Monday, July 25, 2011

Rakyat Malaysia Memang Suka Buat Ney..

Assalamualaikum,
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ini entry serius gila dan berbau sindiran.
       Isu sampah, hurmm memang takkan habis sampai bila-2. Mungkin. Kali ney, aku nak bebel soal buang sampah merata-2 yang sudah menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Kenapa aku ckp rakyat Malaysia? Yalah, walaupun ada yang tak buat macam tu, *termasuk aku jgak =)* tapi oleh kerana bilangan yang buang sampah merata-2 lebih ramai daripada yang tak. Jadi, haha mcm biasalah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. =)
       Sabtu hari tu aku pergi tengok Hari Potensi bahagian Parlimen Pasir Gudang utk budak-2 Tabika Kemas. Memang seronok la kan walaupun panas. Macam-2 pertandingan yang dipertandingkan. Adik aku yang bongsu masuk pertandingan rounders ngan silat. Alhamdulillah dia johan pertandingan silat. Tapi kalah pulak dalam rounders, hahah penat aku bersorak-2 tok budak-2 kecik tu. Aku melompat-2 sambil jerit-2 dah macam aku pulak yang main. Haha. memang seronok. Lepas tu tengok budak-2 kelas adik aku yang lain main galah panjang. Tergelak-2 aku tengok dowang main. Kehulur kehilir konon nak acah, tapi tak jalan-2 jugak penat je aku tunggu.
       Seronok memang seronok, tapi yang  buat aku hilang seronok bila aku tengok sampah bersepah merata-2 tempat. Aku geram betul, dah makan minum sedap-2, dowang pon sedap-2 la tinggalkan sampah konon macam tempat tu dia punya, aku tau lah dah bayar cukai bagai tapi jangan lah sampai sempit sangat otak tu nak harapkan majlis bersihkan semua sampah kau. Aku tengok orang dewasa yang pergi ramai, same jugaklah dengan sampah yang tersadai.
menarik kan?
      Memanglah budak-2 tu tak tau apa, tapi sabagai orang dewasa mestilah ajar budak-2 tu jangan buang  sampah merata-2. Ini kalau orang dewasa pon buat benda yang sama macam mana nak ajar budak-2 tu? kan? Paling buat aku geram, masa perasmian. Bila perasmian tu nak habis, aku tengok sampah bawah kerusi banyak gila! Masalhnya tempat duduk tu orang dewasa yang duduk. Komfem-2 la mereka yang buat semua tu.
       Mesti ada orang akan kata kat aku, "kalau kau dah nampak sampah tu banyak tolongla pungut". Hahaha senang sungguh mu berkata-2. Kalau sikit-2 tu takpelah memang la aku ringan tangan nak pungut, tapi kalau dah berlambak sangat kau ingat masa aku tu cukup banyak ke nak pungut semuanya. Memang, aku tak nafikan dapat pahala. Dalam otak aku asyik pk je, patotla anak-2 tu buang sampah sepah-2 macam takde perasaan bersalah, mak ayah nye pon same. Tak payah nak cakap ank orang la, kalau kau pon same je.
baik punye
       Aku ingat lagi mase dulu aku kecik-2. Ada kawan aku buang sampah dalam longkang, aku pon rse pelik la, aku tanya kenapa. Kan tak baik buang sampah macam tu. Kau tau apa dowang cakap? Ala, nanti adalah yang bersihkan. ???????? wadefish. Dulu mase aku kecik nak ikot kawan aku buang sampah kat longkang pown aku tengok-2 ade orang nampak ke tak, takut gila masa nak buang sampah sepah-2. Sebab cikgu aku mse tadika pernah cakap, Allah marah kalau kita buang sampah sepah-2. Sampai sekarang aku ingat n takot nak buang sampah merata-2.
       Salah orang dewasa tak mendidik satu, lagi satu salah yang aku nampak hari tu ialah bilangan tong sampah yang disediakan memangla sikit. Tak mampu nak menampung sampah yang berlambak yang rakyat Malaysia memang suka buat. Kan? So, lepas ney harap-2 kalau nak buat apa-2 majlis, sediakan la tong sampah sebanyak mungkin. Ye? Setiap dua meter ke, hahaha amek kau nak buang sampah sangat an? Bila dah banyak tong sampah boleh lah kau pilih nak tong sampah yang mana kan? Barulah seronok nak buang sampah sebab mencabar sikit siap nak kena pilih-2.


MAAF YE KALAU ADA YANG TERASA DAN TERSINGGUNG. TAK BERMAKSUD MENYAKITKAN HATI =)

       p/s: semalam aku sorak tok Harimau Malaya siap lompat-2 sampai rase nak demam sebab tengok dorang men. Pertahanan memang kena kasi cantik lagi, agak teruk la semalam. Neway, good luck la tok kowang ye. Jangan kasi Malaysia jatuh lagi. =)



3 comments:

Muhammad Farhan said...

minda kelas ketiga :(

cik aimi said...

hahaha, betollah tu...kita slalu salahkan org tpi kite lupa salah kite sndiri an?? so rajin2la muhasabah

Muhammad Farhan said...

baik :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...