Monday, July 25, 2011

Rakyat Malaysia Memang Suka Buat Ney..

Assalamualaikum,
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ini entry serius gila dan berbau sindiran.
       Isu sampah, hurmm memang takkan habis sampai bila-2. Mungkin. Kali ney, aku nak bebel soal buang sampah merata-2 yang sudah menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Kenapa aku ckp rakyat Malaysia? Yalah, walaupun ada yang tak buat macam tu, *termasuk aku jgak =)* tapi oleh kerana bilangan yang buang sampah merata-2 lebih ramai daripada yang tak. Jadi, haha mcm biasalah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. =)
       Sabtu hari tu aku pergi tengok Hari Potensi bahagian Parlimen Pasir Gudang utk budak-2 Tabika Kemas. Memang seronok la kan walaupun panas. Macam-2 pertandingan yang dipertandingkan. Adik aku yang bongsu masuk pertandingan rounders ngan silat. Alhamdulillah dia johan pertandingan silat. Tapi kalah pulak dalam rounders, hahah penat aku bersorak-2 tok budak-2 kecik tu. Aku melompat-2 sambil jerit-2 dah macam aku pulak yang main. Haha. memang seronok. Lepas tu tengok budak-2 kelas adik aku yang lain main galah panjang. Tergelak-2 aku tengok dowang main. Kehulur kehilir konon nak acah, tapi tak jalan-2 jugak penat je aku tunggu.
       Seronok memang seronok, tapi yang  buat aku hilang seronok bila aku tengok sampah bersepah merata-2 tempat. Aku geram betul, dah makan minum sedap-2, dowang pon sedap-2 la tinggalkan sampah konon macam tempat tu dia punya, aku tau lah dah bayar cukai bagai tapi jangan lah sampai sempit sangat otak tu nak harapkan majlis bersihkan semua sampah kau. Aku tengok orang dewasa yang pergi ramai, same jugaklah dengan sampah yang tersadai.
menarik kan?
      Memanglah budak-2 tu tak tau apa, tapi sabagai orang dewasa mestilah ajar budak-2 tu jangan buang  sampah merata-2. Ini kalau orang dewasa pon buat benda yang sama macam mana nak ajar budak-2 tu? kan? Paling buat aku geram, masa perasmian. Bila perasmian tu nak habis, aku tengok sampah bawah kerusi banyak gila! Masalhnya tempat duduk tu orang dewasa yang duduk. Komfem-2 la mereka yang buat semua tu.
       Mesti ada orang akan kata kat aku, "kalau kau dah nampak sampah tu banyak tolongla pungut". Hahaha senang sungguh mu berkata-2. Kalau sikit-2 tu takpelah memang la aku ringan tangan nak pungut, tapi kalau dah berlambak sangat kau ingat masa aku tu cukup banyak ke nak pungut semuanya. Memang, aku tak nafikan dapat pahala. Dalam otak aku asyik pk je, patotla anak-2 tu buang sampah sepah-2 macam takde perasaan bersalah, mak ayah nye pon same. Tak payah nak cakap ank orang la, kalau kau pon same je.
baik punye
       Aku ingat lagi mase dulu aku kecik-2. Ada kawan aku buang sampah dalam longkang, aku pon rse pelik la, aku tanya kenapa. Kan tak baik buang sampah macam tu. Kau tau apa dowang cakap? Ala, nanti adalah yang bersihkan. ???????? wadefish. Dulu mase aku kecik nak ikot kawan aku buang sampah kat longkang pown aku tengok-2 ade orang nampak ke tak, takut gila masa nak buang sampah sepah-2. Sebab cikgu aku mse tadika pernah cakap, Allah marah kalau kita buang sampah sepah-2. Sampai sekarang aku ingat n takot nak buang sampah merata-2.
       Salah orang dewasa tak mendidik satu, lagi satu salah yang aku nampak hari tu ialah bilangan tong sampah yang disediakan memangla sikit. Tak mampu nak menampung sampah yang berlambak yang rakyat Malaysia memang suka buat. Kan? So, lepas ney harap-2 kalau nak buat apa-2 majlis, sediakan la tong sampah sebanyak mungkin. Ye? Setiap dua meter ke, hahaha amek kau nak buang sampah sangat an? Bila dah banyak tong sampah boleh lah kau pilih nak tong sampah yang mana kan? Barulah seronok nak buang sampah sebab mencabar sikit siap nak kena pilih-2.


MAAF YE KALAU ADA YANG TERASA DAN TERSINGGUNG. TAK BERMAKSUD MENYAKITKAN HATI =)

       p/s: semalam aku sorak tok Harimau Malaya siap lompat-2 sampai rase nak demam sebab tengok dorang men. Pertahanan memang kena kasi cantik lagi, agak teruk la semalam. Neway, good luck la tok kowang ye. Jangan kasi Malaysia jatuh lagi. =)



Friday, July 22, 2011

Kalau Hidup Aku Dijadikan Filem..

Assalamualaikum...
----------------------------------------------------------------------------------------------
Hidup ney, tak lengkap kalau takde suka dan duka. Tak cukup dengan tu, kenangan mesti ada, kalau dunia ney takde masa.. Ntahla aku tak dapat nak bayangkan.
Entry ney bukan untuk aku merungut tentang hidup aku. Aku tak suka merungut, walaupun sekali ak melakukannya tanpa aku sedari, aku tidak akan membiarkan diri aku merungut lagi. Aku benci rungutan.
Kata-2 seperti :

eee tak suka la hidup aku ney.
Kalau boleh. aku nak tukar hidup aku dengan kau. **kau igt ney sistem barter?**
Memang dah cukup hebat untuk memaksa aku membuat aksi rolling eyes. Cukup hebat. Even aku berkata seperti itu, aku tau diri aku yang tersembunyi pasti membuat aksi rolling eyes jugak ye dak?? oh, come on!

