Friday, July 22, 2011

Kalau Hidup Aku Dijadikan Filem..

Assalamualaikum...
----------------------------------------------------------------------------------------------
Hidup ney, tak lengkap kalau takde suka dan duka. Tak cukup dengan tu, kenangan mesti ada, kalau dunia ney takde masa.. Ntahla aku tak dapat nak bayangkan.
Entry ney bukan untuk aku merungut tentang hidup aku. Aku tak suka merungut, walaupun sekali ak melakukannya tanpa aku sedari, aku tidak akan membiarkan diri aku merungut lagi. Aku benci rungutan.
Kata-2 seperti :

eee tak suka la hidup aku ney.
Kalau boleh. aku nak tukar hidup aku dengan kau. **kau igt ney sistem barter?**
Memang dah cukup hebat untuk memaksa aku membuat aksi rolling eyes. Cukup hebat. Even aku berkata seperti itu, aku tau diri aku yang tersembunyi pasti membuat aksi rolling eyes jugak ye dak?? oh, come on!

Oke, aku mengaku hidup aku mungkin tak sehebat, tak seindah, tak mencabar dan tak excited macam orang lain. Tapi aku adalah aku, hidup aku juga begitu. Jadi aku harus menjalaninya, walau benci atau tak suka, aku perlu sedar yang hidup aku cuma sekali. Kalau aku tak suka, UBAH! Kalau aku dah selesa begini, NO ONE CAN ASK ME TO CHANGE melainkan hidup aku tu dah memang durjana menyusahkan alam orang. Then, I'll change for the sake of myself and others. Y myself? sebab kalau semua orang benci aku, ofkos la bebeh! aku susah nak hidup kat dunia yang yes I can call it kejam. *mencebik bibir*

       Jadi, kalau hidup aku ney dijadikan sebuah filem, aku rasa filem hidup aku takkan jadi box office. Malah mungkin akan masuk senarai filem paling bosan seantero dunia. Dan filem aku tu tak mungkin akan mendapat keuntungan berjuta-2 macam KL Gengster. Komfem! Bukan aku tak yakin macam Dr. Rozmey yang buat citer 2 Alam yang tak mengaut keuntungan seperti diharapkan, tapi aku tau tahap mana kemampuan aku dan hidup aku. Aku tahu bagaimana lifestyle aku yang mungkin akan membuatkan penonton satu panggung tidur berdengkur hingga tak sedar diluar sedang berperang. Hebatkan citer aku tu buat orang tak sedarkan diri. Senyum sinis.

       Melainkan keseluruhan hidup aku disunting rapi, dan aku sudah yakin dengan hidup aku yang mampu buat orang rasa seronok malah boleh inspire orang, mungkin filem hidup aku masih boleh diterima masyarakat dan tidak lagi dalam senarai bad film. Tarik nafas dan hembus. Jujur, seandainya hidup aku dijadikan filem yang sepenuhnya tanpa disunting dan dipotong, jalan cerita akan menjadi lullaby bagi semua orang. =) gelak kecil. Senyum sinis.

       Jadi filem yang sesuai dipadankan dengan cerita hidup aku adalah, Twilight Saga : Eclipse yang mampu membuatkan aku menguap beratus kali. Seriously penat jaw aku nak menganga...

So, kalau anda taknak penonton hidup korang merasa penat dengan filem kisah hidup korang. Pastikan hidup korang cukup lengkap dengan suka dan duka serta dugaan yang berjaya korang hadapi dengan jayanya. Hope, hidup korang akan menjadi box office kalau difilemkan...

Sekian aku merepek sampai di sini sahaja.

menyedari siapa saya

p/s: maaf sekiranya entry aku sebelum ney menyanyah-2 je dan membuatkan korang 
terus pergi ke top right and click X atau pown membebel dalam hati dengan berkata
"asal minah ney menyanyah je bebel, hyper noh lempang kang"


Maaf aku blogger byase yg tidak berfollower ramai dan suka menyanyah2.
Salam sayang. Cik Aimi =')

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...