Friday, May 20, 2011

~ThAts It~

ASSLAMUALAIKUM
semua org tga sibuk pasal result semester Matrikulasi..
aku sibuk jgak but honestly ak mls nak kecoh pasal result..
and honestly ak memang tak puas aty... (Astaghfirullah)
tapi tak puas aty mcm mane pown ak mmg dah tak boleyh tuka result ak tu.. and ak kene belaja terima hakikat!!!
please aimi terime jela yang ko tu actuallybelum diizinkan untuk dpt ape yg ko nak..ok.
and terima lah hakikat yang tak semuaa benda yang kite nak kite akn dpt..
stop crying you stupid!


oke 'black maia' you do not call me stupid. 
ape2 pown.. ak still bersyukur walaupown ak tau dlm diri ak lebih banyak perasaan kecewa drpd bersyukur.. and ak tau ak tak layak untuk berasa kecewa. tapi Syaitan ney ade jew care nak wat ak mengalirkan air mata setiap kali ak igt result ak.. 
Tapi ak tak salahkan semua tu.. and ak still fikir positif. mungkin dgn cara ak nangis bley wat ak sedar yang mungkin disebabkan kesalahan yang ak tak terfikir pown selama ney.. mungkin kerana dosa lama ak.. siapa tau an?

dpt result yang mcm ney buat ak sedar jugak yang tak semestinye kite selalu dapat A untuk subjek tu kite takkan tersungkur suatu masa nanti.. mcm sekarang yang ak rase.
dulu ak yakin ak mampu dptkan A sbb ak belum pernah dpt B untuk subjek tu. Tapi Allah MAHA BERKUASA akhirnya. Dia beri aku B jugak untuk subjek tu.
Subhanallah.... rupanya dulu ak terlupa yang Dia yang menentukan segalanya...
disebabkan tersungkur jugak ak selalu fikir apa yang ak dah buat smpai ak tak berjaya dptkan yang ak target.. mungkin dosa ak adalh satu faktornya...sebab ak percaya tak ada manusia dlm dunia ney yang dicipta BODOH. semuanya pandai mengikut bidang masing2.


HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI..

Wednesday, May 18, 2011

Mr. DreaM (part 2)

di sebuah tempat seperti dorm. suasana kecoh. riuh. masing-masing ketakutan.
makcik A : hati-hati, lembaga tu akan menghisap darah sesiapa sahaja
budak perempuan 1 : saya nampak lembaga tu!! atas katil dia! **menunjuk ke arah katil seorang budak perempuan yang ketakutan**
?? cerita seram apa yang aku tengah lakonkan? aku menghampiri katil itu. dan. sepantas kilat lembaga itu merenungku tajam. ?? seperti pernah ku lihat wajah lembaga itu. seperti yang pernah menghantui hidupku. dan membuat hidupku tak menentu. namun suatu rasa yang aneh mengalir dalam diriku. AKU TIDAK SEDIKIT PUN MERASA TAKUT ATAU SERAM. **macam yang sepatutnya org rase bila mimpi hantu** ya. itu perasaan aku. dan anehnya, ak hanya senyum. dan terasa menyampah juga benci. aku pergi.

tiba di satu kawasan. muncul seorang lelaki, yang sendiri. ku melihatnya dari belakang. aku menghampirinya, dia berpaling dan melihatku. terkejut. Dia muncil lagi dalam mimpi aku buat yang kesekian kalinya. rindu. lama dia tak muncul dalam mimpi ak. kali pertama dia muncul masa aku form 2/3. kini dia muncul lagi. wajahnya masih aku tidak dapat melihatnya kerana. Kabur! tak jelas. tapi aku tahu itu dia. aku dapat rasakn perasaan yang sukar aku gambarkan. dia berkata senyum tak berkata2. tapi dari pandangan mata aku boleh dengar dia berkata2. **mcm dlm alam maya pulak, hati berborak tapi mulut tak bergerak** p/s: ak dapat rasekan yang aku nampak mata dia.