Oke, aku mengaku hidup aku mungkin tak sehebat, tak seindah, tak mencabar dan tak excited macam orang lain. Tapi aku adalah aku, hidup aku juga begitu. Jadi aku harus menjalaninya, walau benci atau tak suka, aku perlu sedar yang hidup aku cuma sekali. Kalau aku tak suka, UBAH! Kalau aku dah selesa begini, NO ONE CAN ASK ME TO CHANGE melainkan hidup aku tu dah memang durjana menyusahkan alam orang. Then, I'll change for the sake of myself and others. Y myself? sebab kalau semua orang benci aku, ofkos la bebeh! aku susah nak hidup kat dunia yang yes I can call it kejam. *mencebik bibir*

       Jadi, kalau hidup aku ney dijadikan sebuah filem, aku rasa filem hidup aku takkan jadi box office. Malah mungkin akan masuk senarai filem paling bosan seantero dunia. Dan filem aku tu tak mungkin akan mendapat keuntungan berjuta-2 macam KL Gengster. Komfem! Bukan aku tak yakin macam Dr. Rozmey yang buat citer 2 Alam yang tak mengaut keuntungan seperti diharapkan, tapi aku tau tahap mana kemampuan aku dan hidup aku. Aku tahu bagaimana lifestyle aku yang mungkin akan membuatkan penonton satu panggung tidur berdengkur hingga tak sedar diluar sedang berperang. Hebatkan citer aku tu buat orang tak sedarkan diri. Senyum sinis.

       Melainkan keseluruhan hidup aku disunting rapi, dan aku sudah yakin dengan hidup aku yang mampu buat orang rasa seronok malah boleh inspire orang, mungkin filem hidup aku masih boleh diterima masyarakat dan tidak lagi dalam senarai bad film. Tarik nafas dan hembus. Jujur, seandainya hidup aku dijadikan filem yang sepenuhnya tanpa disunting dan dipotong, jalan cerita akan menjadi lullaby bagi semua orang. =) gelak kecil. Senyum sinis.

       Jadi filem yang sesuai dipadankan dengan cerita hidup aku adalah, Twilight Saga : Eclipse yang mampu membuatkan aku menguap beratus kali. Seriously penat jaw aku nak menganga...

So, kalau anda taknak penonton hidup korang merasa penat dengan filem kisah hidup korang. Pastikan hidup korang cukup lengkap dengan suka dan duka serta dugaan yang berjaya korang hadapi dengan jayanya. Hope, hidup korang akan menjadi box office kalau difilemkan...

Sekian aku merepek sampai di sini sahaja.

menyedari siapa saya

p/s: maaf sekiranya entry aku sebelum ney menyanyah-2 je dan membuatkan korang 
terus pergi ke top right and click X atau pown membebel dalam hati dengan berkata
"asal minah ney menyanyah je bebel, hyper noh lempang kang"


Maaf aku blogger byase yg tidak berfollower ramai dan suka menyanyah2.
Salam sayang. Cik Aimi =')

Aku Dan Baju Kurung

Assalamualaikum,
------------------------------------------------------------------------------------------------
Ape ke hey dengan entry ak ney pasal baju kurung..? heheh takde la, disebabkan Miss Eunice
sudah menge'tag ku dlm satu contest exactly like my entry. Yup! Aku dan baju kurung.
**Wah kau cik maia maken aktif dgn contest bagai** -derr~ ak saje jew.. tak salah pown an?-
okeyh first contest ney cik Deeya yang anjurkan...

<<more info just click the banner above>>

Hurmm tiba-2 aku terfikir tentang my first baju kurung. hahah tak payah nak kelentong la an. Memang aku tak igt. rasenye mase kecik kowt, yela time raye mestila pakai baju kurung.

oke ney antara gmba aku memakai baju kurung yew..



Kenapa aku kate gambar berbaju kurung aku tu cun???
wahahahaha gelak sket.
First, aku kate gmbar tu cun sebab warna baju tu aku suke gilerrrrr!!!!!
Second, gamba aku cun sebab aku ney pndai buat muke... Try tengok muke ak tu, comel an aku wat muke sdeyh??? siap leyh wat-2 cm nages lagi (look into the eyes) hak3 **cepat muntah!!!** -haha aku saje puji diri sendiri sebab takde orang puji aku.. huahuahua!-Gamba ney di ambil oleh adik aku masa di kenduri kawen cousin aku kat Tengaroh. Tengah boring-2 aku pown buat la muke and dia snap!
Lagi satu sebab knape cun is my bracelet,, kah3! *takde kne mengena pown* agak matching plak ngn baju kurung aku tu.

Enough! before its getting worse, it'd better if I stop here.
owh! before that here I tag 3 peoples...

Cik Adlina [http://adlinaabdrahim.blogspot.com/]
Miss Najeeha [http://hijaupucukpisang.blogspot.com/]
Mrs. Farhan [http://sayasibudakopto.blogspot.com/]

Thursday, July 21, 2011

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!

                Photobucket
<<nak join boleh klik kat banner ye>>

Assalamualaikum,
Rasenye aku ney dah macam ketinggalan zaman an? Baru nak join. Maklumlah baru tergerak nak join. Tetiba aku tengok GA ney cm menarik la pulak, bukanlah aku rse tak menarik sebelumnya. Cuma sebelum ney ak fikir mesti ramai dah join, mmg peluang tu agk nipis nak dpt.

Tapi bila fikir balik, Eh! tak kisah la dpt ke tak.. kita an nak menyokong blogger yang buat GA ney. And dlm mse yg same boleh la berblogwalking and berkenalan ngan blogger len yang join jgak an??

~oke, sekarang aku dah membebel terlalu panjang rasenye.~

                                               Okeh! nak buat announcement ye!

saya dah join GA okeyh! dah follow pown kedua-dua blog penganjur. Oleh kerana saya happy sbb join skali, so saya nak tag 2 orang kawan saya yang bertuah!


Sekian.. =)

GLEE Fever

Assalamualaikum,
------------------------------------------------------------------------------------------------
Malaam ney just nak citer pasal fav citer aku, yaang memang aku tengok setiap minggu.
Oleh kerana aku dok Johor, so kat sini dapat teengok channel Singapore. hey, what channel that shows my fav drama??? Of course la it's CHANNEL 5

So, whats about GLEE neway???
 GLEE is a musical comedy-drama televesion series..
pasal GLEE CLUB.
dlm ney ade byk episod. Tapi yg paling aku suke pasal citer ney, is suara dowg yang mmg best giler!
And lagu yang dowg nyanyikan pown best gileerrrr..
Utk season yang kedua ney, pointnye just dowg nga berusaha utk masuk pertandingan peringkat regional. So, mcm2 la yang dowg kena hadapi. And bagi creator tok citer ney mmg genius dlm panjangkan and bagi cerita ney menarik. Macam episod best dlm ney.. hahaa
**siyes ak excited smpai nak review cter ney an?*
-derr,, takpe I understand-

So, korang kena tengok sbb cerita ney banyak jugak yang kite boleh belajar cth nye tok episod mlm ney, ak tengok. Pengajaran yang aku dapat :
Kita tak boleh takut untuk selamanya, kalau kita selalu takut susah untuk kita hadapi hidup yang kejam ney.
see! byk actually yg boleh kita dpt selain hiburan.
So, tengoklah


komfem BEST!

