Monday, June 27, 2011

Ada Jugak Rupanya Orang Buat Daging Tiruan Macam Ney

Assalamualaikum..

Hari ney aku tak busy sangat, so tadi ak blogwalking aa kat blog kengkawan.. meninjau lokasi.
Tiba2 ada satu entry ney menarik perhatian aku, WOW! bila aku baca je entry tu, aku tak sangka gile2 ada jugak manusia yang kononnya berotak cerdik sanggup gunakan najis manusia sebagai pengganti daging burger.
WHAT THE....... *tergamam* 
Hal ini berlaku kerana pihak terbabit ingin mengatasi masalah lambakan najis di loji mereka. Kejadahnya, lau aku, nak bayangkan cmne mkn daging burger yang dibuat daripada poops tu pown aku tak sanggup. Mimpi apatah lagi, komfem aku sanggop berjaga daripada mimpi makan benda alah tu..
Katanyalah kan, daging najis tu mempunyai protein yang tinggi disebabkan kadar bakteria yang banyak.. Malah kurang lemak dan rendah kalori...
?????!!!!

kalau nak tau dengan lebih lanjut,>> klik pada gambar di atas <<
dari situ lah aku baca entry pasal daging najis ney..










Jangan lupa tinggalkan footprints =)

Friday, June 24, 2011

Apa Sajalah Aku Neyh

Perbualan antara Aku dan 'aku'


Assalamualaikum..Aihh~ mengeluh ke cik akak??
Takdelah mengeluh sangat, sikit2 aje.


Mengeluhlah tu kiranya.
Hurmm, yelah2 aku mengeluh.


Kenapa kau mengeluh??
Ntah.


Kenapa kau macam tak bersemangat ney? come on lah!
Ntah. Aku rasa tak bermaya la pula.


Mesti ada sebabnya, kan?
Adalah sikit. Aku sakit kepala dah berapa hari tak oke2, lau mkn ubat komfem tak jalan. Lau asyik makan ubat tapi tak jalan, kang terlebih pula drug dlm badan aku ney. (erk. Ade ae teori tu?)


Kau selalu tidur lambat ae?
Aah. sebab aku tak selesa time tido. Badan aku sakit2. Nak tido pown kepala sakit woo.. aihh


Kau ney malas exercise kowt.
Aah la aku pown rasa mcm tu. Aku nak wat something yang busy lah barulah jalan skit otak and badan aku  neyh.


Kau neyh peliklah. Tak faham aku.
Memang pown. Aku sebenarnya lagi suka lau aku busy. Penat buat kerja lebih nikmat daripada penat tanpa buat apa2. Setakat kemas rumah. Alahai, apalah sangat penatnya.


Oke, sekarang kau nak apa?
Aku nak penat dan busy!!!! Cepatla sambung belajar. Aku dah terlalu puas berehat. Otak aku dah meraung2 nak gerak.


Kau neyh macam2 lah.
Tulah pasal aku pown tak faham. Time busy aku nak lepak nak malas2. Time lepak rehat terbongkang belengkau aku nak busy plak. Aihh~ 


Kau neyh tula, lain kali bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada satu2 masa tu, jangan cari alasan je tahunya. Sekarang ney pown bersyukur jelah sebab kau dapat berehat. Sebab lepas ney kau dah busy balik. Lebih baik sekarang ney kau preparekan mental dan fizikal kau untuk masa kau busy nanti.
Buat lah apa2 yang patot. Contohnya :

  • bertapa
  • berexercise
  • bermeditasi (aku rasa macam sama dengan yang first)
  • buatlah latihan pernafasan dan kawalan minda (ceyh..poyo plak ayat aku)



okay, InsyaAllah aku try buat..


aku wish good luck pada kau and hopefully hati kau tu tenang, badan kau sihat tak sakit2 lagi.
Sebab kalau kau macam ney, nanti aku yang parah.
Bila aku dah parah kau lagi terus mati, aku dengan kau kan satu. Kau jaga aku, InsyaAllah aku jaga kau.