mr dream : awak mcm mane?
aku : **diam**
~dia tarik tangan aku~
mr dream : awak kena jage diri
dia hilang... dan aku terjaga dari tidur.

apa maksud mimpi ini??
ah mimpi hanya mainan syaitan.
mungkin syaitan cuba buat ak lupa akn realiti dan mengejar maksud mimpi ini.
bijak sungguh strategi syaitan kan?

tapi, kita takkan pernah tau apakah mimpi ini.
adakh ia memang permainan syaitan?
adakh ia sebenarnya memori kita yang tersimpan atau perasaan yang kite pendam kemudian di luahkan melalui mimpi?
atau adakah ia memang benar petunjuk Allah???



lastly, who are you mr dream?? please don't make me wondering.
please... If you're the one for me, help me. Ya Allah, aku pernah
bermimpikan mr dream dulu. siapakah dia ya Allah.
This is the forth. 
Is there any reason of dreaming about him? 
Ya Allah, beri aku ketenangan.

Tuesday, May 17, 2011

Mr. DreaM (part 1)

mlm semalam. yep mlm semalam.
ntah apa yang ak fikir sampai ak mimpi sesuatu yang ak rase bagai ada cerita disebaliknya.
dalam mimpi tu, aku sedang tidur dan sedang bermimpi, sesuatu menghampiriku dan. perh. sakit pipi aku macam ditampar dengan sangat kuat. dalam mimpi itu aku tersedar. aku mengusap pipi ku. ya, ia terasa sakit. mungkin minda bawah sedar ak tersentak membuatkan ak terbangun dari tidur (yang sebenarnya). dan sakit itu masih terasa seperti dalam mimpi yang aku mimpikan tadi. tak faham. cara aku bangun dan mengusap pipi ku sangat serupa dengan mimpi ak tadi. ak tidur lagi. malas hendak memikirkannya. mengeluh.


aku kembali bermimpi, dikelilingi kawanku. malah ada kawan lamaku. kawan baik yang kini wujud satu jurang antara aku dan dia. dalam mimpi itu, ade 3 orang kawan aku. yg pertama aku terjumpa, ialah kawan lamaku yang kami pernah sangat rapat suatu ketika dulu, dan jurang memisahkan kami zahir dan batin hingga kini masih ada jurang yang semakin membesar. 
kawan yang kedua aku terjumpa, ialah kawan lamaku ku juga yang sangat rapat hubungan kami, dan kini terasa seperti ada jurang yang sedang membina. kawan ku yang ketiga, adalah kawan lamaku yang juga sangat rapat dengan ku hingga kini.


kami berjalan dan berbual. perbualan apa aku tidak pasti. baru beberapa saat, kawan pertamaku pergi ada hal katanya. tinggallah kami bertiga. kami teruskan berjalan, dan kawanku yang kedua berkata dia harus pergi, dan lagaknya memang menunjukkan dia akan pergi meninggalkan kami berdua. namun mungkin belum sampai masanya, kami berbual sesuatu rahsia. (sememangnya rahsia dan tak mungkin ak cerita dlm entri ney). kawan ku yang ketiga merasa tidak puas hati, memaksa aku dan kawan yg k2 menceritakan rahsia itu. namun demi rahsia, aku berdalih dengannya, tetapi aku tidak menipu. ak hanya ceritakan secebis rahsia itu sahaja yang sudah tentu tidak mampu mendedahkan keseluruhan cerita. hanya sekadar berbasa-basi.


namun, kawan yang kedua tidak dapat menerima, lalu berjalan berpaling dariku. tak faham. sekurang2nya aku menjaga rahsia dan tidak menipu. maka kini tinggallah aku dan kawan ku yang ketiga itu. kami berjalan dan terjumpa dengan seorang makcik yang memandangku sinis. ak bersalam dengannya. kami berjalan hingga tibalah dirumahku. aku meminta izin untuk pulang. lalu ku bersalam dengan makcik itu dan kawanku. mencium tangan tanda hormat dan sayang. aku berjalan pulang, tanpa disedari, kawan ketiga ku membaling selipar ke kepala ku. menyebabkan ak tersangat pening. ak tersentak dan terjaga. dan ah, tidak! pening itu bukan sekadar di mimpi.
ak kembali tidur. gelap sementara.... **tak mengerti maksud kehadiran makcik sinis tu**


bersambung...