Wednesday, July 20, 2011

Saya Dari Universiti Malaya

Assalamualaikum,
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Nak story sket, aku join satu segmen ney, En.Suhazli Muhamad yang punye. Dah lme tau pasal segmen ney, cuma barula hari ney tergerak nak join.. Yela, sebelum ney busy sket. =)

<<haa neyla banner pemilik blog tersebut>>

       Okeyh tanpa melengahkan masa, *derrr~ u bajet cm org tga tggu jee* -choi! biarlah~

Oke aku, Aimi baru je lepas habis Matrik. Dulu aku kat Matrik Johor, lepas dah dpt result yg bolelaaa.. Mestila apply UPU an? So apply punye apply.. Akhirnya aku pown dapatla tawaran ke

                                   Universiti Malaya
Alhamdulillah walaupun pilihan ke-6 ak. Hahaha
Aku ditawarkan ke kos Genetik dan Biologi Molekul. 
**seram aku denga name kos tu**
Hopefully, Oke yew nanti!

Apa yang kita tak suka, tapi kita dapat. 
Maknanyaa itu yang terbaik untuk kita.
 Sebab itu semua takdir Allah.
=)

Tuesday, July 19, 2011

Angan-2 Mat Jenin Yang Tak Berapa Nak Jenin.


Entry kali ini, mungkin akan menyebabkan hidung pembaca berdarah akibat simptom meluat yang melampau dan pembaca dinasihatkan untuk menyediakan tisu bersama.

Assalamualaikum,
-----------------------------------------------------------------------------------------------


Kali ney aku, nak story mory pasal angan-2 aku yang orang akan kata, hanya sekadar angan-2 Mat Jenin, korang mesti tau kan angan-2 Mat Jenin tu tak jadi kenyataan. Tapi dude! aku taknak angan-2 aku jadi macam tu.
       Meh aku story sket angan-2 aku tu, bagi sesiapa yang belum tahu, yep, aku dapat masuk UM untuk Ijazah Sarjana Muda Sains (Genetik dan Biologi Molekul). Aku punye tempoh pengajian cuma 3 1/2 tahun je, so aku pown bercadang sekiranya ada rezeki aku nak sambung terus Master. Wah! Aku rase itu tak mustahil.
       Lepas tu aku nak kerja, aku suka bidang research. Sebab dari aku kecik lagi aku bercita-cita nak jadi saintis. Dulu mase kecik-2 aku bercita-cita nak buat ubat berasaskan nature. *dahsyatkan aku kecik-2 dah fikir mcm ney* -hey, aku tak tipu taww!-
       Oke, sambung balik. Lepas kerja, ada rezeki lagi aku nak sambung phD pulak. **Aku tau orang kate pompuan belaja tinggi-2 tetap ke dapur jugak~** -derr, aku peduli apa- Aku an nak jadi doktor so, tak dapat jadi doktor yang kat hospital tu, dapat gelaran doktor sbb phD pon ok pe..lagi best! Then bila aku dah berjaya bagi sumbangan aku pada negara and mencipta sejarah. **wow! yang ney dahsyat** Manela tau aku dapat gelaran Dato' pulak... wah~
       Aku fikir lagi lau nak lagi dahsyat, Tan Sri pown oke. haha! Lepas tu, aku bleyla beli keta untuk ayah aku, belila perabot untuk mak aku. Tak pown bagi modal untuk parents aku bukak bisnes ke, yela nanti kan ayh aku nak pencen takkan dok lepak je. Nanti cepat nyanyuk, dowg komfem taknak. haha.
       Tapi mak aku pulak cakap, ala dah tua nak bukak bisnes. Masa tu dah terketar-2 agaknya. Aku mula fikir adakah ibu dan ayahku setua itu bila aku dah dapat semua tu?? haha. Taon ney dowg baru 45, takdela tua sgt. aku target dpt semua tu masa umur aku 30/40+ so mknenye mereka baru 60/70+. Alah! takdela tua sangat. Kalau dowg aktif always, takkan nmpak tua punye. Kalau dah pencen berniaga, manela tau adik-2 aku tu berminat pulak nak take over bisnes. So, bolehlaah keluarga kami bukak empayar atau legasi. Harharharhar!! *oke, itu dahsyat sangat. Mcm tak jeeww*
       Oke, sebelum angan-2 aku jadi bertambah merepek. Adalah lebih baik aku stop di sini. Nanti kalau ade pertambahan angan-2 nanti aku rodger-2. Kalau ade yang nak bagi cadangan untuk 'drama' bersiri aku ney pown, dipersilakan! No sweat! **yerr..**

semoga angan-2 a.k.a cita-2 aku ney memang akan jadi kenyataan, dan bukan sekadar Mat jenin.
**aku nak rasa jugak name aku jadi : Dato' Dr. Aimi Amirah binti Abd Ajis**


sekian,

Crush!

Assalamualaaikum,
-----------------------------------------------------------------------------------------------