JAGALAH ROHANI DAN JASADMU
HARGAINYA SEBELUM ALLAH MENGAMBILNYA SEMULA

                                                                                                   

Wednesday, June 22, 2011

Hari Meng'update' Blog

Assalamualaikum..


Haaih! =.=" nak update blog memang payah.
Sampai berejam2 aku dok ngadap lappy semata2 nak update blog. (bukan entry actually)
Kekadang tu sampai nek kabur mata aku penat sangat agaknye fokus terlampau an..and smpai rase nak give up pun ade, rase menyampah lagilah!
Tapi aku ney plak jenis yang selagi aku tak dapat, selagi tula aku dok ngadap fokus sampai nak terkeluar otak dan bijik mata aku. **rolling eyes**
Aku an gedik2 suke tuka2. So, mcm2 tutorial la yang aku bukak, and follow.
Antara blog yang memang best dengan tutorialnya ialah :



< nak tau boleh klik pada banner kat atas >
~aku citer sket blog ney~

~ pink in colour ~
~ menarik ~
~ banyak tutorial yang sangat berguna untuk cntikkan blog ~
~ sistematik ~
~ boleh aku conclude kan sebagai blog kawaii ~
~ sebaya dengan aku la seyh! ~

thanks la sesangat sebab tutorial nya sangat2 membantu.
so, lepas ney nak try update blog lagi sampai aku puas aty.
Yang penting blog aku mesti kemas, tak serabut dengan widget bagai and most important is sedap mata memandang.
Lagipun kan
BLOG AKU TERAPI UNTUK AKU


p/s: aku jeles dengan blog yang comel and cantik.
Teringin jugak.. **senyum kambing**

by miss maiamyra

Tuesday, June 21, 2011

Selamat Hari Bapa..

Assalamualaikum..


Cik nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada ayah I laaaa..
I bet, mesti ramai yang belikan ayah dowang hadiah. =( well, I'm not. Aku dari kecik, tak pula diajar smbut hari bapa, time hari bapa sempoi je takde la smpai nak pergi makan2 ke, beli hadiah ke atau belanje2 bagai. Tapi aku ingat lagi mase sekolah rendah, cikgu yang ajar smbut hari ibu & bapa. Kat sekolah dulu, mesti ada jual bunga or kad sempena hari ibu, bapa & guru. **senyum** dulu aku pown ambillah peluang tok beli bunga or kad semua bagi kat ibu or ayah.


Bila dah masuk sekolah menengah, takde dah jual2 bunga bagai. So aku pown da jarang sangat sambut hari ibu ke bapa dengan memberi hadiah. Cukup sekadar ucapan (kekadang ak tak ucap ppown sbb tak biasa n malu) and aku sendiri yang akan buat kad tanpa pengetahuan mereka and bagi juga tanpa disedari mereka. Kira cam secret admire laaa..


I've told u in my entry before that, aku lebih suka bagi hadiah yang aku sendiri buat hasil seni or titik peluh aku **eeuuw** sebab bagi aku kalau aku buat sendiri hadiah tu, aku akan rase puas bila bagi kat seseorang walaupun tak secantik yang di kedai, tapi aku buat hadiah tu dengan penuh rasa kasih sayang. Yang penting aku bagi hadiah tu ikhlas, and dengan cara aku buat sendiri hadiah tu aku dapat tunjukkan kesungguhan aku. So, orang dah yakin yang aku tak pernah lupakan mereka. Walaupun mungkin satu hari nanti ak tidak menyatakan rasa sayang aku. Sebab memang perasaan tu dah wujud so, tak perlulah nak bagitau byk2 kali.


so, sebagai menghargai ayah aku, aku buatkan satu hadiah..


hasil kerja keras aku (takde la keras sangat)


bukan ayah sorang je yang dapat, masa hari ibu pun aku ade buat juga.. kad je sebab bajet mase tu tengah ciput je..

yang ney untuk ibu mase hari ibu arytu..
yang ibu punye kan tak cukup bajet, so aku pakai je ape yang ade depan mata aku,
  • drawing block
  • kertas warna
  • sampul gula2 getah
haa, sempi je kan barang nye.. Ah takpelah, janji kreatif. Rumput depan rumah pown boleh jadikan hiasan ke ape2 je..
okeyh, thats all lah.

