Tuesday, May 17, 2011

Mr. DreaM (part 1)

mlm semalam. yep mlm semalam.
ntah apa yang ak fikir sampai ak mimpi sesuatu yang ak rase bagai ada cerita disebaliknya.
dalam mimpi tu, aku sedang tidur dan sedang bermimpi, sesuatu menghampiriku dan. perh. sakit pipi aku macam ditampar dengan sangat kuat. dalam mimpi itu aku tersedar. aku mengusap pipi ku. ya, ia terasa sakit. mungkin minda bawah sedar ak tersentak membuatkan ak terbangun dari tidur (yang sebenarnya). dan sakit itu masih terasa seperti dalam mimpi yang aku mimpikan tadi. tak faham. cara aku bangun dan mengusap pipi ku sangat serupa dengan mimpi ak tadi. ak tidur lagi. malas hendak memikirkannya. mengeluh.


aku kembali bermimpi, dikelilingi kawanku. malah ada kawan lamaku. kawan baik yang kini wujud satu jurang antara aku dan dia. dalam mimpi itu, ade 3 orang kawan aku. yg pertama aku terjumpa, ialah kawan lamaku yang kami pernah sangat rapat suatu ketika dulu, dan jurang memisahkan kami zahir dan batin hingga kini masih ada jurang yang semakin membesar. 
kawan yang kedua aku terjumpa, ialah kawan lamaku ku juga yang sangat rapat hubungan kami, dan kini terasa seperti ada jurang yang sedang membina. kawan ku yang ketiga, adalah kawan lamaku yang juga sangat rapat dengan ku hingga kini.


kami berjalan dan berbual. perbualan apa aku tidak pasti. baru beberapa saat, kawan pertamaku pergi ada hal katanya. tinggallah kami bertiga. kami teruskan berjalan, dan kawanku yang kedua berkata dia harus pergi, dan lagaknya memang menunjukkan dia akan pergi meninggalkan kami berdua. namun mungkin belum sampai masanya, kami berbual sesuatu rahsia. (sememangnya rahsia dan tak mungkin ak cerita dlm entri ney). kawan ku yang ketiga merasa tidak puas hati, memaksa aku dan kawan yg k2 menceritakan rahsia itu. namun demi rahsia, aku berdalih dengannya, tetapi aku tidak menipu. ak hanya ceritakan secebis rahsia itu sahaja yang sudah tentu tidak mampu mendedahkan keseluruhan cerita. hanya sekadar berbasa-basi.


namun, kawan yang kedua tidak dapat menerima, lalu berjalan berpaling dariku. tak faham. sekurang2nya aku menjaga rahsia dan tidak menipu. maka kini tinggallah aku dan kawan ku yang ketiga itu. kami berjalan dan terjumpa dengan seorang makcik yang memandangku sinis. ak bersalam dengannya. kami berjalan hingga tibalah dirumahku. aku meminta izin untuk pulang. lalu ku bersalam dengan makcik itu dan kawanku. mencium tangan tanda hormat dan sayang. aku berjalan pulang, tanpa disedari, kawan ketiga ku membaling selipar ke kepala ku. menyebabkan ak tersangat pening. ak tersentak dan terjaga. dan ah, tidak! pening itu bukan sekadar di mimpi.
ak kembali tidur. gelap sementara.... **tak mengerti maksud kehadiran makcik sinis tu**


bersambung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...