Owrite, hari ney Aimi nak story pasal my crush. Well, semua orang kate crush tu tak semestinya akan jadi kekasih kita. Haha, Aimi kan ade ramai crush taw! Well, crush aimi semua tu hansome-2 bergaya. aww! Dulu mase kecik-2 time umur 5thn, Aimi ad minat kat seorang budak ney taw. Umur dia mase tu 6thn, nak dijadikan cerita kan Aimi berebut budak tu dengan kawan Aimi *well, mase tu budak tu jela yang agak hansome kat tadika*
       Ade satu yang buat kitowg jeles mase tu, budak laki tu selalu main dengan sowang budak pompuan ney. Dowg men kejar-2 la, derrr~ menyampah! Jeles you know, jeles! But kisah crush tak habis kat situ, kan tadi Aimi kate Aimi siap berebut and gaduh ngan kawan Aimi yang minat kat budak tu jugak.
Budak P : A*** tu kite punye bukan awak =P
Aku : Ala apsal pulak, kite yang ckp dulu kite suka kat dia. Kite bagitau mak kite. *merajuk*
Budak P : eleyh, kite bagitau mak kite suruh tangkap awak. Mak kite polis tau.
Aku : **Diam** sedih tanpa berkata apa-2 bila dengar mak dia polis.
Hakhak! You know! Tak sangka we all akan gaduh mcm tu aww! Perasaan suka tu terus berbunga-2 gitu dalam hati I. Gelak gedik. Tapi akhirnya lenyap, setelah si dia habis tadika dan melangkah ke sekolah rendah. No more crush time tu. urghh!
       Then mse sekolah rendah, I've crush too, but hard to remember ryte now. Tak banyk kenagn sek rendah yang Aimi igt. Yelaaa, mse sek ren I tak se'best time korang kan..I kadang-2 sampai taknak ingat pown, then akhirnya tak igt jugak. Tapi ade someone yang I igt, mase kat sek agama *tapi I tak igt la name dia, I ingt muka dia je* Dia dudk kat grup sebelah grup aku. Dia baik mase tu, Aimi suka kat dia sebab dia pernah bagi Aimi daun yang dianyam and sgt cantik oke! I love it!
       Then, lepas dah lame tak jumpa sebab kalau sek agama nak nek darjah, kitowg akan tukar kelas. Name pon crush so temporary jela perasaan tu keyh! Masuk sek menengah pulak, mase form1 adelah abg tu mmg popular saat itu. Aimi pon minat la kat beliau yang bermuka kiut dan hansome bergaya tu, tapi kan....bila dah popular mestila ramai yang minat, oleh kerana ramai gile yang minat abg tu, Aimi pown dah taknak la nak minat-2 lagi banyak persaingan, lagipun belum tentu dapat kan. *mmg tak pown*
       Nek form2, I igt lagi mase tu Aimi dgn kawan-2 pergi rombongan ke Cameron Highlands dengan budak-2 lain, adela abg tu name N***** dia baik gila dgn Aimi. Sampai Aimi rase di awang-2an gituu.. Tapi an, jgn ingt Aimi ney takut tau. Aimi ney brani bagitau perasaan suka Aimi kat abg tu, tapi Aimi ckp la "Aimi tau kita tak mungkin bersama, walaupun abg takde perasaan cmtu takpe, tapi tak salahkan kalau Aimi luahkan je. Aimi tak harap apa-2 pown" waahh ayt, giler arh! Form 2 Aimi dah pndai wat ayt gituu taw!
       Form 3 my crush ialah, Ex ak sendiri, tapi malangnya dia dah berpunye masa tu. Lame gituu I kwn dgn dia form4 baru kitowg kapel. Mase tu, dia luahkan perasaan kat aku. Rupanya, dia pown same jgak ngan aku suke dah lama mse f.3 gak cume tak brani nak bgtau. Dan setelah 3bulan berkapel, kami ditakdirkan clash. Begitulah seterusnya, having crush seperti biasa.
       Tapi kannn, bila dah berumur ney, hak3 *baru 19 okeyh!* dah malas sudah mengalami crush selepas mengambil keputusan untuk berkawan dgn pakwe aku sebelum ney. nasib baik dia oke, hahaha. Sorry la syg yew, nak fikir pasal study je skg ney. *Gedik gile an Aimi ney, dah bercinta nak jadi kawan pulak.* -ala, apa salahnya. Kalau kawan takde ptos-2 maaa-
       Dan kini, Aimi masih meneruskan kehidupan tanpa crush. Wah! terer tak Aimi kawal perasaan! hikhik. **gelak tutup mulut** -derr~ memangla, you dok terperap dlm rumah, mane nak jumpe laki-2 hot!, setakat dalam TV you mimpu la Aimi-
       Okeyhlarh! sampai sini jela yew, Aimi dah penat nak tulis panjang-2 nanti jari Aimi bengkak-2 gituu. Kalau dah bengkak cmne nak tulis entry lagi an? Nanti kalau tak tulis entry, nanti ade yang rindu. *okeyh, yg ney sila MUNTAH* Ala, jgnla muntah-2 syg tak best laa.. *sila muntah lagi!!!*

okeyhla. adios!

~Maaf penggunaan Aimi@Maia untuk entry lebih gedik~

Friday, July 15, 2011

Demam!

Assalamualaikum,
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Aku, tak demam pown. Sihat je, cuma perut aku yang demam.
Kau tau demam apa? demam nerves bhai~
UPU kuar aryni. Perh mau tak kecot perot aku siap buat bunyi alien lagi beb.

oleh kerana nervous tahap dewaaa punye, aku takley smbong tido pagi tadi pas solat subuh. Ak online nak dekat 5jam start dari pkol 7 pagi. Waahhh. dah terasa dia punye aura raksasa awal-2 lagi.
selepas beberapa jam bergelut dengan perasaan dan perut yang berbunyi ala alien kerana terlalu nervous, akhirnya tibalah masa nak check, iaitu pkol 12.00 tgh hari.

       Tapi, ak tak check pown, bila kawan aku da start kol aku baru aku cehck lbey kurang pkol 1 la. =)
First bila da online mestila bukan FB dulu an, perh skali semua dok tnye ak dpt katne, p ak ckp ar lowm check agy. hahahah =D hampalah mereka. Maka dipaksanya ak check. So, aku pown check la. **eh minah ney cepat sket la bagitau kau dpt katne, mukadimah panjang sgt, taknak tau pown la**. marah dan geram.

       Oke! fine fine fine fine! Ha! amek kau, aku dapat kat :
. . . . .
. . . .























































 . . . .
<<klik kalau nak tengok jelas>>

Bolehla, bersyukur la walaupun ak dapat pilihan yang ke-6, sebab pilihan pertama aku kat UKM p tak dapat. Nak wat cmne ye dok. Rezeki kat UM =) Alhamdulillah la.

So! GUD LUCK AIMI!!!!

Semoga impian kau untuk menjadi saintis akan manjadi kenyataan!!
Dan semoga kau berjaya dunia akhirat serta menjadi hamba Allah yang berbakti =)
Harap-2 kau dapat melakukan tugas kau dengan baik!
Go Go caiyok!

sekian sahaja.... =)

Kadang-2 apa yang kita nak dan kita suka bukanlah yang terbaik untuk kita.
Terima sahaja apa yang diberikan oleh Allah, kerana itulah yang terbaik