pesanan : tak kira murah ke hadiah tu yang buat dia mahal ialah 
keikhlasan dan kesungguhan si pemberi..

by miss maiamyra



Monday, June 20, 2011

Cicakk zaman Sekarang

Assalamualaikum...


wahh!! nape aku tulis tajuk entry kali ney, mcm tu?? sebab apakah??
oke2, sebnarnya aku saje je tulis tajuk tu.. bukan sebab pengaruh cicakman atau apa skalipun..
Aku yang bernama..'TUT!!' mengakui bahawa aku sememangnya sangat geli kepada binatang 'peliharaan' semua rumah yang bernama CICAK! first dlm list binatang yang ak geli.. hahaha
kenapa???


baiklah, dipendekkan cerita.. dalam rumah aku ney ade berekor2 cicak.. (tapi byasenye ak nampak sekor je dlm stu masa) knape berekor2 plak? yela! sebab lain2 saiz dan jenis yg ak nmpk so mestila berekor2. aihh.. aku nekmenyampah tahap ghaban dengan cicak2 zaman sekarang kat bndar ney.
tak grip langsung. kena sergah sikit dah cepat mengalah. Teros lompat.. KEPALA HOTAK DIA!!! 
even terkejut sket pown dia ley lompat dari dinding tu. perghh! menyirap darah aku.
sebab tu ak kalau nmpak cicak nga lek2 kat dinding.. aku diam je..Bergerak sikit pown ak taknak. sbb, ak gerak sikit dia da mule glabah. cis. tak gune.


disebabkan perangai cicak zaman sekarang yg cepat glabah..ia telah memberi keasn kepada aku terutama di bilik air.. yah!
di bilik air.. sebelum aku masuk, aku akan pastikan tiada cicak walau seekor pun yang berehat di dinding. Jika ada, maka aku akan bersiap2 dengan hanger untuk menghalau cicak berkenaan dengan hanya mengetuk pintu sekuat2nya.
Maka, terlompatlah ia tanpa berfikir jauh, jika beruntung nasib aku, cicak itu akan melompat ke arah tingkap lalu berambos. Jika malang pada waktu itu, cicak terbabit akan melompat ke arah aku, dan aku akan melompat sambil terjerit2 'manja' gituu.. gile., menjerit kegelian larh!!
jika sudah beres, barulah aku masuk ke dalam bilik air.
Perkara yang sama akan aku lakukan di mana2 sahaja. Kecuali yang melompat sambil menjerit tu, aku akan consider dulu.. **gelak**


ps : sebab tu aku takkan tengok cerita cicakman! 



Bila Perempuan Berkata Tidak Atau Mendiamkan Diri..

Assalamualaikum.. (alahai.. lame ak tak start entry dgn ney.. uisy3)


Beberapa hari yang lalu.. Seorang jejaka (ceyh.. cm dahsyat plak ayt ak) berkata bahawa dia sangat ingin memahami perempuan (actually tuju pd ak) *senyum* Kemudian, aku membalasnya dan berkata, "how hard you try to memahami perempuan..tetap susah and xkn faham sometimes it almost impossible" (ayt asal beb) 


oke berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku :


bila sepasang kekasih  sedang asyik dilamun cinton.. (gile kentang ayt)
si lelaki : ayg, you syg I tak?
si pmpuan : ofkos la I syg u.. nape u tnye cmni?
si lelaki : saje.. ala u ney I tnye je.. u I syg u tau..


bila masuk fasa selesa.. lebih kurang beberapa slpas 1/2tahun bercinton..
si lelaki : ayg, you syg I tak?
si perempuan : asal u tnye? 
si lelaki : ala u ney I nak tau u syg I ke tak..
si permpuan : taknak jawablah. (atau tukar topik perbualan)


bila masuk fasa krisis.. asyik bergaduh mcm kucing (bukan dgn anjing) tapi dgn kucing jugak.. tau an cmne.. memekak jewww...
si lelaki : I slalu ckp I syg n cinta kat u tapi I jarang n kekadang tak pernah dga u sebot pkataan 2,
                u syg I tak?
si perempuan : U nak tau ape lagi??
pasangan tu bergaduh sebab si lelaki rasa si perempuan dah jaoh dari dia dan dia merasakan si perempuan tidak lagi menyayanginya.. jadi dia semakin hambar.. apabila si lelaki hambar, si perempuan merasakn si lelaki sudah bosan dgnnya.