Saturday, May 14, 2011

~My EveRlasTing LovE~

hah. apekah everlasting love ney??? 
kali pertama ak tengok dia dalam gambar.
sangat menarik, buat jantung ak rase berdebar2 tak tentu arah.
ak rasa sangat menginginkan dia jadi milik ak. tak kira apa pun yang ak hadapi. aku tetap nak dia jadi milik ak.
jadi ak pown berusahalah mendapatkan dia. dia sangat istimewa bagi aku. dia satu-satunya yang dapat buat aku tersenyum sepanjang hari kalau aku dapat bersama dengan dia.
dia buat aku rasa berada di awang-awangan, indahnya dunia tatkala aku bersama dia.
sangat khusyuk ak melayan dia, ak memang jatuh cinta pada dia. dan tak mungkin akan luntur perasaan cinta ak pada dia.
setiap kali aku bersama dengannya, dunia ney terasa sangat nikmat. ak memejamkan mata dan menghayati nikamt dunia itu.
dan kerana dia yang berjaya menawan hati aku dan membuatkan ak terasa sgt bahagia.. ak tak mungkin akan melupakan mu wahai cintaku yang pastinya everlasting...
















































oh my... 
            cornetto sundae

I LOVE YOU SO MUCH BABY!

P/S : aiskrim tu memang sedap sangat, tapi lagi sedap
kalau ada orang tersayang yang belanje..
urmmm
nikmatnya!

Thursday, May 12, 2011

~SuRat UntUk AyaH~

biasenye, orang tulis surat tok bakal suami, bakal isteri, surat tok ibu or ibu mertua. tapi hari ini ak nak tulis surat untuk ayah. hehehe tapi lau tacink sorry la beb ak memang minah jiwang dalam hati ada awan **???**