Thursday, July 14, 2011

Jujur walau menyakitkan

Assalaamualaikum..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kali ini aku nak tulis entry bertajuk >> sila baca tajuk ya <<. Wahaha, kemain kuaja lagi kau minah ye. =)
       Ala bebeh! janganlah marah, tak cun hensem bergaya la lau marah gitu. Aku bukan apa, aku cuma nak meningkatkan kadar metabolisme korang je bila baca, almaklumlah otak mula bergerak. Merepek.
memang susah nak jujur
      JUJUR. Bukan semua orang mampu jujur sejujurnya. Alhamdulillah, setakat ini aku masih mampu jujur dengan diri sendiri **itu paling penting** mahupun dengan yang lain.  Kadang-2 jujur itu memang memang menyakitkan, tetapi itu lebih baik daripada menyembunyikan kejujuran. **wah, mcm doktor cinta**
       Bagi aku, jujur itu perkara paling penting kerana kita jujurlah, orang akan mula percaya pada kita. Mana ada orang yang taknak dipercayai! cis. menipu je kalau dia kata dia tak kisah takda orang percaya. **itu sbb dia tengah kecewa dlm aty**
       Seorang kawan aku, "abaikan rasa bersalah tu, walaupun susah but give it a try. Tp still depends pada kau". Daripada apa yang dia bagitahu aku, aku mmg berterima kasih gila kat dia sebab at least buat aku tenang sikit bila nak berkata jujur yang mungkin menyakitkan. Thanks kau. =)
       Dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk berkata jujur walaupun rasa bersalah itu masih meninggi dan menggunung dalam aty aku. Tapi berani kerana benar. Ceyh! Tapi! yang paling aku tak sangka, penerimaan orang tu memang bertentangan dengan apa yang aku bayangkan. Aku siap bayang lagi dia ngamuk ke, kata ak mainkan perasaan dia lah, tapi TIDAK BERLAKU!!!
       Aku memang tak sangka gila dia dapat terima kata jujur aku tu dengan hati yang sangat terbuka. Malah, dia siap puji lagi **ceyh, malu cek** tak paayaah nak bgtaau la an ape yg dia kata. Gediknya minah ney. *hey nanti kau kate aku perasan pulak*
      Eyh, Aimi! tamao gadoh-2 ngan dowang **mesti pening kan kowg nak bace segala skrip utk kowg yg ak dah sediakan tu??** hahahaha [gelak besau].
betol! betol! betol!
       Rasanya mcam dah takde ape lagi aku nak bgtau, just be yourself and paling penting berlaku jujur dengan diri sendiri. Kalau kita taknak, jgn kita kata nak pulak nanti diri sendiri yang merana and menderita.
       Last but not least, memang kita akan rasa bersalah nak berlaku jujur lagi-2 yg menyakitkan, tapi kalau kena cara kita meluahkan, apa yang kita espect (cth: org yg menerima tu akn marah dan naik berang) mungkin tak seperti itu yang akan berlaku macam dalam kes aku, siap puji lagi.. **dah mula dah..**

Tiada apa yang tidak mungkin dalam dunia ni
jadi diri sendiri itu lebih baik
jujur itu lebih baik dari menyimpannya
Anggap saja apa yang berlaku ada hikmahnya

^_^v peace!
<3 with love <3

Wednesday, July 13, 2011

Cerita Tentang Kawan

Assalamualaikum.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasanya agak dah lama aku tak tulis entry kat blog ni. Bukan apa, aku kan pernah bagitahu dulu, kalau aku tak menulis tu maknanya, jiwa aku tengah kacau atau mmg tengah busy. Okey, tengok tajuk je dah tahu aku nak ckp pasal kawan.
       Well, aku memang insan yang bertuah sebab dapat ramai kawan yang memahami aku and selalu bantu aku bila aku ada masalah. Kawan jugaklah yang slalu bagi aku nasihat, bukan maksud aku nak mengenepikan family aku, tetapi memang dah jelas, kawan antara orang paling rapat dengan aku. Lagipun, aku percaya tak semua cerita kita family kita akan tahu especially cerita masa kita di sekolah atau di kolej.
mood : serius dan matang. senyum.
(bagi aku walau ramai macam mana sekalipun kawan-2 kita, tetapi kita tetap cuma ada beberapa orang kawan yang betul-2 sentiasa bersama kita)
       Kali ini aku nak cerita pasal kawan-2 aku,

Ini, Yana :
jgn tnye katne gmba ni
      Dia fanatik dengan purple. Dia pernah kata, kalau ada orang nak bagi hadiah, dia tak berapa nak suka hadiah teddy bear bagai, dia suka kalau orang bagi dia                            
hadiah jam atau belt. Terer math and fizik. Selalu jadi pesaing aku sejak sekolah,  tanpa disedarinya. Dia agak serius, tapi agak kelaka. Haha. Kadang kalau aku  dengan dia, kitowg punye gelak memang lah straight je kan. Byasenye yang buatkan kitowg gelak cam ape, bila mengenang kisah di zamn sekolah rendah. And dengan dia je kekadang aku rasa aku boleh jadi diri sendiri. Dia tak kisah aku ney cmne, tapi kalau ada benda yang kena tegur tu dia tegur lah. Setakat ney, aku rasa dia je kowt yang brani tegur aku. Kenapa?Ntah, orang kata aku ney garang and cepat marah. =)


Ini, Fyza :
abaikan yang belakang
           Dia semua warna yang lembut dia suka, malah dia seorang fanatik teddy bear, so senangla kalau korang nak bagi hadiah kat dia, bagi aje teddy bear. Komfem senyum lebar. Selalu jadi tempat aku bertanya dan luahkan perasaan, dia ni agak berahsia orangnya kalau dengan aku, tak tau la kalau dengan orang lain. Dia kategori pendengar setia. Masa mula kenal, dia ney pendiam. Tapi bile dah nek form 4, wah sudah nampak keaktifan dia.







Ini, Intan :
didalam bas
       Sumber inspirasi gelak dalam kalangan kami kawan-2nya. Betul kata Aishamira, kalau takde dia ney, semua orang tak reti nak gelak. Tau dok senyum je ala wanita Melayu terakhir. Kami ketawa bukan sebab lawak dia, (hurmm, bila fikir balik, dia tu takde la buat lawak pown) tapi kami ketawa sebab dia ketawa.
Memang heaven la kan. (Pencetus inspirasi kami. peace! *smbil menunjukkan
dua jari yg cute*)






Ini, Aishamira :
sila abaikan yang depan
   Antara kawan aku yang agak selalu dengar aku membebel. =) Tapi dia lek je, sebab dia lebih kurang sama dengan aku. Suka menganjeng and buat muka  blurr kalau ada orang buat lawak tak jadi, sekepala dengan aku. Dia minat   warna coklat. Kami panggil dia SQ a.k.a Squid sebab dia paandai and expert gila buat  lengokkan (bukan longgokkan) tangan sebijik macam squid. Dia pelopor Squid Dance. Seriously glabah kalau dia dah lost (tak bape nak paham ayt ney). And lawak dia menjadi. Dia ada satu habit, iaitu menjawab pertanyaan sendiri. Bila nak jumpa dia lagi ni. Memang dah lama gila lah aku tak jumpa minah ni walaupun dekat la jugak rumah dia dengan aku. =)