Guys!!!! dont be stupid oke!!! oke this is the thing that i think its a fact!


takde permpuan yang tak suke dengar kekasih  dia mengucapkan kata CINTA! (cis. puakenya aytku)
tapi jgn salah.. perempuan tak suke dengar lelaki yg dia tak berminat dan yg telah diberithu bhwe dia tidak berminat (menolak lelaki tu) ckp CINTA@SYG sooo many time..kat dia.


oke cmni.. bile pasangn bercinta baru ade dlm fasa honeymoon! perempuan tu akn slalu bgtau lelaki tu yg dia mmg syg kat lelaki tu, sbb dia nak lelaki tu tahu yang skg ney, hnye laki tu dlm hati dia so, dia nak yakinkan lelaki tu yang dia terbaik!
bila dah masuk fasa selesa,, perempuan akan jarang bgtau atau sukar sbb malu2 nak bgtau.. sbb bg dia..Dia dah bgtau lelaki tu mse fasa honeymoon.. dia cukup yakin dgn perasaan dia takkan berubah. 
kemudian pada fasa yg seterusnya, perempuan kalau boleh tknk jwb soklan tu, sbb some of them merasakn soklan tu tak relevan setelah bertahun2 menjalin kasih..(wahh!) Jadi perempuan slalu anggap yang lelaki sudah tau dan masak dengan perangai/perasaan dia. Oleh itu, tidak perlu lagi untuk diulang tayang byk2 kali ape yg telah diluahkannya. 


Dude! bagi perempuan yang setia n slalu syg pada you all.. Dia tak perlu ucap keramat 
'I LOVE YOU' tu byk2 kali utk menunjukkan yang dia mmg betul2 syg. Sbb bagi perempuan yang berIQ tggi **maaf lau ad yg tersinggung** they believe that actions are important than words.
So, mereka akn melakukan ap saja yang termampu untuk menunjukkan yang mereka betul2 mencintai lelaki tu. Kalau mereka tak pernah ucap pown ayt keramat tu, tak bermakna mereka tak syg. Tapi you have to know that womans are detail. Kalau dia tak betul2 yakin dgn perasaan dia pd seseorang, dia takkn sewenang2nya mengucapkannya. kerana, bagi perempuan ayt itu sangat bermakna dan boleh menyebabkan sebuah dunia berubah. Dunia seorang lelaki yang teruk kepada lebih baik. (contohnyeeee)
**rolling eyes** fhm2 la sendiri mksod ak ney.

Orang dulu2 kate, perempuan kalau diam dan tersenyum tandanya setuju.
well, dah lumrah alam.. perempuan diciptakan dgn sifat malu.
sifat malu itulah yang menyelamatkan perempuan dari dimalukan kelak..



pesanan ikhlas :
jagalah perempuan yang baik yang kau sayang sebaiknya,
kerana sekali kau kehilangannya, sukar untuk mendapatkannya.
Hargailah apa yang kita ada sekarang


by : miss maiamyra

Saturday, June 18, 2011

Cerita Tentang Menge'test

SAYA BANGGA MENJADI ANAK JOHOR
ooooyeaahhh~
(well actually ak anak en. Abd Ajis)

setelah lama ku tunggu-tunggu..... akhirnya, buka juga Senai-Desaru Expressway tuu..pada 
10 June 2011 untonglaaa an owg johor.
Sempena pembukaan lebuhraya tu, dia bg free beb lalu situ, sebulan jela an takkn nak lebih2 plak. Maklumlah, manusia byase mmg suke bnde free.