SURAT UNTUK AYAH


Assalamualaikum. Ayah, anak ayah tulis surat untuk ayah ney, bacelah.(bertukar mood) Kehadapan ayah kepada anak bernama Aimi Amirah binti Abd Ajis, anakmu dah lame nak tulis surat kat ayah. tapi malu la plak.. macam nmpak sgt anakmu jiwang, so setelah sekian lame wat dunno jewk, bawu la tergerak nak tulis taip surat tok ayah.
   ayah, ayah tau tak anakmu ney pemalas orangnye. maap la yewk sebab ayah kene bersabar dengan anakmu ini. anakmu juga malu and agak kesal sebab tak dapat nak buat ayah bangga and jadi anak yang pandai tok ayah.
   ayah jangan lah kecik aty sebab anakmu kekadang jawab soalan ayah dengan nada dingin. anakmu bukan sengaja nak sakitkan hati ayah, tapi anakmu ney sebenarnye tak pandai nak tunjukkan kasih sayang. anakmu ney lebih suke memendam perasaan sayang kat orang sorang2.taknak la tunjuk2. over la. bukan anakmu menyampah bile ayah tanye soalan byk2 cume mulut ney berat jew nak jawab, kang kalau tak jawab kate pekak le pule atau pown berniat untuk kurang ajo.
   ayah selalu kerja malam. boleh dikatakan HARI-HARI! ayh selalu takde kat rumah so, agak janggal tetibe ayah tnye2 anakmu ni. maaf la ye. ayah selalu kate kalau ayah kerja malam dapt la duit lebih gaji bulan ney nanti. tapi sampai bila?? takkan ayah nak kerja malam tiap2 hari, ayh bukan robot!
   takpe ayah. anakmu janji, nanti anakmu nak belajar betul2 dpt kerja bagus2 gaji besar, nanti leyh tolong ayah besarkan rumah kew, cat rumah kew, bayar hutang sikit2 kew. pasni kompem ayah dah tak payah kerja malam tiap2 hari lagi. (tapi ayah, lau bil-bil tu, ayah la yang bayar yew.. takkan saye nak cover semue) hehehe.
   ayah, terima kasih yew sebab belikan laptop, hp, camera tok anakmu ini. ayah tak pernah mintak satu sen pown daripada anakmu ney. akak tau, tu jew cara ayah nak tunjuk kasih sayang ayah kan? sebab ayah selalu kerja n takde kat rumah. takpe2.ayah sporting pewh!
   ayah tak payah risau anakmu ney tak mcm ank2 owg kaye yang spoil, mcm dlm drama2 tu..walaupown ayah jarang ade kat rumah. tapi anakmu ini tak akan tergamak nak terlibat dengan masalah gejala sosial yang memalukan keluarga. sebab anakmu tau yang ayah selalu takde kat umah sebab untuk kesenangan kitowang.
   ayah, jage diri bebaik yew. jgnla sakit2, nanti sape nak jage ibu and yg len.kalau pasal anakmu ney, ayah jgn risau. akak boleh.doakan je akak cemerlang and bahgia dunia akhirat. ayah, ade lagi satu pesanan. nanti lau akak nak kawen, ayah ajak la satu fmly besar ayah. bwk sume owg2 banjar keturunan kite. hehehe.
   oh ade lagi pesanan, ayah baikilah kapal2 yang berlabuh kat MMHE tu bebaik yew... kem slm anak2 kapal dari perancis ke jepun ke, yang hensem2 tau. hahahahaha


yang sebenar-benarnya,
anakmu Aimi.

Wednesday, May 11, 2011

Ada 3 SeBab...

Assalamualaikum... well hello there!! (gaya AnwarHadi)
orait bebeh.. bukan nak tiru gaye sesape.. saje wat drama sket...
apehal ak letak tajuk entry camtu??? ade lah sebab musabab nyew... huhhuhuhu..


okey..sebenarnye mcm ney... ak rase..
ADA 3 SEBAB KENAPA RAMAI PENUNGGANG MOTOSIKAL (remaja) TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA...
**ayat ala-ala front page tak?? 


YANG PERTAMA!
sikap yang terlalu mengikut undang-undang **ikut lah sgt an** hahahah 
tadi jew.. ak nmpk ramai la budak2 sekolah yang sgt menjaga penampilan diri smpai mengabaikan keselamatan... demi rambut yang terpacak ala naruto tu..ahahai.. adek2 oiii.. akak tau lee nak pancing awek kene pakai wax satu tan kasi tpacak rmbut tuuu..gel rambut punye la branded...tapi nak habaq mai..aweks2 tu bile2 bley cari... lau keselamatan adoy..kne jage dek oi.
bakal pakwe okeyh!
kau ingt awek nak ke lau kau eksiden hingga menyebabkan kepala kaau jaadi mereng?? owh. tidak.tidak.tidak. so, moral of the story pakai la helmet. jgn wisau sal rambut tu, ley tacap agy nt. agypown kan ade gel rmbut yang ley wat rmbut terpacak satu hari wlaupun pkai helmet.. hahaha.. so. mai kitaa pkai helmet yew..
**lau bab kutip durian kat dusun pandai lak hang pkai helmet**