Ini, Oya a.k.a Peah a.k.a Safiah :
yang tengah duduk tuu
     Kawan aku yang banyak betul nama nak kena panggil. Dia seorang yang serius,opz! tggu dulu. Tapi dia kuat nganjeng wooo! Dia kalau ngan Intan, gerenti menjadi beb. Silap-2 pecah perot dak Intan tu dia kerjakan dengan lawaknya, yang kekadang hanya Intan saja rasa benda tu lawak, member lain lek je. Tapi, almost all lawak dia memang kelaka pown. =) Dia sempoi sahaja, mak dia cikgu kat sekolah kami. Dulu dia kurus je, tapi sekarang dah agak berisi la. Aku tau! mesti sebab dia bahagia gila dapat kawan macam aku dengan yang lain              kan? kan? kan? *tangan didada, mata ke atas*       


Ini pula, Myra :
abaikan yang baju merah
   Kami start rapat masa form 5. Klaka jugaklah dia ney, seriously klaka. Selamba je. Dia kalau bercakap, perh kalah bertih jagung. Laju beb, tapi tak dapat kalahkan Bullet Train kat Jepun laa. Melampau kau. Dia happy go lucky  orangnya, walaupun aku tahu sebenarnya dia ada masalah jugak macam semua orang, cuma dia slalu sembunyikan je. Kalau orang tanya mesti dia kata "ak oke je". FYI! dia laagi tinggi daripada aku yang tggi ni. Maaf aku lupa tanya tinggi dia berapa. =)






Oke kawan-2 and readers semua (bajet cam ramai je yang bace entry ney), **gelak kejap**
Semoga korang semua berbahagia selalu dengan kawan-2 masing-2. Pada kawan-2 aku jangan lupa pada aku tau. Ingat aku selalu dalam doa korang tau. InsyaAllah kalau ada jodoh kita jumpalah. =)




Tuesday, July 12, 2011

Bertanya pada Ibu : Kalau tiada orang tahu?

Assalamualaikum,
-----------------------------------------------------------------------------------------------
tgok tajuk entry mcm segmen la plak. =)
tapi bukan, sebenarnya aku cuma nak cerita pasal aku dengan ibu.
Apa yang tiada orang tahu tu?? okay, mcm ney
Aku dengan ibu mcm kawan, kitorg slalu juga berbincang. Pasal jiran, pasal love, mcm2 la.
Dipendekkan cerita, satu hari aku dengan ibu berbincang pasal kematian dan jiran. Ibu kata kalau berlaku kematian, jangan teragak2 untuk bagitahu jiran. Sebab benda tu sangat penting untuk uruskan jenazah. Ibu kata jiran akan kecil hati kalau kita tak bagitahu pasal kematian yang berlaku.

Tiba-tiba mulut aku yang becok ney bertanya :

aku : ibu, kalau nanti takde siapa-2 yang tahu akak meninggal boleh tak?
Ibu : mana boleh, kenalah bagitahu. Nanti diorang, kecik hati.
aku : tapi kalau, akak lost contact dengan diorang, delete blog, deactivate FB, tukar nombor telefon ke and lepas itu akak meninggal tapi diorang tak tahu. Takpe kan?
Ibu : kenapa? bagitahu jelah.
Aku : ala, tapi kalau akak, tak payah la bagitahu. Biar diorang tahu sendiri jela lepas beberapa tahun akak meninggal.
Ibu : takkan family and jiran-2 pown tak tahu?
Aku : bukan, maksud akak kawan-2 akak. 
Ibu : kenapa nak macam tu?
Aku : . . . . . . .

Itulah yang selalu aku fikir kalau tiada siapa yang tahu tentang pemergian aku.
Biar senyap.
Tapi kalau senyap sangat, siapa nak doakan untuk aku? Aku bukanlah baik sangat. In fact, memang ak tak lah.
Aku pernah dengar orang kata : kalau boleh dia taknak mati sorang-2
hurmm. (",)

HIDUP DAN MATI DITANGAN ALLAH S.W.T
hidup dan matiku hanya untuk Allah S.W.T

Wednesday, July 6, 2011

I Fall In Love When I Don't Even Know Him

Assalamualaikum,
-------------------------------------------------------------------------------------------------
       Aku, perempuan yang memang suka lelaki yang bijaksana, bukan bijak atau pandai dalam akademik sahaja, tetapi bijak dalam aspek kehidupan, pandai dalam menyusun kata untuk meluahkan pendapat dan pandangannya, bukan dengan cara yang membabi buta dan terlalu mengikut perasaan.

       Wah Aimi, kau kenapa berfalsafah sangat la pulak petang ney. Apa jadahla minah ney bebel ye dak?
Bukan ape aku saja je nak ckp ak dah jatuh cinta,,
?????? Dengan siapa? =)
Aku jatuh cinta dengan beberapa orang, tapi tulaa aku tak kenal pown siapa dia. Aku kenal dia melalui penulisan dia.

       Setiap kali aku baca apa yang dia tulis (taip actually), aku rase mcm aku dekat sgt dengan dia. aku rasa seolah2 aku sudah lama kenal dengan dia, malah aku sering terbayangkan wajahnya! Wah kau Aimi, dahsyat betul kau jtuh cinta. Tu bukan jatuh cinta lagi, itu namanya angau.
Kadang2 aku sampai obses. Setiap kali on9, aku akan cari dia. Baca penulisan dia, itulah cara aku 'dating' dgn dia. *menarik betul cara dating kau* bukan setakat dating, dgn baca apa yang dia tulis dan luahkan, tu buat aku lepaskan rindu aku pada dia. *romantiknya kau*

       Nak tau siapa dia? Dia tu penulis2 blog yang paling aku suka. Aku cemburu, sebab dia ramai peminat. Blog dia sangat ramai baca, especially perempuan. Mungkin dia sudah berpunya, tapi penulisan dia masih tetap buat aku jatuh cinta pada dia. Wah! Aku lebih suka jadi silent reader untuk blog dia. Aku taknak dia tau yang ada seorang perempuan sudah jatuh cinta pada dia disebabkan penulisannya. Aku taknak dia anggap aku ney perempuan psycho sbb nak falling in love bagai disebabkan sebuah kisah yang dicoret di dalam blognya.

       Sudahlah, kata orang cinta itu tidak semestinya memiliki, mungkin sudah takdir yang menentukan cinta aku pada dia, dia, dia dan dia tidak akan menjadi kenyataan. Biarlah cinta ini mekar sendiri. tanpa ada balasan. Biarkan saja... Terima kasih Mr.K , Mr. AA, Mr. PS, Mr.HI and Mr. ZZ
Sebab korang buat aku jatuh cinta!


