan, aku teramat ingin menyatakan perasaan cintaku pada semua yang telah mencintaiku. Aku benar-2 sayang dan berterima kasih kepada kalian.
       Jika itu yang telah ditakdirkan, aku ingin memohon kepada Allah agar aku dimatikan dalam keadaan yang baik, masih tetap beriman kepadaMu, dalam keadaan sedang beribadah. Ya menunaikan ibadah puasaku dan kebetulan di hari Jumaat, hari yang pastinya sangat mulia di bulan yang juga bulan paling mulia. Ya Allah, sesungguhnya hidup dan matiku adalah untukMu. Aku bersyukur atas nikmat kelahiranku yang kau beri. Amanah yang kau beri harap dapat ku pikul meski ku tau aku tidak melakukannya dengan sempurna.
      Ya Allah, berilah aku peluang untuk memperbaiki amalanku, agar aku dapat menjadi hambamu yang bertaqwa meskipun ini peluang yang terakhir aku.

Sekian.

Tuesday, August 2, 2011

Bestnye! Kau hade?

Assalamualaikum,
------------------------------------------------------------------------------------------------
Wah, da bersarang semut, tikus dah beranak pinak, lipas dah melambak-2 kat blog aku ney. Seriously aku dah lame tak tulis entry dalam blog. Sebelum ney aku rse mcm takdde mood lgsung nak on9 even bukak FB pown aku mcm da takde rse nak bukak langsung. Aku tak tau nape, oke itu hal yang da lepas.
       Kali ney aku just nak bagitau yang sabtu hari tu (30/7/2011) aku balik kampung. Wah! dah lame gila aku tak balik kampung. Actually mmg plan nak balik sebelum puasa. So, akhirnya niat and plan kami berjalan lancar. Aku balik kampung lepas habis citer hindustan **aku tak ingat ape tajuk citer tu** tapi ada lagu yang. "tuje dekatume jana sanum...." -ntah ye tah tak aku pnye lirik tu.. sbb ayah aku yang beriye nak tengok. wahaha
       Sampai batu pahat pkol 7.30 mlm, lebih kurang la.. hehe lepastu aku decide jumpa Ayie kat BP Mall. Sekejap je, mula-2 ingat  nak tgok wayang tapi sebab nak pergi umah makcik, so kitowg just nak say hai, borak-2, jln-2 pusing satu mall. *terase sengal mase tu* OMG! dia jalan sgt laju, nak aje ak berjoging mse tu bia same laju ngn dia. haha. Tapi aku tak buat mcm tu, ak twos biakan dia jalan smpai ak mmg betol dah tinggal kat belakang dengan adik aku. *kire dia jln sorang* aku siap sembunyi kat kedai, tengok dia jalan dgn syoknya. hahaha.
banyak kan?
       Actually bukan pasal jumpa Ayie yg aku nak story, aku nak story pasal betapa syoknya kutip buah durian kat kebun. ahh! ohsem! Aku pergi ngan pak ngah sefamily hari ahadnye*hik3 ade ke perkataan tu?* bila sampai je kebun, aku dan adik-2 serta kazen-2ku berpusu-2 mengutip buah durian. haha. Seronok + excited gilerr mereka. Aku n Aina sibuk snap-2 gmba dowg tga mengutip, dapatla penuh keta sorong ngan bakul. Dan dengan segera kami menghabiskannya. wahaha tapi aku tak la, tak sggup dan tak larat. Mase tu aku tak mkn pape lagi, so bile masuk durian terus aku rse perut ak nak meletop sakitnye.
yeah tu dia!
       Tengah-2 mkn durian tu tetibe kami ternampak la rambutan yang masak ranum. Wah ayt aku. Apalagi, kazen ak pg la ambik galah n kait buahnye. Haha. Sbnanye jakon sbb tak pernah kait buah. haha. Mmg serabut gila, kait-2 yg jatuhnye dahan & ranting bukannye buah. Cis! tapi kami dpt jugak! =P
hasil tangkapan kami
      Lepastu, bila dowg kate je kat belakang ada buah manggis, kitowg pe lagi dengan gelojohnye terus pergi belakang, skali dowg nmpk sesuatu and sgt excited. Apekah? haha just buah rambutan yang lebih  merah daripada yang sebelumnya. Lepastu, pakcik tu ajar kitowg cmne nak kait buah manggis. Kitowg ape lagi, kait seberapa banyak yang boleh. Tapi weyh! mencabar weyh, penat pale aku nak dongak-2 cari buah manggis dahla kulitnya warne gelap. Mane nak nampak. Haha. Kelakar pown ade. Buah longan pown ade beb! memang superb. Buah makisa a.k.a buah susu pown ade, kau hade? ngahaha
aku::nikmatnye rambutan!
       Oleh kerana aku geram dengan buah rambutan yang sangat merah yang kitowg excited jumpa tu, ak cuba capai. Tapi tak sampai, ternyata lompatan ak tak bagus. Haha. Jadi dek kerana geram sgt nakkan rambutan tu aku pown panjatla pokok. peduli ape aku, aku dah lame tak panjat pokok. Mase tu takde sape nmpak, skali kazen aku, Uda nampak. Dia g kecoh-2. haiiihhh =="
       Tapi mmg pengalaman tu mmg plg best, ak siap ckp lagi kat adik aku, aku sanggupp tuka satu juta hengget dengan kebun & dusun yang banyak buah cmni. Walaupun susah tapi aku boleh dpt bnyk nikmat. heheh. So, oleh kerana mase kitowg ambik-2 buah tu before puase dapat lah mkn puas-2 menikmati buah-2an tempatan *aiseymen* dengan free! slurrrpppp!
<<tgok gmba sebelah. semangat KMJ tak?? wahahahahaha<<






maaf kalau korang bace time tga puase ney.. hahaha
Kuatkan iman ye anak-2 jgn tergugat. Awww!
=P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...