Kenapalah aku dok tggu bila tmpat tu nak buka an? Mestilah! ak dok dekat je ngn tempat tu (Tman Scientex, Pasir Gudang lalu Cahaya Baru je kat blakg nun), ayah aku plak slalu g mancing kat area dkat2 situ, mmg menunggulah tmpat tu nak siap. Bukan ape, aku menyokong pembangunan kat Johor ney. (ayat puaka)
Seriously, mase baru bukak pulak tu cuti sekolah, perh! mmg berduyun kereta especially dr Singapore. Ape lg g Desaru lah, tak pown g Tanjung Balau. hehehe bercuti la katekan. Tmbah pulak free, sape yg taknak. Lagipon dah dekat lah tu, lau dulu nak g Desaru kene lalu Kota Tinggi, mak aiihh nek lenguh punggung, p skg lbey kurang stgah jam da smpai. Memang seronoklah kan.

Maka dipendekkan cerita, kami sekeluarga pown mengambil peluang menge'test' (bak kate ayh aku) jln kat situ, mmg kejap je nak smpai Tanjung Balau. hehehehe so tak yah susah2. Seriously (lagi) memang cntek weyh pemandangan. Sejuk je mata, so bagi yang bawu pas ptos cnta ley jejalan lalu situ, komfem mesti tacing habes. **sadis** Almaklumlah, damai je suasana an, so boleyh la layan perasaan cintun penglipur lara tuuu..

okeyh, info pasal lebuhraya ney sket :
~ sebahagian daripada Iskandar Malaysia
~ jaraknya 77km sahaja
~ masa ke Desaru (laluan dulu) 2jam, skg satu jam jeee
~ merentasi Sungai Johor
~ mempuanyai jambatan kabel yang merentasi Sungai Johor dan merupakan jambatan sungai terpanjang selepas Jambatan Raja Permaisuri Bainun

take a look at it :

menarik ann??

hurrrmmm.. terase bangge bile lalu situ


best tak nek kat ats tu??


bangga bangga bangga!!

secara menyeluruh..

ayah aku kata :
stiap kali lalu kat jambatan tu terasa meremang bulu roma
**sebab terasa bangga and teruja ye, bukan sebab ada makhluk halus ke hantu jembalang ke**

*senyum* bukan ayah ak je, ak pown.
well, like father like daughter kata omputih ye..



p/s : memangla aku bangge jadi anak Johor, tapi aku
tak pasti sama ada aku ingat lagi ke tak lagu Negeri Johor.
*gelak bengang* and ak pown tak tau banyak tmpat kat Johor.


Saturday, June 4, 2011

~Is It WrOng To Make A Mistake????

sejujurnya...
Aku, seorang yang selalu buat salah..
Yes! sebab ak tak pandai bodoh.maybe. And seriously, ak mengaku. Aku sangat 'stop it' dalam macam-macam hal.


tapi.....aku nak sangat belajar. belajar benda yang baru. and disebabkan ke'stop it'an aku tu, aku buat kesalahan semasa belajar dan melakukan sesuatu yang baru tu..


please...aku memang stop it. please ajar aku, tapi jangan tinggalkan segalanya pada aku umpama aku tahu semua tu dan aku harus melakukannya. please.... aku memang stop it. kenapa kau marah aku? aku langsung tak marah kau sebab kau marah aku sebab aku memeng tak layak marah kau. tapi aku sedih, kenapa kau marah aku? mungkin aku je yang menganggap kau marah sedangkan kau hanya menegur. tapi, nada kau kesal bercampur marah. ye, aku tahu kau mesti kesal sebab aku tak belajar benda tu dari dulu lagi kan? aku tau kau kesal sebab punya orang macam aku dalam rumah ni. aku tau kau kesal sebab aku tak seperti yang kau harapkan yang sama dengan orang lain, atau mungkin sama dengan kau.


masih jelas dlm ingatan aku **memangla sebab baru je tadi**
wajah kau.
nada suara kau.
kata-kata kau.


aku minta maaf sebab aku terlalu stop it. 
maaf sangat2.


p/s : kau mungkin tak tahu aku menangis dalam bilik air masa mandi disebabkan
kebodohan aku. Sekali lagi maaf sebab membazir air yang harus kau bayar.
Adakah salah aku mengatakan diri aku bodoh??
Mungkin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...