Saturday, July 2, 2011

Setiap Orang Special in Their Own Ways

Assalamualaikum..
mood: agak serius
Malam ney (Jumaat) aku tengok TV sampai pkol 2 lebih cerita bertajuk 'A Beautiful Mind'.
Mula2 aku ingat cerita ney cerita aksi macam citer James Bond tuu,, bila dah syok tengok, baru aku tau cerita tu kisah benar.
'A Beautiful Mind' banyak buat aku sedar and buat minda aku terbuka lebih luas. Malah, hampir membuatkan aku mengalirkan air mata.
Kisah seorang ahli matematik yang mempunyai masalah paranoid schizophrenia beliau, John Nash melalui hari2 sukarnya. He began speaking of characters like Charles Herman and William Parcher, karakter yang hadir dalam dunia ilusinya. 


Well, berdasarkan info yang aku cari cerita tu dikatakan tidak sepenuhnya betul, mungkin ada tolak tambahnya.Tetapi bukan itu yang ingin aku persoalkan.
Dalam cerita tu, buat aku sedar yang, semua manusia dilahirkan dengan keistimewaan masing2, mungkin dia ada mental disorder, tapi dia sangat bijak dan genius. Mungkin seseorang itu tidak pandai dan genius secara akademik, tetapi kita tak tau yang lebih kreatif daripada kita. 
Allah itu Maha Adil. Setiap kesusahan pasti diselangi kesenangan, setiap kekurangan pasti ada kelebihan bagi seseorang itu yang membuatkan kita sangat istimewa dan lain daripada yang lain.
Di mana ada hitam pasti ada yang putih. Macam yin dan yang, malam dan siang, hujan dan panas. Setiap perkara itu saling melengkapi untuk tampil sempurna dan unik.


Melalui kisah itu, buat aku sedar yang sokongan keluarga sangat penting untuk membantu seseorang itu berubah kepada yang lebih baik. Seperti Alicia Lopez-Harrison de Larde yang sanggup bersamanya menghadapi dugaan meskipun dia tahu suaminya, John Nash mengalami masalah itu, namun dia yakin suaminya masih ada harapan. Oleh itu, aku sedar yang semangat daripada keluarga, kawan2 sangat penting kalau kita ingin berubah atau sembuh. Tiba-tiba aku terfikir, bagi mereka yang pernah melakukan kesalahan moral seperti masalah yang dihadapi remaja sekarang, adakah keluarga mereka menerima mereka? atau menghalau dan menafikan mereka? Harapnya tidak, orang seperti ini harus kita bimbing. anggap sahaja mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan dan akibatnya, kerana membawa mereka kembali ke jalan yang asal menjadi amanah kita. jangan dimaki, kerana mereka tidak sedar akan kesalahan itu. Beri peluang lebih baik daripada membanteras orang itu, kta manusia bukan virus yang boleh dilumpuhkan, dimatikan dan dihapuskan. Manusia masih punya hati dan akal, bagi aku... 
Jika kita ingin mengubahnya fikirannya, sentuhlah hatinya. Jika hatinya tersentuh, maka akalnya mula berkata, nafsunya mula melumpuh.
seterusnya, kisah itu menyedarkan aku bahwa segala yang kita ingin capai. Kita haru melakukannya bersungguh2. usaha itu mesti diteruskan tanpa ada putus asa. We must finish everything we started.
Okay, mungkin aku ambil terlalu lama untuk entry ney, sbb dari pkol 3 lebih smpai 4.30 pg. Dan mungkin ayat aku agak poyo dan hampir membuatkan orang yg baru pregnant muntah2 tahap ghaban, tapi aku harap apa yang aku katakan mungkin masuk dalam hati sesapa yang baca.


Aku cuma menulis penulisan yang tidak sehebat penulis lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...