Pheeewiiiittttt!!!!!!! Cik Aimi ney dah pandai berjiwangan lah!
Hello, ini bukan jiwang, ini kreatif der~
once I fall in love, always fall in love! =)

_RUANGAN PESANAN_
teruskan usaha kalian
teruskan menulis penulisan yang boleh membuatkan orang jatuh cinta
Stay cool dude!
teruskan menulis sesuatu yang bermanfaat

                                                                                                                                           Love,

Monday, July 4, 2011

Ayah Aku Yang Banyak Ngomel Daripada Mak Aku.. Har Har Har.

Assalamualaikum.
Tengok tajuk entry cam nak ngutok je an?
Mesti akan ramai yang condemn, kate aku ngutok mak bapak sendiri.
Der..ini blog aku. Sukati la aku nak wat tajuk ape..yang penting isinye tu bukan mengutuk.
Ade jgak yang mungkin kate kat aku, der tajuk melambangkan isi. So???????? bace dulu baru judge. =)
(apelah yang bebel ney??)
**back to topic**

Dikesempatan ini, aku ingin menceritakan keunikan ahli keluarga aku yang memang unik gile! terutama ayah aku. **not really especially, sume unik**
For information, taon ney aku 19 thn. Well, masing2 will assume that aku akn kerja. membantu keluarga kononnya. But in fact! Aku tak, aku dok ternak lemak pagi petang siang malam kat rumah. Silap2 rumah aku pown dah nek meluat tengok aku dok melepak. Aku ney bukanlah malas, tapi memang pown. Aku memang tak buat kerja, sikit2 tu adelah. Tapi disebabkan kerja tu macam kemas2 rumah, bilik, sapu sampah, mop dan sebagainya. So we can ignore that. Byaselah tu. Kire mcm tak buat apa2 jugaklah kan.
Except memasak! bukan aku tak reti memasak, tapi aku ney jenis lau selagi ada orang yang boleh masak, der aku takkan masak. So maknanya, aku akan masak time memang aku kena masak (sowg kat rumah).
**oke, mukadimah aku sangat panjang**

Kenapa aku kata ayah aku ney yang selalu bebel daripada mak aku.
sorry ayah..hehehe

Ayah : Akak, kau ney kan tunjuklah contoh yang baik kat adik2 ney malas memanjang 
Ayah : Akak, tolonglah ibu, asyik tengok tv lepak je.
Ayah : Kak, tak senonohlah kau ney, biar Aniq yang wat. Kau ney men arah2 je.
Ayah : Cubalah masak, orang sepatutnya dah 19 thn dah pandai masak buat kerja rumah, kemas2 bla.. bla.. bla..
Ayah : **balik kerja** takde kerja lain la tu, tido je satu hari (walaupun sbnanye aku tak)
Ayah : Akak, kau ney takde wat pape pown.
Ayah : bla bla bla bla...

Ibu : Akak tolong buat ney. (aku buat ikot apa yang dia sroh je)
pastu diam. Dia tau aku cmne, bukannya aku malas, cuma like I said aku takkan buat selagi ada orang yang boleh buat kerja tu. Yang ayah aku pulak, bebel mengalahkan makcik2 dan mak aku sebab, aku rase memang betullah aku ney anak ayah. Well, org kate anak first ney anak kesayangan an? an? haha. sbb tu asal nampak muka aku, ada je dia nak tegor. Adoyyaii. Aku tau ayah sebenarnya taknak tunjukkan yang dia puji ak an? an? aku tau, ayah puji aku. harharhar.

Kenapa aku kate gitu? sebab lau aku salh skit atau result aku jatoh sket, mulalah dia kate aku malas, berangan, main2 dn sebagainya. P bila result aku gempak atau menang ape2 dpt hadiah. Dia pula yang kecoh, saje nak jeleskan mak aku. Dia kate
Tengok, mesti nama ayah dia ade sebot an??
**tak pown**
Dia ada sebot nama ayah tak? 
Adoyyai,,

ehsan incik google 
Lagi satu citer pasal ayah aku, dia ney memang suka kucing tapi tak suka bela kucing. Nanti, lau ade kucing ngendeng kat umah, mulalah sesi perbualan antara ayah aku dan kucing. Kalau kucing tu nak msuk rumah, ayah aku tak bagi. Hanya dengan, "eyp. tak mao!" kucing tu faham!!!!! demm. Macam mane ayah aku ley bercakap dengan kucing??? Lau ada kucing betina yang sarat bunting bape bulan nk tggu hari, dia bley usap2 perut kucing tu, and berborak2 skali. Kucing tu reply beb. ngahngahngah

camni ey ayah anak kucing tu?
Mulalah dia citer time dia bela kucing masa zaman sekolah dulu. Kucing jantan, bernama Ringgo. (mungkin era Elvis Presley) Dia katalah setiap kali balik sekolah kucing tu dah tggu dia depan pintu pastu lompat atas badan. Waaahhh! mcm man best friend. Indahnya dunia~ Pastu nanti dia cerita la dia pernah jadi bidan kucing, **tak tau kucing yg mane** ceritalah segalanya dengan penuh detail. Cmne keadaan anak kucing tu mase baru lahir, mcmne keadaan kucing tu nak melahirkan.. OMG!

Actually banyak lagi pasal ayah aku, cuma jari aku dah nek malas nak taip lagi banyak. Cukup jela sampai ney je yang aku story. Nanti aku citer pasal keunikan adik aku, Aina. Wahahaha. **mampus ku lau dia baca**
In conclusion, thanks dad coz bebel kat akak mcm mak2. hak3. I know you proud of me, cuma malu je nak ckp an?? an?
okeyh! caloo beti!

Cerita Tentang Ulang Tahun

Assalamualaikum.
I'm Proud To Be The Resident of Pasir Gudang (apa kena mengena dengan tajuk entry????)


