Friday, August 21, 2015

Nak tapi tak nak. Tapi Nak. Tapi Malas

Yep,
sepertimana tajuk post kali ini... Itulah yang aku rasakan bila nak menulis entry ni. Kah!

Oke chalo betteh! Bye.






Mintak ampun dan maaf sebab dah bazirkan masa korang yang baca entry ni. Haha! Sorry bebeh.
Ciao.









Thursday, May 28, 2015

Datang sini nak buat pengumuman

Bismillah
Assalamualaikum


Tak sangka blog ini masih ada pembacanya walaupun tak di-komen. Well..saya tak kisah pun. Terima kash kerana masih sudi singgah ke blog yang hina dan dina ini. Ouh!

Datang sini singgah buat post sekejap.

Nak bagitahu....

Saya ada blog baru. Actually dah lama sebab blog tu di-private-kan dulu tapi sekarang sudah public. Kepada followers blog ni, boleh lah follow sekali blog saya yang satu lagi.
ANGKARA HATI namanya.

Blog tu lebih matang. Mood blog tu pun agak dark and gloomy. meh le jenguk kejap. Kalau tak minat, takpe. Heee. Tak kisah pun. Saya dalam proses meng-organize entry. Mana-mana yang childish, bakal dilupuskan. Mana-mana yang agak serius dan gloomy dan epik masuk kat blog sebelah.


Sekian.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi baca blog ni walaupun dah lama tak up entry baru. Rasa terharu bila tengok stats masih berjalan. sobs.





Wednesday, July 9, 2014

Aruhan

Kadang-kadang bukan semua benda boleh diselesaikan dengan bantahan dan kadang-kadang bantahan pun boleh selesaikan masalah.


Pernah mendengar kata-kata cendekiawan,

"Mahu mengubah sesuatu, kita kena ada di puncak kuasa."


"Mahu mengubah sesuatu yang bertentangan dengan apa yang sedia ada, kamu perlu berada dipihak sedia ada, lalu mengubahnya"


Faham maksud?


Tak. Mungkin tak ada yang faham.



Jika ada dua pihak berlainan,

adalah tidak salah jika masing-masing mengekalkan amalan, cermin diri sendiri dahulu.


Jika semua pihak merasa mereka adalah lebih betul lebih bijaksana lebih berpengalaman maka lebih bagus, percayalah, takkan ada satu perubahan sedikit pun. Secara fizikal mungkin, namun jika diteliti takkan ada yang berpuas hati. Tak akan.






p/s: Doa untuk Palestin. Kecaman untuk Zionist Biadap, Arrogant Zionist.



Wednesday, December 4, 2013

Akhir kali

Ini mungkin kali terakhir,
kali terakhir bermain aksara.

Jika tulisanku menusuk,
mencambahkan marah,
menyemai benci
mereka yang meneliti,

Mungkin aku patut berhenti.

Bukan mahu putus asa,
bukan mahu mengalah begitu saja,
tapi apa guna menulis
buat orang sakit hati.

Bukan aku lemah,
cuma itu jalan mudah.
Walau tak mudah untuk aku
berhenti bercinta dengan huruf dan kata-kata madah.

Sakit sungguhnya sakit.
Tapi apa ertinya sakitku,
jika diteruskan
hati yang lain juga terluka pedih.

Mungkin aku patu berhenti
dan mungkin ini kali terakhir.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...