YANG KEDUA!
bakat kreatif yang wujud sejak azali. yahuuuu!
byk plak idea ko
yeah.. budak2 zaman melenium la katekan.. kreatif dlm bab modified moto ney.. 
hahaha.. ezos nak mcm ney la, body nak kaler ney la, enjin nak gitu lah.. smpai ade yang paling kreatif side mirror pown ditanggalkan. bukan nak tipu. tapi memang ade yang wat dowkh! pastu bwk mcm siut.. tengok2 belakang. kan dah menyusahkan diri. konon ade awek kat belakang nak tengok muke kau arr an. nyampah lagi ade arr.. owg len tengok ko bukan sebab ko hensem weyh. tapi sebab kitowg dok ngutok ko otak udang. lau pakcik makcik tgok ko. kompem ney ayt downg : ANAK SAPO LA NEY? MOTO BAPAK DIA KA?
byase ayt ak arr an.. **tp ak bukn makcik2 okeyh!  neyh lagi satu! tindakan menanggalkan side mirror tu akn mendtgkn penyakit kepala teleng. mane tak nye, lau dah asyik tgok belakang je nak tgok clear ke tak. untung la kedai jual koyok an?
**igt bagus sgt arr tangglkan bende alah tu**


YANG KETIGA!
terlupa.
?? apekah?? yelah.. dowang lupe yang negara ney bukan bapak dowang yang punye. sesuke wat undang2 sendiri. ape kes? **same jew perangai ngn driver (oke lau drive kompom la keta atau lori an? takkan drive moto)**
ergh! ape ekh?
negara kita ade undang2 faham?! **ayt cam dlm drama**                     
lagi satu kes lupa.
dulu mase sekolah, bebudak selalunye blajo sbb nak lulus. so bile dah habes sekolah, ko try tnye sape Rentap? sape Tok janggut? sape Parameswara? kompem ternganga nak jawab. lupe...
same gak arr an,, belajo bwk moto ke drive ke sbb nak lulus nak dpt P. hahaha p bile tnye blek ternganga gak an? an? byasa dah tuu.. hehehe..



p/s : ak akui, ak ney seorang yang sgt pelupa, smpai makanan n minumn 
ak kat ats meja pon ak lupe. dah bace doa mkn pown kekadang ak
lupe da bce ke blom...


apelah nasib....

Sunday, May 8, 2011

~hArI IbU~

assalamualaikum!
ade satu persoalan...
betul ke tak boleh sambut hari ibu????
aih.... pening2.. salah kew ek??? tak paham ak..
ade yg kate Hari Ibu tu sebenarnye..untuk org Kristian yang meraikan tuhan ibu..
Wallahu'alam... aku memang tak tau.
tapi salah kew lau kite amik satu tarikh utk raikan hari ibu secara besar-besaran? hurmmm.. 
memang dlm islam kalau boleh hari-hari tu hari ibu...


ak tak kire.
ak nak wish juga..
khas untuk ibu aku..
bukannye ak rai n wish kat tuhan ibu tu...


Selamat Hari Ibu, ibu!!!!


**muke penuh dramatik**
okeyhla bebeh.... cau dulu.. salam..

Friday, May 6, 2011

~MasiHkah BiSa~

teringat aku pada waktu indah dulu,
terjaga dari mimpi yang sering ku impi,
masih ku ingat angin yang membelai rambutku,
masih ku rasa damainya hatiku ini.


dan ternyata masih ada harapan untukku,
dan ternyata masih ku ingin lagi di sini,
tak ku sangka masih ku berdiri,
mencipta revolusi cinta masa kini


tak guna aku sekadar berkata-kata,
tak mudah untukku ku terus mengalah,
rasa yang kini hadir tak mungkin akan musnah,
tetap ku yakin ada di situ kekal untuku,


melangkah dan terus melangkah,
mencari mimpi indah itu,
ku tahu betapa ku salah,
berpaling dan meninggalkan diriku,


ku pasti dia kan datang kembali,
ku pasti tetap mencari,
ke mana hilangnya diriku ini,
biar bisa ku berdiri lagi,
mencari yang hakiki....




p/s : tak best pown lirik neyh...hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...