Wah.. kenapa aku enthusiastic jadinye?
Takde la,, saje je.
Semalam sambutan ulang tahun pertama pengisytiharan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Boleh tahan. Bagi aku yang paling best is pertunjukan fireworks about 5 minute tuu. Memang syok habes! Aku ada rakam video fireworks tu tapi mcm mls la plak ak nak upload kat sini.
Macam2 aktiviti ada. Ada pertandingan zapin, nasyid and kompang. Ada artis (abon ngn ali mamak je kowt) yang aku tau la. Then, ada pameran kereta yang sudah modified, ada pertandingan memancing, futsal. Kat bawah ney ada aturcara aktiviti semalam. (maaflah baru aryney nak tulis entry)

wahaha! gempak sgt la plak ak letak pic ney.
mcm nak promote2 plak an.(semalam padahal)
hee~
tapi mcm ada kurang je.
Yes, dia tak masukkan sekali aktiviti utk budak2. Adik2 aku masuk pertandingan mewarna (aktiviti hari Jumaat ye) **tak menang pown** sekadar suka2 mencari hobi baru kononnya. Aku pula, dok melayan budak2 tadika tu memandangkan ibu aku tolong anta dowang, dan mereka da byase dengan aku memandangkan Aniq (adik aku) famous knon ketua laa. hee **terasa jadi cikgu tadika masa tu**

melayan budak2 tadika memang memenatkan! bawa dowang masuk galeri,(ala2 muzium tapi yg mini) mak datok! mula2 memang oke, pastu bley plak mereka menjerit2 sambil berlari. Aku pula yang serba salah sbb galeri tu dlm menara Aqabah **mcm formal sket** aku pown, bagi arahan : Diamlah! jangan lari2 nanti kalau pecah barang cmne? **suara tinggi sket** 
(agak malu) sebab beberapa kali, nampaknya kanak ribena tu takkan diam. =))
 Aku pown, tegur sowg2 budak2 tu. panggil sowang budak, ckp kat dia swo kawan2 jgn lari2 n jerit2.
Kesannya, bolehlaa tak seteruk yang sebelumnya. hee

Last but not least, aku just nak ckp yang aku memang bangga jadi penduduk Pasir Gudang. Sebabnya, walaupun Pasir Gudang ney kecik, tapi boleh tarik pelancong gak apee.. Lanskap kat sini cantek2 belaka **kurang sket belakanya** waktu malam lampu memang lip lap sakan. Lagipun aku bangga sebab Pasir Gudang ada sejarah tersendiri yang aku rasa sangat menarik dan membuatkan aku bangga. Bayangkan, sebuah perkampungan nelayan yang dulunya 70% dikelilingi hutan (tak pasti percentage tapi lbih kurang laa), sekarang dah jadi pusat perindustrian and bandar yang cantik dan maju, dengan sistem pentadbiran ala korporat dipelopori oleh Jcorp yang memang mantap (when Johor Corporation has been appointed as the local authority of Pasir Gudang since 1 July, 1977) Nice! tak sgke aku bley wat ayt mcm ney. Well, more than 900 KFC, Pizza Hut & Rasamas outlets in Malaysia, Singapore, Brunei, Cambodia and India adalah Jcorp punye!
Sudahlah, mcm nak bajet sgt je aku ney. whahaha =D saje jew **chill beb**
Sekian saja ku merepek okey. jumpa len kali

nota kaki: kalaulah pertunjukan bunga api tu dia yang buat khas untuk aku. Perh memang romantik la
                kann.. =)

Saturday, July 2, 2011

Setiap Orang Special in Their Own Ways

Assalamualaikum..
mood: agak serius
Malam ney (Jumaat) aku tengok TV sampai pkol 2 lebih cerita bertajuk 'A Beautiful Mind'.
Mula2 aku ingat cerita ney cerita aksi macam citer James Bond tuu,, bila dah syok tengok, baru aku tau cerita tu kisah benar.
'A Beautiful Mind' banyak buat aku sedar and buat minda aku terbuka lebih luas. Malah, hampir membuatkan aku mengalirkan air mata.
Kisah seorang ahli matematik yang mempunyai masalah paranoid schizophrenia beliau, John Nash melalui hari2 sukarnya. He began speaking of characters like Charles Herman and William Parcher, karakter yang hadir dalam dunia ilusinya. 


Well, berdasarkan info yang aku cari cerita tu dikatakan tidak sepenuhnya betul, mungkin ada tolak tambahnya.Tetapi bukan itu yang ingin aku persoalkan.
Dalam cerita tu, buat aku sedar yang, semua manusia dilahirkan dengan keistimewaan masing2, mungkin dia ada mental disorder, tapi dia sangat bijak dan genius. Mungkin seseorang itu tidak pandai dan genius secara akademik, tetapi kita tak tau yang lebih kreatif daripada kita. 
Allah itu Maha Adil. Setiap kesusahan pasti diselangi kesenangan, setiap kekurangan pasti ada kelebihan bagi seseorang itu yang membuatkan kita sangat istimewa dan lain daripada yang lain.
Di mana ada hitam pasti ada yang putih. Macam yin dan yang, malam dan siang, hujan dan panas. Setiap perkara itu saling melengkapi untuk tampil sempurna dan unik.


Melalui kisah itu, buat aku sedar yang sokongan keluarga sangat penting untuk membantu seseorang itu berubah kepada yang lebih baik. Seperti Alicia Lopez-Harrison de Larde yang sanggup bersamanya menghadapi dugaan meskipun dia tahu suaminya, John Nash mengalami masalah itu, namun dia yakin suaminya masih ada harapan. Oleh itu, aku sedar yang semangat daripada keluarga, kawan2 sangat penting kalau kita ingin berubah atau sembuh. Tiba-tiba aku terfikir, bagi mereka yang pernah melakukan kesalahan moral seperti masalah yang dihadapi remaja sekarang, adakah keluarga mereka menerima mereka? atau menghalau dan menafikan mereka? Harapnya tidak, orang seperti ini harus kita bimbing. anggap sahaja mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan dan akibatnya, kerana membawa mereka kembali ke jalan yang asal menjadi amanah kita. jangan dimaki, kerana mereka tidak sedar akan kesalahan itu. Beri peluang lebih baik daripada membanteras orang itu, kta manusia bukan virus yang boleh dilumpuhkan, dimatikan dan dihapuskan. Manusia masih punya hati dan akal, bagi aku... 
Jika kita ingin mengubahnya fikirannya, sentuhlah hatinya. Jika hatinya tersentuh, maka akalnya mula berkata, nafsunya mula melumpuh.
seterusnya, kisah itu menyedarkan aku bahwa segala yang kita ingin capai. Kita haru melakukannya bersungguh2. usaha itu mesti diteruskan tanpa ada putus asa. We must finish everything we started.
Okay, mungkin aku ambil terlalu lama untuk entry ney, sbb dari pkol 3 lebih smpai 4.30 pg. Dan mungkin ayat aku agak poyo dan hampir membuatkan orang yg baru pregnant muntah2 tahap ghaban, tapi aku harap apa yang aku katakan mungkin masuk dalam hati sesapa yang baca.


Aku cuma menulis penulisan yang tidak sehebat penulis lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...