Wednesday, July 6, 2011

I Fall In Love When I Don't Even Know Him

Assalamualaikum,
-------------------------------------------------------------------------------------------------
       Aku, perempuan yang memang suka lelaki yang bijaksana, bukan bijak atau pandai dalam akademik sahaja, tetapi bijak dalam aspek kehidupan, pandai dalam menyusun kata untuk meluahkan pendapat dan pandangannya, bukan dengan cara yang membabi buta dan terlalu mengikut perasaan.

       Wah Aimi, kau kenapa berfalsafah sangat la pulak petang ney. Apa jadahla minah ney bebel ye dak?
Bukan ape aku saja je nak ckp ak dah jatuh cinta,,
?????? Dengan siapa? =)
Aku jatuh cinta dengan beberapa orang, tapi tulaa aku tak kenal pown siapa dia. Aku kenal dia melalui penulisan dia.

       Setiap kali aku baca apa yang dia tulis (taip actually), aku rase mcm aku dekat sgt dengan dia. aku rasa seolah2 aku sudah lama kenal dengan dia, malah aku sering terbayangkan wajahnya! Wah kau Aimi, dahsyat betul kau jtuh cinta. Tu bukan jatuh cinta lagi, itu namanya angau.
Kadang2 aku sampai obses. Setiap kali on9, aku akan cari dia. Baca penulisan dia, itulah cara aku 'dating' dgn dia. *menarik betul cara dating kau* bukan setakat dating, dgn baca apa yang dia tulis dan luahkan, tu buat aku lepaskan rindu aku pada dia. *romantiknya kau*

       Nak tau siapa dia? Dia tu penulis2 blog yang paling aku suka. Aku cemburu, sebab dia ramai peminat. Blog dia sangat ramai baca, especially perempuan. Mungkin dia sudah berpunya, tapi penulisan dia masih tetap buat aku jatuh cinta pada dia. Wah! Aku lebih suka jadi silent reader untuk blog dia. Aku taknak dia tau yang ada seorang perempuan sudah jatuh cinta pada dia disebabkan penulisannya. Aku taknak dia anggap aku ney perempuan psycho sbb nak falling in love bagai disebabkan sebuah kisah yang dicoret di dalam blognya.

       Sudahlah, kata orang cinta itu tidak semestinya memiliki, mungkin sudah takdir yang menentukan cinta aku pada dia, dia, dia dan dia tidak akan menjadi kenyataan. Biarlah cinta ini mekar sendiri. tanpa ada balasan. Biarkan saja... Terima kasih Mr.K , Mr. AA, Mr. PS, Mr.HI and Mr. ZZ
Sebab korang buat aku jatuh cinta!


Pheeewiiiittttt!!!!!!! Cik Aimi ney dah pandai berjiwangan lah!
Hello, ini bukan jiwang, ini kreatif der~
once I fall in love, always fall in love! =)

_RUANGAN PESANAN_
teruskan usaha kalian
teruskan menulis penulisan yang boleh membuatkan orang jatuh cinta
Stay cool dude!
teruskan menulis sesuatu yang bermanfaat

                                                                                                                                           Love,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...